Thursday, May 25, 2017

Breakfast 25.5.2017

Assalammualaikum,

Hari ni untuk lunch mak, just masak sawi masak lemak putih, tempe goreng dan ikan masing goreng. Untuk breakfast pulak, saya buat sandwich tuna sebabnya roti Gardenia yang jumbo tu ada separuh lagi, dah nak dekat expired. Kalau tak buat apa-apa, makanya masuk tong sampah. Tuna mayo pun ada 1 tin lagi so buat sandwich la senang dan cepat.

Jom tengok resipi :)

Sandwic Tuna

Bahan-bahan:

10 keping roti Gardenia
Marjerin secukupnya (saya lebih suka guna pure butter, tapi marjerin balance buat karipap ada lagi)
1 tin tuna mayonis Ayam Brand
1 sudu besar mayonis
Daun salad – dihiris halus

Sandwich Tuna

Cara-cara:
  1. Satukan tuna mayo dan mayonis dan kacau rata.
  2. Sapukan marjerin pada roti. Ambil sekeping dan ratakan 1 sudu besar tuna.
  3. Letakkan sejemput salad dan tutup dengan sekeping roti lagi.
  4. Potong bahagian tepi (crust) jika suka, kemudian potong dua (menjadi segi tiga), kemudian potong lagi kepada segi tiga yang lebih kecil.
  5. Susun di dalam pinggan hidang secara menegak.

Dinner Menu 23.5.2017

Assalammualaikum,

Balik dari office, termenung depan fridge, nak masak apa la hari ni? Ada je lauk, tapi takde idea resipi apa nak pakai. Keluarkan daging dan perut. Ok daging buat rendang walaupun daun kunyit dah habis. Perut pulak rebus cicah air asam je la. Sayur salad sudah. Ok, let's start cookin'!

Rendang Pedas Daging

Bahan-bahan:

1/2 kg daging batang pinang – dihiris ikut suka
1 helai daun kunyit – dihiris halus (tak ada, habis)
1 sudu besar kerisik
2 senduk kecil cili kisar (prepared)
1 keping asam keping
1 senduk kecil minyak
1/2 kotak santan
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 cawan air
Segenggam kelapa parut putih

Bahan-bahan dikisar halus:

3 batang serai – dipotong kecil
5 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci kunyit – dipotong kecil
2 inci lengkuas – dipotong kecil
3 inci halia – dipotong kecil
Air secukupnya

Bekal ke office esoknya + brown rice + salad

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak dan sedikit garing.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Gunakan api sederhana, masak sehingga keluar air daging.
  3. Masukkan kerisik, kelapa parut, asam keping, air dan santan. Renihkan, sambil dikacau sekali sekala.
  4. Bila kuah semakin memekat, masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau.
  5. Setelah hampir kering (jika suka berkuah), taburkan daun kunyit dan gaul rata. Tutup api.
  6. Sekiranya suka rendang yang kering, teruskan memasak sehingga kuahnya pekat dan melekat pada daging.


Perut Rebus dengan Air Asam

Bahan-bahan:

1/2 kg perut lembu – direbus dan ditoskan airnya
3 biji bawang merah – dihiris
5 biji tomato ceri – dibelah 2
5 biji cili padi – dihiris
1/2 biji cili merah – dihiris
1 sudu besar pes asam jawa
1/2 cawan air masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula perang
1 inci belacan – dibakar dan dihancurkan

Cara-cara:
  1. Potong perut ikut suka dan letakkan di dalam mangkuk hidangan. Ketepikan.
  2. Satukan belacan, pes asam jawa dan air masak. Kacau, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  3. Masukkan bahan-bahan lain dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke atas perut rebus tadi. Hidangkan.

Wednesday, May 24, 2017

Breakfast Menu 24.5.2017

Assalammualaikum,

Hari ni terlambat sikit keluar rumah. Kesian Qayyum, hari2 masuk sekolah lambat. Dah cuba bangun pukul 5 am setiap hari pun still aku lambat. Kalau nak cepat, memang kena masak untuk mak dari malam sebelumnya, tapi takkan la nak masak sup sayur pun dari malam sebelumnya kan? Haruslah masak pagi-pagi tu. Buat breakfast lagi, kalau tak sempat, mintak tolong En K buatkan air. Kalau sempat, aku la yang buat. Pagi2 je kena ada 3 jenis air. Nescafe untuk aku dan En K. Milo untuk kiddos. Mak teh halia 3 in 1. Kadang2 tak buat breakfast pun. Diorang ni kadang2 pagi2 sgt tu tak lalu makan. Aku lak yang bengang, penat masak tak makan pulak. Kena la paksa sapa2 bawa bekal. Kalau tak rugi je la kan. Untuk mak biasanya, yang simple2 je. Sup sayur dengan fishball, ikan goreng, ikan masin goreng (fave mak), ikan rebus goreng (fave mak), tempe goreng (fave mak). Macam tu je la, sebab mak kata dah tak larat nak makan benda-benda keras, gigi dah tak kuat. Ayam memang sejak mak tua ni dia kurang sikit. So mostly ikan dan sayur je la. Kadang2 aku rajin buat la masak lemak putih ke, masak lodeh ke, camtu la... Tapi pun, if buat from scratch pagi2 buta tu, tetap la tak sempat nak siapkan before 6.30 am.

Ok la, pagi ni buat cekodok pisang. Pisang En K beli dari hari Sabtu lagi, pisang emas dibawa belayar. Semalam aku dah siapkan bancuhan then simpan peti sejuk. Pagi ni baru menjemput pisang. Jom tengok resipi la ya.

Cekodok Pisang

Bahan-bahan:

15 biji pisang emas – dikupas kulit
4 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum Cap Bunga Ros (agak-agak) – aku suka la guna tepung ni
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Lenyek pisang hingga hancur bersama gula.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan kacau hingga mesra. Adunan mestilah tidak terlalu lembik atau terlalu keras. Yang sedang-sedang saja.
  3. Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak. Buat hingga hampir penuh kuali. Jangan penuh sangat nanti adunan mengembang tak muat kuali pulak.
  4. Goreng hingga perang hitam-hitam sikit, cekodok memang kaler macam tu. Angkat dan toskan minyaknya. Buat sehingga habis.

Tuesday, May 23, 2017

Lunch Menu 20.5.2017

Assalammualaikum,

Hari ni ada sikit rajin, so kelar-kelar sotong, and the outcome adalah bunga-bunga sotong, haha. Padahal masak sambal tumis je. Ayam kampung tu pulak, tak tau nak masak apa. Mula-mula nak buat ala pakapau je, so suruh la Rayyan tolong petikkan daun selasih kat depan rumah. Dapatlah 1/2 bekas juga. Tapi ... kentang ada tu, kalau tak pakai nanti bertunas pulak sebab dah beli seminggu kot. Nak buat kari, baru je lepas masak kari ikan hari tu. Nak buat kurma, tak ada rempah. Aduiii... dilema betul bila barang dapur kehabisan stok ni. Last-last buat la masak lemak cili padi, tapi En K kurang sikit, tapi Qayyum dan Qimie suka giler. Memang dalam dilema la, nak memenuhi citarasa semua orang, tu tak termasuk citarasa sendiri, yang kadang-kadang terpaksa la dikorbankan sebab tak ada orang yang suka citarasa kita kan.

Ok la, jom la tengok resipi walaupun dah berulang-ulang type.

Sambal Tumis Sotong

 Sambal Tumis Sotong

Bahan-bahan:

1/2 kg sotong – dibuang kulit, dipotong bulat dan dipotong separuh sekelilingnya
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
2 senduk kecil cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
2 cm gula Melaka
1/4 cawan air
1/2 senduk kecil minyak
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil pes asam jawa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis separuh bawang Holland hingga layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga mendidih.
  2. Masukkan gula Melaka dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan tumis lagi.
  3. Masukkan air, pes asam jawa dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sotong dan baki bawang Holland. Kacau rata, masukkan garam dan masak hingga sotong masak tapi jangan lama sangat, nanti sotong liat. Tutup api.


Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi


Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

10 ketul ayam kampung
1 biji kentang – dipotong 8
1 helai daun kunyit
1 batang serai – diketuk
1/2 kotak santan
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan-bahan dikisar halus:

15 biji cili padi
1/2 biji cili merah
5 biji tomato ceri
1 inci kunyit
3 biji bawang merah
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Sediakan periuk, masukkan ayam, air, serai, daun kunyit dan bahan kisar. Kacau. Panaskan di atas api sederhana hingga mendidih dan ayam mengecut.
  2. Masukkan kentang dan santan. Kacau rata, jaga api, jangan biarkan meruap kalau tak santan pecah.
  3. Masukkan garam dan asam keping. Bila berwap kacau, masak hingga kentang empuk dan kuah sedikit pekat. Rasa, jika ok, tutup api.

Ikan Pari Bakar Ala Portugis

Assalammualaikum,

Ikan Pari Bakar Ala Portugis

Bahan-bahan:

Ikan Pari Bakar Ala Portugis

1 kg ikan pari yang sudah dipotong – dibersihkan
6 biji bendi – dihiris serong
1/2 tangkai bunga kantan – dihiris halus
3 tangkai daun kesum – dilurut
Garam dan gula melaka secukup rasa
Pes asam jawa secukup rasa
Aluminium foil
1 senduk kecil minyak
Hirisan limau kasturi

Bahan-bahan dikisar halus:

1 cawan cili kering yang direbus dan dibuang biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 batang serai – dipotong kecil
2 cm belacan
Segenggam udang kering – direndam hingga lembut
5 biji tomato ceri
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula melaka dan pes asam jawa. Tumis lagi hingga agak garing. Tutup api. Buangkan lebihan minyak.
  2. Panaskan oven 230°C selama 10 minit. Sediakan loyang yang sesuai, letakkan aluminium foil lebih besar dari saiz loyang, agak-agak boleh lipat bahagian tepinya. Hati-hati, bahagian tepi foil tajam (saya dah kena haha).
  3. Susun ikan pari, curahkan pes sambal rata-rata. Kemudian, tabur hirisan bendi, bunga kantan dan daun kesum rata-rata. Ambil sekeping lagi foil yang sama saiz, lapikkan bahagian atas dan lipatkan bersama bahagian bawah dan balut tanpa ada ruang udara. Bakar selama 30 – 40 minit.
  4. Setelah masak, keluarkan dan letakkan di atas pinggan, hati-hati sebab panas.
  5. Ambil pisau yang tajam bahagian hujung dan potong bahagian tengah foil, dan sedia dihidangkan.
  6. Nak lagi sedap, perahkan jus limau kasturi sebelum dimakan.

Monday, May 22, 2017

Teatime 14.5.2017

Assalammualaikum,

Minggu ni lepak kat rumah aje sebab abang ipar pinjam kereta nak bawa mak mentua dan adik ipar jalan-jalan. Since melangut aje, datang la idea nak baking. Google punya google last-last pilih the same recipe jugak, dari taste.com.au, marble butter cake. So let's check it out!

Marble Butter Cake

Adapted from: www.taste.com.au


Bahan-bahan:

185 g mentega – dilembutkan (saya guna SCS Salted)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kastor
3 biji telur saiz A atau B – dipukul ringan
2 cawan tepung naik sendiri – diayak
2/3 cawan buttermilk (buat sendiri – 2/3 cawan susu segar + 1 sudu kecil cuka putih)
2 sudu besar serbuk koko – diayak

Cara-cara:

  1. Panaskan oven suhu 180°C selama 15 minit. Sementara itu, gris acuan (saya guna silikon) dengan balance mentega pada packaging.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega, esen vanila dan gula hingga ringan dan gebu. Tambahkan telur (buat 3 kali), setiap kali pukul sebati sebelum masukkan seterusnya. Masukkan tepung dan 1/2 cawan buttermilk. Pukul rata dan tutup mixer.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko dan baki buttermilk. Gunakan spatula dan kacau rata. Satu bahagian lagi biarkan plain.
  4. Tuangkan 1/2 adunan plain ke dalam acuan dan tompok-tompokkan dengan 1/2 adunan koko. Kemudian tuangkan baki adunan plain dan tompok-tompokkan dengan baki adunan koko. Lorekkan menggunakan hujung pisau yang tajam. Hentakkan acuan perlahan untuk meratakan permukaan adunan.
  5. Bakar semalam 1 jam 10 minit (depends), selepas masak, test dengan lidi sate/garpu ke bahagian tengah kek dan lihat sekiranya keluar licin tanpa adunan melekat maksudnya kek sudah masak sempurna. Jika masih ada adunan basah, tambah 10 minit lagi. Sekiranya kek nampak agak garing tutup dengan foil longgar.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan di dalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan di atas redai. (In my case, tak sempat, panas-panas diorang dah pakat potong dan ngap!)
  7. Setelah sejuk sepenuhnya, potong kek. Simpan di dalam bekas kedap udara. Tahan 2 – 3 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk.


 Marble Butter Cake


Friday, May 19, 2017

Dinner Menu 16.5.2017

Assalammualaikum,

Tak ada apa nak diceritakan hari ni. Jom tengok resipilah!

Sambal Tumis Ikan Tongkol

 Sambal Tumis Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

4 hirisan ikan tongkol
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
1 batang serai – diketuk
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
Sedikit gula Melaka/perang
3/4 senduk kecil minyak masak
2 senduk kecil cili kisar
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan 3/4 senduk kecil. Tumis separuh bawang Holland hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih.
  3. Masukkan gula merah dan tumis lagi, masukkan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air, asam keping dan garam. Kacau hingga mendidih.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan dan baki bawang Holland. Masak sehingga agak pekat dan bawang layu. Tutup api.


Gulai Lemak Rebung dan Perut

Gulai Lemak Rebung dan Perut

Bahan-bahan:

1/2 kg perut lembu – direbus hingga lembut
3 batang rebung jenis kecil – dipotong bulat
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam keping
1 peket santan
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

4 biji tomato ceri
2 biji bawang kecil
7 biji cili padi
1/2 biji cili merah
1/2 inci kunyit

Cara-cara:
  1. Masukkan rebung, air, bahan kisar, serai dan daun kunyit ke dalam periuk. Didihkan hingga rebung empuk, tambah air jika perlu.
  2. Masukkan perut, asam keping, santan dan garam. Perlahankan api, kacau sekali sekala dan elakkan santan daripada meruap. Rasa, jika perut sudah empuk, tutup api.

Breakfast and Lunch Menu 17.5.2017

Assalammualaikum,

Pagi ni buat cucur udang untuk breakfast. Bancuhan dah buat dari malam semalam, simpan dalam peti sejuk. Fettucine carbonara pulak buat sebab Qayyum nak bawa bekal ke sekolah.

Jom check recipes!

Cucur Udang

Cucur Udang

Bahan-bahan:

2 cawan (atau lebih) tepung gandum
1/2 ikat daun kucai – dipotong 3 cm panjang
1 cawan udang kecil yang dikupas kulit
1/2 biji cili merah – dicincang
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak. Jika tak cukup tepung atau air, tambah ikut kesesuaian. Rasa sedikit, jika cukup masin, simpan di dalam bekas yang sesuai di dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak. Jemput menggunakan hujung jari dan masukkan ke dalam minyak. Buat beberapa yang muat di dalam kuali. Balikkan dan goreng sehingga kuning keemasan. Setelah agak garing, angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan bersama sos cili.


Fettucine Carbonara Simple Je


Fettucine Carbonara

Bahan-bahan:

1/2 peket fettucine – direbus mengikut arahan di peket, toskan
1 tin Sos Carbonara Prego + 1 tin air
8 batang sosej ayam – dihiris bulat
1/2 cawan isi ayam – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
1/2 cawan parutan cheddar cheese
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sebentar diikuti bawang Holland. Tumis sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan tumis sebentar diikuti sosej ayam. Tumis beberapa minit.
  3. Masukkan bancuhan sos dan kacau rata. Masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga kuah likat tetapi tidak terlalu pekat. Tambah air jika perlu.
  4. Tutup api dan tuangkan ke atas fettucine semasa menghidang.

Dinner Menu 17.5.2017

Assalammualaikum,

Confuse nak masak apa bila balik kerja. Mula-mula, cadang nak masak ayam masak kurma, check peket rempah kurma, dah expired bulan 4. Aigooo! Lagipun santan lupa nak beli. So, nak masak apa ni?

At last, keluarkan ika mayong yang ada 4 ketul lagi tu. Check ok ada rempah kari ikan Baba's yang belum expired haha. Santan tak payah la, kita buat kari without santan. Just bendi atau terung takde, takpe kita bubuh tomato ceri pun ok.

Sayur baru beli pak choy semalam, so tuang sos tiram je nanti. Settle. Stock sambal belacan still ada, so kari ada sambal belacan, ngam la tu.

Oh, malam ni, saya berjaya tak makan nasi uolls... tak tau la penangan telan pati delima Gulsan about a week plus now or memang sebab keletihan sampai tak lalu makan. Saya tak makan malam suatu perkara yang pelik, sebab saya suka makan. Kadang-kadang diet pun ke laut, sebab bila siap masak, mesti nak makan, aduiii! So, alhamdulillah malam ni tak makan, harap-harap istiqomah la sampai kurus.

Jom baca resipi!

Pak Choy Sos Tiram

Bahan-bahan:

1 pokok pak choy – dileraikan dan dicuci bersih
Air untuk merebus
Sedikit garam
Sedikit minyak
3 ulas bawang putih – dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air + 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Sediakan air untuk merebus, tambahkan minyak dan garam. Setelah mendidih, celur pak choy 2 -3 minit dan toskan airnya. Susun di dalam pinggan hidangan.
  2. Sediakan kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air dan sos tiram. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga likat. Tutup api. Tuangkan ke atas pak choy tadi.


Pak Choy Sos Tiram


Kari Ikan Mayong Tanpa Santan

Bahan-bahan:

Kari Ikan Mayong Tanpa Santan

4 ketul ikan mayong
5 biji tomato ceri – dibelah 2
1 peket serbuk kari ikan Baba's – dibancuh menjadi pes
2 tangkai daun kari – dilurutkan
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu besar halba campur
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris mancis
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur diikuti dengan bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan.
  2. Masukkan pes kari dan daun kari, perlahankan api, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 cawan air, pes asam jawa dan ikan.
  4. Kacau sekali sekala hingga ikan masak dan masukkan tomato dan garam. Kacau hingga mendidih, rasa dan tutup api.


Thursday, May 18, 2017

Menu 29.4.2017

Assalammualaikum,

I ordered those tilapia fish from an office colleague who happened to go back to her hometown in Temerloh. As we all know, ikan-ikan dari sangkar Sungai Temerloh insya allah not smelly or taste of mud at all. I ordered 2 tilapia fish, RM16 untuk saiz sedang-sedang.

At first, nak masak seekor je, konon-konon nak save for other day. But then, come to think of it, my children suka sangat meratah and since mak pun ada (she's a big fan of tilapia), masak je la 2 ekor tu terus.

Kerang tu pulak masa pegi AEON Big ada yang siap packing dalam RM4. So menu hari ni, ikan tilapia goreng garing dengan air asam, ikan tilapia sambal hijau dan kerang masak lemak cili padi.

Let's check out the recipes!

Ikan Tilapia Goreng, Air Asam dan Sambal Hijau

Bahan-bahan:

2 ekor ikan tilapia – dibasuh bersih dan dikelar
Garam, Maggi Cukup Rasa dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Air Asam:

3 sudu besar pes asam jawa
Air masak secukupnya
2 inci belacan bakar – dihancurkan
1 biji bawang besar – dipotong dadu
5 biji tomato ceri – dibelah 2
7 biji cili padi – dipotong kecil
Garam dan gula perang secukup rasa

Sambal Hijau:

15 biji cili padi – dikisar
1 biji bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan garam, perasa dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Seekor dibiarkan goreng dan seekor lagi untuk masakan lain.
  2. Untuk air asam, satukan kesemua bahan dan adjust kepekatan dan rasa.
  3. Untuk sambal hijau, keluarkan minyak gorengan tadi dan tinggalkan dalam 4 sudu besar. Tumis bahan kisar hingga agak garing dan masukkan perasa. Kacau rata dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan goreng.




Kerang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

1 peket kerang – dibasuh bersih
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam keping
3/4 kotak santan
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

7 biji cili padi
1 inci kunyit
2 biji bawang merah
4 biji tomato ceri
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan air, serai, daun kunyit dan bahan kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan kerang dan kacau rata.
  3. Perlahankan api, masukkan santan, asam keping dan garam. Kacau selalu dan elakkan dari meruap, nanti santan pecah.
  4. Setelah cukup rasa dan kerang masak, tutup api.



Dinner

Bihun Goreng

Bahan-bahan:

1/2 peket bihun – direndam hingga lembut
2 biji telur
7 biji chicken ball – dibelah 2
1 pokok pak choy – dipotong kecil, asing batang dan daun
Kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos cili secukupnya
Garam jika perlu
Air
2 sudu besar cili kisar
1/2 senduk kecil minyak

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

2 biji bawang merah – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong
2 sudu besar udang kering – direndam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap cair. Tumis lagi dan masukkan chicken ball. Kacau rata, masukkan batang pak choy. Kacau rata.
  3. Masukkan bihun dan sedikit air. Kacau rata, tambah kicap manis jika perlu. Masukkan juga daun pak choy. Kacau rata hingga bihun lembut, buatkan lubang di tengah dan masukkan telur. Biarkan seketika supaya telur sedikit mengeras kemudian kaup balik ke dalam bihun.
  4. Goreng hingga sedikit garing dan tutup api.



Menu 22.4.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi untuk hari ni.

Tau Miu Goreng Sos Tiram

Bahan-bahan:

1/2 peket tau miu – dibasuh dan ditoskan
1 biji tauhu – dihiris
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
Minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair



Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan tau miu, bawang Holland, sedikit air, sos tiram dan kicap cair. Kacau hingga tau miu agak lembut dan masukkan tauhu goreng. Kacau dan tutup api.



Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal Kelapa

Bahan-bahan:

2 ekor ikan cencaru sederhana besar – dibelah belakang
Garam dan serbuk kunyit
2 helai daun kunyit – dicuci
Minyak untuk menggoreng
3 tangkai daun kesum – dilurut daunnya
1 kuntum bunga kantan – dihiris halus

Bahan-bahan ditumbuk:

2 biji cili merah – dipotong
3 biji cili padi – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong
2 inci kunyit – dipotong
2 batang serai – bahagian putih sahaja dan dipotong
1 peket kelapa parut – bahagian putih sahaja
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Satukan bahan tumbuk dengan daun kesum dan bunga kantan dan gaul rata.
  3. Lapikkan bahagian dalam ikan dengan daun kunyit. Kemudian, sumbatkan dengan inti kelapa hingga hampir penuh. Padat-padatkan sumbatan itu.
  4. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.




Karipap Daging dan Telur Rebus

Bahan-bahan:

3 biji telur rebus – dipotong wedges 8 bahagian

Inti:

2 biji kentang – dipotong dadu kecil
2 tangkai daun kari – dilurutkan
1/2 peket daging cincang – dilembutkan
1 peket serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar gula putih
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 pokok daun sup – dihiris
1/2 senduk kecil minyak

Bahan-bahan ditumbuk halus:

3 sudu besar udang kering – direndam
2 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan pes kari dan daun kari dan tumis lagi hingga mendidih. Kemudian, masukkan gula dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan tumis hingga keluar airnya. Masukkan kentang, bawang besar dan daun sup. Gaul rata dan tuangkan air hingga menutupi paras kentang.
  3. Perlahankan api, kacau sekali sekala untuk elakkan hangit. Setelah mendidih, masukkan garam dan perasa. Masak sehingga kering, jika minyak terlalu banyak, buang minyak. Sejukkan sepenuhnya sebelum digunakan.
Bahan-bahan kulit:

1 1/2 cawan tepung gandum (tambah/kurangkan jika perlu) – diayak
2 sudu besar tepung ubi – diayak
Air sejuk berais + garam secukupnya
25 g butter – dicairkan

Cara-cara:
  1. Satukan tepung dan masukkan butter cair. Gunakan senduk kayu jika panas, kacau rata. Kemudian, gunakan jari dan gaul tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tidak melekat.
  3. Uli beberapa minit, hingga agak-agak lembut.
  4. Ambil sejemput dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Buat sehingga habis.
  5. Untuk membuat karipap, ambil 1 biji bebola dan uli sebentar, kemudian lenyek dengan penggelek kayu.
  6. Letakkan di tapak tangan dan letakkan 1 ketul telur rebus dan 1 sudu besar inti, lebih jika doh besar. Lipat dua dan lekapkan kesemua bahagian tepi. Kelim hingga siap, atau boleh gunakan acuan. Buat sehingga habis.
  7. Panaskan minyak, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.




Lunch 16.4.2017

Assalammualaikum,

Hari Ahad. Stay di rumah je atas beberapa sebab tertentu. Kelmarin ada beli tauhu 5 ketul (terpaksa beli 5 ketul, sebab dia dah siap bungkus dan tak ada jual pulak yang seketul). So nak buat apa la tauhu banyak-banyak ni? Yang makan tauhu dalam rumah ni aku dan mak je la. Aku pun bukan la penggemar tauhu sangat pun. TIba-tiba teringat pulak tepung bestari ada lagi, bila la nak abis kan? So, datang la idea tauhu salut tepung bestari. Hmm... sedap juga. Tapi tetap la aku dan mak je yang sentuh tauhu ni.


En K pulak, ada beli 3 ekor ayam kampung semalam. Rendam dalam tepung gandum dulu baru cuci bersih. Buang sisa-sisa bulu yang ada (sebab kedai ni sembelih ikut permintaan). Kemudian rendam lagi dalam air campur limau nipis lebih kurang 1/2 jam. Baru simpan. So tadi cadang nak buat rendang pedas ayam.

Ok la, Resepi kat bawah ni, kot-kot ada yang nak try kan.



Tau Miu Goreng



Bahan-bahan:

1/2 peket tau miu – dibasuh dan ditoskan
1/2 biji cili merah – dihiris serong
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
2 ketul hati ayam – dipotong kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya cair
Sedikit air
Sedikit minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng hati ayam hingga garing dan angkat, Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sebentar diikuti dengan bawang besar. Tumis hingga harum dan layu.
  3. Masukkan tau miu, sos tiram, kicap cair dan air. Kacau rata dan tutup 1 – 2 minit sahaja. Kacau rata, masukkan hirisan cili. Kacau dan tutup api.


Rendang Pedas Ayam Kampung

Sumber: Mak dan Yong



Bahan-bahan:

15 ketul ayam kampung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit – dimayang halus
3 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1/2 kotak santan
1/2 cawan air
4 sudu besar minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dibuang biji dan direbus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci halia – dipotong
2 inci lengkuas – dipotong
2 batang serai – dipotong
2 inci kunyit – dipotong
3 biji cili padi

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Kacau sekali sekala hingga ayam nampak mengecut dan airnya keluar.
  3. Masukkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik dan air menutupi paras ayam. Pastikan api sederhana, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan garam, Maggi Cukup Rasa secukupnya.
  5. Kacau sekali sekal hingga pekat, terpulang hendak version kering atau berkuah sedikit.
  6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit dan gaul rata. Tutup api.

Dinner 18.4.2017

Assalammualaikum,

Dari semalam dok sembang dengan Sherry dan Sarah kat office pasal kerabu tauge. Sebabnya hari tu terbeli tauge sampai RM3. Ha ambik kau... satu plastik besar kot. Jenuh makan tauge. Minta Qayyum belikan tak reti nak estimate berapa banyak nak beli huhu....
So decide untuk bawa bekal hari ni nak buat kerabu tauge dengan perut. So semalam balik kerja ajak En K singgah pasar malam beli 1/2 kg = RM20. Sampai rumah, basuh dan rebus sampai empuk. Then dah sejuk terus potong-potong simpan terus dalam fridge. Ada beli juga pucuk paku seikat RM2.
So pagi ni macam biasa bangun pukul 5 am, terus start prepare menu hari ni.


Kerabu Perut, Tauge & Pucuk Paku

Bahan-bahan:

1/2 kg perut lembu - direbus hingga empuk
1 ikat pucuk paku - disiang
3 cawan tauge
2 sudu besar kerisik
Sedikit jus asam jawa
Sedikit gula perang secukup rasa
Sedikit garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

2 biji bawang merah
3 biji cili padi
1/4 inci halia
3 sudu besar udang kering - direndam sekejap

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 periuk air. Masukkan 1 sudu kecil garam dan didihkan.
  2. Sementara itu, satukan bahan tumbuk dengan kerisik, jus asam jawa, gula perang dan garam. Potong perut ikut saiz yang digemari.
  3. Setelah air mendidih, celur tauge 1 – 2 minit dan toskan. Celur pula pucuk paku. Toskan airnya.
  4. Di dalam bekas yang besar, satukan kesemua bahan dan gaul rata. Sendukkan ke atas pinggan hidangan dan sedia dimakan.




Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:

10 ketul ayam
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji kentang – dipotong wedges
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Kicap ABC, kicap cair secukup rasa
Garam jika perlu
Air secukupnya
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan. Goreng pulan kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 senduk kecil sahaja. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, kemudian, masukkan bahan-bahan hiris pula. Tumis hingga layu dan masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap ABC dan kicap cair. Tumis lagi hingga mendidih, masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng, bawang Holland, kentang goreng dan cili padi. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Rasa, jika ok, tutup api.



Wednesday, May 17, 2017

Tak ingat bila

Assalammualaikum,

Boleh tajuk macam tu? Ni semua sebenarnya sebab dah lama terperap dalam draft, then gambar ori dalam phone dah lama removed so I can't remember when did I cook all these.

Anyway, straight to the recipes.

Sandwic Telur

Bahan-bahan:

Kepingan roti putih/wholemeal
Butter
Daun salad – dicuci dan dilap kering dengan kitchen towel
Cheese slices
4 biji telur rebus – dihancurkan/dilecek
Mayonis
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Sapu butter pada roti. Ketepikan.
  2. Masukkan mayonis, garam dan lada hitam pada telur dan gaul rata.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan cheese dan salad. Letakkan 1 sudu besar campuran telur dan ratakan. Tutup dengan sekeping roti lagi.
  4. Dengan menggunakan pisau roti, potong kesemua bahagian tepi roti kemudian potong segi tiga 2 kali. Ulang sehingga habis.




Ayam Goreng ala Pakapau

Bahan-bahan:

1 mangkuk ketulan ayam
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
3 pokok daun selasih – dilurut
2 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
5 biji cili padi – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak hingga tinggal 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga harum dan masukkan sos tiram.
  3. Setelah sedikit garing, masukkan ayam, perasa dan daun selasih. Gaul rata dan tutup api.




Gulai Lemak Pucuk Paku dan Ikan Masin

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk paku – disiang daun dan bahagian lembut sahaja
3 keping potongan ikan kurau masin – dibasuh bersih
2 biji terung – dipotong ikut suka
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 air
1 batang serai – diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

3 biji bawang kecil – dipotong kecil
5 biji cili padi
1 inci kunyit

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk. Didihkan di atas api perlahan sehingga berwap. Kacau selalu untuk elakkan santan pecah.
  2. Setelah mendidih, masukkan garam (rasa dahulu). Setelah ok dan mendidih, tutup api.




Salad dan kubis ungu


Sambal Tumis Ayam

Bahan-bahan:

7 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
Sedikit air
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3/4 senduk sahaja. Tumis serai dan cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Gaul rata hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.



Masalodeh

Bahan-bahan:

2 cawan kacang parpu – direndam at least 4 jam (saya rendam dari pagi dan buat petang)
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 biji cili merah – dicincang
4 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
1 biji telur (optional)
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kacang parpu yang telah direndam dicuci bersih dan dikisar 3/4 halus bersama daun kari.
  2. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan campurkan dengan bahan-bahan lain. Rasa garamnya.
  3. Panaskan minyak. Sementara itu, ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan kemudian tekan sedikit. Goreng hingga coklat keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.






Monday, May 15, 2017

Menu 18.4.2017

Assalammualaikum,

Edisi tertunggak :).

Masa tu dok bincang-bincang dengan officemates pasal kerabu perut, terus la dapat idea nak buat. So balik dari office, kebetulan hari Isnin, singgah pasar malam dekat rumah tu. Beli perut 1/2 kg RM10. Pastu round depan sikit nampak pulak pucuk paku. Beli seikat RM2.

Untuk resepi ni, saya google je, campur-campur mana yang sesuai termasuk dari resepi mak saya. Gigih buat pagi-pagi buta sebab dah janji dengan officemates nak bawa.

Ayam masak kicap pulak menu dinner.

Jom tengok resepi.


Kerabu Perut

Bahan-bahan:

3 cawan taugeh – dicuci bersih
1 ikat pucuk paku – disiang, buang batang keras
1/2 kg perut lembu putih – direbus hingga empuk
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji cili padi
Sedikit belacan

Cara-cara:

  1. Sediakan 1 periuk air. Jerang hingga mendidih.
  2. Setelah mendidih, celur taugeh selama 1 – 2 minit sahaja, angkat dan toskan airnya.
  3. Celur pula pucuk paku. Toskan airnya.
  4. Untuk perut, setelah empuk, cuci semula dan toskan airnya. Setelah agak sejuk, hiris ikut ketebalan yang disukai.
  5. Dalam mangkuk yang besar, satukan bahan tumbuk, kerisik, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau rata, kemudian masukkan bahan-bahan lain. Gaul rata. Sedia dihidangkan.






Ayam Kampung Masak Kicap

Bahan-bahan:

10 ketul ayam kampung
1 biji kentang – dipotong 6 (wedges)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris mancis
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
5 biji cili padi – dibelah tanpa putus
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Kicap ABC, kicap masin Tamin secukup rasa
Sedikit pes asam jawa
Air secukupnya
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Garam jika perlu

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dan kentang dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng kentang hingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya. Goreng ayam pula 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 1 senduk sahaja. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga harum.
  3. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, kicap ABC dan kicap Tamin. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan air (agak-agak nak kuah banyak mana, kicap boleh tambah lagi jika rasa tak cukup).
  6. Setelah mendidih, masukkan ayam, pes asam jawa, perasa dan garam. Masukkan juga cili padi dan bawang besar. Kacau rata, biarkan merenih. Rasa. Jika ok dan mendidih, tutup api. Masukkan kentang dan gaul. Angkat dan hidangkan.