Sunday, December 9, 2012

Butter Cake for Haqimie's Birthday

BUTTER CAKE

Sumber: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 buku butter Anchor - dipotong dadu
1/4 buku butter SCS - dipotong dadu
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur gred B - suhu bilik

Hiasan:

Hershey's Chocolate Sauce
Fresh strawberries

Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 20-30 minit.
Satukan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda. Kacau  rata dan ketepikan.
Dalam mixer bowl, satukan gula dan butter. Pukul bermula dari perlahan hingga ke laju sehingga campuran menjadi putih dan gebu.
Masukkan esen vanilla, selang-selikan masuk telur dengan tepung sehingga habis. Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. 15 minit terakhir boleh kurangkan suhu ke 160 darjah C. Test dengan garpu sama ada kek sudah masak atau belum. Biarkan 10 minit dalam oven sebelum disejukkan di atas redai.

Nota:
Ini first time aku pakai silicone mould. Selepas 40 min, kek masih belum masak. So aku tambah 10 minit lagi masa baking, dan kek masak perfect.




Kek masih belum set sepenuhnya dah keluarkan dari acuan, so agak hodoh la rupa paras. Haqimie la tak sabar nak potong kek. Next time, kena biar dalam oven dulu baru sejukkan kat luar then baru hias.


Hasil selepas dihias secara ekspres, boleh laa...janji rasa sedap....

No comments: