Sumber: taste.com.au
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
185 g butter - softened
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula kastor
3 biji telur
2/3 cawan buttermilk*
2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu besar serbuk koko - diayak
Pewarna makanan - merah dan kuning telur (1/2 sudu teh setiap warna)
*Buttermilk (dalam kotak pun ada, kalau tak ada boleh buat sendiri):
2/3 cawan susu segar
1 sudu teh cuka
Cara-cara:
Untuk buttermilk, satukan kedua-dua bahan dan biarkan beberapa minit sebelum digunakan.
Panaskan oven pada suhu 170 darjah C selama 30 minit. Lengser loyang dengan butter (aku guna silicone mould).
Satukan tepung, baking powder dan soda bicarbonate.
Gunakan mixer. Pukul butter, gula dan esen vanilla sehingga ringan dan gebu (dari kelajuan perlahan hingga tinggi). Adunan akan menjadi warna putih.
Masukkan telur satu per satu (setiap kali sebiji telur dimasukkan, pukul sebati sebelum dimasukkan telur yang lain).
Masukkan tepung berselang seli dengan 1/2 cawan buttermilk tadi. Buat sehingga habis dan matikan mixer secara berperingkat (dari laju ke perlahan).
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata. 1 adunan dimasukkan lebihan buttermilk dan serbuk koko. Gaul rata (satu arah).
Dua adunan lagi diwarnakan merah dan kuning telur.
Letakkan silicone mould di atas baking tray, ini supaya kedudukan loyang rata (silicone mould kan lembik) (kalau guna loyang biasa tak perlu). Masukkan 1-2 sudu adunan coklat ke dalam loyang dan diikuti dengan warna lain. Selang-selikan kedudukan setiap warna dalam loyang. Buat sehingga habis. Jika ingin corak, ambil lidi sate yang bersih (aku guna pisau makan je), lorek-lorekkan ikut suka.
Masukkan ke dalam oven dan bakar pada selama 50 minit atau sehingga masak. Lagi 15 minit nak masak, boleh turunkan suhu kepada 160 darjah C.
Nota:
Alhamdulillah, kali ni guna silicone mould kek menjadi dengan sempurna. Maybe sebelum ni, aku tak letakkan atas permukaan yang rata atau aku tak beat adunan dengan betul. We learn from our mistakes kan.
Rasa kek ni memang lembut, gebu tapi padat dan yang paling penting, kurang manis. Just nice je rasa dia. Colour boleh dipelbagaikan ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment