IKAN MERAH MASAK KICAP
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
3 keping ikan merah (bahagian isi)
Sedikit serbuk kunyit dan garam
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + sedikit belacan)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis (Kipas Udang)
3 tangkai daun sup
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan sos tomato. Masukkan sedikit air jika perlu. Didihkan.
Masukkan kicap manis, ikan dan daun sup. Didihkan hingga masak.
No comments:
Post a Comment