Friday, December 28, 2012

PUMPKIN BUN

Resepi ni aku ubah dari potato bun. Sesetengah bahan pulak memang aku tambah mengikut kesesuaian.

Sumber: CMG, Jintan Manis

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung roti hi-protein
1 1/2 cawan tepung superfine
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener (emplex)
1 biji telur
2 sudu besar susu tepung
1/4 cawan air suam
3/4 cawan susu segar sejuk
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
1 sudu besar butter cair
1/2 cawan labu (dikukus dan dilecek hingga halus)

Bahan-bahan sos kastad:
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu teh butter
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan UHT Whipping Cream
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar gula halus


Tambahan:
Butter - softened

Cara-cara:
Doh: Satukan kesemua bahan kecuali susu segar dan air suam. Uli dan tuangkan susu dan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang licin dan elastik. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda (lebih kurang 1 1/2 jam). Cover dengan kain lembap untuk elakkan doh kering.


Sos kastad: Satukan susu segar, esen vanilla, gula dan whipping cream dalam periuk kecil. Kacau dengan whisk hingga gula agak hancur. Kemudian letakkan di atas api kecil dan kacau hingga gula betul-betul larut barulahh ditambah dengan tepung kastad. Kacau hingga agak likat dan tutup api.

Untuk membuat pumpkin bun, lengser loyang dengan sedikit butter. Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk membuang angin dan uli lagi hingga kenyal. Ambil doh (ikut suka nak besar mana), bulat-bulatkan dan susun dalam loyang sehingga habis. Rehatkan lagi lebih kurang 15-30 minit.



Masukkan sos kastad ke dalam plastik yang bersih dan potong sedikit hujungnya. Paipkan ke atas roti ikut kreativiti masing-masing.


Bakar di dalam oven pada suhu 170-190 darjah C selama 25-30 minit atau sehingga masak.

No comments: