Thursday, October 31, 2013

Lunchbox, Thursday (31/10/13)

Sayur Jeruk Tumis Telur

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 bungkus sayur sawi jeruk – dihiris kasar
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga garing.
  • Masukkan sayur jeruk dan sedikit air (jika perlu) dan tumis sekali sekala selama 8 minit.
  • Buatkan lubang di bahagian tengah, pecahkan telur dan biar telur mengeras sedikit sebelum dikacau sekali sekala, sayur akan bersalut dengan telur.
  • Goreng lagi hingga agak kering dan tutup api.
  • Tidak perlu tambah garam.

Lunch box, Wednesday (30/10/13)

Rebung Tumis Belacan

Sumber: Sherry




Bahan-bahan:
2 batang rebung muda jeruk – dihiris bulat/dibelah 4
1 pokok daun ketumbar – dihiris kasar
2 sudu besar minyak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
6 biji cili padi
1 inci belacan
1/4 cawan ikan bilis
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
  • Masukkan sos tiram dan perasa, tumis lagi.
  • Masukkan rebung dan daun ketumbar. Masukkan sedikit air dan masak hingga rebung empuk.
  • Sedia dihidangkan.

Salmon Grill

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 keping (kecil) salmon
1/2 biji lemon – diperah jusnya
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar marjerin kurang garam

Cara-cara:
  • Perap salmon dengan kesemua bahan (kecuali marjerin) selama 15 minit atau lebih.
  • Panaskan grilling pan, masukkan mentega dan grill salmon hingga masak di kedua-dua belah.
  • Sedia dihidangkan.

Breakfast 30/10/13 (Wednesday)

Kek Kukus Asam Manis

Sumber: Azlita Masam Manis

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
300 g tepung superfine + 2 sudu besar serbuk penaik (AMM guna tepung kek)
250 g gula kastor
325 g mentega
6 biji telur
100 g kepingan asam manis – dihiris halus
1 sudu teh esen vanilla

Acuan: Loyang 8”

Cara-cara:

  • Gris acuan dengan sedikit mentega dan lapikkan dengan baking sheet. Ketepikan.
  • Panaskan pengukus. Sementara itu, putar mentega dan gula hingga sebati. Kemudian, masukkan telur satu persatu sambil diputar sebati setiap kali telur dimasukkan.
  • Masukkan esen vanilla dan tepung sedikit-sedikit sambil terus diputar rata. Akhir sekali, masukkan asam manis dan putar rata. Tutup mixer.
  • Kaup balik adunan hingga betul-betul rata.
  • Masukkan ke dalam acuan dan kukus di atas api besar selama 1 jam atau sehingga masak sepenuhnya.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.

Dinner Saturday 26/10/13

Pizza Pepperoni

Sumber: mrskojiwami






Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung superfine
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener
1 sudu teh mixed herbs (dalam botol)
1/4 sudu teh rosemary kering
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu teh yis
1 sudu teh gula
1 cawan air suam
2 sudu besar mentega/minyak zaitun

Topping:
3 sudu besar sos pasta bolognaise
1/2 bungkus parutan keju cheddar/mozzarella
1 1/4 bungkus pepperoni
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 keping keju – diracik

Cara-cara:
  • Doh: Kacau gula di dalam air suam dan tuangkan yis kering. Biarkan berbuih, lebih kurang 10 minit.
  • Satukan tepung superfine, bread improver, bread softener, mixed herbs, rosemary dan garam. Buatkan lubang di bahagian tengah.
  • Tuangkan bancuhan yis ke bahagian tengah dan uli hingga doh lembut dan elastik dan tidak melekat, lebih kurang selama 15–20 minit. Rehatkan doh, tutup dengan cling film selama 1 jam, sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin, dan uli lagi selama 10 minit. Bahagikan doh kepada 2 bahagian.
  • Tabur sedikit tepung pada alas menguli dan juga pada rolling pin. Ambil sebiji doh, gelek-gelekkan ikut ketebalan yang disukai dan letakkan di atas dulang pizza.
  • Sapukan sos pasta ke atas doh, taburkan bawang dan keju parut diikuti dengan kepingan keju. Kemudian, susun pepperoni di bahagian atas.

  • Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C. Masukkan pizza dan bakar selama 25–30 minit. Ulang untuk 1 bahagian doh lagi.




Cheesy Wedges

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
12 biji kentang kecil (dengan kulit) – dibelah 4
1 1/2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
3 sudu besar tepung berperisa (selalu untuk buat ayam goreng tu)
1 sudu besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Topping:
Sos Thousand Island
Mayonis
Kepingan keju – diracik kecil

Cara-cara:
  • Gaul kentang dengan kesemua bahan kecuali minyak dan perap selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Masukkan ke dalam bekas tahan panas (contoh: loyang), taburkan keju dan paipkan sos Thousand Island dan mayonis. Sedia dihidangkan.







Tuesday, October 29, 2013

Lunch Saturday 26/10/13

Pulut Kuning Tanak


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 1/2 pot pulut susu
1 keping asam keping
2 sudu teh serbuk kunyit
3 pot air
2 sudu teh garam
1/2 kotak santan
1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Rendam pulut bersama asam keping, serbuk kunyit dan air secukupnya selama 3 jam atau sebaiknya semalaman. Kemudian, bilas dan tos.
  2. Masukkan pulut ke dalam periuk nasi, masukkan air, garam, santan dan daun pandan. Masak seperti biasa atau jika periuk nasi ada function sushi, pilih sushi (43 minit).


Rendang Pedas Daging

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang – dihiris ikut suka
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 helai daun limau purut
1 kotak santan
1/2 ketul kecil gula Melaka
3 senduk cili kisar (atau lebih)
3 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili padi
2 ketul kecil kunyit hidup
4 batang serai – dipotong kecil
2 inci halia
2 inci lengkuas

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bahan kisar yang lain hingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula Melaka, daging, daun kunyit, asam keping, daun limau purut dan kerisik. Tumis hingga keluar air daging.
  3. Masukkan santan dan renihkan hingga daging empuk. Jika sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Tambahkan garam dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat atau kering, ikut kesukaan. Tutup api.


Sotong Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor sotong - dipotong panjang
1/2 pokok brokoli - dipotong kecil
1/4 biji cili benggala merah - dipotong kasar
1/2 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap ABC
1 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
Sedikit air
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, lada hitam dan air. Setelah mendidih, masukkan sotong dan masak sebentar.
  3. Masukkan brokoli dan cili. Masak hingga separuh empuk, tambah sedikit air jika perlu. Masukkan perasa dan gaul rata. Tutup api.


Thursday, October 24, 2013

Lunch Thursday 24/10/13

Fettucine Goreng ala Olio

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/4 bungkus fettucine – direbus mengikut arahan, ditoskan
5 ulas bawang putih – dicincang
3 tangkai cili kering – dipotong kasar
5 biji cendawan straw – dibelah 4
1/4 biji cili benggala merah – dihiris kasar
1/2 pokok daun ketumbar – dipotong kasar
1 sudu besar minyak + 1 sudu besar mentega
2 ekor sotong – dipotong bulat
3 sudu besar Nandos Peri-Peri Sauce (Garlic)
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega, goreng cili kering hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sedikit air, sos peri-peri dan Cukup Rasa, sesuaikan rasa.
  3. Kemudian, masukkan sotong dan cendawan. Masukkan fettucine dan gaul rata.
  4. Kemudian, masukkan cili benggala, gaul rata, akhir sekali masukkan daun ketumbar. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Breakfast Thursday 24/10/13

Cekodok Pisang

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 biji pisang montel – diramas halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula kastor
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak hingga sebati. Kemudian, ketepikan selama 15 – 20 minit.
  2. Panaskan minyak dan jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya.

Lunch Wednesday 23/10/13

Pucuk Paku Tumis Belacan

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ikat pucuk paku – disiang dan dibersihkan dengan air + 1 sudu kecil cuka untuk menghilangkan kotoran, ditoskan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Sedikit air
1 sudu besar minyak

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1/2 biji cili merah
4 biji cili padi
1/4 cawan ikan bilis – dibasuh
1/2 inci belacan
1/2 biji bawang besar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan air, sos tiram dan Cukup Rasa diikuti dengan pucuk paku.
  3. Gaul rata hingga sayur masak.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Breakfast Wednesday 23/10/13

Kuey Teow Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow halus (Cap Kunci plastik merah) – dibilas dengan air
1 genggam udang kecil – dibuang kepala
5 biji bebola ayam – dibelah 4
5 tangkai daun kucai – dipotong 5 cm panjang
5 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 biji tomato – dihiris kasar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap cair
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan pecahkan telur. Kacau seperti membuat telur hancur, kemudian angkat dan ketepikan. Kemudian, tambahkan minyak secukupnya untuk menumis.
  2. Setelah minyak panas, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Kemudian, masukkan tomato dan tumis lagi hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram dan sos cili dan tumis lagi. Masukkan kicap cair dan sedikit air.
  4. Masukkan udang dan bebola ayam, kacau sebentar dan masukkan kuey teow. Gaul rata hingga mesra. Akhir sekali masukkan kucai dan telur, gaul rata dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Dinner Tuesday 22/10/13

Kari Kepala Ikan Merah

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1 ketul kepala ikan merah – dibelah 2
1 keping ikan merah (bahagian isi)
1 sudu kecil halba campur
4 biji bawang merah – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
1 cm halia – dihiris seperti batang mancis
2 tangkai daun kari
1 bungkus serbuk kari ikan
2 sudu besar rempah kari giling (beli di pasar)
1 mangkuk kecil air asam jawa
1/2 mangkuk kecil air
5 biji bendi
1 biji tomato – dibelah 2
1 biji terung bulat – dibelah 4
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Bancuh serbuk kari dan rempah giling dengan sedikit air dan jadikan pes pekat. Campurkan sekali daun kari.
  2. Panaskan minyak, tumis halba campur seketika. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga agak garing.
  3. Masukkan pes kari. Tumis dan kacau selalu hingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa. Setelah mendidih, masukkan ikan dan air (bergantung kepada kepekatan yang diingini). Setelah mendidih, masukkan sayur-sayuran dan garam secukup rasa.
  5. Didihkan dan sesuaikan rasa. Setelah menggelegak, tutup api.

Sambal Belacan

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 biji cili merah
15 biji cili padi
1 inci belacan – dibakar
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
3/4 mangkuk air asam jawa pekat (dibancuh dengan air masak sejuk)

Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati. Hidangkan.

Wednesday, October 9, 2013

Dinner 8/10/13

Ayam Masak Kicap ABC

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 ketul ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
1/2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris batang mancis
2 sudu besar cili kisar
1 1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap ABC
1 sudu besar kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 biji cili merah - dibelah 2 tidak putus

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan minyak dalam kuali (2 sudu besar), tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga layu dan wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan sos tiram, tumis sebentar, masukkan kicap ABC dan kicap cair. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam dan renihkan. Kemudian, masukkan air asam jawa, lada hitam, bawang besar dan cili merah. Setelah mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat, tutup api dan sedia dihidangkan.


Tuesday, October 8, 2013

Dinner 7/10/13

Kari Ikan Sembilang

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 ketul ikan sembilang
1 paket serbuk kari ikan
2 sudu besar rempah giling India (beli di pasar)
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
5 biji bawang merah – dihiris nipis
4 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris kecil/nipis
1 mangkuk kecil air asam jawa
2 sudu besar santan pekat
1/2 mangkuk kecil air
2 sudu besar minyak masak
1 biji terung bulat – dibelah 4
1 biji tomato – dibelah 2
6 biji bendi
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan serbuk kari dengan rempah giling bersama sedikit air untuk dijadikan pes. Masukkan sekali daun kari. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis halba campur, bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu dan sedikit garing.
  3. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan separuh air asam jawa dan air. Setelah mendidih, masukkan ikan dan renihkan.
  4. Setelah mendidih, masukkan baki air asam jawa, santan dan terung bulat. Setelah mendidih, masukkan tomato, bendi dan garam. Renihkan hingga empuk.
  5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.



Sambal Bebola Ayam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
20 biji bebola ayam
1/2 pokok daun ketumbar – dihiris kasar
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula perang
1 keping asam keping
Sedikit air
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar:
10 tangkai cili kering – dipotong kecil/direbus
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga mendidih, masukkan gula perang. Kacau dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, air dan asam keping.
  2. Setelah mendidih, keluarkan asam keping. Masukkan bebola ayam dan kacau hingga masak. Masukkan garam.
  3. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Monday, October 7, 2013

Lunch 6/10/13 Sunday

Ikan Sembilang Sambal Cili Padi

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ketul ikan sembilang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar kering:
10 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Susun di dalam pinggan hidangan.
  3. Tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak baki menggoreng tadi. Tumis bahan kisar hingga wangi. Setelah agak garing, masukkan air dan Cukup Rasa. Gaul rata hingga layu dan tuangkan ke atas ikan goreng.
  4. Sedia dihidangkan.


Daging Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
Hirisan daging batang pinang
1/2 biji brokoli – dipotong kecil
6 biji cendawan straw – dibelah 2
5 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 paket Perencah Lada Hitam Maggi – dibancuh menjadi pes
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan tumis sebentar hingga bertukar warna.
  3. Tuangkan pes lada hitam. Gaul rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan sos tiram dan sos cili diikuti dengan brokoli, cendawan dan cili merah.
  5. Setelah mendidih, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.


Sup Bebola Ayam

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
15 biji bebola ayam
1/2 batang brokoli (batang sahaja) – dipotong kiub
1/2 batang lobak merah – dipotong kiub
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Rebus brokoli dan lobak merah hingga lembut.
  2. Masukkan bebola dan Cukup Rasa, didihkan.
  3. Setelah cukup masak, tutup api. Sedia dihidangkan.

Saturday, October 5, 2013

Dinner 4/10/13

Ikan Merah Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ketul ikan merah sederhana besar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji hirisan bulat bawang besar
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1/3 cawan air
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
5 tangkai cili kering – dibuang biji, direndam dalam air panas
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Toskan cili kering dan basuh bersih baru dikisar. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan baki 2 sudu besar minyak. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan lada hitam, sos tiram, kicap manis dan kicap masin dan tumis lagi.
  3. Setelah naik bau, masukkan air dan air asam jawa. Setelah mendidih, masukkan ikan, gunakan api kecil, dan biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat.
  4. Setelah kuah agak pekat, masukkan cili merah dan bawang besar, kacau sebentar hingga bawang hampir layu dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


Sliced Cheese Cake

Sumber: Jintan Manis


Nota: Sukatan di bawah adalah sukatan Mrs K. Untuk resepi original, sila refer link di atas.

Bahan-bahan A:
5 keping sliced cheese – diracik kecil
200 ml susu segar
70 g mentega

Bahan-bahan B:
Meringue
4 biji putih telur – pastikan tidak ada sedikit pun kuning telur
8 1/2 sudu besar gula pasir (untuk manis secukup rasa, boleh tambah jika suka)

Bahan-bahan C:
4 biji kuning telur
1 1/4 cawan tepung gandum – diayak
1 sudu teh esen vanila

Peralatan:
Loyang bulat saiz 8”
Sedikit mentega untuk menggris
Kertas minyak – dipotong mengikut saiz loyang untuk dasar, kemudian potong beberapa keping untuk keliling loyang




Cara-cara:
  1. Mula-mula sekali, sediakan loyang. Griskan mentega di keseluruhan loyang, lapikkan dengan kertas minyak. Untuk bahagian tepi, pastikan tinggi dari ketinggian loyang. Ini untuk memudahkan bila kek dikeluarkan.
  2. Satukan kepingan keju dengan susu. Panaskan di atas api kecil dan kacau selalu hingga keju larut. Kemudian, tambahkan mentega dan kacau selalu hingga mentega cair sepenuhnya. Alihkan dan ketepikan untuk menyejuk.
  3. Di dalam mangkuk adunan, pastikan betul-betul kering tanpa kesan air atau minyak, putar putih telur hingga berbuih barulah ditambah dengan gula pasir sesudu demi sesudu hingga habis. Putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi meringue. Pastikan meringue betul-betul kental (bila diterbalikkan tidak akan jatuh). Ketepikan.
  4. Panaskan oven pada suhu 170°C selama 15 minit.
  5. Di dalam mangkuk berasingan, putar kuning telur hingga kembang. Kemudian, masukkan campuran susu sedikit demi sedikit sambil diputar pada kelajuan perlahan.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus diputar hingga sebati. Matikan mixer.
  7. Dengan menggunakan spatula, masukkan separuh meringue ke dalam adunan tepung. Kaup balik perlahan-lahan hingga rata. Masukkan esen vanila dan kaup sebentar barulah dimasukkan baki meringue. Kaup balik perlahan-lahan hingga rata. Jangan terlalu laju kerana akan menyebabkan banyak lubang udara dalam kek nanti.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Ratakan bahagian atas. Letakkan loyang di atas jaring di dalam oven manakala dulang pembakar di bahagian bawahnya diisi dengan air panas (kaedah bain-marie).
  9. Bakar selama 1 jam atau hingga kek betul-betul masak. Untuk 25 minit terakhir, turunkan suhu kepada 140°C. Uji dengan lidi sate, cucuk serong dan kalau licin, maknanya kek telah masak.
  10. Setelah masak, buka pintu oven dan biarkan kek menyejuk dalam loyang selama 5 minit.
  11. Tanggalkan kertas minyak bahagian tepi perlahan-lahan. Terbalikkan kek ke atas redai atau pinggan rata perlahan-lahan, tanggalkan kertas minyak di bahagian dasar. Kemudian terbalikkan semula di atas redai atau pinggan lain. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihias dan dihidangkan. Tanpa hiasan pun ok.

Dinner 1/10/13

Ketam Masak Lemak Cili Api dengan Nanas

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana - dipotong 2
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit - diracik
1/2 biji nanas - dipotong kecil
1/2 bungkus santan pekat
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
5 biji cili padi hijau
3 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan santan, air, serai, daun kunyit dan bahan tumbuk. Renihkan.
  2. Setelah mendidih, masukkan ketam dan asam keping. Kacau sekali sekala untuk elakkan santan berketul/pecah.
  3. Selepas mendidih, masukkan nanas, kalau sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Kacau sekali sekala perlahan-lahan.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, rasa dan tutup api.

Tuesday, October 1, 2013

Dinner 30/9/13

Sweet and Sour Crabs with Salted Egg Yolk

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana - dipotong 2, asingkan sepitnya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan tumis:
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
5 ulas bawang putih - dicincang
1 helai daun pandan - disimpul
1 biji tomato ranum - dipotong kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
1 biji kuning telur masin - dilenyek
1/2 mangkuk kecil air
1 pokok daun ketumbar - dipotong kasar

Bahan-bahan dikisar:
1 genggam cili kering - dibuang biji, direndam air panas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaulkan ketam dengan tepung jagung, Cukup Rasa, garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan 2 sudu besar minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
  4. Masukkan tomato dan tumis hingga layu. Kemudian, masukkan kuning telur masin dan tumis lagi.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili Thai. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan air dan bila mendidih, masukkan ketam. Gaul rata. Beberapa minit sebelum tutup api, masukkan daun ketumbar dan gaul rata.
  7. Sedia dihidangkan.

Supper 29/9/13

Supper ke pun, sebab pukul 9 pm siap masak, tak sempat cool down, dah dimakan oleh the boys hingga licin. Ingat nak bekalkan pada Qayyum esok, tak sempat.

Sebenarnya, diorang ni dah kenyang makan di luar hari ni, sebab breakfast lewat, dalam pukul 11 am, dah makan nasi berlauk.

Lunch pulak, pukul 5 pm. So, malam memang Mrs K tak masak untuk dinner, I mean proper dinner la, so terfikir hari tu Qayyum request nak chocolate cake. So Mrs K pun google eggless moist chocolate cake, dan terjumpa resepi yang menarik dan senang kat Fauziaskitchenfun. Senang sebab dia guna sukatan cawan, sudu, so tak payah la Mrs K nak menimbang tepung bagai kan malam-malam ni. So, jom la kita try, tapi cam biasa, Mrs K akan mengolah here and there to suit the family's tastebuds kan.

Ikut resepi, campuran tepung sepatutnya diayak 3 kali untuk hasil yang lebih ringan, tapi Mrs K ayak sekali je. Dalam resepi menggunakan 3/4 cawan gula halus, tapi Mrs K guna 1/2 cawan gula blend, sebab Mrs K nak bubuh Hershey's Chocolate Sauce kat bahagian tengah kek. Yogurt takde, so Mrs K gantikan dengan susu pekat manis, susu segar digantikan dengan susu cair. Butter malas nak cairkan, odourless oil pulak takde stok (i.e. corn oil), so guna aje la minyak masak. Walaupun caca marba, alhamdulillah sedap juga dan yang penting licin dimakan. Resepi asal untuk whole cake, tapi Mrs K buat cupcakes.

Eggless Moist Chocolate Cupcakes with Chocolate Sauce Filling



Sumber: Fauziaskitchenfun

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam halus
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula yang dikisar
1/3 cawan minyak masak
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan bancuhan kopi panas (1/4 sudu teh Nescafe + 1/2 cawan air panas)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan acuan cupcakes dan susun di dalam tray.
  2. Dalam bekas yang besar, ayak tepung, serbuk koko, garam, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Kemudian, masukkan gula. Gaul rata.
  3. Buatkan lubang di bahagian tengah dan masukkan bahan cecair, dimulakan dengan bancuhan kopi, esen vanila, minyak masak, susu cair dan susu pekat manis. Gaul rata hingga sebati (jika menggunakan mixer, jangan melebihi 1/2 minit atau kek akan keras).
  4. Adunan agak likat. Ambil sesudu adunan, masukkan ke dalam cupcake. Picitkan sedikit chocolate sauce dan masukkan sesudu adunan lagi. Hentakkaan perlahan-lahan supaya rata. Buat sehingga habis. Mrs K dapat 8 biji cupcakes.
  5. Bakar di dalam oven selama 25 minit (Mrs K tambah 10 minit lagi). Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Dinner 28/9/13

Sausage Buns

Walaupun Mrs K refer resepi dari blog di bawah, tapi ada certain bahan Mrs K ubah, coz tak ada stock. Tapi hasilnya alhamdulillah menjadi dan roti memang soft seperti yang diharapkan. So, rasanya tak ada masalah kalau ada perubahan bahan asalkan lebih kurang sama la kot. Contohnya, susu segar digantikan dengan susu tepung, butter digantikan dengan marjerin, untuk eggwash tu Mrs K tersilap, sepatutnya guna putih telur, tapi Mrs K terbuang putih dan ambil kuning. Tapi boleh la juga. Untuk bentuk blossom, Mrs K ikut cara CheMat Gebu. Kepingan keju tak ada dalam resepi, saja je tambah. Untuk mixed vege tu, Mrs K ikut CMG. Tapi mayonis tak ada, Mrs K ganti dengan Thousand Island. Resepi di bawah adalah gabungan ketiga-tiga cara dari ketiga-tiga blog.



Source: Rasa Malaysia, Food4Tots, CheMat Gebu

Modified by: mrskojiwami





Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak
1 1/2 sudu kecil yis kering
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan marjerin
1 biji telur + 2 skup susu tepung yang dibancuh dengan 3/4 cawan air suam
8 batang sosej ayam
4 keping keju - dipotong 2

Mixed vege
Thousand Island
1 biji kuning telur + 1/2 skup susu tepung yang dibancuh dengan sedikit air suam, untuk eggwash

Cara-cara:
  • Masukkan separuh tepung, dan yis ke dalam bekas yang besar. Masukkan gula dan garam. Gaul rata.
  • Tuangkan campuran telur (1 biji) ke dalam bekas berisi tepung. Gunakan senduk kayu dan gaulkan rata kesemuanya.
  • Masukkan separuh lagi tepung dan gaul hingga rata sebelum menguli dengan tangan.
  • Uli doh hingga elastik lebih kurang 5 minit.
  • Masukkan marjerin dan uli lagi selama 5 - 10 minit sehingga doh menjadi lembut dan sedikit berkilat. Sekiranya masih melekat pada tangan, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
  • Sapukan sedikit marjerin dalam bekas lain, letakkan doh dan tutup dengan kain lembap yang bersih.
  • Biarkan doh berada di tempat yang hangat supaya naik sekali ganda, lebih kurang 1 jam atau lebih.
  • Selepas 1 jam (atau lebih), tekan-tekankan doh untuk melembutkannya. Bahagikan kepada 8 bebola. Sapukan marjerin pada loyang dan susun doh. Tutup dengan kain lembap dan biarkan selama 10 minit untuk doh naik sekali lagi.
  • Sediakan tempat menguli, taburkan sedikit tepung. Sapukan tepung juga pada rolling pin. Ambil sebiji doh, gelek berbentuk silinder, letakkan 1/2 keping keju dan sosej. Gulung kemas.








  • Potong kepada 8 bahagian sama besar. Susun ke kiri ke kanan, untuk bentuk BSN logo, atau susun dalam bulatan membentuk kelopak bunga. Kemaskan sebelum dialihkan ke dulang yang dilapik dengan baking paper atau digris dengan marjerin.
  • Jarakkan doh. Tutup dengan kain lembap dan biarkan naik dalam 10 minit lagi. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 200C.
  • Sapu dengan eggwash dan taburkan mixed vege dan picitkan Thousand Island.
  • Bakar selama 25 - 30 minit hingga masak.
  • Sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan.