Thursday, February 27, 2014

Dinner 26.2.2014 (Wed)

Bihun Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 paket bihun – direndam hingga lembut dan ditoskan
1 pokok bok choy – diasingkan batang dan daun, dihiris
1/2 cawan udang tanpa kulit
1/2 cawan isi ayam yang didadu
1 biji tomato – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang
1 biji bawang besar – dihiris
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 1/2 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan tomato, tumis hingga layu dan masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Tumis lagi, masukkan ayam. Tumis sebentar, masukkan air dan kicap. Setelah mendidih, masukkan udang, Maggi Cukup Rasa dan batang bok choy.
  4. Kemudian, masukkan sedikit air, bihun dan daun bok choy. Gaul rata dan goreng hingga agak kering.
  5. Sedia dihidangkan.



Wednesday, February 26, 2014

Breakfast 26.2.2014 (Wed)

Nasi Lemak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras – dibasuh dan ditoskan airnya
1/2 kotak santan
3 biji bawang merah – dihiris
3 inci halia – diketuk
2 helai daun pandan – disimpul
1 1/2 sudu teh garam
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Isikan beras ke dalam periuk nasi dan air ke paras 2. Kemudian, tuangkan santan hingga ke bahagian 2 1/2.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan kacau rata.
  3. Masak seperti biasa.
  4. Sedia dihidangkan.

Sambal Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis – direndam sebentar dan dibersihkan
1 1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula perang
5 sudu besar minyak
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan-bahan dikisar:
1 cawan cili kering – dibuang biji dan direndam air panas
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Tambahkan minyak jika perlu. Panaskan dan tumis bahan kisar hingga mendidih.
  3. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, asam keping dan bawang besar.
  5. Setelah mendidih, masukkan ikan bilis dan garam. Perasakan.
  6. Sedia dihidangkan.
Hidangan sampingan:
Daun salad
Telur rebus
Ikan bilis mata biru goreng

Dinner 25.2.2014 (Tue)

Kari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ketul kepala ikan merah – dibelah 2
1 biji terung bulat – dibelah 4
1 biji tomato – dibelah 2
2 paket serbuk rempah kari ikan (1 paket brand Baba's, 1 paket brand Adabi)
2 tangkai daun kari
1 mangkuk air asam jawa
5 ulas bawang putih – dihiris
3 biji bawang merah – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
2 sudu teh halba campur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar (muat untuk kepala ikan) dan tumis halba campur, bawang putih, bawang merah dan halia hingga garing.
  2. Sementara itu, bancuh serbuk kari dengan air dan daun kari hingga menjadi pes.
  3. Setelah bahan tumisan garing, masukkan pes kari dan tumis hingga garing dan pecah minyak, kacau selalu untuk mengelakkan hangit.
  4. Setelah cukup garing, masukkan air asam jawa dan air yang secukupnya. Renihkan.
  5. Setelah mendidih, masukkan kepala ikan dan tutup periuk sambil kacau sekali sekala. Jangan kacau terlalu kuat untuk mengelakkan ikan hancur terutama untuk ikan yang masih baru (segar).
  6. Setelah mendidih, masukkan terung dan tomato bersama garam. Biarkan mendidih dan rasa.
  7. Masak sebentar lagi sehingga kuah menjadi agak pekat dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan. Boleh dimakan dengan nasi, roti canai atau roti putih.



Sotong Masak Paprik



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ekor sotong kecil – dipotong bulat
1/2 batang lobak merah – dihiris kasar
1/4 pokok bunga kubis – dipotong bunga
1 helai daun limau purut
1 biji bawang besar – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis (ABC)
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili kisar
1/4 cawan air
2 sudu besar minyak
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
3 biji cili padi

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar, sos tiram, kicap pekat manis dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan air, lobak merah, bunga kubis dan daun limau purut. Biarkan merenih sebentar.
  3. Setelah kuah agak pekat, masukkan sotong, cili padi dan Maggi Cukup Rasa dan dan gaul rata hingga sotong masak. Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan sotong menjadi liat.
  4. Sedia dihidangkan.

Tuesday, February 25, 2014

Breakfast 25.2.2014 (Tuesday)

Nasi Goreng ala Cina

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi yang telah disejukkan
3 tangkai bok choy – dihiris (asingkan batang dan daun)
4 tangkai cili padi merah (dibiarkan sebiji)
Hirisan daging ayam
2 biji telur
1/2 batang lobak merah – dipotong dadu
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih – dicincang
1 biji bawang besar – dihiris

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, masukkan telur dan hancur-hancurkan. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Tambahkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan daging ayam, lobak merah dan batang bok choy. Tumis hingga ayam masak dan lobak merah lembut.
  4. Masukkan Maggi Cukup Rasa, nasi dan daun bok choy. Gaul rata hingga masak keseluruhannya. Akhir sekali, masukkan telur hancur dan gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.

Lunch 23.2.2014 (Sunday)

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – dipotong
1 batang serai – diketuk
1/2 biji kentang russet – dipotong baji
2 ketul akar daun ketumbar (menggantikan daun kunyit)
1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk lumat:
7 biji cili padi merah + hijau
2 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Satukan santan cair, bahan tumbuk, serai dan akar ketumbar ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan ayam dan asam keping.
  2. Panaskan di atas api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah.
  3. Masukkan kentang dan tutup sebentar sambil dikacau sekali-sekala.
  4. Setelah kentang empuk dan ayam masak, masukkan garam. Renihkan sebentar dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Dinner 24.2.2014 (Mon)

Ikan Merah Masak Merah

Sumber: mrskojiwami

2 ketul potongan ikan merah sederhana besar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos:
1 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 inci halia – dihiris kasar
5 sudu besar cili kisar
1 biji tomato – dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
3 biji cili padi
1/2 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat, toskan minyak dan letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1 sudu besar minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tomato dan tumis hingga pecah minyak dan tomato agak hancur.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili Thai dan air. Renihkan. Sekiranya terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
  5. Setelah mendidih, masukkan daun ketumbar dan cili padi. Kemudian, perasakan dengan Maggi Cukup Rasa. Setelah ok, tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
  6. Sedia dihidangkan.


Bok Choy dan Udang Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 cawan isi udang
1 pokok bok choy – dibuang bahagian hujung sahaja
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
1/2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bok choy dan udang. Kacau rata hingga bok choy agak layu.
  3. Masukkan sedikit air dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata hingga masak.
  4. Sedia dihidangkan.