Thursday, March 30, 2017

Menu Dinner 27.3.2017 (Monday Blues)

Assalammualaikum,


Hari Isnin, time dalam kereta, Rayyan minta nasi lemak. Saya diam je, sebab macam malas je hahah... sekali En K pon cakap, ha buat la kari udang letak kacang macam Pak Long buat tu... dengan sambal ikan bilis... makan dengan nasi lemak ...

Nampak gayanya nasi lemak jugak la...

Tapi.... ikan yang beli di Teluk Buih tu kan belum basuh dan simpan elok-elok dalam tupperware kan, so sambil siapkan bahan nak masak, sambil basuh dan rendam limau nipis, saya jadi macam penatnya... so saya decide, buat sambal tumis telur mata dan kari udang dengan kacang buncis, nasi lemak tanpa sambal tumis ikan bilis. Sebab tak larat dah... Habis masak pun nak dekat 9.30 pm, makan pun dah lewat. Ingat tak nak makan, tapi tempting pulak tengok kari udang tu...

Ok la, sapa nak resepi boleh la buat rujukan ya...




Sambal Tumis Telur Mata



Bahan-bahan:

3 biji telur – digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
3 sudu besar sos tiram
2 cawan cili kisar (seperti yang saya share)
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
Air jika perlu

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis separuh bawang besar hingga layu.
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga mendidih.
  3. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis sehingga pecah minyak dan berkilat.
  4. Masukkan asam keping, baki bawang besar dan sedikit air. Kacau rata, bubuh garam secukup rasa.
  5. Setelah ok dan bawang pun layu sedikit, tutup api dan tuangkan ke atas telur goreng tadi.


Nasi Lemak



Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
1 cawan beras biasa
3 inci halia – dihiris
3 biji bawang merah – dihiris
1 sudu kecil halba
3 helai daun pandan – disimpul
4 1/2 cawan air
1/2 kotak santan
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh beras hingga bersih dan masukkan air secukupnya. Biarkan terendam lebih kurang 1/2 jam.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain, kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
  3. Setelah masak, gemburkan dengan garpu. Kemudian, tutup semula rice cooker supaya nasi masak sepenuhnya lebih kurang 5 – 10 minit.


Kari Udang dengan Kacang Buncis

Bahan-bahan:

15 ekor udang sederhana besar – dipotong muncung dan ekor, dibuang urat hitam
10 batang kacang buncis – dipotong serong 4 cm
4 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris mancis
1 sudu kecil halba campur
3 tangkai daun kari
1 peket Serbuk Kari Babas (Ikan)
Air secukupnya
1/4 kotak santan
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit gula perang
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar, diikuti bawang merah, bawang putih dan halia di atas api kecil.
  2. Sementara itu, bancuh serbuk kari dan daun kari dengan air supaya menjadi pes.
  3. Setelah tumisan layu, masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kacau rata sehingga mendidih.
  5. Kemudian, masukkan kacang buncis, gula perang dan garam. Setelah mendidih, masukkan udang, santan dan kacau rata, masak lebih kurang 8 - 10 minit. Jangan terlalu lama, nanti udang keras tak sedap.
  6. Setelah ok, tutup api.

VMD Family Day ~ Day 3

Assalammualaikum,

Day 3 ~ 26.3.2017 (Sunday)

Hari last di sini. Pagi2 macam biasa dah bangun dan mandi. Qimie pergi memancing dengan Zairi. Pukul 8 am join Ley Sean breakfast di cafe. Hari ni ada kuey teow goreng, nasi goreng, nasi impit/bihun soto ayam, kuih karipap, kuih ketayap, buah tembikai, kopi/teh. Kenyang dan sedap, alhamdulillah.

Lepas makan, saya, Ley Sean dan En K ke jeti tengok nelayan baru sampai dari laut bawa naik ikan ke pasar. Rambang mata nak pilih ikan apa. En K tunggu ikan merah katanya. Saya dah aim ikan senangin sedang2 besar tu.

Macam2 jenis ikan, yang tak pernah tengok pon banyak. Pastu ada ikan yu warna merah2 sikit, saya tgk ada makcik ni beli, saya tak penah pulak makan ikan tu, scary pon ya, besar sangat.

Ada tokey2 restoran, pakcik makcik dengan customer resort yang lain dok berebut ketam, diorang booking dulu la apa la, hahah. Tak jadi En K nak beli ketam, tengok diorang bergaduh camtu. Lagipon tak sempat pon nak ambik, sebab sampai je, terus nelayan tu timbang dan packing, dah ada orang punya la tu. Tak lama pastu, Zairi and fam, Mike dan Siti pon datang. Masing2 memborong ikan.

En K dan saya beli:
2 ekor ikan merah
2 ekor senangin
1 kg udang = RM25/kilo (murah kot, minggu lepas beli kat pasar borong saiz sama je, RM36/kilo)
1/2 ekor ikan pari
1 ekor ikan bintik2 tak tau nama, En K kata ramai beli so dia nak try
1 ekor ikan mayong sedang

Semua ni RM110... pada saya murah la... berbanding harga kat KL tu ha... Lepas check out semua gerak ke restoran semalam. Hari ni saya pilih ikan merah masak asam pedas, ulam + sambal belacan.

Dah settle makan dan sembang2, say goodbye. Saya dan fam gerak sendiri, yang lain2 ada yang ikut Mr Ko ada yang sendiri. Tapi time balik tu ada la sesat barat juga, at last sampai Kota Damansara dalam pukul 8.30 pm. Terus je dinner di Fazlina Maju. Memang la ada ikan fresh tapi masalahnya tak basuh semua lagi, pukul berapa nak siap basuh, siap masak dan makan pulak kan.

Sampai rumah pon dah penat giler, sumbat je ikan2 tu semua dalam besen pastu sumbat dalam fridge. Esok je la basuh dan simpan elok2. Mandi dan terus zzzzzz....

Wednesday, March 29, 2017

VMD Family Day ~ Day 2

Day 2 ~ 25.3.2017 (Saturday)

Awal pagi dah bangun dan siap mandi. Saya la, yang lain tak. En K dan Qimie join Zairi fishing. Dalam pukul 8 am, Ley Sean dah panggil semua orang turun breakfast. Ada nasi lemak, kuey teow goreng, kuih-muih... sedap masakannya. Dah settle breakfast, saya dan En K pergi ke pasar kat jeti betul2 berdepan dengan resort. Best betul tengok ikan macam-macam jenis, ada yang tak pernah nampak pun. Ramai jugak orang tempatan yang datang, peraih dan tokey-tokey restoran datang, berebut ikan dan seafood. So, saya dan En K decide esok sebelum check-out nak beli ikan, tapi En K lupa bawak ice box Coleman dia, saya paksa dia gi beli ice box polisterene time nak keluar nanti. En K beli ikan belanak RM5 nak buat umpan katanya.

Pastu, balik ke resort, saya decide pegi join the wives kat area pool. So baru la officially berkenalan dengan Siti (wife Jamal), Jijie (wife Zarin), Shaz (wife Zairi), wife Mike tak tau nama, ada la tegur sikit2 tapi dia nampaknya lebih suka lepak dgn husb and anak2 dia je, mungkin dia segan kot, oh ye she and Mike are Chindians ... Siti boleh tahan kelakar juga orangnya, ada je benda dia sembang... Jijie pon banyak sembang. I guess me and Shaz je banyak jadi tukang dengar, hihi dan ketawa...

Lama juga lepak tepi pantai tu, seriously panas terik, masuk bilik dalam pukul 10.45 am, I thought I got two shades darker kot, huhu.... Mandi lagi sekali, panas .... Oh ya, Ley Sean dah pesan pukul 12 pm, berkumpul kat cafe kita nak cari lunch kat luar dan seterusnya round Mersing.

Dah pukul 12 pm, almost semua pon dah ready so kami gerak keluar dari kawasan resort, corner kiri dan teruskan depan sikit, ada satu restoran tepi bendang. So decide nak makan kat situ. Lauk2 kampung yang nampak sedap. Saya ambil ulam pucuk gajus, ulam daun selom, sambal belacan dan ikan keli sambal hijau. Memang sedap. Oh ya total people untuk trip ni 19 dewasa, 13 kanak-kanak.... dan masa Ley Sean nak bayar saya dengar total 32 orang makan ni hanyalah RM135! Wow biar betul murah giler dah la sedap.... Dinner kat cafe semalam RM300++...

So we all decide jalan sendiri2. Saya dan fam terus ke Mersing ikut jalan pantai. Ada carnival, wedding dan lalu tempat pusat jualan keropok lekor. Rasa macam kat Terengganu pulak. Ingat esok sebelum balik, nak singgah beli keropok lekor. Carnival tu nampak menarik, tapi mengenangkan cuaca yang sangat sangat panas, tak jadi la nak singgah. Pergi pekan Mersing, beli ice cream. Saya bukan la penggemar ice cream, tapi cuaca macam ni rasa nak basah tekak dengan benda sejuk. Jumpa ice box polisterin harga RM7.50 yang kecik. Ok la tu.... pastu En K kata balik resort dulu la, sat gi keluar balik sebab panas sangat... ok... sampai resort we all tido... dlm bilik sejuk ok la kan. Saya tak larat nak join the wives kat pool tu ha...panas takut sat gi migrain datang pulak.

Malam ni ada BBQ. Ley Sean dah order dengan cafe untuk 25 orang makan. Diorang buat BBQ ni betul2 depan our room. So, saya pon kemas la sikit2, sure bilik ni jadi tontonan sat gi. So lepas mandi semua, saya pon join Mr Ko, Ley Sean dan Stefan at BBQ tu. Saya tolong buat sandwich tuna sempo je. Yang lain-lain dah start datang terus bakar-bakar.

Menu yang ada:
Nasi goreng Cina
Bihun goreng Singapore
Keropok lekor
Fries
Fruits
Kopi/Teh/Orange cordial
Milo pudding
Mixed salad
Sandwich tuna
Kerepek
Chocolates
5 types of sauces
Prawns
Squids
Hot dogs
Ikan pari
Ayam
Ikan cencaru


Yang saya makan adalah 1 senduk nasi goreng, 1 senduk bihun, 1 1/2 ketul ayam, 1 ekor udang, 1 ekor sotong, ikan pari sikit...pastu saya dah kekenyangan... tak larat walaupun teringin nak makan lagi... BBQ kot kan... so saya ingat relax sat pastu nak makan lagi... tapinya tak pon sampai ke sudah...

Join lepak dgn the wives sampai dekat pukul 11 pm. Baru la saya tau, diorang semuanya housewives, the recent ones is Shaz, baru je quit three months ago. Saya sorang je la yang masih bekerja. Pastu the wives masing2 gerak ke bilik, ye la diorang semua ada anak kecik, saya je takde... tapi takpe jugak saya pon rasa nak tido dah ni... yang bujang2/laki2 orang semua still lepak sampai pkl 2 pagi. Saya dah lama hanyut haha

VMD MV Family Day ~ Day 1

Assalammualaikum,

Last weekend kami sekeluarga join Family Day VMD, En. K's company. Ini first time kami join as a family, sebab sebelum ni their annual holiday just for staffs sahaja, pergi pulau and so forth. Kebetulan kali ni, one of the staffs got married, so they decided to hold a family vacation after we go to the wedding.

Day 1 ~ 24.3.2017 (Friday)

Kenduri kahwin Anuar hari ni di Kuala Rompin, Pahang. So, kami mulakan perjalanan seawal 6.30 pagi dari Sg. Buloh, sebab En. K pun ingat-ingat lupa jalan ke arah sana. Sebelum ni, dah 2 - 3 kali ke sana, tapi dah lama. So, on the way tu, Mike call, dia nak start gerak bila kami dah sampai Kuala Pilah, sebab rumah dia kat Nilai so dah dekat. Saya dah siap-siap bawa air Nescafe panas, supaya tak mengantuk la kan. Tapi tak sempat nak breakfast lagi sebab En. K terus nak gerak je ke sana. So, kami sampai area Batu Kikir, call Mike dia kat mana, tapi rupanya dia dah jauh di belakang. So kami gerak sampai ke Jempol, simpang ke Muadzam Shah, tunggu kat situ. Tapi nak dekat 45 minit juga Mike tak juga sampai, so En. K call kata kitorang gerak dulu. Singgah makan kat restoran tepi jalan, tapi as usual kitorang mesti salah pilih kedai :(.

Tak nak tulis nama kedai, tapi masakannya tak sedap, dan overcharged. Tak berbaloi langsung. Dan yang paling tak best, bila gerak ke depan lagi rupa-rupanya banyak je lagi gerai-gerai yang memang ramai orang dan nampak meriah. Hmm... tak apa la, dah rezeki kami setakat tu je. Cuma tu la, kami ni kalau makan something yang tak kena kat tekak, kena pulak harga mahal, rasa ralat dan rasa tak puas makan. Tapi kami decide, makan time kenduri je la nanti.

So, teruskan perjalanan, singgah di Lanjut Beach Resort. Actually, kat sini cadangan asal nak buat family vacation, tapi tak jadi sebab Ley Sean kata tak cukup bilik untuk kitorang semua. Nasib baik juga tak stay kat sini, sebab nampak agak boring la... dan pantai pun tak cantik.

Send location kat yang lain-lain, diorang still jauh lagi kot. So kitorang pun lepak tepi pantai kejap, sejukkan enjin. Lepas 1/2 jam, start gerak ke Pantai Lanjut then decide tunggu yang lain-lain kat sini je.

Dalam 1 jam jugak kot kitorang lepak, send location semua, barulah semua sampai (4 buah kereta), Mr Ko and co, Stefan and co, Adam and co, Jamal and fam dan Zairi and fam datang all the way from Tanjung Gemuk sebab dia holiday kat Tioman sebelum tu, tapi Mike and fam still tak sampai lagi. Zarin and fam pulak kita jumpa kat kenduri je terus. So, sementara tunggu Mike, kami semua lepak minum air kelapa kat food court. Tapi yang lain-lain end up makan tomyam la, mi goreng la, nasi paprik la.... kata nak pegi kenduri.... huhu

Then, lepas dah sembahyang Jumaat dan Mike pun dah sampai, we all pun teruskan perjalanan. Kali ni Mr. Ko yang guide our way. Sampai rumah kenduri dalam pukul 2 lebih, pengantin pun belum sampai. Kita makan dulu. Lauk kampung yang sedap, ada nasi hujan panas, tapi as usual saya mesti la pilih nasi putih je. Lauk pulak, saya ambik ayam goreng berempah, sambal belacan, gulai lemak nangka. Sedap. Yang lain-lain pilih daging kurma. Tapi since saya masih menjaga portion makanan, ambik sikit je la nasi, tapi alhamdulillah takde pulak craving pastu.

Zarin pun dah sampai masa ni. Pengantin pun sampai dalam 3.30 pm kot. Cuaca kat Kuala Rompin seriously panas giler....berlengas masing-masing. Dalam pukul 4 pm, kitorang start gerak ke Mersing. Tujuannya ke Fishing Bay Resort, tempat kitorang akan menginap 3 hari 2 malam.

Mr Ko masih jadi guide kitorang. Altogether 8 buah kereta - fully loaded. Sampai kat resort, lepak dulu tengok pantai, sementara Ley Sean uruskan urusan check in. Tempatnya cantik, betul-betul tepi pantai (Teluk Buih). Ada pool, ada la aktiviti kayak, archery, rabbits, fishing of course. Settle check in, family saya dapat bilik paling besar, dan yang paling best memang betul-betul mengadap pantai, buka je pintu tu dia pantai dalam 15 langkah kot. Best! Bilik saya ada 1 katil king dan 1 katil single, ada halaman. Tapi sayangnya, TV tak boleh guna. Takpe la, datang sini nak rehat dan enjoy. So sepanjang 3 hari tu memang we all TV-less la... kids pun tak kisah, dapat pool, dapat kawan baru lupa dah pasal TV. Seharian main pool, sampai sunburn masing-masing.

Saya pun tak risau nak biar diorang sebab ramai yang tukang tengok haha.... malas nak lepak kat luar lagi, sebab panas terik dan nak mandi, berlengas sangat. Dah petang sikit, baru la keluar.

Untuk dinner, semua sepakat nak dinner dalam cafe resort je. Ada tomyam, ikan cencaru bakar, sotong sambal, udang sambal dan banyak lagi la. Sedap juga, cuma portion agak sikit dan pricey la kan. Tapi saya masih berjaya control portion makanan, so memang makan nasi sikit je.

Lepas makan, saya tak tau nak buat apa. Saya segan pulak nak pegi sembang ngan the wives, sebab tak kenal dan tak tau macam mana nak start conversation. Hahaha... last-last saya balik bilik. Lepak sambung baca novel, Rapture by Lauren Kate.

Malam tu tido awal, sebab memang dari 6.30 am berjaga kan. Penat... nasib baik bilik sejuk...







Happy Rayyan


Useful info


Useful info


Useful info


Surrounding





Jeti berdekatan Pasar Nelayan, Teluk Buih, ikan fresh baru naik


Pasar Nelayan, Teluk Buih, Mersing


First time tgk ikan ni, x tau nama


Lobster hidup lagi

Tuesday, March 28, 2017

Menu 21.3.2017 (Selasa)

Hari ni, gigih bangun awal sebab nak masak nasi lemak. Bukan apa, kesian kat diorang tu, semalam makan roti canai je, sebab balik rumah dah lambat, lagilah malas nak keluarkan lauk semua tu. Risau diorang lapar pagi ni, tu yang gigih masak nasi lemak. Kat bawah ni resepi nasi lemak cara saya. Frankly speaking, nasi lemak saya masih kategori average. Tak dapat lagi nak buat rasa macam nasi lemak kampung. Tapi takpe kita practice lagi. Tapi kalau sambal, insya allah sedap je pada tekak family saya. Oh, sotong dikelar camtu kesan daripada viral kat MAHN tu... nak jugak ikut.


Nasi Lemak dan Sambal Sotong



Bahan-bahan (nasi lemak):

3 cawan beras basmathi – dibasuh bersih
3 cawan air
1/4 peket santan pekat
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan – disimpul
3 inci halia – diketuk
4 biji bawang merah – dihiris

Bahan-bahan lain:

Hirisan timun Jepun
Telur mata lembu
Ikan bilis goreng

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan nasi dan tutup semula. Biarkan lebih kurang 5 – 10 minit sebelum menghidang.

Bahan-bahan (sambal):


10 ekor sotong – dikelar tanpa putus
1 biji bawang besar – dihiris kasar/bulat
1 keping asam keping
1 1/2 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tiram
Gula perang secukup rasa
Garam secukup rasa
Air jika perlu
1/2 cawan minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis separuh bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga pekat dan berkilat.
  4. Masukkan air dan asam keping. Kacau, setelah mendidih, masukkan sotong, bawang dan garam. Jangan masak terlalu lama untuk elakkan sotong liat. Rasa, jika ok, tutup api.



Yang ini pulak stok cili kisar yang memang setiap minggu kena top-up sebab semua kat dalam rumah ni hantu sambal. Cili kisar saya untuk buat sambal memang saya tak letak belacan. Sebabnya? Sebab ada yang resdung dalam rumah ni. Kalau ikut cara mak saya, memang letak belacan. Tapi quite a while juga saya omit belacan dalam cili kisar saya, tapi saya lebihkan bawang besar. Pada saya, ok je tak letak belacan pun. Belacan kat rumah ni memang jarang luak, kecuali saya buat asam pedas atau sambal belacan je baru guna.


Cili Kisar untuk Stok Seminggu

Bahan-bahan:

2 cawan cili kering – dipotong kecil
4 biji bawang besar – dipotong kecil
5 ulas bawang putih – dipotong kecil
Air

Cara-cara:

  1. Untuk membuang sebanyak yang boleh biji cili, saya akan gunakan tapis berlubang besar, dilapik dengan periuk/bekas yang besar sedikit daripada tapis tadi. Kemudian, saya buat macam tampi, so biji cili akan keluar masuk ke dalam periuk tadi. Dah dapat banyak, buang dan ulang lagi sehingga rasa-rasa ok dah. Setakat tinggal sikit2 tu boleh dah la tu.
  2. Rebus cili hingga mendidih, tutup api dan biarkan sejuk sebentar. Kemudian, tapis lagi dan bilas dengan air. Toskan airnya.
  3. Kisar kesemua bahan dengan air secukupnya (agak-agak). Kemudian, tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk. Gunakan bila perlu.
  4. Cili kisar ni come in handy bila kita nak masak sambal tumis, asam pedas (just tambah kisaran kunyit hidup, halia, serai dan belacan), rendang (tambah kisaran halia, serai, lengkuas, kunyit hidup), untuk tumisan mi/bihun/kueyteow/maggi dan macam-macam lagi la...

Monday, March 27, 2017

Menu Ahad 19.3.2017

Hari ni pun sama, tak keluar pergi mana-mana. Memang melepak kat rumah je. So kat bawah ni adalah menu untuk hari Ahad....


Kubis Goreng


Bahan-bahan:

1/4 biji kubis – dihiris nipis
1/2 biji cili merah – dihiris serong
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
2 biji bawang merah – dihiris
Sedikit ikan bilis yang dikopek – dibasuh
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan kubis dan sedikit air. Goreng lagi hingga kubis lembut. Masukkan pula kicap cair dan cili merah dan kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan kacau rata. Tutup api.


Ikan Siakap Masak Kicap



Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan siakap – dikelar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan lain:

1 inci halia – dihiris mancis
1 biji bawang besar – dihiris bulat, dibahagi 2
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap ABC
Sedikit air dan garam secukup rasa
3 biji cili padi merah – dibelah 2 tanpa putus
Daun ketumbar yang diracik

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing, angkat dan letakkan ke dalam pinggan hidangan.
  2. Keluarkan minyak hingga tinggal dalam 1 senduk kecil sahaja. Tumis bawang putih, halia dan separuh bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap ABC dan air (agak-agak nak kuah banyak mana).
  5. Setelah mendidih, masukkan cili padi, bawang besar dan garam. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
  6. Tuangkan kuah ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar.


Tomyam Ayam



Bahan-bahan:

3 ketul leher ayam – dipotong kecil
6 ketul kaki ayam – dipotong 2
Sedikit bahagian ayam yang lain
4 ulas bawang putih – diketuk
1 akar ketumbar – dibersihkan
5 biji cili padi merah – dipotong 2
2 inci lengkuas – dihiris
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
4 sudu besar (atau lebih) pes tomyam
1/4 cawan susu cair
Sos ikan secukup rasa
Air untuk merebus
Daun ketumbar yang diracik

Cara-cara:

  1. Masukkan ayam, lengkuas, bawang putih, akar ketumbar dan air ke dalam periuk. Rebus hingga empuk (lebih kurang 45 minit).
  2. Masukkan pes tomyam, sos ikan, cili padi dan bawang Holland. Besarkan api sedikit. Setelah mendidih, rasa.
  3. Setelah ok, tutup api dan taburkan daun ketumbar sebelum menghidang.

Saturday 18.3.2017

Last weekend, we all lepak kat rumah je. Satu sebab En K nak bersihkan kereta, in and out. Satu lagi rasa malas nak keluar since hari asyik nak hujan je. Sambil-sambil tu kemas rumah yang selalu cepat sangat bersepah tu. Kiranya productive weekend la gitu.

Ok la, below are the menus I cooked on Saturday.


Udang Masak Tomato


Bahan-bahan:
1/2 kg udang kertas – dibersihkan (buang urat hitam)
1 biji tomato sederhana – dihiris nipis
2 inci halia – dihiris mancis
1 helai daun pandan – disimpul
3/4 cawan cili kisar (cili kering rebus + bawang besar + bawang putih)
3 sudu besar sos cili/tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak
Hirisan bulat bawang Holland
Sedikit daun ketumbar – diracik

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis daun pandan, halia dan tomato hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili/tomato, garam dan gula secukup rasa. Tumis lagi hingga pekat.
  4. Masukkan udang, bawang Holland dan sedikit air. Kacau, setelah mendidih, rasa. Jika ok, tutup api.
  5. Sebelum menghidang, taburkan daun ketumbar.






Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai




Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis yang dikopek – dibasuh dan ditoskan airnya
3/4 cawan petai yang dikupas – dibelah 2
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping – dibasuh
1 1/2 cawan cili kisar (seperti di atas)
2 sudu besar sos tiram
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tumis separuh bawang besar hingga layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula perang dan tumis lagi hingga berkilat.
  4. Masukkan sos tiram, petai, garam dan sedikit air. Kacau hingga mendidih. Rasa.
  5. Kemudian, masukkan ikan bilis dan kaup balik sebentar dan tutup api.




Kerabu Kacang Botor




Bahan-bahan:

10 batang kacang botor – dihiris nipis
1/2 biji capsicum hijau – dihiris nipis
3 biji tomato ceri – dibelah 2
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
1/2 tangkai bunga kantan – dihiris nipis
1/2 biji cili merah – dicincang
1 biji limau nipis – diambil jusnya
Gula perang dan sos ikan secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan mentah.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan jus limau, sos ikan dan gula secukup rasa.
  3. Tuangkan ke dalam bekas kerabu dan kacau rata.
  4. Sendukkan ke dalam pinggan hidangan.



Siakap Kukus Limau




Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan siakap – dikelar
2 sudu besar serbuk bawang putih (atau 3 ulas bawang putih dicincang)
1 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis – diambil jusnya dan dihiris nipis 2 keping sebagai hiasan
5 biji cili padi merah – dipotong 2
3 inci halia – dihiris mancis
Sedikit air
Daun ketumbar yang diracik

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Lumur ikan dengan serbuk bawang putih.
  3. Taburkan sedikit halia dan letakkan ikan. Kemudian, taburkan baki halia di atas ikan.
  4. Taburkan cili padi merah.
  5. Dalam mangkuk lain, satukan sos ikan dan jus limau. Rasa, jika ok tuangkan ke atas ikan.
  6. Kukus dengan api kuat selama 10 – 15 minit. Sebelum menghidang, taburkan daun ketumbar.





Bubur Kacang Hijau



Bahan-bahan:

1 cawan kacang hijau – direndam 2 – 4 jam dan disangai tanpa minyak
1/2 peket santan pekat
Air untuk merebus
Secubit garam
1 ketul kecil gula Melaka
2 sudu kecil sagu – direndam 10 minit (rendam apabila hendak mula memasak)
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Masukkan kacang dan tuangkan air menutupi paras kacang ke dalam periuk. Rebus hingga kembang di atas api sederhana.
  2. Masukkan daun pandan dan gula Melaka secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Perlahankan api, masukkan santan dan garam. Kacau sentiasa hingga mendidih. Rasa dan jika ok, tutup api.

Dinner 14.3.2017

Assalammualaikum,

Seperti biasa untuk dinner, no idea. Tapi sampai je rumah after work, terus je keluarkan ikan kerisi 2 ekor sedang. Sambil-sambil masak nasi, terus terfikir nak buat sambal berlada, tambah pulak dengan petai. Ok la...boleh la tu

Jom, baca resepi kalau berminat.

Ikan Kerisi Goreng Sambal Berlada Petai



Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerisi – dikelar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Segenggam petai yang dikupas
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

3 biji cili merah – dipotong
10 biji cili padi merah + hijau – dipotong
4 ulas bawang putih – dipotong
3 biji bawang besar – dipotong

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 1/2 cawan sahaja. Tumis bahan kisar, masukkan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air, asam keping, petai, garam dan perasa. Kacau dan tumis lagi hingga pekat dan cukup rasanya.
  4. Tutup api. Letakkan ikan di dalam pinggan dan tuangkan kuah sambal ke atasnya.


Telur Dadar Kubis

Bahan-bahan:

2 biji telur
Sedikit hirisan halus kubis
Sedikit hirisan bawang Holland
1/2 sudu besar sos ikan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak agak banyak. Sementara itu, pukul telur dengan garpu hingga kembang dan berbuih.
  2. Masukkan sos ikan dan pukul lagi.
  3. Masukkan bawang dan kubis.
  4. Tuangkan (dari paras agak tinggi supaya curahan menirus) ke dalam minyak yang panas. Perlahankan api. Setelah garing di bahagian bawah, balikkan dan goreng lagi hingga kuning keemasan.
  5. Toskan minyaknya dan letakkan ke dalam pinggan.

Wednesday, March 15, 2017

Dinner 14.3.2017

Assalammualaikum,

Dinner semalam. Takde idea nak masak apa, ikan pun still keras kejung dalam fridge. Lupa nak letak kat rak bawah before pegi keje. Balik keje, singgah kedai kejap beli kacang botol nak buat kerabu untuk bekal lunch esok. Sampai je rumah, terus rendam ayam, ada dua bekas, satu yang part bertulang satu lagi part daging yang dah potong kiub. Ting! Terus dapat idea nak masak buttered chicken dan ayam masak merah. Untuk sayur, masak kobis goreng dengan chicken ball. Itu pun ntah laku ke tak, semua liat sangat nak makan sayur. As for me, masak malam ni tinggalkan sikit untuk bekal esok.

Since dah start acah-acah diet low carb, sy masak brown rice 1 pot. Sy beli brand Somaly paket kecik dalam RM6. Takut nak beli yang besar takut tak tergunapakai. Maklumlah acah-acah kan.

Anyway, brown rice yang ni menepati piawaian saya. Sebab dulu saya pernah beli brand lain, tak ingat namanya. Dah la very brownish pastu very mushy to my liking, seorang peminat nasi seroi. Tapi brand ni, the colour is just nice slightly brown and the taste pon ok. I even mix it up with white rice I cooked for them. They just ok with it, no issue nak makan brown rice. Sebab at first I thought diorang mesti komplen ni. Wrong! They just ate like normal even tambah jugak.

Ok, lepas brown rice dah masak, I scooped it out and simpan dalam tupperware. After dah sejuk sikit, sy simpan dalam fridge. Esok tinggal nak panaskan je. As for lauk untuk bekal, I just cut up the veges needed for kerabu kacang botol then basuh, tos kering dan simpan dalam fridge. Esok pagi baru toss it up dengan sedikit gula, cuka dan buah markisa (passion fruit) balance beli kat Cameron Highland hari tu.

Okey la, banyak pulak sembang hari ni, selalu up recipe je. Ntah la, kadang-kadang takde idea nak sembang apa, because it was so like me not care enough to share may daily rumblings in SOCMED (Social Media ~ sy baru tau term ni, haha). I just love to share what I cooked only, especially in my IG without elaborate details. I don't even bother to watermark my photos sebab takde commercial value di situ, :).

Straight to the recipes, for those who needs some ideas of what to cook for daily dinner spread. Enjoy!


Buttered Chicken
Ayam Masak Mentega


Bahan-bahan:

1 mangkuk isi ayam yang didadu
3 sudu besar tepung beras (sy suka guna tepung beras, kalau nak guna tepung gandum/jagung pun boleh)
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
3 tangkai daun kari
3 biji cili padi merah – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu besar mentega Emborg
Maggi Cukup Rasa secukup rasa
3/4 cawan susu cair Carnation
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan tepung beras dan Maggi Cukup Rasa hingga rata. Panaskan minyak, goreng ayam hingga sedikit garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 1 sb shj. Masukkan mentega, setelah hampir cair, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis hingga wangi dan layu, masukkan susu cair.
  3. Kacau, apabila mendidih, masukkan ayam dan Maggi Cukup Rasa. Gaul hingga kuah sedikit pekat dan ayam bersalut. Tutup api.




Ayam Masak Merah




Bahan-bahan:

15 ketul ayam
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Hirisan bulat bawang Holland
1 pokok daun ketumbar – dipotong 4 cm panjang
1 helai daun pandan
1 biji tomato – didadu
1 inci halia – dihiris mancis
1 senduk cili kisar (bawang besar + bawang putih + cili kering rebus)
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak, atau hampir garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3/4 cawan sahaja. Tumis daun pandan dan halia hingga harum. Kemudian, masukkan tomato, cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air (ikut banyak mana nak kuahnya), setelah mendidih, masukkan ayam goreng, bawang Holland, garam dan perasa. Rasa kuah, jika ok dan mendidih, masukkan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.



Kubis Goreng


Bahan-bahan:

1/4 biji kubis – leraikan daunnya dan basuh, kemudian hiris nipis
5 biji chicken ball – dibelah 2
1/2 biji cili merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan chicken ball hingga wangi.
  2. Masukkan kubis, kicap cair, perasa dan air. Goreng hingga kubis lembut.
  3. Tutup api.

Tuesday, March 14, 2017

Dinner 13.3.2017


Sotong Sumbat Masak Kari

Bahan-bahan:

6 ekor sotong sederhana besar – dibuang kulit luar
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris mancis
1 biji tomato kecil – dihiris nipis
3 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket serbuk kari ikan Baba’s – dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi pes
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos ikan
4 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 pokok daun ketumbar – dicincang

Bahan-bahan sumbat:

1 biji kentang – dipotong kecil
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 biji bebola ayam
Sedikit daun ketumbar cincang

Cara-cara:

  1. Rebus bahan-bahan sumbat hingga empuk. Toskan airnya dan lenyek hingga halus/separa halus. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, kepal-kepalkan, agak-agak boleh muat disumbat ke dalam sotong.
  2. Ambil seekor sotong, sumbatkan isi kentang ke dalamnya, 3/4 penuh. Tutup dengan kepala sotong, sematkan dengan lidi kecil. Buat sehingga habis. Kemudian, kelar-kelarkan badan sotong tetapi jangan sampai putus
  3. Sediakan kuali, panaskan minyak. Tumis halba campur seketika, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, tomato dan daun kari. Tumis hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan pes kari, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos cili, tumis lagi hingga sedikit garing.
  5. Masukkan air, garam dan Maggi Cukup Rasa. Setelah mendidih dan rasa pun ok, masukkan sotong dan daun ketumbar. Balik-balikkan, tutup sebentar, jangan terlalu lama nanti sotong liat dan keras. Agak-agak sudah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

Monday, March 13, 2017

Lunch 12.3.2017


Sayur Tumis Belacan, Ikan Terubuk Goreng Garing dan Sambal Kicap Enaq,
Sambal Tumis Udang dan Petai

Sayur Tumis Belacan

Bahan-bahan:

1 ikat asparagus – dipotong bahagian keras, kemudian dipotong 5 cm panjang1 peket tau miu
1/2 biji capsicum merah – dihiris memanjang1/4 biji zucchini kuning – dihiris tebal dan dipotong 2
Sedikit sos tiramSedikit minyak bijanSedikit minyak untuk menumisSedikit air


Bahan-bahan ditumbuk kasar:


1 inci belacan – dibakar3/4 biji cili merah – dipotong2 ulas bawang putih – dipotong1 biji bawang merah – dipotongSedikit ikan bilis – dibasuh


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan sayur-sayuran, besarkan api dan kacau cepat (stir-fry).
  3. Masukkan sedikit air, sos tiram dan minyak bijan. Kacau cepat beberapa minit dan tutup api.
  4. Jangan masak terlalu lama, sayur akan lembik dan tidak crunchy.
  5. Angkat dan hidangkan.



Sambal Tumis Udang dan Petai

Bahan-bahan:

1/2 kg udang sederhana – dikupas dan dibuang kotoran
3/4 cawan petai – dibelah 2
1 biji bawang merah – dihiris kasar
4 senduk cili kisar (bawang besar + bawang kecil + cili kering rebus)
2 sudu besar sos tiram
1 keping asam keping
2 sudu kecil gula perang
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Kacau dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan petai dan bawang. Tumis seketika hingga petai empuk dan bawang layu.
  3. Masukkan asam keping, garam dan udang. Kacau rata, jangan terlalu lama takut udang keras. Rasa dan jika ok, tutup api dan angkat.

Breakfast 12.3.2017


Sandwich Burger Ayam dan Sosej Ayam

Bahan-bahan:

6 keping roti Gardenia – disapu pure butter (Emborg)
2 biji tomato kecil – dihiris 6 keping
Daun salad (lettuce) dan Frisse lettuce – diracik
Hirisan bawang Holland
Mayonis
Sos cili
2 keping burger ayam
2 ketul Ayamas Italian Frankfurter – dikelar
3 keping cheese slice
Oil spray

Cara-cara:

  1. Panaskan non-stick pan, letakkan kepingan roti bahagian yang ada butter. Biar sebentar hingga sedikit garing dan angkat. Ketepikan.
  2. Spray pan tadi dengan oil spray dan goreng burger dan sosej hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan sandwich, ambil sekeping roti yang dibakar tadi, letakkan daun salad. Letakkan hirisan bawang diikuti dengan mayonis.
  4. Letakkan daging burger, mayonis, tomato dan cheese. Lapikkan dengan sekeping roti lagi. Potong segi tiga jika suka.
  5. Untuk sosej, ulang step yang sama.

Cucur Jagung dan Udang

Bahan-bahan:

3 tongkol jagung manis – disagat isinya
1 cawan udang kecil – jika rajin kupas kulitnya
1/2 biji cili merah – dicincang
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 pokok daun kucai – dipotong 3 cm panjang
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya (untuk bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak dan air.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang dikehendaki.
  3. Rasa dan tambah apa yang kurang.
  4. Panaskan minyak.
  5. Jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak hingga memenuhi kuali. Gunakan api sederhana.
  6. Sementara itu, sediakan bekas yang dilapik dengan kitchen towel.
  7. Balikkan cucur dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan. Buat sehingga habis.
  8. Hidangkan dengan sos cili.

Lunch 11.3.2017

Ikan Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal emas sederhana besar – dipotong 3
1 batang serai besar – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
6 biji belimbing buluh – dipotong kedua-dua hujungnya
1/2 peket santan segar (atau lebih)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

10 biji cili padi hijau – dipotong
3 biji cili padi merah – dipotong
1 inci kunyit – dipotong
2 biji tomato kecil – dipotong
3 biji bawang merah – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:


  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang sesuai. Didihkan.
  2. Masukkan sedikit air dan santan, kacau rata, perlahankan api.
  3. Masukkan ikan, daun kunyit, daun limau purut dan serai. Renihkan sambil dikacau sekali sekala untuk mengelakkannya mendidih dan pecah minyak.
  4. Selepas beberapa minit dan berwap, masukkan belimbing buluh, asam keping dan garam. Kacau rata hingga ikan masak dan belimbing buluh bertukar warna. Rasa dan jika ok, tutup api.
Nota:
  • Dapat petua dari seorang kawan, masukkan tomato semasa mengisar bahan lain supaya kuah menjadi pekat dan sedap.





Sayur Tumis Belacan


Bahan-bahan:

1 ikat asparagus – dipotong bahagian keras, kemudian dipotong 5 cm panjang
Segenggam petai yang dikupas
1/4 biji zucchini kuning – dihiris tebal dan dipotong 2
1/4 biji hirisan cili merah
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak bijan
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

1 inci belacan – dibakar
3/4 biji cili merah – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong
1 biji bawang merah – dipotong
Sedikit ikan bilis – dibasuh

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan sayur-sayuran, besarkan api dan kacau cepat (stir-fry).
  3. Masukkan sedikit air, sos tiram dan minyak bijan. Kacau cepat beberapa minit dan tutup api.
  4. Jangan masak terlalu lama, sayur akan lembik dan tidak crunchy.
  5. Angkat dan hidangkan.




My diet portion – I try :)

Friday, March 10, 2017

Dinner 9.3.2017

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai


Bahan-bahan:

2 cawan ikan bilis yang dikopek – dibasuh dan ditoskan
2 biji bawang besar – dihiris tebal
1 cawan petai yang dikupas – dibasuh
1 keping asam keping
3 cawan cili kisar (bawang besar + bawang putih + cili kering)
1 1/2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Tumis 1/4 daripada hirisan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula perang dan tumis sebentar.
  4. Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga agak garing.
  5. Masukkan sedikit air, petai dan asam keping.
  6. Setelah mendidih, masukkan baki bawang besar dan kacau rata. Rasa, jika cukup masam, keluarkan asam keping.
  7. Masukkan garam dan ikan bilis. Rasa, jika ok, kacau sebentar dan tutup api.

Dinner 8.3.2017

Pari Bakar ala Portugis



Sebelum masuk oven 


Dah masak!

Bahan-bahan:

1 keping ikan pari sederhana besar
4 biji bendi – dihiris tebal dan serong
1 biji terung mini – dipotong jejari
6 helai daun limau purut
3 tangkai daun kesum – daun sahaja
1/4 batang bunga kantan – dihiris nipis
1/2 sudu kecil pati asam jawa
Gula perang secukup rasa
3 sudu besar sos ikan
Garam jika perlu
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis

Bahan lain:

3 biji limau kasturi – dibelah 2
2 keping besar aluminium foil

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
2 inci lengkuas – dipotong
1 inci kunyit – dipotong
2 inci belacan
2 biji buah keras
Air secukupnya

Cara-cara:


  1. Bersihkan ikan dan rendam di dalam air yang dicampur dengan sebiji limau nipis selama 1/2 jam. Kemudian, bilas bersih dan toskan airnya. Ketepikan.
  2. Bilas bersih dan buangkan seberapa banyak biji cili kering. Kemudian, blend halus dengan bahan-bahan lain.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga sedikit garing. Masukkan sos ikan, pati asam jawa, garam (jika perlu) dan sedikit air. Kacau hingga pekat dan tutup api. Biarkan sejuk sekejap.
  4. Panaskan oven pada suhu 250°C selama 10 minit. Sementara itu, lapikkan aluminium foil di atas piring besar. Lipatkan bahagian tepi ke atas sedikit supaya berupa seperti bekas. Letakkan ikan pari, taburkan bendi, terung, daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. Kemudian, tuangkan kuah sambal ke atas ikan tadi. Letakkan sekeping lagi foil dan lipat dengan kemas kesemua bahagian tepi supaya kuah tidak melimpah keluar.
  5. Masak di dalam oven selama 30 – 40 minit api atas dan bawah.
  6. Potong bahagian atas foil sebelum dihidangkan.
  7. Hidangkan bersama limau kasturi.


Wednesday, March 8, 2017

Dinner 7.3.2017

Plan asal nak masak ikan bakar, tapi jagung yang beli di Cameron Highlands banyak tak sentuh pun lagi. So En K suggest makan cucur jagung dan udang je la. Okay juga, sambil-sambil tu boleh kemas dan susun sayur-sayur yang beli kat Kea Farm tu. Dan juga basuh dan simpan ikan yang beli di NSK malam sebelumnya. Penat juga.

Aku share resepi ya...

Cucur Jagung dan Udang


Bahan-bahan:

2 tongkol jagung manis – disagat isinya
Segenggam udang kertas kecil – dibuang kulit
1/2 ikat daun kucai – dipotong 3 cm panjang
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
1/2 biji cili merah – dicincang
3/4 peket tepung gandum Cap Bunga Ros
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak.
  2. Satukan kesemua bahan kecuali air dan minyak. Tuangkan air sedikit-sedikit dahulu sambil dikacau rata.
  3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Sesuai untuk dijemput dengan jari.
  4. Setelah minyak panas, jemputkan ke dalam minyak hingga penuh kuali. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Sesuai dicicah dengan sos cili.

Thursday, March 2, 2017

Dinner 1.3.2017

Ayam Masak Kicap



Bahan-bahan A:

8 ketul ayam
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan B:
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris seperti mancis
5 biji cili padi merah + 2 biji cili padi hijau – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
3 tangkai daun sup – dipotong 4 cm panjang
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar Kicap ABC
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar Kicap Tamin
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar jus limau nipis
Air secukupnya

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Kemudian, goreng 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1/2 senduk sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing dan harum.
  3. Masukkan cili kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, kicap ABC, kicap cair dan kicap Tamin. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air (agak-agak nak kuah banyak mana) dan setelah mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata dan tutup sebentar hingga mendidih.
  5. Masukkan cili padi merah dan hijau, daun sup dan bawang Holland. Gaul rata, masukkan jus limau nipis dan garam. Masak lagi hingga mendidih dan rasa. Jika ok dan kuah sedikit pekat, tutup api.