Thursday, December 27, 2012

BUN MANIS

Sumber: CMG, LG, DayangJack
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 cawan tepung roti
1 cawan tepung superfine
1 sudu besar baking powder
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener (emplex)
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu tepung
3/4 cawan air suam
1 sudu teh gula halus
2 sudu teh yis kering
1 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu besar butter - dicairkan

Hiasan:
Gula perang
Butter cair

Cara-cara:
Larutkan gula dalam air suam dan tambahkan yis kering. Larutkan sedikit dan biarkan sehingga berbuih (lebih kurang 10 minit).

Satukan tepung roti, tepung superfine, baking powder, bread improver, bread softener, susu tepung, susu pekat manis dan susu segar. Gaul dengan senduk kayu dan masukkan campuran yis dan telur (tinggalkan sedikit untuk disapu atas roti) dan gaul hingga sebati.

Kemudian, gunakan tangan untuk menguli. Uli doh sehingga lembut dan elastik dan tidak melekat.

Kemudian, rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga naik 2 kali ganda. Tutup dengan kain lembap.

Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli lagi sehingga lembut.

Bahagikan adunan kepada beberapa bebola (ikut suka nak besar mana). Lengser loyang dengan butter dan susun bebola rapat-rapat.

Sapukan permukaan doh dengan lebihan telur dan taburkan gula perang. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah C selama 30 minit.

No comments: