Showing posts with label Lamb. Show all posts
Showing posts with label Lamb. Show all posts

Sunday, April 8, 2018

Menu 7.4.2018

Dry Lamb Curry



Bahan-bahan:

1 kg potongan daging kambing frozen (lamb cutlets) - direndam dalam air bercampur limau nipis dan ditoskan
1 biji kentang - dikupas dan dipotong kiub
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar, asingkan akar
3 tangkai daun kari - dilurutkan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar pes bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 helai daun pandan - disimpul
3 biji tomato ceri - dipotong kecil
1 peket serbuk kari daging Baba's
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar santan kotak
1/2 sudu besar pes asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng kentang separuh masak dan angkat. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis daun pandan, bawang besar, tomato ceri, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga layu dan keperangan.
  3. Masukkan pes bawang besar, pes bawang putih dan pes halia dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari dan daun kari dan tumis sebentar. Masukkan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging kambing dan akar ketumbar dan kacau rata. Masukkan air hingga menutupi paras daging, perlahankan api, kacau rata dan tutup supaya masak empuk.
  7. Masukkan kentang, santan, pes asam jawa, garam, MCR dan air jika terlalu pekat. Sesuaikan rasa.
  8. Setelah mendidih taburkan daun ketumbar. Tutup api dan gaul rata.
  9. Sedia dihidangkan.


Monday, May 19, 2014

Kari Lamb Chop


Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 keping lamb chop – dipotong kecil
1 tangkai daun kari – diambil daunnya sahaja
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 paket rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar kerisik
1/2 kotak santan
4 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Gaul rata supaya tidak hangit. Kemudian, masukkan kerisik dan daun kari. Tumis sebentar dan masukkan lamb chop. Gaul rata hingga bersalut kesemuanya. Biarkan sebentar hingga keluar jus lamb chop tadi.
  3. Masukkan air dan renihkan. Setelah mendidih, masukkan santan dan renihkan lagi.
  4. Setelah lamb chop masak, masukkan garam dan air asam jawa. Renihkan sebentar dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Thursday, May 15, 2014

Lunch 13 May 2014

Black Pepper Lamb Chops

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 keping lamb chop – dipotong kecil
1/2 pokok brokoli – dipotong florets
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1/2 biji lobak merah – dihiris serong
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam dan lamb chop. Gaul rata hingga keluar air lamb chop.
  3. Masukkan air dan didihkan. Kemudian, masukkan brokoli dan lobak merah. Tutup sebentar kemudian masukkan Maggi Cukup Rasa, cili merah dan bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar dan tutup api setelah kuah agak pekat.
  4. Sedia dihidangkan.


Ayam Masak Merah

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 ketul ayam – digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 pokok daun bawang – dipotong 4 cm panjang
2 hiris halia – dipotong kecil
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam hingga masak dan angkat. Toskan minyak dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 3 sudu besar. Tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak dan masukkan air (lebih jika suka berkuah).
  3. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng dan garam dan renihkan selama 5 minit.
  4. Kemudian, gaul rata, masukkan daun bawang dan bawang Holland.
  5. Gaul rata hingga bawang agak layu dan tutup api.

Friday, March 14, 2014

Dinner 13.4.2014 (Thurs)

Kurma Daging Kambing

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 1/2 keping lamb chop – dipotong kecil
1 biji cili hijau – dibelah 2 tanpa putus
1 biji bawang besar – dibelah 4
1 biji kentang russet – dipotong 6
1 paket rempah kurma Babas
2 sudu besar kerisik
2 tangkai daun kari
1 batang serai – diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis





Cara-cara:

  1. Bancuh serbuk kurma, kerisik, daun kari dan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia hingga agak garing.
  3. Masukkan pes kurma dan tumis lagi hingga terbit minyak sambil dikacau selalu untuk elakkan hangit.
  4. Masukkan daging kambing, kacau rata seketika hingga berubah warna kemudian masukkan air dan kentang. Kacau rata dan tutup periuk supaya kentang empuk.
  5. Setelah kentang empuk, masukkan santan dan kacau. Tutup seketika lagi.
  6. Setelah mendidih, masukkan garam, cili hijau dan bawang besar. Kacau sesekali hingga mendidih.
  7. Akhir sekali, masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasa. Setelah mendidih, tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

Thursday, December 6, 2012

HALF AND HALF PIZZA

Kali ni aku improve my dough by using CMG method, tambah bread improver. Basic dia still sama dengan LG dan DJ.

HALF AND HALF PIZZA (SEAFOOD AND SPICY LAMB SAUSAGE)

Sumber rujukan: CMGLGDJ
Olahan: mrskojiwami
'


Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung superfine
1 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver
2 sudu teh yis kering
1 cawan air suam
1 sudu teh gula

Bahan-bahan inti (seafood):
Hirisan capsicum traffic light - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
7 ketul kiub nanas dalam tin - dihiris nipis
1/4 tin spicy tuna in oil - dipecah-pecahkan
2 batang filet isi ketam (panjang) - dihiris kasar
Sos Thousand Island
Sos tomato
1 keping slice cheese


Bahan-bahan inti (lamb sausage):
2 batang spicy lamb sausage (aku beli kat Grocer's Village (ke Village Grocer?) - dihiris kasar
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji shiitake mushroom - dihiris nipis
Sedikit hirisan capsicum merah
3 keping slice cheese

Cara-cara:

Untuk membuat doh:
Larutkan gula dalam air suam. Masukkan yis kering dan biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
Sementara itu, satukan tepung superfine, garam, susu tepung, bread improver dan olive oil.
Setelah yis berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.
Uli tepung hingga kenyal, kalau masih lembik dan melekat pada tangan, tambahkan sedikit tepung hingga dapat doh yang licin dan tidak melekat pada tangan ataupun mangkuk.
Rehatkan doh selama 1 jam, cover dengan tuala lembap. Biarkan di tempat bersuhu suam/panas.


Untuk taburan inti:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15 minit.
Setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
Lengser loyang dengan sedikit olive oil.
Tekan-tekankan doh ke dalam loyang mengikut ketebalan yang dikehendaki dan ratakan.


Tuangkan sos tomato, dan ratakan ke seluruh permukaan doh.
Taburkan inti seafood dan lamb sausage pada dua bahagian sebelah menyebelah.



Akhir sekali, utk seafood, tuangkan sos Thousand Island.
Untuk lamb pulak, tabur cheese yang dicarik-carik.
Bakar selama 20-30 minit mengikut keperangan doh yang dikehendaki.

Saturday, November 17, 2012

Lemon Rosemary Grilled Lamb Chop


Bahan-bahan:

4 keping lamb chop
7 ulas bawang putih
Segenggam rosemary kering dalam botol
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil
1/2 biji lemon - diambil jusnya

Cara-cara:
Tumbuk bawang putih, rosemary dan lada hitam hingga lumat.
Campurkan dengan olive oil, garam dan jus lemon.
Lumurkan pada lamb chop dan perap selama 1 jam.
Grill hingga masak. (Aku guna Happycall), kena tengok selalu takut terlebih garing.

Our dinner tonite

Yeay, at last, I was dreaming of making my own pizza, and yes, last night the wish was fulfilled.

Even though the base pastry was quite “gebu”, but the taste was delicious indeed. The bread base was very soft and I think I should learn to use that recipe to make some buns with filling.

As usual I googled the recipes on the Net, and found some that I combined. Mostly I referred to Lemongrass and Dayang Jack.

I also grilled 4 pcs of lamb chop marinated in rosemary and lemon.


Sunday, April 4, 2010



Lamb Chops and Fried Kuey Tiow

Haqimie lovessssss kuey tiow!