Showing posts with label Beverages. Show all posts
Showing posts with label Beverages. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Sunday treat ~ 8 September 2013

Hari ni Mrs K agak rajin terlebih. Untuk breakfast tak masak, sebab kuih lapis semalam masih ada baki. Tapi Haqimie requested maggi pulak. So buat la sebungkus untuk dia, maggi kosong je pun. Mrs K terus je keluarkan daging, rendam dulu. Beli daging frozen, harap-harap tak liat macam hari tu. Dah la kengkadang skill memotong daging ke laut. Pastu sediakan bahan-bahan lain. Plan hari ni nak masak nasi jagung, rendang daging, ayam goreng berempah, air tembikai (balance tembikai tak habis, baik buat jus).

So, first thing first. Memula, sediakan bahan nak masak nasi. Jagung ada setongkol lagi, balance buat cucur jagung hari tu. Resepi ikut suka, main campak aje. Rendang daging tu pulak, resepi dari rendang ayam. Ayam goreng berempah pun resepi suka hati. Sayur tak de, sebab takde sayur yang sesuai. Anyway, jagung pun category fruit vegetable kan, so kira ada la sayur jugak kat situ :).

Nasi Jagung

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
4 pot beras basmathi - dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 1 jam, toskan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - bahagian putih sahaja, diketuk
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan mentega
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 tongkol jagung - diambil isinya
3 pokok daun ketumbar (dengan akar) - dibasuh bersih dan dicincang kasar
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil garam halus
4 pot air
1/2 cawan susu cair
1 biji bawang besar - didadu
6 ulas bawang putih - dicincang

Cara-cara:
  1. Panaskan periuk nasi, masukkan mentega dan minyak masak. Setelah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang layu dan kekuningan.
  3. Masukkan beras, gaul rata supaya bersalut dengan bahan tumis. Kemudian, masukkan jagung dan daun ketumbar. Gaul rata, masukkan air, Maggi Cukup Rasa dan garam. Masak nasi seperti biasa.
  4. Lebih kurang 15 minit sebelum nasi masak, masukkan susu cair, gaul rata. Biarkan nasi masak sepenuhnya. Kaup balikkan setelah nasi masak.


Nota:
  • Beras basmathi boleh digantikan dengan beras biasa, atau 2 pot beras basmathi dan 2 pot beras biasa.
  • Tujuan merendam beras basmathi adalah untuk memanjangkan saiznya, supaya nasi yang masak nanti lebih cantik.
  • Tujuan menggoreng beras terlebih dahulu bersama rencah tumis adalah untuk menjadikannya berderai dan tidak melekat.
  • Susu cair bertindak sebagai pelembut nasi, tak nak guna pun tak apa.


Rendang Pedas Daging

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
700 g daging lembu - dihiris nipis, dibasuh, ditoskan airnya
10 biji bawang kecil - dihiris nipis
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang serai - bahagian putih, dihiris nipis
2 helai daun kunyit - digulung, dihiris nipis
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1 kotak santan
1/2 kotak santan + air
1/2 keping kecil gula Melaka
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
20 tangkai cili kering - dipotong kecil, dibuang biji, direbus, toskan
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai - bahagian putih, dihiris
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi

Cara-cara:





  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula Melaka dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biarkan sebentar hingga keluar air daging.
  3. Masukkan bahan-bahan dihiris nipis, daun limau purut, asam keping, kerisik dan santan (dua-dua). Renihkan di atas api sederhana, kacau sekali-sekala untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
  4. Setelah kuah agak pekat, masukkan garam, kalau dah cukup masam, boleh keluarkan asam keping. Perisakan secukupnya.
  5. Kepekatan kuah bergantung pada masing-masing.

Nota:
  • Hasil eksperimen Mrs K, penggunaan gula Melaka dalam masakan rendang lagi sedap dari menggunakan gula pasir atau gula perang, tapi tak boleh banyak, dalam 1/2 keping kecil je.
  • Dari blog Pn Aziejaya, hirisan bawang merah dan bawang putih yang banyak menyedapkan lagi rendang. True!
  • Kalau tak suka daun limau purut, boleh omit je.


Ayam Goreng Berempah

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
7 ketul ayam - dibasuh bersih, ditoskan

Bahan-bahan perap:
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
4 biji bawang merah - dihiris nipis
1/2 batang serai - bahagian putih, diketuk dan diceraikan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk cili
1/2 paket kecil rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung rangup (kotak)
Air secukup (untuk bancuhan separuh pekat)
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Bancuh bahan-bahan perap. Masukkan ayam dan gaul rata.
  2. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan magic pan, bubuh sedikit minyak masak. Masukkan ayam dan tutup pan, masak di atas api sederhana.
  4. Lebih kurang 10 minit, buka pan dan balikkan ayam. Buat satu ruang, goreng bahan-bahan perap hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  5. Setelah ayam masak sepenuhnya, angkat dan toskan minyak.


Nota:
  • Walaupun resepi main campak je, tapi bau memang harum. Rasa pon ok, cuma hasil perapan tu tak berapa nak garing. Mungkin kena goreng dalam kuali biasa kot.


Blended Watermelon Juice

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1/2 biji tembikai - dipotong kecil dan dibuang biji dan kulit
6 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu cair
Ais secukupnya
Air masak secukupnya

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan (make sure blender tu boleh blend ais ya).
  2. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Tuesday, July 16, 2013

Iftar Day 4

Masih tak berkesempatan nak snap gambar makanan, walaupun hari ni hari Sabtu, keje 1/2 day... Keje je la hari ni sbb ingat nak cuti next week. Sama ngan En K kan. So disebabkan hari ni kira hari cuti weekend la, so Mrs K merajinkan diri nak masak something special, lain dari hari biasa. Mula-mula berhasrat nak masak nasi ayam, tapi pada hari kejadian, nasi ayam menjadi nasi ketumbar Che CT. Masakan ayam pulak hasil adaptasi dari daging masak hitam/dendeng Che Sue. Selain dari tu, Mrs K amat la rajinnya buat air soya homemade (actually kacang soya tu dah beli berbulan-bulan lamanya, nasib baik belum expired lagi :). Nasi ketumbar ni mmg recommended pada sesiapa yang nak try, even though kaler hijau tapi rasa sangat sedap. Dah beberapa kali juga Mrs K buat nasi ni. Family Mrs K pun suka sangat. Masak 4 cawan just tinggal 1/2 cawan je, selalu masak nasi 3 cawan aje. Mak Mrs K pun menambah-nambah, mmg favourite dia nasi berperisa ni.


NASI KETUMBAR
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi – dibasuh dan direndam beberapa jam supaya memanjang, toskan
4 cawan air rebusan ayam/air biasa
1 batang serai – diketuk
1 biji bawang kuning – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 inci halia – dicincang
2 pokok daun ketumbar dan akarnya – dikisar dengan sedikit air
3 sudu besar butter
1/2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau
1 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa/garam secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan butter dan minyak dalam kuali. Tumis bahan cincang dan serai hingga layu.
Masukkan kisaran ketumbar (tidak perlu ditapis). Tumis lagi hingga agak pekat dan masukkan beras. Gaul rata hingga menyaluti kesemuanya.
Pindahkan ke dalam rice cooker, tambah air rebusan ayam dan Cukup Rasa. Tanak nasi seperti biasa.
Bila nasi sudah masak, titikkan secara rawak (randomly) pewarna hijau, tunggu seketika kemudian kaup balik 2 – 3 kali (so dia akan jadi seperti nasi hujan panas).
Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan lauk sampingan yang bersesuaian. Mrs K sekeluarga makan dengan daun salad, hirisan tomato, hirisan timun dan ayam masak hitam.




AYAM MASAK HITAM
Sumber: Che Sue (asalnya daging dendeng)
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil (direbus sebentar untuk mendapatkan air rebusan – angkat dan toskan)
2 sudu besar cuka
Kicap manis secukupnya
Sedikit air rebusan ayam

Perap kesemua bahan di atas selama beberapa jam.

Bahan-bahan dikisar halus:
1 genggam cili kering – dipotong kecil dan direndam dalam air panas, toskan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan lain:
1 batang serai – diketuk
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar

Cara-cara:
Panaskan minyak. Toskan ayam dari perapan (jangan dibuang bahan perapan), dan goreng ayam sebentar. Angkat dan toskan, ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dan serai hingga betul-betul garing. Masukkan air perapan dan ayam, tambah sedikit air dan kicap manis. Renihkan. Perasakan jika perlu.

Setelah kuah agak pekat, masukkan daun ketumbar. Angkat dan hidangkan.





Untuk membuat air soya pula, Mrs K ikut je cara yang Mrs K jumpa masa dok google. Sepatutnya kena perah dalam kain bersih, tapi Mrs K agak malas, so Mrs K just tapis je air soya tu, hampas dia Mrs K blend 3 kali. Pastu didihkan, masukkan 1 helai daun pandan yang disimpul. Bila mendidih (kacau selalu), masukkan gula ikut manis yang kita kehendaki. Untuk berbuka, mak Mrs K tolong cincangkan cincau, so jadi la soya cincau.

Thursday, June 9, 2011

Air Halia

1 ketul halia tua (Bentong) - dibersihkan dan diketuk hingga pecah
1 genggam kurma cina hitam - dibasuh dan dikelar-kelar
1 genggam longan kering - dibasuh
Air secukupnya

Jerang kesemua bahan hingga masak dan berbau wangi. Minum suam-suam.

p/s: Resepi ni Mrs J yang bagi. Dia kata orang Cina mmg minum ni sepanjang berpantang. Diorang x minum air suam sebab angin. Dia kata minum whole day. Tapi aku x leh ikut, sbb aku bf baby, dia tak. Sian lak baby, cirit-birit lak, sbb pakai halia tua (Bentong mari), mmg berpeluh x ingat.