Tuesday, December 4, 2012

Baked Macaroni

Yesterday, we went for our monthly groceries' shopping. So, I had bought some of the items that I want to cook for today's lunch, to be brought to the office, to share among colleagues. So, ever since I saw Lemongrass made this recipe, so I think I have to try it.

And also, since En K bought some durians, he requested me to make some of his favourite Kuah Durian. So, pagi tadi, bersilat la kat dapur utk siap2kan kedua-dua dish tu.

BAKED MACARONI/MAKARONI BAKAR




Rujukan: Lemongrass
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1 paket makaroni - prepared as per instructions on packet (San Remo)
1 biji bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - dicincang
1/2 paket daging lembu cincang (Saudi)
1 tin sos spaghetti
1/2 biji carrot - didadu
2 sudu besar butter (SCS)
2 sudu besar minyak jagung (Daisy)
9 keping cheese cheddar (Melbourne)
1 kotak white breadcrumbs (Nona)
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + sedikit belacan)

Cara-cara:

Toskan makaroni.
Panaskan minyak jagung dan butter. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan carrot dan daging cincang. Tumis hingga air daging kering.
Masukkan sos spaghetti dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekiranya terlalu pekat.
Masukkan makaroni, kacau rata, masukkan sedikit garam. Goreng hingga agak kering (jgn berkuah sgt).
Angkat dan masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan utk penuhkan loyang.



Susun cheese di atas keseluruhan permukaan makaroni.



Taburkan breadcrumbs dan bakar dalam oven pada suhu 230 darjah C hingga permukaan perang (lebih kurang 30-45 minit).


No comments: