Sunday, December 16, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan sup ayam:
1/2 ekor ayam - dibelah dua
1 ketul sup bunjut
3 inci halia - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dibelah empat
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa (dibubuh semasa hendak menghidang)
2 ketul kaki ayam
Daun ketumbar
Bawang goreng

Disatukan:
1 biji bawang besar - dihiris
5 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
1/2 sudu teh mixed herb
1/2 sudu teh rosemary kering
Sedikit air
2 sudu besar tepung beras

Dikisar:
1/2 sudu teh halba
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
2 batang serai - dipotong kecil
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara-cara:
Rebus kesemua bahan sup ayam (kecuali Cukup Rasa, bawang goreng dan daun ketumbar) hingga ayam masak. Tutup api dan keluarkan ayam. Toskan.

Satukan bahan kisar dengan bahan sos tadi. Sesuaikan rasa. Masukkan ayam dan gaul rata. Perap selama 3 jam atau lebih.

Panaskan minyak (untuk goreng terendam). Goreng ayam sekali lalu (agak-agak kulitnya crispy). Angkat dan toskan minyaknya. Jika suka, bolehlah goreng bahan perapan sebagai serdak untuk ayam.



Setelah ayam agak sejuk, potong kepada beberapa bahagian. Dengan cara ini, ayam goreng lebih lembut dan juicy dibandingkan jika dipotong siap-siap sebelum digoreng. Hiaskan dengan daun salad, hirisan cili merah dan serdak bahan perapan.


Untuk sup ayam pula, sebelum dihidangkan, panaskan sup dan masukkan MAGGI Cukup Rasa dan sedikit garam (jika perlu). Sesuaikan rasa. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

No comments: