Friday, January 26, 2018

Diet Menu: 10.1.2018 (Day 3)

Day 3

Breakfast:
2 pcs toasted wholemeal bread
2 sunny-side up eggs + pinch of flavoured black pepper and chilli flakes
2 cherry tomatoes – sliced
Japanese cucumber slices
1 mug green tea

Morning Snack:
1 kiwi

Lunch:
Same as before

Afternoon Snack:
1 persimmon

Dinner:
1/4 steamed seabass
1 cup sauteed tau miu

Water:
3000 ml

Diet Menu: 9.1.2018 (Day 2)

Day 2

Breakfast:
2 pcs toasted wholemeal bread
2 sunny-side up eggs (without oil)
A pinch of chilli flakes and flavoured black pepper
1 mug green tea

Morning Snack:
1 green apple

Lunch:
Same like yesterday

Afternoon Snack:
1 kiwi
1 mug green tea

Dinner:
1 plate blanched tau miu + chicken pcs (w/o salt/oil)

Water:
3000 ml

Diet Menu: 8.1.2018 (Day 1)

Starting weight: 74.3 kg

Day 1

Breakfast:

2 pcs wholemeal bread
2 scrambled eggs
1 mug green tea

Morning Snack:

1 green apple

Lunch:

1/4 cup cooked white rice
1 small pc curry chicken grill
1/2 portion salad leaves + 3 cherry tomatoes

Afternoon Snack:

1 mug green tea

Dinner:

1 bowl spicy chicken soup with mustard leaves

Water:
3000 ml


Recipes:

Scrambled Eggs (without added salt/oil):

2 eggs – lightly beaten
1/4 tsp chilli flakes
1/4 tsp mixed herbs
1/8 tsp flavoured black pepper

Heat a non-stick pan. Pour eggs and scramble until cooked. Serve with wholemeal bread.

Curry Chicken Grill (w/o added salt/oil)

1 small pc chicken breast
1/4 tsp chilli flakes
1/2 tbsp curry powder
1/4 tsp mixed herbs
1/4 tsp flavoured black pepper
Half a lime – juiced

Marinade all ingredients for 1 – 2 hours/overnight. Grill on a non-stick pan until cooked. Serve with rice and salad.

Spicy Chicken Soup with Mustard Leaves (w/o added salt/oil):

2 small pcs chicken breast
1 stalk sweet mustard leaves – cut into 4 cm length
1/4 tsp chilli flakes
1/4 tsp flavoured black pepper
1/2 lime – juiced
1/2 cup water

Put everything (except vege) into a small pot. Bring to a boil.
Lastly, put vege and cook until soft. Turn off the heat.

Dinner: 25.1.2018

Ayam Masak Sambal Serai


Bahan-bahan:

10 ketul ayam
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

2 batang serai – diketuk
5 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kecil gula Melaka
1 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam 3/4 masak, angkat, toskan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 5 sudu besar sahaja. Tumis serai hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan daun limau purut. Setelah mendidih, masukkan sos tiram dan gula Melaka. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, asam keping, garam dan MCR. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam goreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa.

Breakfast: 18.1.2018

Nasi Lemak



Bahan-bahan nasi:

1 cawan beras wangi Thai + 2 cawan beras biasa/basmathi – dibasuh bersih dan ditoskan
1 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan – disimpul
5 biji bawang merah – dihiris nipis
3 inci halia – dipotong dan diketuk
1/2 kotak santan KARA
3 cawan air (cawan sama menyukat beras)
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan nasi dan biarkan rehat (tutup) selama lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.
Hidangan Sampingan:

Telur goreng mata
Hirisan timun
Kacang goreng (jika suka)

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:

1 cawan ikan bilis – dibasuh bersih dan ditoskan
1 biji besar bawang besar – dihiris kasar, dibahagi 2
4 senduk besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 – 2 ketul kecil gula Melaka
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan. Ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis separuh hirisan bawang hingga layu.
  3. Masukkan cili kisar, tumis sebentar. Masukkan sos tiram dan gula Melaka. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, baki bawang dan asam keping. Kacau. Setelah mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Kacau sebentar dan tutup api.
  6. Untuk menghidangkan, sendukkan nasi lemak ke atas pinggan. Susun bahan sampingan dan letakkan kuah sambal.

23.1.2018: Projek Karipap

Karipap Daging


Bahan-bahan kulit karipap:

2 1/2 cawan tepung gandum Cap Bunga Ros – diayak
1/4 buku mentega + 1/4 cawan minyak – dipanaskan
2 sudu besar vegetable shortening
1 sudu teh garam halus + air sejuk dari fridge (agak-agak)
Sedikit tepung ditaburkan di atas dulang/penggelek



Cara-cara:
  1. Masukkan tepung ke dalam bekas besar. Buatkan lubang di bahagian tengah.
  2. Perlahan-lahan tuangkan minyak panas di bahagian tengah. Gunakan senduk kayu untuk mengacau bahan. Setelah agak sejuk, gunaka hujung jari untuk meramas tepung.
  3. Masukkan shortening dan teruskan meramas tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Tuangkan air sejuk sedikit-sedikit sambil terus menguli dan mula menjadi doh yang boleh diuli.
  5. Sambung uli hingga tidak melekat dan doh nampak licin. Perap selama 1/2 jam – 2 jam. Kalau nak terus buat pun boleh juga, tapi inti kena sejuk betul-betul.
  6. Ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan menjadi bebola (macam meatball Ikea tu). Buat sehingga habis.

Bahan-bahan inti:

2 biji kentang – dipotong dadu
1 biji keledek oren sederhana – dipotong dadu
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 pokok daun sup/ketumbar – dihiris halus
2 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
1 keping daging kisar Ramly – dibiar lembut pada suhu bilik
1 peket serbuk kari daging Baba’s – dijadikan pes
Garam, gula (lebih sedikit) dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
5 sudu besar minyak masak
Air secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk halus:

1/2 cawan udang kering – direndam hingga lembut, ditoskan
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan pula daun kari dan pes kari. Tumis hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging kisar dan gemburkan, kacau rata hingga bertukar warna.
  4. Masukkan kentang, keledek, bawang, daun sup, garam, gula dan MCR. Kacau rata.
  5. Masukkan air hingga menutupi paras kentang sahaja. Masak sehingga airnya kering, sesuaikan rasa.
  6. Biarkan betul-betul sejuk sebelum mula membuat karipap.

Untuk membuat karipap:
  1. Tabur sedikit tepung pada alas dan penggelek. Ambil sebiji bebola, leperkan dengan tapak tangan, kemudian gelek dengan roller pin hingga nipis (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis).
  2. Angkat dan letakkan di atas tapak tangan. Letakkan 1 sudu besar (atau lebih) inti ke bahagian tengah. Kemudian, tutup kedua-dua hujung dan tekan-tekan dengan jari supaya inti ditutup dengan doh.
  3. Mulakan mengelim dari satu hujung ke satu hujung.
  4. Letakkan di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Buat sehingga habis.
  5. Panaskan minyak agak banyak. Pastikan tidak terlalu panas. Goreng karipap hingga keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan.

Lunch 21.1.2018

Ikan Kerisi Masak Cuka


Bahan-bahan:

3 ekor ikan kerisi
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kuah:

3 biji bawang kecil – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris mancis
1 sudu teh halba campur
1 – 2 sudu besar cuka putih
3/4 cawan air
1 biji cili merah – dibelah tanpa putus
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng ikan hingga agak garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
  2. Di dalam periuk, panaskan minyak. Tumis halba campur, bawang kecil, bawang putih dan halia hingga harum dan layu.
  3. Masukkan air, cuka dan cili merah. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng dan sesuaikan rasa. Setelah mendidih, tutup api.
  4. Lauk ini lebih sedap jika dimakan keesokan harinya.

Lunch 20.1.2018

Sambal Tumis Udang


Bahan-bahan:

1 mangkuk udang – dibuang kulit (kecuali ekor) dan urat hitam
1 biji bawang besar – dibelah 8
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kecil gula Melaka/1 sudu kecil gula perang
1/4 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam secukup rasa
Air jika perlu
5 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong kecil, dibuang biji, direbus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis separuh bawang besar hingga layu dan perang.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar, kemudian masukkan gula Melaka. Tumis lagi hingga mendidih. Masukkan pula sos tiram. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, bawang besar, pes asam jawa dan garam. Kacau rata, tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa. Setelah mendidih, tutup api.

Lunch: 20.1.2018

Kari Ikan Gerut-gerut


Bahan-bahan:

3 ketul ikan gerut-gerut – dibersihkan
5 biji bendi – dipotong 2
1 biji terung kecil – dipotong 4
1 biji cili merah – dibelah 2
1/2 biji tomato – dibelah 2
1 peket serbuk kari ikan Baba’s – dibancuh dengan air, jadikan pes
2 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
3 sudu besar santan KARA
1 sudu teh halba campur
1 biji bawang besar – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris seperti mancis
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
3/4 senduk kecil minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur hingga harum, kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga layu dan berwarna perang.
  2. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis di atas api perlahan, kacau sentiasa hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air (lebih kurang 3/4 cawan, tambah jika perlu) dan pes asam jawa. Masukkan juga sayur-sayuran. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan kacau perlahan, masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan, garam dan MCR (jika suka). Didihkan sekali lagi dan tutup api.

Breakfast: 20.1.2018

Roti Gulung Sosej


Bahan-bahan:

5 keping roti Gardenia – dileperkan dengan penggelek
5 batang sosej ayam – direbus hingga masak, toskan
5 keping cheese
1 biji telur – dipukul dengan 1/4 sudu teh serbuk lada sulah/garam
Sedikit butter

Cara-cara:

  1. Letakkan sekeping cheese di atas sekeping roti. Kemudian, letakkan sebatang sosej. Gulung dan gamkan dengan sedikit telur. Buat sehingga habis.
  2. Panaskan butter, celupkan roti ke dalam telur dan goreng hingga keemasan.
  3. Hidangkan dengan sos kegemaran.

Monday, January 22, 2018

18.1.2018

Roti Celup Telur


Bahan-bahan:

10 keping roti Gardenia – dipotong 2 (segi tiga)
2 biji telur*
1/4 cawan susu segar*
Sedikit serbuk lada putih dan garam*
Mentega

Cara-cara:

  1. Pukul bahan bertanda * hingga sebati.
  2. Panaskan mentega (lebih kurang 1 sudu besar, boleh tambah lagi jika sudah kering) dalam non-stick pan.
  3. Celupkan roti ke dalam telur dan susun di dalam non-stick pan. Goreng hingga kekuningan dan balikkan. Angkat dan hidangkan.




Nasi Lemak



Bahan-bahan nasi:

1 cawan beras Thai
2 cawan beras biasa
1 batang serai – diketuk
6 hirisan halia
1/2 biji bawang besar – dihiris
2 helai daun pandan – disimpul
1/2 kotak santan Kara
3 cawan (cawan beras) air
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh beras hingga bersih. Toskan.
  2. Tuangkan air dan santan. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain. Kacau rata dan masak seperti biasa menggunakan rice cooker. Setelah masak, gemburkan dan tutup semula. Biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan cili kisar:

2 cawan cili kering rebus – dibuang biji
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
Air secukupnya

Bahan-bahan lain:

1 cawan ikan bilis – dibasuh bersih
1 biji bawang besar – dihiris
1 keping asam keping
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 ketul kecil gula Melaka
Garam secukup rasa
Air jika perlu
6 sudu besar minyak masak (atau lebih)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama (tambah jika perlu), tumis separuh bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar diikuti dengan gula Melaka dan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, asam keping dan garam. Kacau rata hingga mendidih dan masukkan ikan bilis dan baki bawang. Kacau sebentar dan tutup api.

Lunch #1: 14.1.2018

Asam Pedas Ikan Nyok-nyok



Bahan-bahan:

3 keping ikan nyok-nyok
6 biji bendi – dipotong sedikit hujungnya dan dipotong 2
1 biji terung kecil – dipotong 4
1/2 biji tomato – dibelah 2
1/2 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum – ambil daun sahaja
1 batang serai – diketuk
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh halba
Air secukupnya
1 – 2 sudu besar pes asam jawa (agak-agak)
5 sudu besar minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

1 inci belacan
Segenggam cili kering rebus – dibuang biji
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
i inci halia
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis serai dan halba hingga harum. Kemudian, masukkan bahan kisar dan lada hitam dan tumis hingga betul-betul pecah minyak (kacau selalu untuk elakkan hangit).
  2. Masukkan air dan pes asam jawa. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan lain dan masak hingga sayur-sayuran lembut dan ikan masak. Tutup api.


Lunch #2: 13.1.2018

Udang Goreng Kari


Bahan-bahan:

30 ekor udang sederhana – buang kepala dan kulit, tinggalkan kulit bahagian ekor sahaja, buang urat hitam
3 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu teh serbuk cili
Garam dan Maggi Cukup Rasa (agak-agak)
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang dan toskan airnya. Kemudian, gaul udang dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan serbuk cili rata-rata.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian masukkan daun kari. Tumis lagi hingga harum kemudian masukkan udang, garam dan MCR. Gaul rata hingga udang masak dan tutup api.

Lunch #1: 13.1.2018

Ikan Goreng Sambal


Bahan-bahan:

1 ekor ikan kembung besar – dikelar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan sambal:

3/4 cawan cili kisar
3 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh gula perang
1/2 biji bawang Holland – dihiris
Sedikit daun ketumbar yang diracik
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh pes asam jawa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat, toskan minyak dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi beberapa minit.
  3. Masukkan bawang Holland. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan pes asam jawa dan garam. Kacau rata. Tutup api.
  4. Tuangkan ke atas ikan goreng dan taburkan daun ketumbar.

Dinner: 13.1.2018

Kuey Teow Goreng Udang dan Kerang


Bahan-bahan:

1 peket kuey teow halus Cap Kunci (peket merah) – dibilas dengan air, ditoskan
1/2 biji tomato – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 pokok sawi bunga – dipotong 4 cm, asing batang dan daun
10 ekor udang – dibuang kulit kecuali ekor, dibuang urat hitam
1/2 cawan kerang rebus
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa (jika perlu)
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan tomato dan tumis sebentar diikuti dengan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan kerang, udang dan batang sawi. Kacau sebentar, terus masukkan kuey teow dan daun sawi. Kacau rata hingga bersalut rata. Tambah garam dan perasa jika perlu. Setelah mesra, tutup api.

Dinner: 12.1.2018

Kari Ayam


Bahan-bahan:

4 ketul paha ayam besar – dikelar sedikit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris mancis
3 tangkai daun kari – ambil daunnya sahaja*
1 peket serbuk kari ayam Baba's*
1 sudu besar kerisik*
1/2 kotak santan Kara
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi dan layu. Sementara itu, bancuh bahan * dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Masukkan pes dan tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  3. Masukkan ayam dan kacau rata, perlahankan api, tutup periuk untuk keluarkan air ayam.
  4. Setelah ayam kecut, masukkan air dan santan. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan garam dan MCR. Masak beberapa minit lagi kemudian tutup api.

Dinner: 11.1.2018

Maggi Goreng Kari



Bahan-bahan:

4 keping mi maggi tanpa perasa – direbus hingga lembut dan ditoskan
5 batang sosej ayam – dihiris tebal dan serong
1 pokok sawi bunga – dipotong 4 cm panjang, asingkan batang dan daun
3 biji tomato ceri – dibelah 2
2 biji tomato ceri – dipotong dadu
1/2 biji bawang Holland – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Kicap secukupnya
2 sudu besar minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, tomato dadu dan bawang Holland hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Tumis lagi.
  3. Masukkan sosej dan batang sawi dan masak sebentar. Masukkan mi dan daun sawi. Kacau rata dan renjiskan kicap. Goreng rata hingga cukup kering/basah.

Friday, January 19, 2018

Lunch #2: 10.1.2018

Siakap Kukus Limau Pedas


Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan siakap (bahagian ekor)
2 ulas bawang putih – dicincang kasar
3 inci halia – dihiris mancis
1 biji tomato – dipotong 4
1/2 biji bawang Holland – dihiris
3 biji limau nipis – diambil jusnya
1 sudu besar sos ikan
1/4 cawan air
1 pokok daun ketumbar – asingkan akar, basuh bersih
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan pengukus. Sementara itu, letak ikan di dalam bekas tahan panas.
  2. Taburkan bawang putih, halia, bawang Holland, akar ketumbar dan tomato.
  3. Bancuh air bersama jus limau nipis, sos ikan, lada sulah dan MCR. Tuangkan ke atas ikan.
  4. Kukus ikan hingga masak. Angkat.
  5. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar.

Lunch #1: 10.1.2018

Siakap Masam Manis


Bahan-bahan (digaul rata):

1/2 ekor (bahagian kepala) siakap
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung

Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kuah:

3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang Holland – didadu
1/2 tangkai bunga kantan – dihiris halus
2 senduk kecil cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
5 biji cili padi – dihiris kasar
1 pokok daun ketumbar – asingkan akar, basuh bersih
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning keemasan dan agak garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan, bunga kantan, cili padi dan akar daun ketumbar. Kacau rata hingga mendidih, masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga agak pekat.
  4. Masukkan garam dan MCR serta hirisan daun ketumbar (3/4 sahaja). Kacau rata dan tutup api.
  5. Sendukkan ke atas ikan rata-rata dan taburkan baki daun ketumbar.

Dinner: 9.1.2018

Ikan Merah Masak Kicap


Bahan-bahan:

3 keping ikan merah*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*

1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Kicap Tamin secukupnya
Sedikit air
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus seperti mancis
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul rata bahan bertanda *. Goreng hingga kuning dan sedikit garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga sedikit garing. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, serbuk lada hitam dan air. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan goreng, bawang Holland dan cili merah. Kacau rata, setelah bawang agak layu, tutup api.

Lunch: 8.1.2018

Kerang Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan:

1 kg kerang jenis besar – dibersihkan pasirnya
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 kotak santan
1/4 cawan air
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

10 biji cili padi hijau + merah
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 biji tomato ceri
2 inci kunyit
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam keping. Panaskan di atas api kecil hingga berwap sambil dikacau sekali sekala.
  2. Masukkan air, santan, garam, perasa dan kerang. Kacau selalu hingga masak.

*Dapat petua dari ex-colleague, tambah tomato untuk memekatkan kuah.

Lunch #3: 1.1.2018

Tau Miu Tumis Sos Tiram


Bahan-bahan:

1 kotak/peket tau miu – dibilas bersih
1 biji cili merah – dihiris serong
10 ekor udang tanpa kulit – dibuang urat hitam
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga sedikit garing dan layu.
  2. Masukkan tau miu, udang, cili merah dan sos tiram. Kacau sebentar, masukkan air. Besarkan api. Kacau cepat-cepat (stir-fry) hingga lembut dan tutup api.

Lunch #2: 1.1.2018

Bawal Emas Sambal Hijau


Bahan-bahan:

1 ekor bawal emas sederhana besar – dipotong 3
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kering/ditumbuk:

20 biji cili padi hijau + merah
2 biji bawang besar – dipotong kecil
5 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng ikan hingga sedikit garing dan keemasan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3 sudu besar sahaja. Tumis bahan kisar hingga layu dan sedikit garing. Masukkan perasa dan kacau rata. Tutup api.
  3. Sudukan ke atas ikan goreng tadi.

Lunch #1: 1.1.2018

Ketam ala Kam Heong


Bahan-bahan:

2 ekor ketam bunga sederhana besar – dipotong bahagian hujungnya dan dibelah 2
2 sudu besar tepung beras*
1 sudu besar tepung jagung*
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

*Bancuh dengan sedikit air dan salutkan pada ketam

5 tangkai daun kari – dibuang tangkai
4 tangkai cili kering – dibasuh, dipotong 3 cm panjang
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 inci halia – dihiris halus (mancis)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar cili kisar
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kering dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau rata. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam dan perasa serta ketam. Gaul rata hingga bersalut dan angkat.

Lunch #1 : 30.12.2017

Ayam Masak Kari Hijau ala Thai





Bahan-bahan:
10 ketul ayam yang dipotong kecil
1 botol kecil pes kari hijau Thai (beli di AEON)
1 tangkai daun limau purut – dibuang ranting
1 pokok daun ketumbar – asingkan akarnya, dibasuh bersih, bahagian daun dan tangkai dihiris
2 biji terung panjang (kecil) – dipotong ikut suka
5 biji tomato ceri
5 tangkai cili padi merah – dibelah sedikit
1 keping asam keping
3/4 kotak santan
1/4 cawan air
1/2 sudu besar gula nisan Thai
1 sudu besar sos ikan Thai
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa (agak-agak sahaja sebab dah ada pes dan sos ikan)

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan santan dan akar ketumbar. Panaskan di atas api kecil sehingga berwap sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan pes kari hijau dan kacau rata. Masukkan ayam, daun limau purut, asam keping, air, gula nisan dan sos ikan. Kacau rata dan kacau sekali sekala hingga ayam 3/4 masak.
  3. Masukkan terung dan masak lagi hingga empuk.
  4. Masukkan tomato, cili padi, garam, MCR dan 3/4 hirisan daun ketumbar. Kacau rata beberapa minit sebelum tutup api.
  5. Semasa menghidang, taburkan baki daun ketumbar.



Lunch #2: 30.12.2017

Udang Galah Masak Tomato


Bahan-bahan:

15 ekor udang galah sederhana – dipotong sepit separuh dan muncungnya
1 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 pokok daun bawang – dihiris 4 cm panjang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 senduk minyak masak
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

10 tangkai cili kering – dipotong kecil, direbus, ditoskan
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci halia – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kesemua sos dan tumis hingga pekat dan pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan bawang hiris. Kacau rata, masak hingga udang bertukar warna sepenuhnya. Masukkan air, garam dan MCR dan kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan 3/4 daun bawang. Kacau rata.
  5. Semasa menghidang, taburkan baki daun bawang.