Friday, December 28, 2012

RENDANG AYAM

Semalam masa singgah kat SACC Mall tu, Qayyum ternampak ada orang jual ketupat....dia pun mintak. Actually dia dah mintak since Raya hari tu lagi, tapi lepas tu tak jumpa pulak orang jual. Kesian kat dia, so beli la ketupat nasi RM5, ketupat palas RM5 sebab En K suka ketupat palas. Memula nak beli rendang sekali, tanya-tanya harga, mak oii mahalnya. 300 gm rendang tok, harga RM18, paling sikit boleh beli RM12 - 200 gm. Rendang daging 3 ketul RM15....adoii laa...baik la aku masak sendiri....terjamin freshly cooked dan tak kering sebab dah dipanaskan berulang kali. So beli je ketupat.

Balik rumah, thaw ayam....baru la start merendang....

RENDANG AYAM

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ketul (kecil) ayam
1 helai daun kunyit (besar)
1 batang serai - dihiris nipis
2 sudu besar minyak jagung
1/2 kotak santan (trim)
Sedikit air
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 1/2 senduk pes rendang*

Pes rendang:
1 genggam cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara-cara:
Kisar bahan-bahan pes rendang hingga halus.

Panaskan minyak dan tumis pes rendang sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam dan kacau rata.

Masukkan sedikit air dan santan dan didihkan.

Daun kunyit dibahagikan dua, sebelah dicarik-carik, dan sebelah lagi dihiris halus.

Masukkan asam keping dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.

Setelah mendidih, keluarkan asam keping dan masukkan kedua-dua jenis daun kunyit.

Perasakan dan renihkan sehingga ayam empuk. Terpulang sekiranya nak kuah pekat atau kering.

No comments: