Monday, December 24, 2012

BIHUN GORENG

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 1/2 keping bihun - direndam hingga lembut
1 batang pak choy - dihiris, diasingkan batang dan daun
1 genggam udang kecil - dibuang kepala dan ekor
Hirisan nipis daging
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji telur
1 senduk cili kisar + bawang besar + bawang putih
Garam secukup rasa
Minyak jagung

Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Bahan-bahan tumbuk:
1 genggam udang kering - direndam
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak. Pukul telur dengan sedikit garam dan dadarkan hingga masak. Angkat dan ketepikan. Setelah sejuk, gulung dan hiris nipis untuk hiasan.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.

Masukkan sos cili dan sos tiram, tumis lagi. Masukkan udang dan daging dan tumis sebentar. Masukkan batang pak choy dan sedikit air.

Setelah mendidih, masukkan kicap dan garam secukup dan masukkan juga bihun. Goreng rata dan masukkan daun pak choy. Tambah kicap jika masih tawar dan gaul rata.

Semasa menghidang, taburkan telur dadar, bawang goreng, daun bawang dan cili merah.

No comments: