Thursday, November 29, 2012

Membaking malam-malam

Harumnya bau butter cake yg sedang dibakar sekarang ni....hopefully sedap la, first time try buat. Hajat asal nak try baking Japanese Soft Cotton Cheesecake tapi disebabkan En K malas nak singgah Bagus, tak jadi la. Nasib baik butter ada, so 2nd choice buat Butter Cake.

VANILLA BUTTER CAKE

Sumber asal: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami



2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
4 biji telur gred C - suhu bilik
250 gm mentega SCS - suhu bilik, dipotong kecil
1 3/4 cawan gula castor
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar full cream

Cara-cara:

Panaskan oven selama 20-30 minit.
Satukan tepung dengan baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan.
Dalam mixer, satukan gula dan butter. Pukul pada kelajuan perlahan beberapa minit dan seterusnya hingga ke high sampai putih.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung hingga habis.
Akhir sekali, tuangkan susu segar dan putar sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 40 minit.
Bila permukaan agak perang, boleh kurangkan suhu.
Sejukkan di atas redai sebelum dipotong.

Nota: Next time kurangkan gula, tadi macam agak manis.

Hotdog Rolls

Balance doh pizza semalam, aku try buat hotdog rolls hari ni. Tapi nampak gayanya, extra gebu...

Bahan-bahan doh sama seperti doh pizza. Just uli panjang-panjang dan balut pada hotdog. Then sapukan sedikit fresh milk di atas permukaannya. Bakar pada suhu 200 darjah C hingga perang.




Pizza...again...

Kelmarin, time aku tgh buat sardine puffs tu, mak tanya, buat pizza ke? Aku jawab la tak, buat sardine puffs, kenapa nak pizza ke? Boleh jugak kalau buat...Tapi time tu puffs pun dah agak banyak, so aku kata la esok (semalam) la buat pizza.

So balik keje, terus singgah kedai. Ingat nak beli crabsticks tapi pegi 2 kedai dua-dua pun takde. So beli je la canned tuna ngan canned pineapple cubes. Sosej dan daging ayam cincang ada lagi kat rumah,

Cuma terlupa nak beli canned button mushrooms, tapi yang ada pun will do...tu pun topping dah penuh giler. Semalam buat 2 bancuhan (disekalikan), konon nak buat seafood pizza satu chicken satu la. Tapi En K pegi keje awal pulak semalam so kansel la buat seafood tu. Balance doh aku simpan dalam peti ais, cover ngan napkin lembab. Tgk la esok jadi apa.

PIZZA CAMPUR

Bahan-bahan doh (yields 2 pizzas):

4 cawan tepung gandum
2 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil
4 scoops susu tepung
2 cawan air suam
2 sudu teh gula
4 sudu teh yis segera

Cara-cara:

Larutkan gula dalam air suam dan masukkan yis. Biarkan berbuih lebih kurang 10 minit.
Sementara itu, satukan tepung, garam, olive oil dan susu tepung.
Tuangkan yis yang sudah berbuih sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat. Kalau masih melekat, taburkan sedikit tepung dan uli hingga kenyal.
Rehatkan doh selama 1 jam, tutup permukaan mangkuk dengan napkin lembap utk mengelakkan doh menjadi kering.
Selepas sejam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh dicanai dalam pan/loyang yang sudah digris dengan sedikit corn oil.







Topping:

1/4 tin tuna dalam olive oil - dicerai-ceraikan/omit olive oil dalam tin
1/4 tin nenas dalam tin - dihiris kecil
1/4 biji capsicum kuning - dihiris nipis
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
1 batang sosej cheese - dihiris nipis
2 keping cheese - dikoyak-koyakkan
sedikit sos tomato
3 tangkai daun sup - dicarik-carik daunnya
sos Thousand Island secukupnya

Cara-cara:

Ratakan sos tomato di atas doh yang telah dicanai/ditekan dalam loyang.
Taburkan topping rata-rata.
Akhir sekali, taburkan cheese dan tuangkan sos Thousand Island.
Bakar selama 20-30 minit (hingga keperangan) pada suhu 180 darjah C.

Tuesday, November 27, 2012

SARDINE PUFFS

SARDINE PUFFS




Rujukan: Che Mat Gebu

Bahan-bahan:

1 paket instant puff pastry brand KAWAN - selepas keluarkan dari fridge, biarkan dalam 10-15 minit
1 tin kecil sardine brand AYAM
1/2 biji bawang kuning - dipotong dadu
1/4 biji lemon - diambil jusnya

Dressing:
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair

Pukul sebati.

Cara-cara:

Lenyekkan sardine bersama sosnya dan masukkan bawang dan jus lemon. Kacau rata.
Boleh juga tumis dulu sardin tu, tapi tadi tak tumis pun, maybe next time akan try tumis pulak. Kalau tumis normally aku akan tumis bawang putih dan bawang kuning hingga layu, masukkan cili+bawang besar+bawang putih sikit, masukkan sos tiram dan asam keping/jus lemon, garam secukup rasa. Tapi make sure tumis kering, sbb tak nak berair dalam puff.

Ambil sekeping puff, bahagi 2. Satu bahagian dikelar-kelar ikut suka (jgn sampai putus), satu bahagian lagi diisi dengan sardin secukupnya. Kemudian tutupkan bahagian berinti dengan bahagian berkelar. Kelimkan bahagian tepi dengan garpu.



Lengserkan loyang dengan butter, dan susun puff jarak sedikit sbb nanti akan naik. Kemudian, sapukan campuran telur ke atas puff.

Bakar pada suhu 230 darjah C sehingga kuning keperangan (lebih kurang 25-30 minit), guna fan dalam oven. Kalau takde fan, tengok la dah perang dan naik tu ok la.

Nota utk diri sendiri: kena kemaskan lagi finishing.

Monday, November 26, 2012

Lunchbox

AYAM PANGGANG LADA HITAM



Bahan-bahan:

8 ketul bahagian ayam - dibersihkan dan ditoskan airnya
1/2 biji lemon - diambil jusnya
1/4 suku botol rosemary kering
5 ulas bawang putih
3 sudu besar olive oil/corn oil
1 sudu besar gula perang
1 sudu teh garam
1 paket Perencah Lada Hitam Maggi
2 biji kentang - direbus 15 minit

Cara-cara:

Tumbuk bawang putih dan rosemary hingga lumat dan campurkan dengan jus lemon, olive oil, gula perang, garam, perencah lada hitam.
Toskan kentang dan potong kiub besar.
Gaulkan campuran rosemary dengan ayam dan kentang. Susun dalam roasting pan.
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah C selama 50-60 minit.

Sunday, November 25, 2012

KUIH LAPIS 4 WARNA

KUIH LAPIS EMPAT WARNA

Sumber asal: CT Delima
Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan santan dalam kotak
1 sudu teh garam
3/4 cawan gula putih

Pewarna:

Kuning = 1 sudu teh pewarna kuning telur + 1 sudu teh esen mangga
Hijau = 1 sudu teh pewarna hijau + 1/2 sudu teh esen pandan
Pink = 2 sudu teh sirap ros

Panaskan pengukus.
Bancuh air dan santan.
Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan kecuali pewarna hingga rata.
Bahagikan bancuhan kepada 4 bahagian.
1 bahagian biarkan plain.
3 lagi bahagian campurkan dengan pewarna.
Sediakan loyang dan tapiskan bancuhan plain ke dalam loyang. Ratakan dan kukus 10 minit.
Kemudian, tapiskan bancuhan pink pula. Ratakan dan kukus 10 minit.
Tapiskan bancuhan hijau dan kukus 10 minit.
Akhir sekali, tapiskan bancuhan kuning, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Aluminium foil menghalang wap dari kukusan tumpah di atas permukaan kuih.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong menggunakan pisau plastik yang disapu sedikit minyak jagung.

Restoran Periok, Sungai Buloh

Tgh hari tadi, lepas balik dari pasar, ktrg singgah makan kat Restoran Periok kat area The Store, Sungai Buloh. Aku la bagi suggestion, sbb masa blogwalked hari tu, ternampak restoran ni jual asam pedas, nampak best.

En Koji order nasi beriani daging, mak order nasi beriani ayam berempah, aku order asam pedas ikan merah dan ulam-ulaman. Order jugak telur masin 1/2 biji.

Masa ulam sampai, aku pun cicah sambal belacan. Perghhh...pedas giler tapi sedap...Pastu asam pedas sampai, mmg sedap...meleleh air hidung menahan pedas asam pedas + sambal belacan, hahahah....

Mak pun kata nasi beriani sedap, tapi aku rasa nasi beriani JM sedap lagi kot, tapi aku suka la asam pedas dia...ikan pun fresh....tapi aku tak suka air Nescafe Periok dia, tatau dia bubuh apa, macam gula melaka pun ada, tak kena dengan tekak.

Menu:
1 pinggan nasi beriani daging
1 pinggan nasi beriani ayam berempah bhgn peha
2 pinggan nasi putih
1 pinggan ulam + sambal belacan (kacang botor, kacang panjang, salad, timun)
1 pinggan asam pedas ikan merah bhgn ekor
1 gelas Nescafe Periok
2 gelas teh o ais
1 gelas kopi ais
1/2 biji telur masin

Total: RM57.90

Aku rasa ok kot harga tu dgn portion yg dia bagi...

Cerita hari Khamis

Hari Khamis hari tu, Nyah and family datang rumah, hantar mak ke rumah aku sempena cuti sekolah ni. Nanti hantar mak ke rumah Yong pulak. Rotation la katakan. Diorang dah sampai dalam pukul 5 pm lebih, aku still kat office. So, diorang pegi jenjalan dulu kat The Store. Janji dinner terus kat sana.

Kitorang sampai  The Store pukul 7 pm. Terus pegi ke food court bawah tu, tgk Nyah makan Sizzling Yee Mee, so aku pun teringin, dah lama tak makan...En Koji order Black Pepper Beef, Haqimie order.

Ok la, the taste not bad. Najiha order chicken chop tapi tak abis sbb dia kata ayam macam x masak sangat. So balik ke rumah, aku tanya Najiha, nak makan kek coklat ke, sbb hari tu dia komen kat FB aku, kata kalau dia datang KL nanti, maksu tlg la buatkan utk Jiha. Memula dia kata tak nak, lepas tu ubah fikiran, kalau maksu rajin boleh juga, Jiha pun lapar ni, tadi makan tak abis.

So, aku pun terus la wat, sambil tu tanya pulak, nak pizza tak? Wawa jawab dia nak, so buat la satu pan lagi.

Al-kisahnya, pagi tu aku dah buat satu loyang seafood pizza, bawa ke ofis nak bagi Sherry rasa, since hari tu aku bawa, dia tgh puasa. Pagi tu, pizza dah masak, tanya la En Koji, nak tak? Dia kata ok la bagi la 2 keping dia bawa ke ofis, Haqimie pun aku bekalkan tiga keping utk kongsi dengan Qayyum dan Rayyan. I thought they don't want since baru lagi aku buat pizza tu. Balance tu, aku bawa ke ofis, aku just amik sekeping kecik je dulu. Ingat nak sambung makan kat ofis dgn ofismate sumer.

Aku lak ada tapau ketupat palas dan kari ayam.

Balik tu pulak, En Koji kata menyesal dia mintak 2 keping je, sbb sedap sangat pulak katanya. Huhuhu, susah ni nak dengar dia kata sedap....Tersengih2 la aku kan....

So, sambung balik cerita. Since Wawa pun nak pizza, aku pun teringat En Koji macam x cukup, so gigih la aku buat pizza jugak. Tapi aku wat pizza Hawaiian je, sbb bahan utk seafood dah habis.

Ajar Jiha buat choc cake, ntah dia dgr ke pun tak. Lepas masukkan dalam oven, uli tepung lak utk pizza. Kira ngam2 la siap masak time En Koji balik pukul 10 pm tu.

Dah siap, hidang la...memula Nyah macam tak nak, tapi lepas tu nak, skali lagi licin dibedal...huhu...boleh la jadi pembuat pizza tegar lepas ni...Seronok tgk diorang makan beria2, tak de la rasa penat menguli bagai....Just cake ada separuh lagi, ye la dah pi serbu pizza lak kan...En Koji pun makan lagi 3 keping kot...

Saturday, November 24, 2012

Kari Ikan Kembung

KARI IKAN KEMBUNG





Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung - dibersihkan
1 paket serbuk kari ikan Baba's
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
1/4 cawan santan pekat (jika suka)
Garam secukup rasa
Ajinomoto (jika suka)
5 biji bendi
1 biji terung bulat - dibelah 4
1 biji tomato - dibelah 2
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Bahan-bahan tumbuk:

3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
sedikit halia

Cara-cara:

Bancuh serbuk kari ikan dengan air secukupnya,
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama halba hingga wangi.
Masukkan bancuhan serbuk kariikan dan daun kari. Tumis hingga betul-betul masak.
Masukkan air asam jawa secukupnya. Setelah mendidih, masukkan ikan dan santan.
Setelah mendidih, masukkan bendi, terung, tomato, garam dan aji secukup rasa.
Didihkan hingga mendapatkan kepekatan kuah yang diingini.

Tuesday, November 20, 2012

MASAK LEMAK CENDAWAN DENGAN UDANG

MASAK LEMAK CENDAWAN DENGAN UDANG





Bahan-bahan:

1 paket cendawan (lebih kurang macam enoki tapi besar sikit) - dibersihkan
1 keping asam gelugur
10 ekor udang - dibuang kulit
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - diracik kasar
garam secukup rasa
3/4 kotak santan
sedikit air
sedikit ajinomoto

Bahan-bahan tumbuk:

7 biji cili padi
1 biji cili merah
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup

Satukan santan, air, bahan tumbuk, serai dan daun kunyit. Jerang hingga panas dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah santan.
Setelah mendidih, masukkan udang dan cendawan. Kacau selalu.
Masukkan garam, aji secukup rasa.

IKAN CENCARU SUMBAT

IKAN CENCARU SUMBAT





Bahan-bahan:

2 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
1 sudu teh MAGGI Cukup Rasa
2 sudu teh serbuk kunyit

Gaulkan kesemua bahan dan ketepikan.

2 helai daun kunyit - diracik kasar
Sedikit minyak

Bahan-bahan tumbuk:

10 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
3 biji bawang merah
2 inci kunyit
1 cm belacan bakar
1 pokok daun ketumbar
sedikit hirisan bunga kantan
kelapa parut putih secukupnya
garam secukup rasa

Sapukan sedikit minyak pada ikan yang telah diperap dan sumbatkan dengan daun kunyit.
Masukkan bahan tumbuk hingga padat.
Grill hingga masak.

Monday, November 19, 2012

Homemade Seafood Pizza

Last night's dinner, I made pizza, again! But this time, it was seafood pizza. For the dough recipes, I still used Lemongrass and Dayangjack’s recipes.

HOMEMADE SEAFOOD PIZZA




Bahan-bahan doh:

2 cawan tepung superfine
1 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
1 cawan air suam
1 sudu teh gula
2 sudu teh yis kering
2 scoops susu tepung

Larutkan gula dalam air suam dan masukkan yis. Biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
Sementara itu, satukan tepung, susu tepung dan garam. Gaul rata dan masukkan olive oil. Gaul rata lagi.
Buatkan lubang di tengah dan tuangkan yis sedikit demi sedikit. Uli rata. Ulang sehingga habis.
Pastikan doh tidak melekat, jika masih melekat, tambah sedikit tepung.
Biarkan doh rehat selama 1 jam (sehingga doh menjadi double in size). Tutup dengan kain/tuala lembap (untuk mengelakkan doh kering). Biarkan di tempat bersuhu agak panas (bhgn dapur).
Setelah naik, tumbuk-tumbuk (punch) doh untuk mengeluarkan angin.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10 minit.
Sediakan loyang, sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Tekan-tekankan doh di dalam loyang hingga memenuhi loyang. Ikut suka nak tebal mana.
Bakar doh kosong selama 10 minit dan keluarkan untuk tabur inti.
Setelah tabur inti, bakar lagi selama 20-30 minit, bergantung pada kegaringan doh yang dikehendaki.

Filling:
8 crabsticks - dipotong kecil
5 biji button mushrooms - dihiris nipis
1/4 tin canned pineapples - dihiris kecil
1/4 biji capsicum hijau - dihiris nipis
1/4 biji capsicum merah - dhiris nipis
1/2 tin tuna in olive oil - dipecah-pecahkan
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
1 tin kecil puri tomato
4 keping cheese slices (boleh swap dengan parutan mozzarella/cheddar)
Thousand Island secukupnya


Setelah doh dibakar selama 10 minit, keluarkan dan sapukan dengan puri tomato hingga rata.


Susun kepingan cheese dan taburkan kesemua bahan (kecuali Thousand Island) rata-rata.


Akhir sekali, squirt Thousand Island di atas inti dan bakar selama 20-30 minit.

GRILLED SALMON STEAK

For lunch, I made some ikan kembung masak merah, Haqimie's favourite. And as for me, I made grilled salmon steak.

Ikan Kembung Masak Merah

Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung sederhana - dibersihkan
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Gaulkan kesemua bahan dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Bahan sambal:

2 senduk cili kisar + bawang besar + bawang putih + sedikit belacan
2 sudu besar Sos Cili Thai Life
1 sudu besar Sos Tiram Kimball
1 pokok kecil daun ketumbar - diracik-racik
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga terbit minyak.
Masukkan sos cili Thai, sos tiram dan sedikit air. Didihkan.
Masukkan ikan dan daun ketumbar, masukkan garam secukup rasa.
Didihkan dan angkat.

GRILLED SALMON STEAK




Bahan-bahan:

1 keping ikan salmon
1 sudu besar rosemary kering
1 sudu teh mixed spice (dalam botol)
1/2 sudu teh MAGGI Cukup Rasa
1 sudu besar olive oil

Gaulkan kesemua bahan dan perap 1/2 jam.
Panaskan grill dan letakkan salmon.
Grill hingga masak dan terbalikkan. Grill lagi hingga masak sepenuhnya.

Instant Pancakes

Yesterday's breakfast I made instant pre-mixed pancakes. Qayyum la nak sangat, so masa pegi beli groceries hari tu, ternampak la pancake brand Nona. So ambil sekotak.

Senang je nak buat, just add an egg and some water and vege oil (I used corn oil) and stir till smooth.



Heat the non-stick pan, then pour a ladle of mixture and let it bubbles and turn to the other side. Let it brown and it's ready.




Since I ran out of honey, I drizzled some chocolate ganache (left over from moist chocolate cake) onto my kids’ pancakes. While for me and En Koji, I made some sambal ikan bilis to go with the pancakes.

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis - dibasuh dan ditoskan airnya
2 senduk cili kisar + bawang besar + bawang putih + sedikit belacan
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
1 biji bawang besar - dihiris kasar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula perang secukup rasa

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar hingga garing dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga berkilat.
Masukkan sos tiram dan sedikit air bersama dengan asam keping (boleh juga gunakan bancuhan air asam jawa).
Akhir sekali, masukkan ikan bilis, bawang dan garam. Sesuaikan rasa.

Saturday, November 17, 2012

Lemon Rosemary Grilled Lamb Chop


Bahan-bahan:

4 keping lamb chop
7 ulas bawang putih
Segenggam rosemary kering dalam botol
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil
1/2 biji lemon - diambil jusnya

Cara-cara:
Tumbuk bawang putih, rosemary dan lada hitam hingga lumat.
Campurkan dengan olive oil, garam dan jus lemon.
Lumurkan pada lamb chop dan perap selama 1 jam.
Grill hingga masak. (Aku guna Happycall), kena tengok selalu takut terlebih garing.

Hawaiian Pizza My Style

The dough base I combined from two bloggers’ recipes: Lemongrass and Dayangjack. While the filling I just put whatever I can found from the mall’s shelves.

There was 2 types of fillings that I prepared last nite, but only one was baked because the pizza was quite big. I don’t think we can finish 2 large pizzas, so the other one I put in the fridge. One was Hawaiian Pizza and the other was Seafood Pizza.



Hawaiian Pizza My Style

Dough:

2 cawan tepung superfine
1 sudu teh garam
2 scoops susu tepung (I used my son's Pediasure vanilla flavour)
1 cawan air suam
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula
1 1/2 sudu besar olive oil
Tuala/Napkin bersih lembap (utk cover permukaan doh)

Larutkan gula dalam air suam. Masukkan yis dan kacau sedikit kemudian biarkan yis berbuih (lebih kurang 10 minit).
Sementara itu, satukan tepung, garam dan susu tepung. Gaulkan. Masukkan olive oil dan gaul hingga jadi macam crumbs. Buatkan lubang di tengah-tengah dan tuangkan campuran yis. Uli dengan jari atau senduk kayu.
Uli hingga doh licin dan tidak melekat pada mangkuk. Biarkan seketul besar dan cover dengan tuala lembap supaya tidak kering. Biarkan rehat selama 1 jam di tempat yang agak hangat (dapur la tu).

Filling
3 batang sosej ayam (warna putih) - dihiris nipis
1 bhgn ayam kisar Ramli - dilembutkan dan digaul dengan sedikit MAGGI Cukup Rasa
5 biji cendawan butang - dihiris nipis
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
1/2 biji capcisum merah - dihiris nipis
1/2 biji capsicum hijau - dihiris nipis
1/2 tin nanas - dipotong kecil
1 tin kecil puri tomato
Parutan cheddar/mozzarella cheese (semalam tak jumpa, so aku koyak2kan cheese slices dan tabur atas pizza)

Panaskan oven  pada suhu 180 darjah C selama 10 minit.
Sapukan loyang (aku guna loyang empat segi) dengan sedikit minyak jagung.
Ratakan doh yang dah naik ke dalam loyang. Tekan-tekan dengan jari (kalau nak roll pun boleh juga).
Sapukan bahagian atas doh dengan puri tomato rata-rata.
Taburkan dengan filling. Since aku guna cheese slices, aku tak bubuh dulu cheese atas pizza.
Bakar pizza selama 20 minit. Keluarkan dan tabur cheese, bakar lagi 5 - 10 minit hingga cheese cair.

Nota:
Doh pizza di atas agak gebu tetapi lembut, so utk kurangkan kegebuan  aku rasa I should reduce the sugar to 1/2 tsp only. Sbb Lemongrass kata gula mmg menggebukan doh. Tapi seriously roti dia lembut sangat, buat buns sesuai ni.
Utk topping pulak, rasanya mmg kena pakai parutan cheddar/mozzarella juga, baru  la ada effect tali2 tu...

Overall, aku agak puas hati sebab percubaan pertama membuat pizza agak berjaya. And my sons Haqimie and Qayyum suka, diorang kan ke cerewet, tapi semalam diorang kata pizza mama lagi sedap dari pizza hut. :)

Nanti hari ahad ni nak buat seafood pizza lak.

Our dinner tonite

Yeay, at last, I was dreaming of making my own pizza, and yes, last night the wish was fulfilled.

Even though the base pastry was quite “gebu”, but the taste was delicious indeed. The bread base was very soft and I think I should learn to use that recipe to make some buns with filling.

As usual I googled the recipes on the Net, and found some that I combined. Mostly I referred to Lemongrass and Dayang Jack.

I also grilled 4 pcs of lamb chop marinated in rosemary and lemon.


Thursday, November 15, 2012

KEK COKLAT LEMBAP (MODIFIED)


Gambar sebelum dibakar


Bahan-bahan:

2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu sejat
1 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air panas
1 3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Ganache:
1/2 kotak whipping cream
1 bar coklat masakan (atau lebih jika nak pekat) - dipotong kecil2
2 sudu besar minyak jagung

Cara-cara:

Satukan tepung, soda, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
Pukul telur sekejap, masukkan gula perang dan air panas, kacau hingga gula larut.
Masukkan esen vanilla, susu sejat dan minyak jagung. Kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Jika rajin, boleh la tapis adunan utk dapatkan tekstur yang lebih halus.
Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 50 min/1 jam. Test dengan garpu.
Setelah masak, biar kek rehat dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan.

Utk buat topping, gunakan kaedah double boiling.
Panaskan whipping cream dan kecilkan api.
Masukkan coklat dan kacau hingga cair sepenuhnya.
Masukkan minyak dan kacau lagi hingga agak pekat.
Tuangkan ke atas kek.

CARROT CAKE AND CREAM CHEESE TOPPING

Hmm, one of the cake recipe I've been longing to try. And materialized again on the same day with Rosemary and Lemon Roasted Chicken.

As usual, I googled everywhere and found some recipes and combined where appropriate.

Carrot Cake and Cream Cheese Topping

Bahan-bahan:

2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
2 batang carrot - diparut halus
1 paket kecil walnut - dipanggang sebentar dan dicincang
1 kotak kecil kismis hitam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh mixed spice (dalam botol)
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula perang (utk lebih moist)
2 sudu besar susu pekat (utk lebih moist)
4 biji telur

Topping

2 sudu besar butter
5 sudu besar gula castor
1 buku philadelphia cream cheese


Cara-cara:

Panaskan oven pd suhu 180 darjah celsius dan sapukan sedikit minyak jagung pada sekeliling loyang.
Satukan tepung, baking powder dan soda dan ketepikan.
Pukul telur dan gula perang hingga sebati.
Masukkan minyak dan susu pekat dan kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Masukkan carrot, walnut, kismis, mixed spice dan esen vanilla. Kacau sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit. Test dgn garpu. Jika dah ok, biarkan dalam oven selama 15 min sebelum dikeluarkan.

Utk topping, pukul semua bahan hingga gebu dan hiaskan pada kek.


Rosemary and Lemon Roast Chicken

I've been longing to try this recipe but only last Tuesday it was materialized. I googled and combined a few recipes and added on something on my own.

Basically, the original ones is from Jamie Oliver, no doubt.

I'm not going to put the pix coz the outcome was not so tempting to look at, but I can assure you that the taste is heavenly lovely and it reminded me of Dave's Deli's roast chicken.

Here's the recipe.

Rosemary Lemon Roast Chicken

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - whole, dibersihkan dan dikering dgn kitchen towel
1 biji lemon
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 batang carrot - dipotong-potong
2 biji kentang dengan kulit - dibersihkan
4 sudu besar rosemary kering dalam botol
7 ulas bawang putih
2 sudu besar gula perang - to make the skin caramelized
1 sudu besar butter - dilembutkan
garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam
olive oil

Cara-cara:

Rebus lemon, bawang putih dan kentang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Tumbuk kasar bawang putih, rosemary, lada hitam, garam dan gula perang. Campurkan dengan olive oil.
Potong kentang kepada 4 atau 6 bhgn.
Susun ayam, kentang dan carrot dalam loyang.
Ratakan campuran minyak ke seluruh bahagian ayam termasuk bhgn dalam. Gaulkan juga pada kentang dan lobak merah.
Cucuk kulit lemon dengan garpu utk keluarkan jusnya. Sumbatkan ke dalam perut ayam. Sumbatkan juga sedikit kentang, lobak merah dan bawang besar. Ikat kaki ayam.
Sapukan butter ke seluruh ayam.
Panggang selama 1 jam 15 minit dalam ketuhar, 190 darjah celsius.

For the sauce, I just used the instant chicken gravy and mixed with the leftover liquid from the roasted chicken.

Wednesday, November 7, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nenas


Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibelah dua
1 kotak santan
1 biji (kecil) nanas - dipotong ikut suka
1 helai daun kunyit - diracik kasar
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk halus:

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 biji cili padi
1 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali nanas dan garam dan didihkan.
Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah.
Bila ketam hampir masak, masukkan nanas dan garam secukup rasa.
Didihkan sehingga nanas lembut dan tutup api.

Ketam Telur Masin (Salted Egg Crabs)


Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dipotong ikut suka
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa/garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit

Gaulkan kesemua bahan dan perap seketika.
Goreng separuh masak dan ketepikan.

Bahan-bahan A:

6 ulas bawang putih - dicincang
6 biji cili padi - dihiris nipis
4 tangkai daun kari
3 sudu besar butter SCS
1 sudu besar minyak jagung
1/2 tin susu cair
1 - 2 biji kuning telur masin

Panaskan butter dan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan daun kari dan cili padi.
Kemudian, masukkan kuning telur masin dan gaul rata.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Akhir sekali, masukkan susu cair dan gaul hingga pekat.

Sunday, November 4, 2012

CHOCOLATE LAVA CAKE


Seperti biasa, resepi asal dari sini. Tapi kali ni aku improvise sikit, aku bubuh esen mangga. Dan aku juga buat setengah adunan je, cukup utk teatime kitorang 4 beranak sebab En Koji keje.

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan gula pasir

Satukan kesemua bahan.

Bahan B:
1 biji telur - dipukul sedikit
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh esen mangga
1 cawan air panas

Satukan kesemua bahan.

Cara-cara:
Satukan bahan A dan bahan B. Kacau rata hingga gula hancur. Kalau rajin, boleh la tapis adunan.
Sediakan pengukus dan acuan yang disukai.
Tuangkan adunan ke dalam acuan, separuh atau 3/4 acuan sahaja. Tutup dengan aluminium foil.
Kukus kek selama 20-30 minit atau sehingga masak.

Ganache:
1/4 keping coklat masakan - dipotong kecil-kecil
1/2 cawan whipped cream
1 sudu besar minyak jagung

Cara-cara:
Panaskan secara double boiler. Tuangkan ke atas kek dan hias ikut kreativiti masing-masing.

Kari Ayam

Bahan-bahan:

6 ketul kecil ayam
3/4 paket serbuk kari daging/ayam Babas
2 tangkai daun kari - dicampur sedikit air
4 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 hirisan halia - dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil kerisik
3 sudu besar santan pekat
Air
Minyak
Garam
Air asam jawa
1 biji kentang - dibelah empat

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga terbit bau.
Masukkan pes kari. daun kari dan kerisik, tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam dan kacau rata.
Masukkan sedikit air dan kentang. Masak hingga kentang empuk.
Masukkan santan dan didihkan.
Masukkan garam dan air asam jawa secukupnya.
Didihkan dan angkat.

BABY KAILAN TUMIS SOS TIRAM



Bahan-bahan:

4 pokok baby kailan - diasingkan batang dan daun, batang dipotong serong nipis, daun dibelah 2
4 ulas bawang putih - diketuk
1 camca besar sos tiram
Air dan minyak
3 biji cili padi - diketuk

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan tumis sebentar.
Masukkan batang kailan dan kacau.
Masukkan sedikit air dan daun kailan.
Kacau hingga masak,

Lunch hari ni

Pagi2 lagi En Koji dah ke pasar, dia malas nak ajak aku, katanya lambat, sbb dia ada keje sikit petang nanti.

Balik je aku tgk punya la banyak dia beli, ketam, udang, sotong, ikan merah, ikan kembung, petai 8 papan kot, barang2 kering, sayur...Ni nak suruh aku masak selalu la ni, huhu.

So, aku pun start la operasi memasak. Dah ada petai dan udang so apa lagi mesti la sambal tumis udang petai kan. Selain tu, aku masak baby kailan sos tiram dan kari ayam utk kiddos.


SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI




Bahan-bahan:
15 ekor udang sederhana - buang kulit dan belah bhgn tengah, buang urat hitam
3 papan petai - dibuang kulit dan dibelah dua
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus
1 genggam cili kering - dipotong kecil dan direbus
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1/2 inci belacan

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan sedikit air.
Setelah mendidih, masukkan gula dan petai. Kacau lagi.
Kemudian, masukkan udang dan kacau rata.
Hampir masak, masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan bawang dipotong bulat. Kacau seketika dan angkat.

Nota: Bubuh gula time awal2 tu aku dapat tips dari sini: aziejaya.blogspot.com, supaya sambal nampak berkilat.

Cerita Raya Haji (Part III)

Breakfast kat hotel, bihun goreng sedap. Yang lain2 biasa je la, ada la keropok lekor dan cucur bawang. Lepas breakfast, kemas2 terus check-out walaupun baru pkl 10 am. Sbb nak ke Kota Bharu pulak.

On the way ke KB, singgah makan keropok lekor, sedap okey. Kitorang tak pegi Losong takut lambat smp KB. Terus tapau keropok lekor, keropok keping, sos.

Sampai KB, En Koji ajak check in kat Crystal Lodge sbb dulu penah stay sini, tapi aku lak ngengada suruh dia try cari lain. Cari punya cari terus la ke Pantai Cahaya Bulan. Singgah makan kat gerai tepi jalan, amik sotong goreng tepung, tak sesedap kat BB dan liat. Hmm...

Balik ke KB, tapi En Koji tak jadi check in, terus ke Rantau Panjang, katanya try cari hotel kat sana. Sempat la beli sikit2, time tu pun dah nak tutup, so esok plan nak datang lagi. Time ni En Koji nak cari hotel area situ je, tapi aku tgk semua pun x semenggah so aku suggest ke Crystal Lodge je la, En Koji bising gak, dia kata dah malam ni, rugi je, tapi at last pegi jugak, nasib baik ada room lagi. Yang bestnya diorang bagi room harga RM200 tapi bayar RM150 je sbb diorang kata bilik tu baru renovate, so macam bagi test la. Okey la room tu, besar, king-size bed. Dah la mmg baru, so best. Lepas mandi keluar balik cari dinner, tapi kedai byk tutup so En Koji tapau roti tampal telur ngan kaya (kot), sedap jugak tapi esoknya aku, Qimie, Qayyum dan Rayyan berak2. En Koji okey pulak even though dia makan paling banyak.

Esoknya pun check out awal, terus ke Rantau Panjang. Beli la serba sedikit yang boleh dibeli. Dalam pukul 2 pm kitorang bertolak ke arah Jeli, sbb En Koji nak balik KL ikut Grik memandangkan dia tak nak tempuh jam. Singgah makan, even jalan kampung jam okay.

Sampai KL dalam pukul 3 pg. Huhu penat, esok nak keje pulak.

Cerita Raya Haji (Part II)

Dapat tido berapa jam je, jadi la, plannya, lepas je tgk korban (kiddos la), ktrg terus nak gerak ke Kuala Terengganu. Kak Anie masak bihun sup, rendang ayam, rendang daging hitam, instant ketupat, lemang. Sementara diorang pegi sembahyang raya, aku pun buat la Nasi Ketumbar tu. Pastu tapau sikit utk bekal perjalanan, kot la kedai tak buka.

Dalam pukul 10 am, kitorang terus bertolak, dengan baju kurung baju Melayunya. Tengok langit gelap je, sampai area Batu Buruk dalam pukul 2 pm macam tu. Aku ajak En Koji check in kat Primula, tapi dia tak nak sbb dah 2 kali stay kat sana, so kali ni dia nak cari lain pulak. Check in Sri Indah Resort, ok jugak la resort ni, dari luar nampak x best, tapi actually dia ok la. Haqimie suruh aku order room service, dia nak chicken chop. So sambil diorang mandi pool, aku pon call guna hp, sbb in room takde phone. Sekali dia kata, kalau nak chicken chop kena tunggu 1 jam sbb ayam beku. Haha, cancel la. So kitorang makan je la bekal tadi tu.

Malam tu, ingat nak cari makan kat mana-mana, ada la kedai kat tepi resort tu, tapi dekat sangat, nak la jenjalan kan. So ke area Batu Buruk, pusing2 takde kedai, stop kat gerai2 jual seafood salut tepung, aku beli 1 ekor sotong, 1 cucuk nugget, keropok lekor 2 ringgit. Sotong tu harga dia RM8. Serious sedap, sotong dia lembut je.

Last sekali, ktrg decide makan A&W je. Haha boring giler. On the way balik, En Koji tapau air kat restoran sebelah, sedap...tapi En Koji kata, tak leh makan kat situ sbb penuh orang hisap shisha pastu udara berasap, boleh lemas la dia kata.

Cerita raya haji (Part I)

Last keje hari khamis tu, actually aku dah minta 1/2 day, tapi not approved, sbb mrs boss kata aku dah amik cuti 2 kali dah bulan 10 tu, plus katanya aku byk keje (padahal keje tu takde la heavy sangat pon). Tapi takpe la, dah tak dapat cuti kan, tapi plan asal kena ubah la kan.

MIL ada kat sini, datang beraya ngan her sisters, anak2 and menantu. Un and family pun ada juga. Tapi aku dan En Koji dah ada plan lain. Kitorang cadang nak ke Jerantut, Pahang, beraya kat sana with my mom and Nyah's family. Diorang kata diorang ada buat korban. Pastu En Koji bercadang nak ke Terengganu dan Kelantan, saja jalan-jalan. So, plan asalnya nak belanja the whole family makan-makan, kira awal la sikit kan, lepas tu kitorang akan terus bertolak ke Jerantut. Tapi disebabkan aku tak dapat cuti, so reschedule plan. Janji ngan diorang pukul 8 pm.

At first, En Koji ajak ke Madam Lim's. Tapi aku teringat, hari sebelumnya Abby pegi makan kat D'Manggis, so aku pun bagi la cadangan kat En Koji pegi makan kat sana. Sbb at least something new la kan, takde la asik2 makan kedai tomyam and such kan. Lagipon ada ice cream so sesuai la utk bebudak yang ramai tu. En Koji pun setuju walaupun dia x brp suka makan kat situ, tak menepati citarasa katanya. Dia lebih prefer Johnny's.

So, aku pun call Abby minta no phone D'Manggis, tapi Abby dengan baik hatinya tolong bookkan utk aku. Ok settle.

So, sementara nak tunggu masa dinner tu, kitorang ke Sunway Giza, beli stok susu Rayyan. Masuk Village Grocer, beli bahan-bahan untuk buat nasi ketumbar kat rumah Nyah nanti, sbb mak teringin nak rasa.

Masalahnya, hari dah start hujan dan diorang yang lain tu agak lambat turn up. So, En Koji sudah bising, katanya nanti takut makanan dah habis, sbb time tu dah nak dekat pukul 8.30 pm dah. Dah la kitorang nak ke Jerantut pulak kan. Dah la jalan pun agak jauh, lokasi kat Kuang. Diorang tak tau jalan, nak tak nak kena tunggu jugak la. Sementara tunggu kat Shell Seksyen 7 tu, kitorang pegi ambil Ika dan Mirzan dulu. Mula-mula En Koji kata ex-kak ipar nak ikut, tapi agaknya sbb kitorang yang pegi ambil anak2 dia, dia segan la kot, dia bajet Abg Din la nak amik dia kot kan, Ika kata mama demam. Well, kalau dia setuju nak ikut pun, I'll feel awkward jugak, sbb tak berapa rapat ngan dia. Actually aku pun pelik kenapa dia beria-ia nak ikut. Sbb time dulu2 pun dia bukannya suka sangat family En Koji ni. Hmm...whatever. Peoples change anyway.

By this time, hujan dah lebat, diorang sampai je terus gerak. Jam tak payah kata la, aku risau je makanan abis diorang tak top-up, so rugi la kan, nak cari tpt mkn lain pulak, dah kesuntukan masa. So aku call, alhamdulillah diorang kata food still ada.

Sampai sana dalam 8.50 pm kot, terus duduk dan En Koji terus ambil bahan2 nak steamboat and grill. Later baru Abg Din sampai, dia baru balik keje.

Menu yang ada: Nasi goreng dan rojak buah (sedap).

Bahan2 steamboat dan grill: 2 jenis daging perap (salah satunya lada hitam), ayam (rasa macam sate), udang, ketam kecil, sotong, ikan kembung kecil, pelbagai bebola, sosej, yee mee, maggi, mi kuning, kueytiow, telur, sayur2 (baby corn, cherry tomatoes, oyster mushrooms, sawi, dll). Sos ada 3 jenis kot. Banyak juga la pilihan.

Sides: Kerepek2, biskut2, ice cream (ada 8 jenis), air sirap, oren.



I must say, ok jugak la even though kuah dia tu tak menepati citarasa sangat, sebab to me, quite sweet la tomyam dia, why la tak buat pedas sikit.

Utk harga pulak, dewasa RM25, kanak-kanak bawah 12 thn: RM12, kanak2 bawah 3 thn, free.

Lepak2, sembang2, dalam pukul 10 pm cam tu, gerak ke Jerantut, punya la jam kan, malam raya la katakan. En Koji decide ikut jalan lama, Bentong. Dia kata dia rela ikut jalan jauh daripada stuck dalam jam.

Sampai Jerantut dalam pkl 3 am.