Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Friday, August 18, 2017

Breakfast 11.8.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi!



Nasi Goreng Belacan Cili Padi

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan nasi sejuk – digemburkan
5 batang kacang buncis – dihiris serong nipis
2 biji telur
Garam dan MCR secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar kasar:

10 biji cili padi merah + hijau – dipotong
3 biji bawang merah – dipotong
1 inci belacan bakar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga sedikit garing.
  2. Masukkan kacang buncis dan goreng sebentar. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika sebelum dikacau bersama bahan kisar tadi, kecai-kecaikan sedikit.
  3. Masukkan garam dan MCR diikuti dengan nasi.
  4. Gaul rata dan goreng beberapa minit.

Breakfast 3.8.2017

Assalammualaikum,

Time ni terlebih rajin. Pagi-pagi subuh tu dok blend daun pandan nak ambil jusnya untuk buat nasi lemak colour hijau. Oh ya logo tu tak dan lagi nak tukar ke 2017 huhu....

Jom tengok resipi!



Nasi Lemak Pandan dan Sambal Tumis Udang



Bahan-bahan:

7 helai daun pandan – dikisar dengan sedikit air, tapis
1 titik pes pandan
5 cawan beras basmathi – direndam semalaman, ditoskan
1/2 kotak santan KARA
3 biji bawang merah – dihiris
2 inci halia – diketuk
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan jus pandan dan air hingga menjadi 6 cawan. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan bahan-bahan lain dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan lain:

Telur goreng mata
Ikan bilis goreng
Hirisan timun (jika ada)


Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan:

2 cawan udang – dibuang kulit, tinggalkan bahagian ekor
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1/2 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos tiram
1 inci gula Melaka
1 1/2 senduk kecil minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

1 genggam cili kering – dipotong dan direbus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar di atas api perlahan hingga mendidih.
  2. Masukkan gula Melaka dan sos tiram dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan bawang besar. Kacau rata, tambah air jika perlu.
  4. Masukkan pes asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau rata dan setelah mendidih, tutup api.

Wednesday, May 17, 2017

Tak ingat bila

Assalammualaikum,

Boleh tajuk macam tu? Ni semua sebenarnya sebab dah lama terperap dalam draft, then gambar ori dalam phone dah lama removed so I can't remember when did I cook all these.

Anyway, straight to the recipes.

Sandwic Telur

Bahan-bahan:

Kepingan roti putih/wholemeal
Butter
Daun salad – dicuci dan dilap kering dengan kitchen towel
Cheese slices
4 biji telur rebus – dihancurkan/dilecek
Mayonis
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Sapu butter pada roti. Ketepikan.
  2. Masukkan mayonis, garam dan lada hitam pada telur dan gaul rata.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan cheese dan salad. Letakkan 1 sudu besar campuran telur dan ratakan. Tutup dengan sekeping roti lagi.
  4. Dengan menggunakan pisau roti, potong kesemua bahagian tepi roti kemudian potong segi tiga 2 kali. Ulang sehingga habis.




Ayam Goreng ala Pakapau

Bahan-bahan:

1 mangkuk ketulan ayam
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
3 pokok daun selasih – dilurut
2 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
5 biji cili padi – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak hingga tinggal 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga harum dan masukkan sos tiram.
  3. Setelah sedikit garing, masukkan ayam, perasa dan daun selasih. Gaul rata dan tutup api.




Gulai Lemak Pucuk Paku dan Ikan Masin

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk paku – disiang daun dan bahagian lembut sahaja
3 keping potongan ikan kurau masin – dibasuh bersih
2 biji terung – dipotong ikut suka
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 air
1 batang serai – diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

3 biji bawang kecil – dipotong kecil
5 biji cili padi
1 inci kunyit

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk. Didihkan di atas api perlahan sehingga berwap. Kacau selalu untuk elakkan santan pecah.
  2. Setelah mendidih, masukkan garam (rasa dahulu). Setelah ok dan mendidih, tutup api.




Salad dan kubis ungu


Sambal Tumis Ayam

Bahan-bahan:

7 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
Sedikit air
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3/4 senduk sahaja. Tumis serai dan cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Gaul rata hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.



Masalodeh

Bahan-bahan:

2 cawan kacang parpu – direndam at least 4 jam (saya rendam dari pagi dan buat petang)
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 biji cili merah – dicincang
4 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
1 biji telur (optional)
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kacang parpu yang telah direndam dicuci bersih dan dikisar 3/4 halus bersama daun kari.
  2. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan campurkan dengan bahan-bahan lain. Rasa garamnya.
  3. Panaskan minyak. Sementara itu, ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan kemudian tekan sedikit. Goreng hingga coklat keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.






Wednesday, June 10, 2015

Sandwich Sardin

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1 peket (besar) roti putih (Gardenia)
Butter (SCS)
Daun salad - diracik kasar

Bahan-bahan inti:
1 tin (medium) sardin Ayam Brand - dihancurkan/dilenyek halus
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar Thai Chilli Paste (dalam jar)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Untuk inti: Satukan kesemua bahan di dalam saucepan dan panaskan di atas api kecil selama 5 minit dan tutup api. Sejukkan seketika.
  2. Sapu butter pada kedua-dua belah roti. Ambil sekeping roti dan sapukan 1 sudu besar inti dan ratakan.
  3. Kemudian, aturkan salad dan tutup dengan sekeping roti. Tekan sedikit kemudian potong kesemua bahagian tepi. Potong segitiga dan potong lagi menjadi segitiga kecil.
  4. Buat sehingga habis. Sedia dihidangkan.

Friday, March 7, 2014

Breakfast 7.3.14 (Friday)

Sandwich Telur Mayonis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 keping roti putih
Marjerin
3 biji telur – direbus dan dikupas
3 sudu besar mayonis
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Sapukan roti dengan marjerin (sebelah bahagian sahaja).
  2. Masukkan telur, mayonis dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  3. Sapukan pada roti dan lapikkan dengan sekeping roti lagi. Jika suka, boleh potong bahagian tepi roti dan belah 2 lagi.
  4. Sedia dihidangkan.

Thursday, December 20, 2012

BURGER SANDWICHES

Seperti biasa, musim cuti sekolah ni, mak pun ada kat rumah dengan Haqimie dan Qayyum yang tak nak pergi nursery, dah jadi macam rutin untuk bangun awal, sediakan breakfast dan lauk tengah hari sekali gus. Kalau sempat, aku akan masak nasi sekali, kalau tak sempat, mak akan tolong masakkan. Just buat satu jenis lauk pun dah ok, untuk Mak, Haqimie dan Qayyum. Untuk dinner, aku akan masak lauk lain pulak, ikut selera En K pulak.

So, pagi ni, untuk breakfast, aku buat Burger Sandwiches, kebetulan je ngam-ngam ada 6 keping roti putih dan 3 keping burger, 1 daging, 2 ayam. Jadi la. Untuk lunch diorang pulak, aku masak Ayam Masak Merah, favourite Haqimie.

SANDWICH BURGER

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 keping roti putih
3 keping daging burger
3 helai daun salad - diracik-racik
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
3 keping cheddar cheese
Mayonnaise
Sos cili
Sedikit rosemary kering + lada hitam - ditumbuk halus
Olive oil
Marjerin




Cara-cara:
Panaskan grill pan. Sapukan marjerin pada roti dan grill untuk browning. Angkat dan ketepikan.



Tuangkan sedikit olive oil dan grill daging burger. Taburkan serbuk rosemary dan lada hitam. Balik-balikkan hingga masak dan ketepikan.



Susun 3 keping roti bakar atas pinggan dan letakkan daun salad. Tabur bawang kuning dan letak sos cili. Kemudian letakkan sedikit mayonnaise barulah letakkan daging burger.
Letakkan pula cheese, sos cili dan mayonnaise lagi. Lapikkan dengan balance roti bakar.












Wednesday, December 19, 2012

KUEYTIOW GORENG DENGAN SOSEJ

Bahan-bahan:
1 paket kueytiow - dibilas dengan air dan ditoskan
2 pokok daun kucai - dipotong sepanjang 3 cm
1 pokok sawi - dipotong sepanjang 3 cm, asing batang dan daun
1 genggam tauge
1 keping tauhu - dihiris nipis dan digoreng, ketepikan
1 batang sosej - dihiris nipis
1 batang crabstick - dihiris nipis
1 senduk cili kisar (cili kering + bwg besar + bwg putih + belacan)
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili dan sos tiram dan tumis lagi.

Masukkan sosej dan batang sawi, tumis lagi dan masukkan sedikit air.

Setelah mendidih, masukkan kueytiow, sawi, kucai, tauge, tauhu dan crabstick. Gaul rata dan tuangkan kicap manis secukupnya.

Gaul rata dan angkat. Hiaskan dengan bawang goreng.


Tuesday, December 18, 2012

TUNA GARLIC ROLLS

Kalau nak resepi original, boleh la ke blog Puan Azlita. Thanx for sharing.

TUNA GARLIC ROLLS

Sumber: Puan Azlita
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan doh:
3 cawan tepung superfine
2 sudu besar susu tepung (aku tambah)
1 sudu besar yis segera
2 sudu besar gula
1/4 sudu teh emplex (pelembut roti) (aku tambah)
1/4 sudu teh bread improver (aku tambah)
1 cawan air suam
1 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil

Inti:
1 tin tuna (apa-apa perisa) - crumbled
Garlic butter

Hiasan:
1 biji kuning telur - dipukul sedikit
Cincangan sliced cheese


Cara-cara:
Satukan kesemua bahan kecuali olive oil dan uli hingga lembut.

Tuangkan olive oil dan uli lagi hingga elastik. Sekiranya masih melekat, taburkan sedikit tepung.

Kepalkan doh dan sapukan sedikit olive oil pada permukaannya. Tutup dengan kain tuala lembap yang bersih dan biarkan doh rehat selama 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.

Untuk garlic butter, boleh refer kat sini. Aku just guna leftover from the other day.

Selepas 45 minit, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.

Sediakan tempat untuk menebar doh dan tabur sedikit tepung.

Bahagikan doh kepada dua (seelok-eloknya timbang supaya sama berat).

Ambil 1 bahagian doh dan gunakan rolling pin (sapu sedikit tepung untuk elakkan melekat) untuk menebar doh menjadi bentuk lebih kurang segi empat tepat.

Sapukan permukaan doh dengan garlic butter rata-rata dan taburkan tuna flakes. Kemudian, gulung doh (macam nak buat swiss roll) dan kemaskan gulungan. Potong sama besar, terpulang la nak besar mana.

Lengserkan loyang dan atur hirisan rolls rapat-rapat. Ulang lagi sehingga habis doh kedua.

Tutup dengan tuala lembap sekali lagi dan rehatkan doh selama 30 minit. Doh akan naik sekali ganda lagi.


Selepas 30 minit, sapukan permukaan roti dengan lebihan garlic butter diikuti dengan kuning telur. Kemudian, taburkan dengan cheese.

Bakar pada suhu 170 darjah C selama 25-30 minit atau sehingga masak.

Kali ni, aku lawankan roti ni dengan kari telur rebus.


Friday, December 14, 2012

MEE SANGGUL GORENG

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 paket mee sanggul - direndam hingga separuh kembang, ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1 keping daging ayam cincang - thawed/dinyahbeku
2 batang (panjang) crabstick - dihiris kasar
3 tangkai sawi - asingkan batang dan daun
4 biji shiitake mushroom - dihiris
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh gula perang
2 biji telur
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur hancur. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak jika perlu, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan gula perang, sos tiram dan sos cili. Tumis lagi.
Masukkan ayam, cendawan dan batang daun sawi. Tumis rata, masukkan kicap manis dan sedikit air.
Masukkan mee sanggul dan gaul rata. Kemudian, masukkan daun sawi, crabstick dan telur. Gaul rata dan angkat.

Thursday, December 13, 2012

CEKODOK PISANG

Pisang berangan yang kononnya nak buat kek pisang ada je lagi atas meja. Qayyum ada la makan sebiji dua kot. So pagi tadi, sambil sediakan bahan nak buat nasi goreng, aku ambil 6 biji. 4 biji dah selamat dilenyek, lagi 2 biji potong kiub kecil. Simpan dalam fridge, tengok la malam ni kalau rajin, jadi jugak kot nak buat kek pisang tu. Ada balance lagi 4 biji, aku lenyek buat cekodok pisang kurang manis pagi tadi.

CEKODOK PISANG

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 biji pisang berangan - dilecek
2 senduk tepung superfine
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula putih
1 sudu teh esen pisang
Air secukupnya

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dan rehatkan dalam 1/2 jam.
Panaskan minyak dan jemput-jemputkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga coklat keperangan.

NASI GORENG STYLE MAK

Nasi goreng ni favourite En K.

NASI GORENG STYLE MAK

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan nasi sejuk
Minyak untuk menumis
2 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk kasar:
2 biji cili merah
1 genggam ikan bilis - dibasuh dan ditoskan
1 inci halia
3 biji bawang merah

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga layu.
Masukkan garam dan telur. Hancur-hancurkan dan masukkan nasi. Gaul rata hingga masak.

Wednesday, December 12, 2012

NASI LEMAK DAN SAMBAL SOTONG

Olahan: mrskojiwami




NASI LEMAK
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - dibasuh bersih dan ditoskan
4 biji bawang kecil - dihiris
5 hirisan halia
1 batang serai - dititik
1 batang kulit kayu manis
2 sudu kecil garam
1 kotak santan
Air secukupnya
3 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dan tanak sehingga masak. Selepas masak, gembur-gemburkan nasi dan biarkan dalam 5 minit barulah dihidangkan.

SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana - dibuang kulit dan dipotong bulat
1 biji bawang besar - dihiris kasar
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
1 genggam cili kering - direbus dan ditoskan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan gula perang dan sos tiram dan tumis lagi.
Masukkan sotong dan sedikit air asam jawa.
Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa dan kacau sebentar. Tutup api.

BAHAN SAMPINGAN:
Telur rebus/mata kerbau
Hirisan timun
Bawang goreng (my fave)

Tuesday, December 11, 2012

Hari ni cuti

Cuti sempena ulangtahun Sultan Selangor. Tapi En K kena keje since dia area KL. Pagi ni just buat maggi goreng as breakfast.

MAGGI GORENG

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan (untuk 5 orang):
4 paket maggi - direbus separuh masak dan ditoskan airnya
3 paket perencah Mi Goreng Sedap (kecuali bawang goreng)
1 senduk cili kisar (cili kering + bwg besar + bwg putih)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 biji telur - digoreng hancur dan diketepikan
3 batang sawi besar - dihiris, asing batang dan daun
2 ketul isi ayam - dipotong dadu
Garam jika perlu
Bawang goreng utk hiasan

Cara-cara:
Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng telur tadi. Panaskan dan tumis cili kisar hingga garing.
Masukkan perencah, sos cili dan sos tomato. Tumis lagi hingga garing.
Masukkan ayam dan batang sawi. Tambah sedikit air.
Setelah mendidih, masukkan maggi dan daun sawi. Kacau rata dan masukkan telur.
Perasakan jika perlu.
Angkat dan taburkan bawang goreng.

Monday, December 10, 2012

CUCUR BAWANG DAN UDANG

Breakfast untuk pagi ni.

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum superfine
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
4 pokok daun kucai - dipotong 4 cm panjang
10 ekor udang tanpa kulit - dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan kecuali minyak dan rehatkan 1/2 jam.
Panaskan minyak dan sudukan beberapa ketul adunan. Goreng hingga kekuning-kuningan.
Angkat dan toskan minyaknya. Ulang sehingga habis.
Sedap dicicah dengan sos cili.

Thursday, December 6, 2012

KUEYTIOW GORENG SEAFOOD

Untuk breakfast pagi ni. Bawa sikit ke ofis, kongsi-kongsi, sbb tengah hari nanti kitorang plan ke Giza nak lunch kat Madam Lim's.

KUEYTIOW GORENG SEAFOOD

Olahan: mrskojiwami




Bahan-bahan:

1 paket kueytiow - dibilas dengan air dan ditoskan
1 pokok sawi - dipotong, asingkan bhgn btg dan daun
4 helai daun kubis cina - dihiris kasar
5 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar - dihiris
7 ekor udang tanpa kulit
2 ekor sotong - dipotong bulat
1 biji telur
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + belacan)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
Minyak

Sampingan:
10 biji cili padi - dihiris
Kicap cair secukupnya

Cara-cara:

Panaskan minyak dan goreng telur hancur. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
Menggunakan minyak yg sama, tambah sedikit jika perlu, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan udang, sotong dan batang sawi. Tumis lagi.
Masukkan kicap pekat dan kueytiow. Gaul rata.
Masukkan sayur dan kubis cina dan gaul rata lagi.
Akhir sekali, masukkan telur hancur dan ratakan.
Sedap dimakan dengan cili padi yang dicampur dengan kicap cair.

Nota:
Aku tak masukkan garam dah sebab dah pakai macam-macam sos dan kicap pekat.

Thursday, November 29, 2012

Membaking malam-malam

Harumnya bau butter cake yg sedang dibakar sekarang ni....hopefully sedap la, first time try buat. Hajat asal nak try baking Japanese Soft Cotton Cheesecake tapi disebabkan En K malas nak singgah Bagus, tak jadi la. Nasib baik butter ada, so 2nd choice buat Butter Cake.

VANILLA BUTTER CAKE

Sumber asal: Aziejaya
Olahan: mrskojiwami



2 cawan tepung superfine
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
4 biji telur gred C - suhu bilik
250 gm mentega SCS - suhu bilik, dipotong kecil
1 3/4 cawan gula castor
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar full cream

Cara-cara:

Panaskan oven selama 20-30 minit.
Satukan tepung dengan baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan.
Dalam mixer, satukan gula dan butter. Pukul pada kelajuan perlahan beberapa minit dan seterusnya hingga ke high sampai putih.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung hingga habis.
Akhir sekali, tuangkan susu segar dan putar sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 40 minit.
Bila permukaan agak perang, boleh kurangkan suhu.
Sejukkan di atas redai sebelum dipotong.

Nota: Next time kurangkan gula, tadi macam agak manis.

Monday, November 19, 2012

Instant Pancakes

Yesterday's breakfast I made instant pre-mixed pancakes. Qayyum la nak sangat, so masa pegi beli groceries hari tu, ternampak la pancake brand Nona. So ambil sekotak.

Senang je nak buat, just add an egg and some water and vege oil (I used corn oil) and stir till smooth.



Heat the non-stick pan, then pour a ladle of mixture and let it bubbles and turn to the other side. Let it brown and it's ready.




Since I ran out of honey, I drizzled some chocolate ganache (left over from moist chocolate cake) onto my kids’ pancakes. While for me and En Koji, I made some sambal ikan bilis to go with the pancakes.

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis - dibasuh dan ditoskan airnya
2 senduk cili kisar + bawang besar + bawang putih + sedikit belacan
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
1 biji bawang besar - dihiris kasar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula perang secukup rasa

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar hingga garing dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga berkilat.
Masukkan sos tiram dan sedikit air bersama dengan asam keping (boleh juga gunakan bancuhan air asam jawa).
Akhir sekali, masukkan ikan bilis, bawang dan garam. Sesuaikan rasa.

Wednesday, February 25, 2009

Resepi Mee Sanggul Goreng

Mya asked for the recipe. So here it goes:

Mya, ni based pada hari yang saya masak tu tau, kira ni modified version la.

1 bungkus mee sanggul - rendam dalam air panas hingga kembang (jangan kembang sangat nanti benyek pulak)
1 biji cili merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang halus
1/2 biji tomato - hiris
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada putih (sebab nak bagi pedas sikit)
1 sudu besar kicap pekat/kicap mee
3 tangkai daun kucai - potong 3 cm panjang
3 ketul leftover ayamas - potong kiub
10 ekor udang - buang kulit

Panaskan sedikit minyak. Toskan mee sanggul.
Tumis cili merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato, tomato, lada putih, sos tiram hingga naik minyak.
Masukkan udang dan ayam. Tumis sekejap, masukkan kicap mee, mee sanggul dan kucai. Kacau rata.

p/s: Saya tak guna garam sebab dah ada kicap dan sos tiram. Kalau kering sangat, boleh masukkan sikit air.

Anyway, kalau nak recipe original, gantikan cili merah tumbuk dengan cili kisar (prepared), omit serbuk lada putih, kucai boleh gantikan dengan sayur sawi.

Sekian.

Monday, February 9, 2009

Today's breakfast


Since still got left-over rice from the other day (I put them in the fridge otherwise dah lama basi), I made fried rice this morning. Since also I got broccoli that I bought days ago, dah lama tak masak kan, asyik tersimpan dalam fridge aje, so leburkan sekali dalam nasi goreng. Sayang la nak buang... lagipon still elok lagi kan.

Oh ya, anyway, am working today, this co didn't list Thaipusam in the annual holidays. Papa is on leave until next Monday - bestnya... Since the nursery is also closed for today, so Papa have to take care of our precious boys.

Nasi lemak (buah bidara)…

Hmm, Sunday morning, at first Papa nak ajak pergi breakfast kat Subang Nasi Lemak tu... tapi me kan dah sick of makan luar (kononnya la), so cakap la, nak buat nasi lemak. So Papa pon okey aje la.

Tapi tu la kan, dah lama tak memasak, sambal pon jadi tak berapa nak kick. Anyway lupa nak amik gambar full portion, sebab dah lapar la gitu kan...