Thursday, November 20, 2014

Masak Sardin

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 tin kecil sardin/mackerel Ayam Brand
3 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
1 keping asam keping
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
2 hirisan bulat bawang kuning
1 biji cili merah – dipotong kasar/dibelah 2
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, toskan sardin daripada kuahnya, tapi kuahnya jangan dibuang.
  2. Setelah minyak panas, goreng ikan sardin (tutup kuali sebab meletup) hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Setelah nampak garing, masukkan kuah sardin, sos tiram, air dan asam keping. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan sardin, bawang kuning dan cili merah. Perasakan dengan garam.
  6. Setelah mendidih sekali lagi dan kuah nampak pekat, tutup api.

Nota:
Jika ada balance, boleh hancur-hancurkan menggunakan garfu dan jadikan inti sandwich.

Saturday, November 8, 2014

Dinner 7.11.14

Sambal Tumis Telur Pecah

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 biji telur - dipecahkan ke dalam mangkuk
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

Bahan-bahan dikisar halus:
1 cawan cili kering - dipotong kecil dan direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula perang dan tumis sebentar.
  3. Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga terbit minyak di atas api sederhana.
  4. Masukkan air, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  5. Kemudian, masukkan telur satu persatu secara berjarak. Perlahankan api, tutup kuali supaya telur set. Rasa sekiranya sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Tutup semula kuali.
  6. Setelah set, tutup api dan sedia dihidangkan.


Bebola Daging Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 biji bebola daging AZMY
1/2 peket kincam segar
1 biji cili merah - dihiris serong
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang kasar
2 sudu besar bawang merah
1/4 cawan air
1 peket Perencah Lada Hitam Maggi
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga sedikit garing dan masukkan bawang merah kisar. Tumis hingga terbit minyak kemudian terus masukkan bebola daging. Gaul rata.
  2. Sementara itu, bancuh perencah lada hitam bersama air. Ketepikan.
  3. Setelah bebola nampak keperangan, masukkan kincam dan cili merah. Kacau rata dan masukkan pes lada hitam. Gaul rata dan masukkan Maggi Cukup Rasa.
  4. Kacau hingga nampak sedikit pekat dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.