Terfikir-fikir nak meroti, tapi bila google banyak jumpa guna bread softener atau pun shortening. Memang takde stok la kan, aku ada bread improver je. Google lagi, jumpa satu resepi yang mudah, kat sini. So terus nak try. Rasa seperti biasa menjadi, tapi rupa paras agak hodoh. Lain kali kita improve lagi. Tapi Haqimie punya la suka, banyak dia makan. Siap video call kazen dia bagitau dia tengah makan roti mama buat. Anyway, suka tengok diorang makan hasil penat lelah aku, takde la rasa membazir aje. En K macam biasa la, bila tanya sedap ke, ok la....padahal menambah dah 2 kali :).
ROTI BAWANG PUTIH
Resepi asal: Puan Azlita
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan doh:
3 cawan tepung superfine
1 cawan air suam
1 sudu besar yis segera
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1/4 sudu teh bread improver (aku tambah)
2 sudu besar olive oil
Bahan-bahan garlic butter:
50 g pure butter - softened
1 pokok daun ketumbar - dicincang halus
7 ulas bawang putih - dicincang halus
Hiasan:
1 biji kuning telur - dipukul
Garlic butter
Cara-cara:
Untuk membuat doh, satukan kesemua bahan dalam mangkuk kecuali olive oil. Uli sehingga menjadi doh yang lembut, kalau masih melekat, taburkan sedikit tepung dan uli sehingga betul-betul tidak melekat.
Tuangkan olive oil dan uli lagi hingga menjadi elastik. Seperti biasa kalau masih melekat, taburkan sedikit tepung.
Sebelum diperap, sapukan sedikit olive oil di permukaannya dan cover dengan tuala lembap yang bersih. Biarkan doh rehat selama 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
Sementara menunggu doh naik, buat garlic butter. Satukan kesemua bahan dan sebatikan. Ketepikan.
Selepas 45 minit, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Uli lagi dan bahagikan doh kepada dua bahagian (seelok-eloknya timbang supaya sama berat, tapi penimbang aku dah musnah so agak-agak je la).
Lengser loyang dengan butter.
Ambil satu bahagian doh, roll dengan rolling pin lebih kurang shape segi empat tepat. Kalau melekat, tabur sedikit tepung. Ambil 1 1/2 sudu besar garlic butter dan sapukan ke sekeliling permukaan doh.
Gulung doh (macam swiss roll tu). Kemaskan gulungan. Potong kepada 5 bahagian sama besar. Susun gulungan dalam loyang. Ulang lagi untuk doh kedua. Susun rapat-rapat.
Biarkan doh rehat selama 30 minit (cover dengan tuala lembap).
Selepas 30 minit, sapukan permukaan roti dengan garlic butter diikuti dengan kuning telur.
Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah C selama 25 minit. Aku turunkan suhu pada 10 minit terakhir sebab tengok bahagian atas perang sangat.
Sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan kari ayam macam En K. Tapi kari ayam tu dari tin lorrr....malas lak nak menumis....
No comments:
Post a Comment