Sunday, December 23, 2012

CAKOI

Sumber: Lily Haffizah
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh bread softener (emplex)
1 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dan uli sehingga licin dan elastik serta tidak melekat.

Rehatkan doh (cover dengan plastik bersih) selama 1 jam.

Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk untuk buang angin. Canai bentuk empat segi tepat setebal 1/2 cm.

Potong kepada beberapa bahagian kecil.


Panaskan minyak (agak banyak). Kelarkan doh dan tarik sedikit supaya panjang sebelum dimasukkan ke dalam minyak.

Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.

Sedap dicicah kuah kari atau sambal tumis.

No comments: