Friday, December 21, 2012

Bread Project

Hmm, meroti lagi....kali ni try buat bun sambal ikan bilis, resepi dari CMG. Ada la alter sikit-sikit, ikut apa yang aku rasa sesuai.

BUN SAMBAL IKAN BILIS

Sumber: CMG
Olahan: mrskojiwami




Bahan-bahan doh:
4 1/2 cawan tepung superfine
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener
30 g butter - softened
1/4 cawan air (ikut keperluan)
1 1/2 sudu teh yis kering
1 sudu besar gula halus
1 cawan air suam
1 biji telur - dipukul sedikit dengan susu segar
Kepingan cheese - dipotong 4

Cara-cara:
Larutkan gula dalam air suam dan masukkan yis dan kacau sedikit. Biarkan ia berbuih (lebih kurang 10 minit).

Satukan bahan-bahan lain dan campuran yis kecuali butter, dan uli hingga menjadi doh, tabur sedikit tepung jika doh masih melekat. Kemudian, tambahkan butter dan uli lagi sehingga doh menjadi elastik. Kepalkan dan rehatkan doh selama 50 minit, cover dengan kain lembap yang bersih.

Selepas 50 minit, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin. Bahagikan kepada beberapa ketul sama besar (ikut suka nak besar mana).


Lengser loyang dengan butter.

Ambil sebiji doh, leperkan pada tapak tangan. Ambil sesudu sambal ikan bilis dan balut kemas. Kepal-kepalkan menjadi bulatan.




Susun di atas loyang dan leperkan sedikit. Ulang sehingga habis. Jarak-jarakkan kedudukan sebab doh akan mengembang.

Cover sekali lagi dengan kain lembap selama 30-45 minit.

Panaskan oven pada suhu 1190 darjah C selama 20 minit.

Sebelum masuk ke dalam oven, sapukan permukaan bun dengan bancuhan telur. Letakkan 1 kepingan cheese.




Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.





SAMBAL IKAN BILIS

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis - dibuang tulang dan direndam
2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 1/2 senduk cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar hingga layu.

Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Masukkan gula perang dan tumis sebentar, kemudian masukkan sos tiram.

Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, ikan bilis dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah agak kering (kalau boleh tak nak berkuah sangat sebab nak dijadikan inti).

No comments: