Wednesday, September 16, 2009

Bunga api


Why bunga api these days macam cikai aje ek? Dulu-dulu rasanya ada la 1 min kot each bunga api tu tapi nowadays macam baru few seconds je dah abis. Tak sempat nak menghayati percikan dia...hehheh... Pastuh mahal lak tuh. Bunga api belang-belang satu kotak pastu bunga api kaler 1 ikat dah RM14!

Footnote: Gambar terpaksa diblurkan berikutan ketidakcukupan pakaian adalah tidak bagus untuk mata di bulan Ramadhan.

Pavillion


Hari Raya decor at Pavillion.

Tuesday, September 15, 2009

TGIF

Yesterday, after work, we went straight to OU. Thought of iftar at Johnny's. Unfortunately, sampai je sana, tgk2 dah full house dengan reservations. Duh.... tensen tol. En Koji cari San Francisco Steak House, malangnya kat OU tak ada. Since dah dekat masa berbuka, we headed to TGIF. Tak penah try lagi TGIF ni, tatau la... takde la rasa teringin ke apa, but then semalam just gamble aje.





En Koji dah ternampak fave dia, Lamb Rack ke Ribs ntah... so he ordered that. I ordered 2 course meal, I chose Fried Mac and Cheese and Cajun Pasta with Chicken and Shrimp. Since we ordered 2 main meals, the kiddos got their meals for free which I chose Nachos with Salsa Dip and Kid's Burger with Fries for them.

Well, fried mac n cheese 6 ketul besar, for sure la tak abis. Cajun pasta lak, time panas rasa cam okey, tapi bila dah sejuk sikit erk... tak lalu masuk dah. or maybe by that time i'm already full with mac and cheese plus nachos.

I just tasted a slice or two je the lamb rack. Quite salty. Anyway, the mac and cheese pulak rasa tawar.


Lately, dah makin malas nak masak for iftar, asik la makan kat luar. Same goes with sahur, malas tol nak masak, just minum nescafe susu je.

Anyway, last Sunday, went out to Bangsar. En Koji ajak berbuka kari kepala ikan kat gerai fave dia but I never tasted it yet.So pergi la sana, skali tutup daaa.... Aku ajak pegi Johnny's... tapi Haqimie dah bising lapar lapar. So stopped by restoran mamak. Dia nak makan roti canai. En Koji pulak pegi makan nasi beriani dengan daging masak hitam which I tumpang sikit. Lapar dowh.... time tu dah past time berbuka dah....

Terus rasa malas nak pegi Johnny's. We all went to Port Klang, saja je. Makan pulak yong tau fu. Dah kenyang, jalan-jalan balik.

On the way balik pulak, singgah kat Triple 2. En Koji had nasi lemak and me had half-boiled eggs. The kiddos bising-bising nakkan bunga api. So beli aje la.

Manhattan Fish Market (MFM)



Last Saturday, we went to KLCC for iftar. Tatau nak berbuka kat mana, sumer pon cam full house since time kitorang sampai pon dah nak dekat berbuka. Ajak En Koji ke MFM since tak pernah try lagi. Sekali, full house, only available after 8.30 pm. Memula aku dah ajak pergi je tempat lain, tapi En Koji dok berlegar-legar lagi depan MFM. Sib baik ada yang makan cepat so kitorang dapat la masuk.


We ordered the Buka Puasa Set. Ada Seafood Platter ke namanya. Dia tulis kat situ to be shared by 2 persons tapi aku tengok portion dia, 4 orang pon boleh makan. Setakat aku, En Koji ngan 2 kiddos for sure x abis. The set comes with bottomless iced lemon tea and brownies with ice cream. Ada gambar tapi tak upload lagi. Later la gambar tuh.

It was a hearty meal. Mmg x boleh nak abiskan. So tapau bawak balik, sayang kan.... membazir je. The garlic rice was nice. I guess yang buat kenyang sangat tu maybe because the seafood all coated with flour... tu yang kenyang sangat tu....

Footnote: Kualiti gambar tidak memuaskan sebab guna henpon camera, bateri digicam dah kong...

Saturday, September 12, 2009

::No title::

At last, hari Khamis ari tuh, En Koji dah abih keja set-upnya. So, pukul 5.30 pm dia datang jemput then terus ke KL sebab dia nak tgk hasil kerja rakan2 seperjuangan pulak. Tapi hari tu aku cam migrain, maybe sebab sahur semug nescafe susu aje kot.

Serious macam malas giler nak ikut, tapi pergi je la. Kitorang pegi Sungai Wang Plaza, tengok decor yang team Kelvin buat. Every year mmg contract Kelvin ngan Sungai Wang. Dia buat theme Arabian. Ada camels. Ok la quite nice jugak tapi the stage is too small. Tak macam Sunway Pyramid ari tuh, pon Arabian theme jugak, tapi space dia besar. Pun cantik jugak.

Most of the shopping malls tahun ni I guess banyak amik theme rumah kampung. Eg The Curve, OU and En Koji punya Mid Valley. Tahun lepas team Encik Koji buat rumah kampung nelayan, dengarnya menang award amenda ntah. Tahun ni pon rumah kampung jugak, tapi more to cartoony side, diorang guna Lat punya cartoon. Tapi Encik Koji kata, tahun lepas punya mmg ada aura, sebijik rasa kat kampung, tahun ni punya cam kureng, buat pun tak cukup masa sumer.

Back to Sungai Wang. Dalam pukul 7, menapak ke Nasi Ayam Hainan kat sebelah tu. Tengok atas bawah cam penuh, just hoped ada la empty table lagi. Alhamdulillah, dia kata kat tingkat atas ada kosong lagi. Tapi nak order dia kata thigh part dah abis, ada part area dada gitu.... aler dah la tak suka part dada, tapi no choice order jugak la.

Punya la lama, nak dekat waktu buka, baru la air sampai, air dah habis segelas nasi ayam still x sampai. Dalam 7.40 macam tu kot, baru dapat.... tak best betul part dada.... banyak isi... sumer aku bagi kiddos.

Pastu menapak ke Pavillion pulak. Kat Pavillion ni, decor dia member En Koji buat. Tapi abang En Koji pon keja ngan member dia ni. Theme dia apa ke, kampung jugak kot, ada pokok kelapa ke tamar ntah.... Boring la jalan2 kat Pavillion ni, everything mahal dowh!

Tapau McD untuk kiddos then headed home. Oh time ni migrain dah hilang...

Pagi tu bangkit sahur nak masak ikan sambal. Bangkit dalam pukul 4 am, baru la teringat stok cili mesin takde, huhuhu... tapi sib baik ada beli instant cili boh (ari tu beli kengkunun time nak masak laksa tu, malas nak blend cili tapi at last x guna pon). Sekali tgk labelling cili boh ni takde bawang besar bawang putih belacan sumer.... adeh takkan la pagi2 buta ni nak blend kot, terkejut lak jiran sebelah.

Last skali, takut masa tak sempat aku just guna cili boh, hiris bawang besar banyak2, tabur belacan yang dihancur-hancurkan, masuk asam jawa. Okay la tuh, darurat punya pasal. Mmmg la rasa lain ngan original blended chilli kan, tapi okay je la.

Goreng ikan, masak sambal. Selalu aku akan kaup balikkan ikan goreng dalam sambal, tapi this time around, tak berani so aku asing2kan aje. Rasa-rasa nak boh sambal amik je la.

Sekali aku tengok En Koji bertambah nasi sampai 3 kali. Aiii lapar sangat ke, sedap sangat ke.... ehehehhe....

Wednesday, September 9, 2009

Potong rambut

Semalam Awien ajak pegi potong rambut kat area Seksyen 3 time lunch hour. So potong la kita. Nak tau kenapa entry pendek dan dalam BM not as usual, sbb aku rehat 1/2 jam aje, nak balik 5.30 pm punya pasal. Esok la sambung bebel.

Kena RM28 sekali cuci. Okey la, Qayyum pelik tengok mama dia, agaknya dia fikir ni Mama ke sapa nih masuk keta?

Nuzul Quran bukan hari cuti kampeni aku

Last Monday, kena keje, Selangor cuti padahalnya. Tapi aku amik half day last min sbb jaga kiddos, nursery kan ke tutup... Encik Koji amik 2nd half pulak.

Berbuka la Barat (padahal pemalas)


Hari bila ke, Ahad lepas kot, En Koji kena keja lagi, nak set up utk Moon Cake pulak, so aku pon malas la nak masak beria-ria, hero 2 orang tu bukannya posa pon. Siang tu aku dah masak Udang Sambal Petai, tapi plan nak makan masa sahur. So untuk berbuka, aku masak Spaghetti ala Olio, bahan main campak aje, roti telur then tuang cheese baked beans. dah siap....

Cubaan membuat laksa untuk pertama kali



Hari Sabtu lepas, tetiba teringin sangat nak try buat laksa. Aku ni bukannya peminat laksa sangat,even dulu pon mak selalu masak jugak, tapi disebabkan bukan no 1 fan, so takde la inisiatif nak belajar cara-caranya.

Punya la berkobar-kobarkan, balik keje, ajak En Koji singgah kedai kat umah. Beli la bahan-bahan yang sepatutnya. Memula aku ingat nak guna ikan sardin (sebab aku tgk blog Ida guna ikan sardin - sebenarnya aku tak tau pon ikan mana nak guna, either kembung or sardin, rasanya dulu mak aku guna kembung kot). Tanya Awein, dia suka kembung. Then kebetulan lak kakak aku aka Yong tepon, dia kata try guna sardin, sbb dia dah try sedap.

So, aku beli la sardin dalam 10 ekor. Balik umah, letak-letak beg semua, terus ke dapur, jerang air nak rebus ikan. Call mak lak, mak kata sardin pon boleh.Then tanya lagi sekali cara-cara nak buat kuah laksa. Meanwhile, aku dah rendam 1 paket laksa kering. Aku suka laksa kering, tak suka laksa basah.

Prong prang prong prang, wallah jadik le kot laksa tu. Tanak rasa, takut batal puasa. Selalu dalam masakan tak guna pak aji, tapi disebabkan laksa ni, aku guna la jugak, takut tak menjadi la pulak kan.

Then, seterusnya aku malas nak masak nasi dan lauk pauk. Nasib la, makan laksa je ari ni, rasa-rasa nak makan nasi karang, mintak En Koji tapau kan aje.

Time berbuka, tanya la En Koji, macam mana rasa laksa? OK tak (padahal pada aku rasanya marvellous, hahahah puji diri sendiri, kira ok la untuk first timer). Kuah agak pekat, tak cair... tapi fail kat laksa tak cukup masak huhuhuh.... aku rendam air panas je, tak rebus.... dah kena komplen ngan En Koji. Dah la aku bermurah hati sedekah kat Kak Mimi jiran sebelah, wat malu je... tapi aku kan first timer, maafkan je la...

Seperti biasa, En Koji akan kata, OK la.... Dia selalu cenggitu, even sedap macam mana pon, jawapan dia OK la... susah sangat nak puji masakan ai.

Overall puas hati.

Pukul 10 pm, En Koji ajak pegi Uptown, dia nak makan kueytiow goreng kat gerai fave dia... agagagg lapar la tu. Aku order Lamb Chop Lanun, tapi makan sekeping je, sekeping lagi tolak pada En Koji. Sedap lagi Steven's.