Thursday, June 23, 2011

Perintah berkurung dah tamat

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga perintah berkurung. Officially yesterday was the 44th day. Walaupun takde la 100% ikut amalan tradisional, tapi sengsara jugak la. Baru la lega dapat pakai bermuda dalam rumah, kalau tak berkedup aje, dah la panas skang ni walaupun mendung sepanjang hari.

Heavennya tadi dapat gak merasa sambal belacan sikit. Perggh...macam tak penah makan sambal belacan. Tapi tak berani jugak nak makan beria sangat, takut efeknya kat baby, mamanya takpe, belasah aje. Kot baby la tak tahan pulak.




Monday, June 20, 2011

Ayam Kukus Lada Hitam

3 ketul ayam - dibersihkan
1/4 paket Perencah Lada Hitam MAGGI
1/2 cawan air
2 inci halia tua - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 keping asam keping
Garam
1/2 biji peria katak - dibuang biji dan dihiris kasar

Panaskan pengukus. Gaul kesemua bahan dan kukus ayam hingga masak.

Ikan Kerisi Masak Cuka

1 ekor ikan kerisi - dipotong dua, gaul dengan garam dan kunyit dan digoreng, ketepikan

2 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 sudu kecil halba campur
1 biji cili hijau - dibelah dua
1 sudu besar cuka
Air secukupnya
Garam secukupnya

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris dan halba campur hingga wangi.
Masukkan air dan cuka. Didihkan.
Masukkan ikan, garam dan cili hijau. Didihkan sekali lagi dan angkat.

New knowledge

I did a bloghop kat blog Che Sue, sekali ternampak la info about this header thingy. Well, I really appreciate it that you shared with us, Sue. Aku tengah try ni, menggodek, tapi kena take time jugak to play with it kan.

Friday, June 17, 2011

Lindungi Kulit Cara Sihat Dan Semula Jadi


Seiring dengan peningkatan usia seseorang, kulit juga tidak terkecuali mengalami masalah seperti kemunculan garis-garis halus, kedutan dan sebagainya. Selain faktor semula jadi, gaya hidup tidak sihat, stres dan persekitaran antara penyumbang masalah kulit.
Justeru, pelbagai cara dilakukan bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih, bebas dari masalah kulit dan paling penting dapat melambatkan proses penuaan. Namun anda harus berhati-hati memilih cara yang betul. Jika salah memilih rawatan wajah, boleh menyebabkan kulit wajah rosak. Berikut beberapa tip untuk melindungi dan menjaga kulit anda secara sihat dan semula jadi.

Hindari Sinar Matahari Secara Terus
Pancaran sinar matahari terus ke kulit antara punca berlakunya kedutan. Sebaiknya, gunakan pelindung matahari terutama bagi anda yang sering terdedah kepada sinaran matahari. Selain untuk mengurangkan kedutan ia juga akan menghindari anda dari kanser kulit.

Jangan Merokok
Kajian menunjukkan bahawa asap rokok dapat menyebabkan penuaan kulit. Bahan di dalam rokok juga boleh menyebabkan kerosakan kolagen dan elastin yang merupakan komponen penting di dalam kulit seseorang.

Tidur Yang Cukup
Tidur adalah waktu tubuh menggantikan sel-sel kulit mati dengan sel-sel yang baru. Tidur yang mencukupi juga boleh membantu tubuh mengeluarkan hormon pertumbuhan yang akan membantu kulit memperbaiki ketebalan, lebih elastis, dan mengurangi kedutan. Sebaiknya, tidurlah dengan posisi terlentang. Tidur dengan posisi mengiring boleh menyebabkan kedutan terutama di bahagian pipi dan dagu.

Kurangkan Mengerdip Mata
Ini kerana gerakan wajah yang berulang-ulang, seperti berkedip akan membuatkan otot-otot wajah bekerja lebih keras sehingga membentuk lekukan di bawah permukaan kulit. Lekukan ini lama-kelamaan akan menjadi kedutan. Selain itu, kaca mata hitam juga penting dalam melindungi daripada sinaran matahari selain mengurangkan anda mengerdip ketika berada di bawah sinaran matahari.

Ambil Protein
Ambil banyak sumber makanan terutama di dalam ikan. Pengambilan ikan yang mengandungi protein tinggi dan omega-3 akan memberi nutrisi pada kulit, membantu mengekalkan awet muda selain melambatkan kemunculan kedutan di wajah. Banyakkan juga mengambil kacang soya kerana ia dikatakan membantu melindungi dan menghalang bahaya sinaran matahari. Pengambilan makanan tambahan terutama yang berasaskan kacang soya boleh membantu meningkatkan struktur kulit.

Gunakan Pelembap
Ia berfungsi melindungi wajah anda. Pun begitu, jangan sering mencuci muka anda kerana ia akan menghilangkan minyak dan kelembapan semula jadi kulit yang bertindak melindungi kulit dari kedutan.

Jangan Lupa Vitamin C
Pengambilan Vitamin C dapat meningkatkan pengeluaran kolagen, melindungi dari bahaya sinar UVA dan UVB, mengatasi masalah pigmentasi, dan memperbaiki keadaan kulit yang rosak.

Makan Buah
Selain pengambilan ikan dan kacang soya, anda juga harus mengamalkan memakan buah dan sayuran yang merupakan anti oksida. Anti oksida merupakan komponen yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas selain membantu membuatkan kulit kelihatan lebih segar dan bersinar serta dapat melindungi melawan beberapa kesan sinaran matahari.

I really hope that I can follow the above regimes, but I'm just hopeless except for no smoking.

Thursday, June 16, 2011

Mini Shopaholic


Received my copy on Tuesday. That complete my Shopaholic Series. I'm looking forward to get other titles by Sophie Kinsella, maybe The Undomestic Goddess or maybe I should get Torment instead (it's by another author, who wrote Fallen, so since I already got Fallen, might as well I get the 2nd book of the series). Before, I thought I don't wanna buy Torment because at that time I thought I don't want to follow this series, but then since Books2u got it and of coz at much cheaper price than in major bookstores, might as well I grab it. It costs RM50+ in MPH, but at Books2u I think it's RM30 or something. Bargain (like Becky Bloomwood always thought).

One month's jab

Early in the morning dah bersiap ke KD Paya Jaras for Rayyan's one month's jab. Last Monday kan x jadi, diorang suruh datang hari ni. New experience for me coz I've never been in a KD before. Pergi awal bukan apa, takut ramai dan lambat.

Tapi, amazingly, tak ramai orang langsung. Trainee nurses ramai la. Pastu parents/patients termasuk ktrg dalam 3-4 orang je. Tapi tetap lambat. Huhu.

Memula sampai, En K gi daftar. Aku duduk la. Tetiba sorang trainee datang suruh aku letak baby kat baby area then dia suruh aku amik urine. What? Aku bukan pregnant, or am I looked pregnant, dalam hati la ni. Anw, aku tanya dia sekali lagi, test air kencing? Dia kata haah. Aku pun pegi je la, mmg prosedur macam tu kot (seriously, after two previous post-natals, never I'd been asked to take urine anymore, tu aku cam blur sket ni). Dia kata urine normal, means takde gula or protein (cam urine test masa pregnancy check-up tu). Okey. Duduk balik.

Then, another nurse passed me the baby together with a small cut-out paper, with some info about the baby. Apparently, berat Rayyan bertambah 700+- gm and length dia bertambah 2 cm.

Since aku takde record kat KD ni, nama aku last skali dipanggil even tho kalau ikut turutan sepatutnya aku no 3. I assumed la, but never mind, whatever. (Actually aku dah plan, kalau KD ni ramai giler org, I'll go to Pusrawi or klinik India kat area umah aku tu).

So, senior nurse tu tanya about the baby, about me. Dia tanya darah nifas ada lagi ke, baby minum susu apa, ada masalah. Aku cakap hidung baby selalu mcm tersumbat, dia kata itu normal, maybe alah dengan kipas, unless dia nampak macam tak leh bernafas, then kena pegi hosp cepat2. Then, she pricked my middle finger for some blood (seriously govt hosp/klinik mmg byk kena cucuk la...). Then masuk ke bilik lagi satu utk cucuk baby. Menjerit la my Rayyan kejap, tapi lepas tu dia tidur balik, wah tak sakit ke? Until now, dia still tido padahal belum mandi pagi. Aku malas la nak mandikan pukul 7 pg tadi, sebab takut dia demam, terkejut mandi awal sangat. As far as I'm concern, Rayyan ni macam x tahan sejuk sgt.

So, next appointment will be on 18th July 2011.

Monday, June 13, 2011

Petua: Anak demam/selsema

> Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

> Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

> Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 

> Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

> Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

>Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi  Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 

>Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.



Sumber: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=543978&extra=page%3D1

Sunday, June 12, 2011

Minum petang

Sepanjang berpantang ni, menu breakfast/tea time sama ada roti kosong ngan susu pekat, atau jem, atau Milo semata-mata atau kalau mak rajin, dia akan buatkan cucur ikan bilis. Utk yg lain, cucur udang. Mak kata kuih yang dibolehkan jenis yang flour-based, mcm tepung talam ke dan seangkatan dengannya. Malangnya aku tak gemar kuih yang manis-manis, aku prefer savoury, cam karipap ke, popia ke kan, tapi tak boleh. So dapat cucur ikan bilis tu pun dah nikmat tak terkata. Air lak, selain air suam ngan air halia tu, aku juz minum kopi o atau Milo je (tapi kan kengkadang aku belasah jugak Nescafe Tarik 3 in 1 tu, tak leh tahan, hik, pastu cam nyesal). Hari tu masa pegi umah yong tu, hai teringinnya teh tarik. Tapi apakan daya. Padahal ada je oat 3 in 1, tapi dah dasar tekak tak leh terima, peram je dalam kabinet.

Petang ni, sbb hari Ahad, En K ada kat umah, dia dok proses amenda ntah kat backyard tu, so dgn inisiatif sendiri, aku pun buat la cucur ikan bilis. Tapi versi malas punya. Rayyan lak meragam sbb BCG dia cam menanah, pelik lak aku, dah sebulan baru nak bengkak dan menanah. Ke aku ada silap makan.

CUCUR IKAN BILIS


Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1 senduk air panas
Serbuk kunyit
Garam

Dikisar:
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Cara membuatnya:
Gaul kesemua bahan hingga sebati dan tidak terlalu cair (nanti serap minyak). Jemput-jemputkan dan goreng hingga kuning.

Bayi kembung perut

Sumber:

Definisi kembung perut
Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.
Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.
Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.
Bagaimana mengatasi kembung perut
1) Sendawa
Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:
  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
2) Tuam perut
Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.
3) Ubat
Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Ayam Rebus Halia

Tadi lunch makan Ayam Rebus Halia, ciptaan sendiri tapi masih memenuhi piawaian pemakanan orang berpantang.

Bahan-bahan:
2 ketul ayam - dibersihkan
2 keping asam keping
1/2 kiub ayam
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar Perencah Lada Hitam Maggi
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar

Dikisar/ditumbuk:
3 ruas halia tua
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/4 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama sedikit air. Didihkan hingga ayam masak dan kuah agak pekat.

Sedap la pulak kan ikut tekak aku ni, rasa pedas halia ngan lada hitam plus rasa masam asam keping.

Saturday, June 11, 2011

Petua: Hilangkan selesema bayi

Jumpa kat Cari forum.


Ambil kunyit hidup, asahkan pada belakang pasu/lesung batu. Serbuk tu campurkan dengan sedikit minyak masak, sapukan pada batang hidung dan ubun-ubun baby. Insya Allah kering.


Yang ni pulak dari sini: http://mummyalesya.blogspot.com/2010/05/petua-menghilangkan-selsema-bayi.html




  • Sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur - x try pun lagik. Tapi bukan minyak angin nih. Minyak selain minyak angin. Minyak kelapa ke apa ke..
  • Ambik beberapa tangkai daun sirih, picit sampai kuar lendir, pastu sapu kat hidung bb. - dah try tapi mcm tak ok sgt
  • Bagi baby makan sikit madu - ada byk pendapat ttg madu. Ada kata boleh bg. Ada kata tak boleh bagi sebab bleh menyebabkan allergic. So aku tak bagi. Madu pun tak dak kat umah aku.
  • Asah kunyit hidup and sapu kat hidung bb - Dah try...mujarab
  • sapu vicks di kedua-dua belah tapak kaki then pakaikan botees -Beli vicks for baby ok..normal one for toddler above 2 yrs.

31 days

Lunch hari ni sungguh boring. Makan ikan gelama goreng & peria masak asam jek, tak sempat nak abiskan nasi pun, Rayyan dah meragam nak susu, dengan si Qayyum pun nak kena suap. Utk diorang yang tak berpantang tu, aku masakkan udang masak tomato, tapi takde daun sup. Takpe la, asal sempat sudah.

Suppose semalam bawa Rayyan ke klinik for his one month's jab, tapi since En K dah 3 hari mc, plus hari Khamis tu EL, dia x sihat, so semalam dia masuk keje, takkan nak EL lagi kan. So this Monday la bawa Rayyan ke klinik. Beza 2-3 hari takpe kan.

Semalam aku makan banyak, maybe sbb hujan dan masak sambal tumis ikan bilis (minus belacan and sos tiram), rasa macam dah lama x makan normal food. So hari ni akan try kurangkan dose makanan. Bagus jugak tadi tak abis makan. Tak leh buat sambal ikan bilis dah, naya cam ni. Overdose.

13 more days to go.

Ikan Bilis Daun Kari

One of my fave dish during confinement.

Sumber: Kompilasi Hidangan Berpantang (Alaf 21)

50 g ikan bilis - digoreng
1 genggam daun kari
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Minyak masak

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daun kari dan ikan bilis.
Goreng seketika dan angkat.

Info:
Daun kari merupakan herba yang digunakan untuk menguatkan perut dan penghadaman. Ia juga digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi sembelit dan menghilangkan rasa mual atau loya.

Peria Masak Asam

Sumber: Hidangan Kompilasi Berpantang (Alaf 21)

300 ml air
50 g ikan bilis
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris (takde dalam resepi, saja nak tambah)
2 biji peria katak - dipotong nipis
1/2 sudu besar air asam jawa (aku bubuh byk, sbb nak masam)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Masak kesemua bahan di atas api perlahan.
Kacau rata sehingga peria masak.

Info:
Pengambilan peria dapat membantu ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar, di samping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika kerap diamalkan.

Thursday, June 9, 2011

Air Halia

1 ketul halia tua (Bentong) - dibersihkan dan diketuk hingga pecah
1 genggam kurma cina hitam - dibasuh dan dikelar-kelar
1 genggam longan kering - dibasuh
Air secukupnya

Jerang kesemua bahan hingga masak dan berbau wangi. Minum suam-suam.

p/s: Resepi ni Mrs J yang bagi. Dia kata orang Cina mmg minum ni sepanjang berpantang. Diorang x minum air suam sebab angin. Dia kata minum whole day. Tapi aku x leh ikut, sbb aku bf baby, dia tak. Sian lak baby, cirit-birit lak, sbb pakai halia tua (Bentong mari), mmg berpeluh x ingat.

Resepi dalam pantang bersalin (confinement)

Sumber: http://ibu2anak-kisahkami.blogspot.com/2010/03/lauk-ketika-berpantang-bersalin.html


BOLEH DISEDIAKAN AWAL & DALAM KUANTITI BANYAK

IKAN BILIS SANGAN
Beli yg sudah siap dikupas, basuh bersih-bersih dan tos.
Sangan/goreng dalam kuali tanpa minyak ~ sampai garing. 
Mesti kacau selalu supaya sekata masaknya. 
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Biasanya aku buat banyak2.

LADA HITAM SANGAN
Lada hitam biji dibasuh bersih-bersih dan tos kering.
Sangan dalam kuali sampai naik bau dan kering/garing.
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Terpulanglah nak makan sebiji-sebiji atau nak kisar kasar.

KEREPEK HALIA
Cari halia yg muda, basuh bersih, hiris nipis.
Sangan atau bakar atau goreng deep-fry (kena tos betul2).
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



LAUK-PAUK HARIAN

AYAM KAMPUNG MASAK KUNYIT
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 inci kunyit & 3 ulas bwg putih.
Dalam kuali, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Tutup kuali & rebus sampai daging empuk dan kuah pekat. Tambah air jika perlu.

SUP AYAM KAMPUNG
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 biji bwg besar & 3 ulas bwg putih.
Dalam periuk, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Setelah 1/2 jam, masukkan potongan lobak merah dan kentang.
Masak sampai empuk.

IKAN CENCARU BAKAR
Untuk 1 ekor ikan yg besar, rencahnya: Tumbuk bersama 1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, 2 inci halia, 1/2 inci kunyit, sedikit lada hitam & garam.
Rencah disapu rata dan sumbat selebihnya ke bahagian perut ikan.
Bungkus dgn daun pisang/aluminium foil, bakar atas bara/oven/kuali.

 ULAM
Daun pegaga & halia muda.
Sayuran mentah mesti dibasuh bersih-bersih dan direndam dgn air garam sebentar untuk matikan cacing/kuman/bahan kimia.
Jika boleh, jangan terlalu kerap makan ulam mentah sebab dikhuatiri ada jangkitan pada luka dalaman (jika tak sempurna membasuhnya).
p/s: Aku tak makan ikan haruan :p

SAYURAN
Lobak merah, lobak putih, kentang, sawi, bayam dan daun sup.

SNACKING
Air horlick panas dan roti wholemeal/biskut cream cracker.
Air milo panas dan kuih yg takde telur dalamnya.
Susu  dan oat segera.
Kurma & kismis.

LAIN-LAIN
Selepas 3 minggu bersalin, aku minum air ibu kunyit hidup ~ mak kata elok untuk rapatkan apa yg dah longgar :)
Caranya:1 ibu kunyit sebesar ibu jari tangan (buang yg tunas kecik2 tu), kupas dan tumbuk halus.
Bancuh dgn 1/2 cawan air panas.
Biarkan seketika hingga getah kunyit mendak ke dasar cawan dan air jadi suam.
Selawat 3 kali, minum sekali nafas.
Diamalkan 3 kali minum, selang beberapa hari.
p/s: JANGAN MINUM GETAH KUNYIT ITU!!

Ayam Kampung Masak Kicap Tomato



8 ketul ayam kampung - direbus dengan sedikit cuka utk melembutkannya, toskan

Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak, ketepikan.

4 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - ditumbuk
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 senduk kecil cili kisar
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tomato
Air
Minyak
Garam
1 biji cili merah - dibelah dua

Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan rempah ratus hingga wangi. Masukkan cili kisar, sos tiram dan sos tomato, tumis hingga wangi.
Masukkan air dan kicap. Didihkan.
Masukkan ayam goreng, cili merah dan bawang besar. Didihkan hingga agak pekat.

Wednesday, June 8, 2011

Ayam Kukus Halia



4 ketul ayam kampung
2 inci halia tua - dihiris
2 biji bawang kecil - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1/2 kiub ayam
1 sudu kecil perencah lada hitam Maggi
Air secukupnya
1 keping asam keping
1 biji kentang - dibelah lapan

Gaulkan kesemua bahan dalam pinggan tahan panas dan kukus hingga masak.

Ikan Gelama Masak Asam



1 ekor ikan gelama - dipotong dua, gaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing, ketepikan

4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
2 inci halia tua - dihiris
1/2 sudu kecil lada hitam - dipecah-pecahkan
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai cili kering - dihiris kasar
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil pes asam jawa
Minyak untuk menumis

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan halba campur hingga wangi.
Masukkan lada hitam dan cili kering.
Masukkan air dan pes asam jawa. Didihkan hingga agak pekat. Perasakan garam. Tuang ke atas ikan goreng.

Monday, June 6, 2011

Kembung Perut

Pengenalan

Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Diagnosis
Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan daripada situasi yang tidak didiagnosa. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh merupakan gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis(cirit birit) atau irritable bowel syndrome(IBS)(cirit birit yang berterusan).
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.
Dari segi perubatan keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:
  • irritable bowel syndrome (IBS), " gastroenteritis,

  • diverticulosis atau diverticulitis, "

  • penyakit seliak (coeliac disease) "

  • ketidakhadaman

    Tanda dan Gejala

    Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
    Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
    Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
    Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
    .

    Komplikasi

    1. Malu untuk bersosial
    2. Terlalu merendah diri
    .

    Rawatan

    Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai.
    Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat membantu , anda boleh mencuba:
    1. Suplemen Laktosa : sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
    2. Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
    3. Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.

    Pencegahan


    Ukuran Pemakanan
    • Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
    • Cuba kenalpasti dan galakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
    • Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
    • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
    • Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
    • Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.

    Pengubahsuaian Cara Hidup

    • Cubalah jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan kerap daripada dua tiga kali jumlah yang besar.
    • Makan perlahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya susah, perlahankan cara dengan meletakkan sudu dan garfu diantara setiap suapan.
    • Elakkan gula gula getah, gula gula keras dan meminum menggunakan straw. Aktiviti ini boleh menyebabkan anda menelan jumlah air yang banyak.
    • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan. Makan ketika dalam keadaan tertekan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
    • Periksa gigi palsu anda. Kedudukan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum.
    • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan.

    Jangkitan Kuman Di Paru‐paru

    Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/Paru_paru.pdf


    Pengenalan 
    Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian 
    bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara 
    (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).  
    Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah 
    jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. 
    Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal 
    pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian 
    bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius 
    hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.  


    Tanda-tanda dan gejala  
    Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang 
    kanak-kanak itu.  
    Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:  
    • Demam panas  
    • Batuk dengan atau tanpa kahak  
    • Sakit dada  
    • Tiada selera makan, tidak mahu makan  
    • Rasa tidak sihat, sering merengek  
    • Pernafasan laju atau susah bernafas  
    • Muntah atau cirit-birit  


    Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius? 
    Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat 
    terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. 
    Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:  
    • Pernafasan laju  
    • Sukar untuk bernafas  
    • Bibir menjadi biru  
    • Batuk berdarah  
    • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing 


    Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru? 
    Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.  
    Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan 
    badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini 
    disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.  
    Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.  


    Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:  
    • Paracetamol  
    • Rehat yang secukupnya  
    • Minum air yang banyak  


    Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.  
    Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu 
    dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang 
    lain.  


    Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?  
    Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. 
    Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di 
    paru-paru. Contohnya: 
    • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua 
    kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)  
    • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah 
    pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)  
    • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya 
    kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak 
    yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)  
    Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila 
    dapatkan nasihat doktor. 

    Ke Setiawan

    Plan asal nak balik kampung Taiping sama. So, hari Jumaat En Koji dah start cuti. So, pukul 4 pagi dah bangun, mandi-mandi semua, then dalam pukul 5 pagi bertolak. Sampai Sekinchan (ktrg balik ikut jalan lama), breakfast kat kedai mamak. Then teruskan perjalanan, time ni Rayyan start muntah sampai la ke Setiawan, rumah Yong. Badan dia dah lembik dah, tatau kenapa. Maybe tak tahan sejuk air-con keta kot. Dah smp umah Yong pun still muntah, so dalam tgh hari tu, bawa ke klinik kanak-kanak. Dr suruh tukar susu dari soya-based (Enfalac A+ Prosobee) ke original Langkah 1 (Enfalac A+ tin kuning). Tapi dia bagi jugak ubat colic, and in the meantime dia suruh bf je dulu, bila tgk baby macam x puas, baru start on formula. Dr kata nothing serious, it was just his reactions to different kind of milk and maybe jugak sbb travelling. Sebelum jumpa dr tu aku cakap pada En Koji better aku stay umah Yong, just in case apa-apa senang Abg Nazir ada. Tapi since dr kata ok, so balik ke plan asal, pegi Taiping.

    Tapi masalahnya aku dah takde hati sbb satu baby x brp nak sihat, mlm tu pulak, En Koji kata tak jadi tidur kat umah mak Taiping, dia ngan member2 dia terus bertolak ke Kedah duduk kat homestay yang Joe dah sewa. So tinggal aku anak-beranak kat sana, kalau apa2 hal, macam mana lak kan.

    Kebetulan pulak, balik dr klinik tu Rayyan still muntah, cirit-birit. Yong ngan mak suruh aku stay kat situ je, x yah ikut En Koji, lagipon dia takde malam tu, so aku cakap kat Encik Koji, dia pun agree la. Nyah lak call kata dia kat Teluk Batik, nanti dah abis mandi manda, dia datang umah Yong. So tunggu la diorang. Rupa-rupanya Acu ngan Baiti pon ada. Dalam pukul 5 ptg En Koji bertolak ke Taiping.

    Malam tu Rayyan meragam, kembung perut bagai. Yong tlg urut2 dengan minyak afiat baru dia okay sikit.

    Pagi esoknya pulak, dalam pukul 7 pg, En Koji call kata dia baru sampai Alor Star, aku pelik kata tido homestay. Rupa2nya tak jadi sbb ada member dia sampai lambat, so pukul 5 pagi diorang bertolak. Terus ke rumah pengantin, Joe. Kalau ikutkan aku mmg nak ikut, sebab Joe ni match-maker ktrg tapi apa kan daya, dalam pantang, takkan nak gi kenduri kot. Last2, 5 org member dia pon semua pegi single, sorang tak bawak wife.

    Rayyan still ada cirit-birit tapi bila minum formula, macam dah okey sikit. So lega la. En Koji tak jadi dtg sbb dia penat so esoknya baru dia datang.

    Ahad. En Koji smp dalam pukul 11 pagi. Tunggu Yong masak, dia masak masak lemak ketam ngan ikan gelama goreng asam jawa utk aku. Lepas makan2 semua, terus bertolak ke SB. Hujan pulak. Sampai umah dalam pukul 7 pm.