Sunday, December 9, 2012

UDANG GALAH MASAK MERAH

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
6 ekor udang galah - dibersihkan
1 pokok daun sup - dikerat-kerat
1 pokok daun sup - dikerat-kerat
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar - dipotong bulat

Bahan-bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 genggam cili kering - direbus

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili Thai. Tumis lagi hingga wangi.
Masukkan udang dan sedikit air. Masak hingga udang betul-betul masak.
Masukkan daun sup, daun bawang, bawang besar, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

No comments: