Tuesday, December 11, 2012

NEXT TIME TRY LAGI

Tadi, memula nak buat kek pisang sempena birthday mak esok, kira nak celebrate petang ni la. Tapi dalam masa yang sama, nak try buat Japanese Cotton Cheesecake. Bahan-bahan mmg dah sedia ada. So, akhirnya decide buat kek cheese la.

Google everywhere, last skali decide guna resepi Aziejaya. Ini kali kedua aku guna silicone mould tu, kali ni pun kek tak terbentuk cantik, tak tau la silap kat adunan ke, atau mana-mana. Anyway, takpe, practice makes perfect. Walaupun rupa tak cun, rasanya cun hehe. Maybe next time I should use normal cake tin instead of silicone mould.

Ok, here's the recipe. For the original ones, boleh la singgah di Aziejaya.

JAPANESE COTTON CHEESECAKE

Sumber: Aziejaya dan Evelyn
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan A:
250 g cream cheese Philadelphia - suhu bilik
50 g butter SCS - suhu bilik
1/2 cawan susu segar
4 biji kuning telur gred B
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung superfine
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu kecil cream of tartar

Bahan-bahan B:
3/4 cawan gula kastor
4 biji putih telur
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara:
Menggunakan kaedah double-boiler, masukkan cream cheese, butter dan susu segar dalam periuk.


Kacau dgn whisk sehingga kesemuanya cair dan tidak berketul. Tutup api dan biarkan sejuk.
Satukan tepung superfine, tepung jagung, garam, cream of tartar. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan cheese berselang-seli dengan kuning telur dan jus lemon sehingga habis menggunakan whisk atau spatula. Ketepikan.




Dalam mangkuk adunan, pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan jus lemon dan gula. Pukul lagi hingga putih dan mendapat soft-peak meringue (bertanduk).


Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan cheese. Ratakan.




Lengser acuan dengan sedikit butter dan tuangkan adunan.


Bakar pada suhu 160 darjah C selama 1 jam menggunakan kaedah bain-marie (acuan kek diletakkan di dalam acuan berisi air panas).
Uji dengan garpu sama ada kek sudah masak atau belum.

Ini la rupanya, tak cun langsung....huhu


No comments: