Friday, February 27, 2015

Breakfast 26.2.2015

Cucur Udang



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 peket tepung gandum
2 sudu kecil tepung jagung
Air panas + air biasa secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
1 cawan udang jenis kecil - dibuang kepala
1/2 ikat daun kucai - dipotong 4 cm panjang
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 biji cili merah - dicincang kasar
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, bancuh tepung gandum, tepung jagung, serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa dengan air secukupnya (tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat).
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
  3. Sudukan satu persatu ke dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
  4. Hidangkan dengan sos cili.

Menu lunch hari ni

Sotong Masak Pedas


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 ekor sotong putih jenis besar - dibersihkan, dipotong ikut suka/dikelar zig-zag
1 biji bawang besar - dihiris kasar
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil gula perang
1/4 cawan minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
2 cawan cili kering - dipotong serong, dibuang biji, direbus dan ditoskan
1 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula perang dan kacau sebentar barulah masukkan sos cili, sos tiram dan pes asam jawa.
  3. Setelah terbit minyak, masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata hingga sotong masak.
  4. Tambahkan garam dan perasakan secukupnya.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Sup Brokoli dan Bebola Ayam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 pokok brokoli - dipotong ikut suka
Sedikit hirisan cili merah
1 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
6 biji bebola ayam Farm's Best - dibelah 2
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 cawan air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan bebola ayam dan kacau rata sebentar.
  3. Masukkan air dan setelah mendidih, masukkan brokoli dan cili merah.
  4. Masukkan juga Cukup Rasa dan kacau. Setelah mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Lauk sampingan:
Ikan pari masin goreng garing dan ditabur dengan hirisan bawang besar dan cili kering yang dipotong yang telah digoreng.
Ikan kembung goreng


Wednesday, February 18, 2015

Kari Ikan Jenahak


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 keping ikan jenahak (bahagian ekor dan isi)
5 biji bendi – dipotong tangkai dan hujungnya
1 biji cili hijau – dibelah dua tanpa putus
1 biji tomato – dibelah dua
1 sudu besar pes asam jawa
1 cawan air
1 peket (kecil) serbuk kari ikan Babas
1 tangkai daun kari
4 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris
1 sudu kecil halba campur
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur seketika dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga keperangan.
  2. Sementara itu, bancuh serbuk kari dan sedikit air untuk dijadikan pes. Masukkan juga daun kari dan gaul rata.
  3. Setelah bahan tumisan keperangan, masukkan pes kari dan tumis sambil dikacau selalu hingga terbit minyak.
  4. Kemudian, masukkan air dan pes asam jawa. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan kepingan ikan. Jika air terlalu sedikit, tambah lagi.
  6. Setelah mendidih, masukkan tomato dan cili hijau.
  7. Masukkan garam dan bendi.
  8. Setelah mendidih, tutup api.

Breakfast 17.2.2015


Nasi Lemak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 1/2 pot beras Basmathi – dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan – disimpul
2 inci halia – dihiris tebal
2 biji bawang merah – dihiris halus
3/4 kotak santan
Air secukupnya (sampai paras 4)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa sambil dikacau sedikit semasa sedang menggelegak supaya rasanya sama rata.



Sambal Tumis Sotong Kembang

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor (besar) sotong kembang – dipotong ikut suka
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
2 cawan cili kisar (cili kering + bawang merah + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
Sedikit air
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga nampak berkilat dan masukkan pula sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan sotong, asam keping, air dan bawang besar. Kacau rata, perlahankan api.
  3. Masukkan garam dan masak sehingga kuah nampak pekat. Tutup api.

Hidangan sampingan:
Ikan bilis goreng
Telur mata kerbau
Chicken ball goreng
Ayam goreng
Hirisan timun Jepun



Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis – dibersihkan, dibasuh dan ditoskan
3 papan petai – diambil isinya
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
1 cawan cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
1/2 cawan minyak masak
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 keping asam keping

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama (tambah jika perlu). Tumis cili kisar hingga mendidih, kemudian masukkan gula perang.
  3. Tumis lagi hingga nampak berkilat dan masukkan sos tiram. Tumis lagi beberapa minit. Masukkan air dan petai. Kacau rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan asam keping dan bawang besar dan gaul rata hingga hampir layu.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan perasakan secukupnya. Tutup api.

Tempe Goreng Bawang Putih

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 peket tempe – dipotong nipis
4 ulas bawang putih – dihiris nipis
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Gaulkan tempe dengan garam rata-rata. Panaskan minyak.
  2. Goreng bawang putih hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  3. Goreng pula tempe hingga garing. Angkat dan taburkan dengan bawang putih goreng.


Gulai Lemak Ikan Rebus dengan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung rebus – dibuang kepala dan dibersihkan
2 papan petai – diambil isinya
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit (kecil) – diracik kasar
1 keping asam keping
1/2 kotak santan + 1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk sedikit halus:
5 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah

Cara-cara:
  1. Masukkan bancuhan santan, asam keping, serai, daun kunyit dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Didihkan di atas api perlahan sambil dikacau selalu untuk elakkan santan pecah.
  3. Setelah berwap, masukkan ikan rebus dan petai. Kacau perlahan-lahan sekali-sekala. Perasakan garamnya. Setelah ok, tutup api.

Bihun Sup Mudah

Sumber: Sherry

Olahan: mrskojiwami





Bahan-bahan:
1/2 peket bihun Faiza – direndam hingga lembut di dalam air biasa, kemudian dicelur sekejap, toskan
Bawang goreng
1 ikat sawi bunga – dipotong 5 cm panjang, dicelur, ditoskan
Hirisan daun sup

Sambal Cili Kicap

Bahan-bahan:

10 biji cili padi
2 ulas bawang putih – dikupas
Kicap manis + kicap masin secukupnya
1 biji limau kasturi – diambil jusnya

Cara-cara:
Kisar kesemua bahan hingga halus.


Kuah Sup

Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis – dibuang tulang, dibasuh bersih
6 ketul kaki ayam – dibuang bahagian kuku
2 ketul kiub ikan bilis
10 biji fish ball
Air untuk merebus secukupnya
5 biji bawang merah – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan. Ketepikan (termasuk minyaknya).
  2. Sediakan periuk yang sesuai, rebus ikan bilis dan air lebih kurang 1/2 jam di atas api kecil.
  3. Keluarkan ikan bilis (jika suka) atau biarkan saja di dalam air rebusan.
  4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan kaki ayam. Rebus lagi hingga kaki ayam empuk.
  5. Masukkan fish ball dan tumisan bawang tadi. Kacau rata, perasakan secukupnya. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.
  6. Semasa menghidang, masukkan bihun yang sudah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan sawi dan tuangkan kuah sup.
  7. Kemudian, taburkan bawang goreng dan letakkan sambal cili kicap.

Kueyteow Goreng Kerang

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1 peket kueyteow halus (Cap Kunci plastik besar) – dibilas dengan air bersih dan ditoskan
1/2 ikat daun kucai – dipotong 5 cm panjang
2 biji telur
3/4 cawan kerang yang telah direbus dan dikupas
1/4 cawan minyak
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato – dicincang kasar
Kicap manis dan kicap masin secukup rasa
Garam secukup rasa
Air jika perlu
3 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar – dihiris halus

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Masukkan telur dan hancur-hancurkan (scramble). Setelah masak, toskan minyak dan keluarkan. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, jika perlu tambah sedikit.
  3. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga layu dan keperangan.
  4. Masukkan cili kisar, tumis lagi hingga terbit minyak.
  5. Kemudian, masukkan tomato, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau hingga terbit minyak dan masukkan pula kerang, kicap manis dan kicap masin. Kacau rata, kalau belum cukup masin, masukkan sedikit garam (secukup rasa).
  6. Masukkan 1/4 cawan air, kacau rata dan masukkan kuey teow dan daun kucai. Kacau rata beberapa minit. Akhir sekali, masukkan semula telur hancur tadi dan kacau rata. Tutup api dan sedia dihidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama cili padi yang dipotong halus ditambah kicap cair.