Friday, March 23, 2018

Menu 20.3.2018


Roti Jala

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum - diayak
3 sudu besar santan KARA + air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit dan garam
1 biji telur

Sedikit minyak untuk melengser non-stick pan + 1 simpulan daun pandan
Acuan roti jala

Cara-cara:

  1. Bancuh tepung gandum, santan, serbuk kunyit, garam dan telur hingga rata. Kemudian, tuangkan ke dalam blender dan kisar hingga halus. Adunan sepatutnya tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  2. Panaskan non-stick pan di atas api kecil, lengserkan minyak dengan menggunakan simpulan daun pandan. Celup acuan ke dalam bancuhan dan kiraikan di dalam pan dengan cara membuat bulatan di sekeliling pan, tidak perlu tebal.
  3. Setelah tepung berubah warna, terus angkat dan gulung seperti membuat popia. Susun di dalam pinggan.

Kari Ayam dan Kentang

Bahan-bahan:

300 gm ayam - dipotong kecil
1 biji kentang - dipotong dadu kecil
2 tangkai daun kari - dilurutkan daunnya
1 peket serbuk kari daging Baba's
2 sudu besar rempah kari giling (beli di pasar dengan orang India)
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar halia kisar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/4 kotak santan KARA
1 sudu besar kerisik
Air, garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit air asam jawa
5 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis hingga layu dan sedikit garing.
  3. Masukkan bawang besar kisar dan halia kisar, kacau rata dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun kari, kerisik, rempah kari serbuk dan giling. Kacau rata dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan kentang, kacau rata hingga bersalut kesemuanya. Perlahankan api dan tutup periuk supaya ayam kecut sedikit. Kacau sekali sekala. Masukkan air dan tutup periuk supaya kentang empuk. Kacau sekali sekala.
  6. Masukkan santan, garam dan MCR secukup rasa. Kacau rata, setelah mendidih, masukkan air asam jawa. Kacau rata hingga mendidih lagi dan tutup api.



Pan Mee Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan:
3 keping pan mee kering - direbus hingga masak dan ditoskan
1/2 ikat daun kucai - dipotong 4 cm panjang
1 cawan tauge
1/2 keping daging kisar Ramly - dilembutkan
2 sudu besar sos lada hitam
1 peket perencah tomyam (Maggi Tomyam)
Garam dan MCR secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Bahan-bahan ditumbuk:
3 ulas bawang putih - dipotong
3 biji cili padi - dipotong

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum dan sedikit garing.
  2. Masukkan daging kisar dan tumis lagi hingga berubah warna.
  3. Masukkan sos lada hitam dan perencah tomyam. Kacau rata, masukkan air. Kacau lagi.
  4. Masukkan pan mee yang direbus, kucai, tauge, garam dan MCR. Besarkan sedikit api dan goreng hingga rata beberapa minit. Tutup api.

Menu 22.3.2018


Sambal Tumis Telur Rebus

Bahan-bahan:

5 biji telur - direbus 5-7 minit (supaya kuningnya cair)
1/2 biji bawang Holland - dihiris bulat
3 senduk kecil cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
1 keping asam gelugur - dibasuh
6 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Telur yang direbus kemudian rendam seketika di dalam air biasa kemudian kupas dengan berhati-hati. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan pula sos tiram dan asam gelugur. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan garam, telur rebus dan bawang Holland. Kacau perlahan dengan rata dan sesuaikan rasa. Tutup api.



Sayur Goreng

Bahan-bahan:

1/2 pokok brokoli - dipotong kecil
1/2 biji lobak merah - dipotong jejari
2 ketul dada ayam - dipotong jejari
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang kasar
1/2 biji bawang Holland - dihiris kasar
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga berubah warna.
  3. Masukkan lobak merah dan sedikit air. Masak hingga separuh empuk.
  4. Masukkan brokoli, minyak bijan, sos tiram dan MCR. Masukkan juga sedikit air, besarkan api dan kacau rata hingga brokoli 3/4 masak. Tutup api.



Pulut Kuning

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut - dibasuh bersih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Air untuk merendam

1/2 kotak santan KARA + 1 cawan air
1 1/4 sudu besar garam (atau secukup rasa)
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:

  1. Persediaan awal: Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan asam gelugur lebih kurang 4 jam.
  2. Toskan airnya dan bilas sedikit.
  3. Panaskan periuk pengukus. Letakkan pulut di dalam loyang bersama daun pandan. Kukus separuh masak, lebih kurang 10 minit.
  4. Sementara itu, bancuh campuran santan dan garam di dalam bekas yang sesuai. Keluarkan pulut dan gaul rata dengan bancuhan santan.
  5. Masukkan semula pulut ke dalam loyang dan kukus lagi hingga betul-betul masak, lebih kurang 15 - 20 minit.

Rendang Pedas Ayam Stail Mak dan Yong

Bahan-bahan:

600 gm potongan ayam - dibersihkan dan ditoskan
1 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur - dibasuh
3/4 kotak santan KARA + 3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Maggi Cukup Rasa
1 senduk kecil minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:

1 cawan cili kering yang sudah dipotong dan direbus - ditoskan
2 biji bawang besar - dipotong
4 ulas bawang putih - dipotong
3 inci halia - dipotong
1 inci lengkuas - dipotong
3 batang serai (bahagian putih) - dipotong
2 inci kunyit - dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata hingga bersalut. Perlahankan api dan tutup kuali supaya ayam mengecut. Kacau sekali sekala.
  3. Selepas lebih kurang 10 minit, kacau rata. Masukkan campuran santan, asam gelugur, daun limau purut, garam dan MCR. Renihkan di atas api sederhana hingga ayam betul-betul empuk dan kuah rendang sedikit pekat. Jika suka kuah yang kering, masak lagi hingga sedikit kering. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.

Menu 21.3.2018


Ikan Gerut-gerut Masak Masam Manis

Bahan-bahan:

1 bahagian ekor ikan gerut-gerut - dibuang sisik dan dibersihkan
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

1 1/2 senduk kecil cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula perang
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Hirisan daun ketumbar + akar - dibersihkan
1/2 biji bawang Holland - dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang kasar
1 sudu besar halia kisar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1 senduk kecil minyak gorengan dan tumis bawang Holland dan bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan halia kisar dan tumis sebentar hingga harum.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  5. Masukkan akar ketumbar, sos cili, sos tiram dan sos ikan. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan air secukupnya.
  6. Setelah kuah hampir pekat, masukkan garam dan MCR secukup rasa (jika kurang masin). Kacau rata dan tutup api.
  7. Tuangkan sos ke atas ikan goreng dan taburkan dengan daun ketumbar.





Sotong Masak ala Pakapau

Bahan-bahan:

300 gm sotong katak - disiang dan dipotong ikut suka
1/2 biji bawang Holland - dihiris bulat
3 biji cili padi merah - dipotong kasar
Segenggam daun selasih - dibasuh
1 pokok daun ketumbar + akar - dipotong kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak masak
Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

3 biji cili padi merah - dipotong
3 ulas bawang putih - dipotong

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan masukkan sotong. Kacau rata supaya air sotong keluar. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan. Bersihkan kuali dan panaskan semula.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga harum dan layu.
  3. Masukkan akar ketumbar, sos tiram, sos ikan, minyak bijan, cili padi merah dan bawang Holland. Tumis hingga naik baunya.
  4. Masukkan sotong dan sedikit air. Besarkan api dan kacau rata hingga betul-betul masak. Akhir sekali, masukkan daun selasih dan daun ketumbar, kacau rata dan tutup api.

Monday, March 19, 2018

Teatime 14.3.2018



Kuih Ketayap

Bahan-bahan inti:

1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
1/2 ketul gula melaka - dipecah-pecahkan
1 sudu besar gula perang
Secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul
1/4 cawan air
2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Masukkan air, daun pandan, garam, gula melaka dan gula perang ke dalam periuk kecil dan panaskan di atas api kecil hingga betul-betul larut.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau sekali-sekala hingga pekat dan sedikit kering.
  3. Setelah agak kering (tetapi masih sedikit lembap), masukkan tepung gandum dan kacau rata. Fungsi tepung gandum adalah untuk hold inti, supaya tidak berderai. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Bahan-bahan kulit:

1 cawan (atau lebih) tepung gandum - diayak
1/2 kotak santan + 1 cawan air - dikacau rata
Secubit garam
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2 sudu besar pandan emulco*
Sedikit minyak + simpulan daun pandan

*Kalau tidak menggunakan emulco, boleh kisar 4 helai daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian tambah 1 - 2 titik pewarna hijau jika suka.

Cara-cara:
  1. Satukan tepung dan garam dan kacau rata.
  2. Buatkan lubang di bahagian tengah. Tuangkan campuran santan dan telur. Kacau menggunakan whisk hingga rata dan tidak berketul. Kemudian, tuangkan emulco dan kacau rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Dengan cara ini, adunan tidak perlu ditapis lagi. Jika tidak menggunakan cara ini, pastikan adunan dipukul rata dan tapis sebelum digunakan.
  4. Panaskan non-stick pan, sapukan sedikit minyak rata-rata menggunakan simpulan daun pandan yang dicelup ke dalam minyak.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan dan lenggangkan supaya nipis. Biarkan adunan berubah warna dan lekang sedikit di bahagian tepinya. Kuiskan dengan sudip dan angkat. Ketepikan. Buat hingga habis.
  6. Sementara membuat baki kulit, ambil sekeping kulit yang sudah masak tadi. Letakkan 1 sudu besar inti dan gulung seperti membuat popiah. Buat sehingga habis.

Lunch 14.3.2018


Ikan Kerisi Goreng Berlada

Bahan-bahan:

4 ekor ikan kerisi
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kering:

20 biji cili padi hijau - dipotong
5 biji cili padi merah - dipotong
5 ulas bawang putih - dipotong
2 biji bawang besar - dipotong

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing dan angkat. Toskan minyaknya dan susun di dalam pinggan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama (lebih kurang 3 sudu besar), tumis bahan kisar di atas api sederhana hingga sedikit garing. Masukkan MCR dan tumis sebentar kemudian tutup api. Sudukan ke atas ikan goreng tadi.


Pucuk Manis Tumis Belacan Bersantan

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk manis - dilurutkan daunnya
1/2 biji cili merah - dihiris serong
3 sudu besar santan KARA
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan ditumbuk:

1 biji cili merah - dipotong
1/2 inci belacan bakar
2 biji bawang merah - dipotong
1 ulas bawang putih - dipotong
Sejemput ikan bilis - dibasuh

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga harum dan sedikit garing.
  2. Masukkan air dan santan. Kacau hingga mendidih, masukkan pucuk manis dan cili merah. Kacau dan masukkan garam. Kacau lagi hingga daun sedikit layu dan rata. Tutup api.


Teatime 13.3.2018

 Donat

Burger Malaysia


Donat/Burger Malaysia

Bahan-bahan doh:

500 gm tepung gandum Cap Bunga Ros - diayak
1 peket (11 gm) yis kering
3 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil gula
Secubit garam
265 ml air suam
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu besar vegetable shortening
2 sudu besar mentega yang dicairkan

Bahan-bahan sambal tumis ikan bilis:

1/2 cawan ikan bilis yang disiang - dibasuh dan ditoskan
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 1 /2 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 keping kecil asam gelugur/1/4 sudu teh pes asam jawa
3 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering - digunting, buang biji dan direbus hingga lembut, ditoskan
1 biji bawang besar - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - dipotong kecil
Air secukupnya

Bahan-bahan hiasan:
3/4 cawan gula halus/aising
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Hirisan timun Jepun
Hirisan telur rebus

Cara-cara membuat donat/burger Malaysia:
  1. Satukan gula dan air suam dan kacau hingga larut. Kemudian, tuangkan yis kering, kacau sedikit dan biarkan berbuih.
  2. Sementara itu, masukkan tepung, susu tepung dan garam ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan mentega cair dan telur. Gaul rata menggunakan tangan atau spatula hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Tuangkan campuran yis sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh diuli. Teruskan menguli beberapa minit, kemudian masukkan shortening. Uli lagi hingga doh tidak melekat pada tangan (pada awalnya doh sedikit melekit).
  5. Rehatkan doh selama 45 minit - 1 jam (tutup permukaan bekas dengan cling wrap) dan letakkan di tempat yang bersuhu sedikit panas supaya doh naik dengan cantik dan cepat.
  6. Sementara itu, boleh sediakan inti sambal.
  7. Setelah doh naik sekali ganda, tumbuk-tumbuk doh sedikit untuk mengeluarkan angin, kemudian uli lagi beberapa minit.
  8. Ambil doh dan timbang 50 gm sebiji untuk membuat burger Malaysia. Buat dalam 10 biji (atau lebih). Susun di dalam dulang dan perap 15 minit.
  9. Untuk membuat donat, ambil baki doh tadi dan gelek setebal 4 mm. Kemudian, tekap menggunakan acuan donat. Susun di dalam dulang dan perap 15 minit.
  10. Jika tidak menggunakan acuan, ambil doh dan timbang 30 gm setiap satu. Bulat-bulatkan hingga licin kemudian leperkan. Buat lubang dengan menggunakan jari dan bentukkan menjadi gelang. Susun di dalam dulang dan perap 15 minit.
  11. Panaskan minyak di atas api sederhana. Goreng doh hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  12. Untuk membuat burger Malaysia, setelah kuih sejuk, belah 2 tanpa putus di bahagian tengah. Letakkan sekeping hirisan timun, 1 sudu besar sambal tumis ikan bilis dan sekeping hirisan telur rebus. Katupkan dan susun di dalam pinggan.
  13. Untuk donat pula, sediakan sepiring gula halus/aising dan taburkan 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis. Kacau rata. Sebaik sahaja minyak ditoskan, golek-golekkan di dalam campuran gula dan susun di dalam pinggan.
Cara-cara membuat sambal tumis:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  2. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, tumis hirisan bawang hingga layu.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga mendidih.
  4. Masukkan gula perang dan tumis sebentar diikuti dengan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  6. Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata dan sedikit kering, tutup api dan biarkan sejuk.

Dinner 18.2.2018




Ikan Gerut-gerut Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

2 keping kepala + 1 keping isi ikan gerut-gerut
10 biji belimbing buluh - dibelah 2
3 keping daun limau purut - dibuang urat
1 helai daun kunyit - diracik kasar
3/4 kotak santan KARA/Ayam Brand
1 keping kecil asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

15 tangkai cili padi hijau - dipotong
3 tangkai cili padi merah - dipotong
3 biji tomato ceri - dipotong
1 inci kunyit - dipotong
3 biji bawang merah - dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar dan 1/4 cawan air ke dalam periuk. Panaskan.
  2. Setelah berwap, masukkan santan dan ikan. Perlahankan api, kacau dengan kerap untuk mengelakkan santan pecah.
  3. Setelah berwap dan sedikit mendidih, masukkan belimbing buluh, asam gelugur, garam dan MCR secukup rasa. Kacau perlahan, balikkan ikan jika perlu.
  4. Sesuaikan rasa dan pastikan ikan telah masak kemudian tutup api.

Friday, March 16, 2018

Lunch 9.3.2018


Paprik Makanan Laut

Bahan-bahan:

10 ekor sotong kecil - dibuang kulit luar dan dikelar
15 ekor udang sederhana - dibuang kepala, ekor dan urat hitam
10 keping kiub ikan dory frozen
Sedikit tepung beras + tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
3 helai daun limau purut - dibuang urat
1/2 biji bawang Holland - dihiris kasar
1/2 batang lobak merah - dipotong kecil
1/4 biji kubis bunga - dipotong kecil
5 biji cili padi merah - dipotong 2
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos ikan
Sedikit kicap
Air secukupnya
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar termasuk akar
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, salut ikan dengan tepung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis serai hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan sos cili Thai. Tumis hingga mendidih, masukkan lobak merah dan kubis bunga. Kacau sebentar dan masukkan air. Tutup sebentar supaya sayur lembut.
  4. Masukkan sos ikan, kicap, daun limau purut, bawang Holland, sotong, udang, cili padi dan akar daun ketumbar. Masak hingga mendidih, masukkan ikan dory. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Tutup api apabila kuah sedikit pekat.

Dinner 8.3.2018



Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan:

1/2 peket spaghetti - direbus mengikut arahan, ditoskan
Keju Parmesan parut - untuk hiasan
Baby spinach - untuk hiasan
1 tin sos spaghetti Prego perisa cendawan selasih
1 helai daun bay kering
1 sudu besar dried mixed herbs
5 biji cendawan butang dalam tin - dihiris
1 keping daging kisar Ramly - dilembutkan
1 biji bawang Holland - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 tin (guna tin sos spaghetti) air
2 sudu besar minyak masak + 1 sudu besar mentega tanpa garam
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega di atas api kecil. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian masukkan bawang Holland. Tumis lagi hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau rata hingga berubah warna.
  3. Masukkan sos spaghetti dan serbuk lada hitam. Kacau rata, masukkan air, daun bay, mixed herbs, cendawan, garam dan MCR. Sesuaikan rasa, masak sehingga sedikit pekat. Tutup api.
  4. Susun baby spinach di sekeliling pinggan hidangan. Letakkan spaghetti di bahagian tengah. Sendukkan sos ke atas spaghetti dan taburkan keju Parmesan.

Breakfast 8.3.2018




Nasi Lemak

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
2 cawan beras biasa
1 batang serai - diketuk
3 inci halia - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
5 cawan air
1/2 cawan santan KARA
1 sudu besar garam (secukup rasa)

Hidangkan bersama:

5 biji telur mata cair
Hirisan timun Jepun
Ikan bilis goreng
Kari udang dan buncis
Sambal tumis

Cara-cara:

  1. Campurkan kedua-dua jenis beras dan basuh bersih. Masukkan ke dalam rice cooker bersama bahan-bahan lain. Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan dan tutup semula. Biar selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Sambal Tumis

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan cili kering yang digunting - buangkan biji dan rebus hingga lembut
2 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
Gula perang dan garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Air secukupnya
5 sudu besar minyak masak
1 biji bawang Holland - dihiris kasar

Cara-cara:
  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih bersama air secukupnya hingga halus.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis lagi hingga mendidih. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga terbit minyak sambil dikacau selalu di atas api sederhana.
  3. Masukkan sedikit air, asam gelugur, garam dan bawang hiris. Kacau dan biarkan mendidih. Sesuaikan rasa dan tutup api. Boleh juga masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing. Kacau sebentar dan tutup api.


Kari Udang dan Buncis

Bahan-bahan:

1 cawan udang kecil - dibuang kepala dan ekor
6 tangkai kacang buncis - dibuang urat dan dipotong serong 3 cm
1 sudu kecil halba campur
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris seperti mancis
1/2 peket serbuk kari ikan Baba's
1 tangkai daun kari - dilurutkan
1/4 cawan santan KARA + 1/4 cawan air
Garam, pes asam jawa secukup rasa
Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur, bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan layu.
  2. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang buncis dan kacau sebentar. Kemudian, masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika terlalu pekat. Kuah mestilah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  4. Setelah mendidih, masukkan udang, garam, pes asam jawa dan MCR. Kacau hingga mendidih, sesuaikan rasa dan tutup api.

Dinner 7.3.2018

Ikan pekasam goreng, telur dadar ala Thai, bayam merah masak air, ikan merah masak kicap


Telur Dadar ala Thai

Bahan-bahan:

2 biji telur + 1 sudu besar air - dipukul hingga kembang
1 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 biji bawang Holland - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris serong
Minyak untuk menggoreng (lebih kurang 2 senduk)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Satukan semua bahan kecuali minyak.
  2. Kecilkan api, tuang adunan telur dari aras yang agak tinggi sambil buat pusingan di dalam kuali.
  3. Tutup dan biarkan bahagian bawah sedikit garing kemudian balikkan. Goreng hingga sedikit garing.
  4. Angkat menggunakan penapis besar dan toskan minyak sebelum dihidangkan.



Bayam Merah Masak Air

Bahan-bahan:

1 ikat bayam merah - disiang
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
Sejemput ikan bilis - dibasuh
Garam secukup rasa
1 cawan air (atau lebih)

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan renihkan hingga sayur lembut. Tutup api.



Ikan Merah Masak Kicap

Bahan-bahan:

2 keping ikan merah
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang Holland - dihiris bulat
1 tangkai cili merah - dibelah 2 tanpa putus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
Kicap secukupnya
Air secukupnya
Sedikit garam jika perlu

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 sudu besar. Tumis cili kisar dan serbuk lada hitam hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tambah air jika suka berkuah.
  4. Masukkan ikan goreng, bawang Holland, cili merah dan garam (jika perlu). Kacau rata sebentar dan tutup api.

Breakfast 070318



Cucur Udang dan Bawang

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Air secukupnya
1 cawan isi udang - dipotong kecil
1 pokok kucai - dipotong 2 cm
1 biji cili merah - dicincang
1 biji bawang Holland - dipotong dadu
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak masak. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Tambah air dan tepung secukupnya. Rehatkan selama 15 - 30 minit.
  2. Panaskan minyak (agak banyak) di atas api sederhana. Jemputkan adunan menggunakan hujung jari dan masukkan ke dalam minyak. Ulang hingga agak penuh di dalam kuali. Balik-balikkan hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Letakkan di atas pinggan yang dilapik dengan kitchen towel untuk menyerap lebihan minyak. Kemudian, susunkan di dalam pinggan hidangan. Ulang sehingga habis.
  3. Hidangkan dengan sos cili.



Dinner 6.3.2018

Asam pedas ikan merah, sotong masak sos kari, kangkung goreng belacan


Asam Pedas Ikan Merah

Bahan-bahan:

3 keping ikan merah
6 tangkai bendi - dipotong sedikit bahagian hujungnya
1 tangkai bunga kantan - dibelah 2, buang bahagian keras
6 tangkai daun kesum - dilurutkan
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3/4 senduk minyak masak
2 sudu besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

1 cawan cili kering yang sudah direbus
1 biji bawang besar - dipotong kecil
3 biji bawang merah - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - dipotong kecil
2 inci halia - dipotong kecil
1 inci belacan - dibakar
1 biji tomato - dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba dan serai hingga harum. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  2. Masukkan air dan pes asam jawa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, bendi dan garam. Sesuaikan rasa dan masak hingga mendidih dan ikan serta bendi masak. Tutup api.



Sotong Masak Sos Kari

Bahan-bahan:

500 gm sotong - dibersihkan, buang kulit luar jika suka, kelar/potong bulat
1 sudu kecil halba campur
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu kecil halia kisar
2 sudu besar cili kisar
1 peket rempah kari ikan Baba's
3 sudu besar sos cili
2 tangkai daun kari - dilurutkan
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar, simpan akarnya
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan non-stick wok. Masukkan sotong dan kacau hingga keluar airnya. Toskan dan ketepikan.
  2. Basuh wok tadi dan panaskan minyak. Tumis halba campur, bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan halia kisar dan cili kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan rempah kari, akar ketumbar dan daun kari dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  5. Masukkan sos cili dan kacau rata kemudian tambahkan air (agak-agak), kacau rata.
  6. Masukkan sotong, garam dan MCR. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan kacau rata sebentar. Tutup api.



Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan:

1 ikat kangkung - diasingkan batang dan daun, batang dibelah 2
1/2 biji cili merah - dihiris serong
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kasar:

1/2 biji cili merah - dipotong kecil

3 biji cili padi hijau - dipotong kecil
1 biji bawang merah - dipotong kecil
1 ulas bawang putih - dipotong kecil
1 inci belacan - dibakar
Sejemput ikan bilis - dibasuh bersih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga harum dan sedikit garing.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan batang kangkung dan tumis hingga lembut.
  3. Masukkan sos tiram, daun kangkung dan air. Kacau rata hingga layu dan terus tutup api.

Lunch 5.3.2018

Sambal belacan tumis, ayam goreng kunyit bersayur, ikan kerisi masak cuka


Sambal Belacan Tumis

Bahan-bahan:

2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
5 biji tomato ceri
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Garam dan gula perang secukup rasa
1/4 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, potong kesemua bahan kecuali minyak, garam, gula dan pes asam jawa kecil-kecil.
  2. Goreng bahan-bahan tadi separuh masak. Keluarkan dan toskan minyaknya.
  3. Tumbuk/kisar kasar bahan tadi. Tambahkan garam, gula dan pes asam jawa secukup rasa.
  4. Goreng semula bahan ini hingga betul-betul masak.


Ayam Goreng Kunyit Bersayur

Bahan-bahan:

3 keping dada ayam - dipotong memanjang/dadu
1 sudu besar tepung beras + 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang Holland - dipotong 8
1/2 biji lobak merah - dikupas dan dihiris bulat, dibelah 2
10 tangkai kacang buncis - dibuang urat, dipotong serong 3 cm
5 tangkai cili padi merah - dipotong 2 (serong)
Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam bersama campuran tepung, serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga separuh layu.
  3. Masukkan lobak merah dan kacang buncis. Besarkan api sedikit, kacau rata hingga separuh masak. Masukkan pula cili padi merah dan MCR. Kacau rata 2 minit dan tutup api.


Ikan Kerisi Masak Cuka

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerisi
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang putih - dibelah 2
1 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang merah - dibelah 2
1/2 inci halia - dihiris seperti mancis
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai cili hijau/merah - dibelah 2 tanpa putus
4 sudu besar cuka putih
1/2 cawan air
Garam dan MCR secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis halba campur, bawang putih, bawang merah dan halia hingga layu.
  3. Masukkan air dan cuka. Setelah mendidih, masukkan ikan, garam dan MCR. Sesuaikan rasa. Biarkan mendidih sekali lagi.
  4. Lebih sedap dimakan keesokan harinya.

Lunch 4.3.2018


Udang Masak Masam Manis

Bahan-bahan:

1/2 kg udang laut (putih) sederhana besar
1 biji bawang Holland - dihiris bulat
1 pokok daun ketumbar - asingkan akarnya, bahagian lain dihiris kasar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
2 senduk cili kisar
4 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam, gula dan Maggi Cukup Rasa
1/2 senduk minyak masak
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong muncung kepala udang. Dengan menggunakan gunting, potong bahagian urat hitam sampai hampir ke ekor, tarik urat hitam dan buang. Cuci udang bersih dan toskan airnya.
  2. Panaskan minyak. Tumis halia kisar, bawang putih kisar dan bawang besar kisar hingga harum, kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan akar ketumbar, sos cili Thai, sos cili dan sos tiram. Kacau rata, masukkan 1/4 cawan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan udang, kacau rata, tambah air jika suka berkuah dan kacau rata.
  5. Masukkan kesemua perasa secukupnya. Kacau rata.
  6. Masukkan bawang hiris dan daun ketumbar hiris. Kacau rata dan tutup api.



Paku Rawan Tumis Belacan

Bahan-bahan:

1 ikat paku rawan - dipotong 4 cm panjang
1 biji cili merah - dihiris serong
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air dan Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar kasar:

1/2 genggam ikan bilis - dibasuh bersih
5 tangkai cili padi hijau
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga sedikit garing.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
  3. Masukkan paku rawan dan cili merah, tumis rata, masukkan air dan MCR. Sesuaikan rasa.
  4. Setelah 3/4 masak, tutup api.

Thursday, March 15, 2018

Lunch Menu 20.2.2018

Each day, I can now accept the fact that I'm a full-time housewife. At first, I felt a meltdown, because I've been working for over 18 years now. I never imagine that I would be a housewife so early, not even 40 yet. But, after a few weeks of feeling down, now I feel more energize and start to think that this is maybe what I really want after all. True, I have no income of my own now, have to depend entirely on my husband on money matters, but I think my life is more peaceful now somehow. I'm quite happy to get up at 5.30 am every school days, prepared breakfast, and see Qayyum off on the van to school. Then, I'll crawl up on my bed to take a nap until 8.00, wake my husband up and sometimes accompany him at breakfast, but mostly not coz I'm sleepy. Then, around 10.30 am, I'll start to prepare and cook for lunch, sometimes I packed lunches for Haqimie and Rayyan. Hang clothes outside, sweep the floor, wash the dishes... I maybe not a perfectionist when it comes to cleaning and tidying the house but I try my best. And amazingly I feel energetic too. Never thought I found happiness to be a stay-at-home mother.

Last night I had a talk with my husband before sleep, saying that I think I'm glad I wasn't offered to work at MD, because of so many reasons that I'm glad not happening to me. And I feel so relieved when my husband said he also think that it's good that I'm not working anymore, coz he said I'm less stressed and tired nowadays, the house looks quite organized, our kids happy to be home early after school, there's always dinner served early when he got back from work. Before this he was quite worried about those bills and all, but last night he said, we saved more actually. I think I'm blessed.

So no more whining about not working anymore. I'm happy now.

So today, we throwback our menu on 20th February 2018.


Macaroni Carbonara

Bahan-bahan:

1/2 peket makaroni – direbus mengikut arahan pada peket, ditoskan
5 batang sosej ayam – dihiris
1 keping dada ayam – dipotong dadu
3/4 tin cendawan butang – dihiris
1 botol sos carbonara Pregos
1 cawan susu segar
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – dicincang halus
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum diikuti dengan bawang Holland hingga layu.
  2. Masukkan ayam, sosej dan cendawan. Tumis beberapa minit dan masukkan serbuk lada hitam. Tumis sebentar.
  3. Masukkan sos carbonara. Tuangkan sedikit air ke dalam botol sos dan goncangkan. Tuangkan ke dalam masakan tadi.
  4. Masukkan susu dan kacau rata, masukkan air jika suka berkuah.
  5. Setelah mendidih, masukkan garam dan MCR jika suka. Kacau rata dan setelah berwap, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.


Spaghetti ala Aglio Olio My Style

Bahan-bahan:

1/2 peket spaghetti – direbus mengikut arahan pada peket, ditoskan
7 ulas bawang putih – dicincang halus
3 sudu besar chilli flakes
1 ekor sotong sederhana – dibuang kulit luar dan dihiris
1 keping daging kisar Ramly – dilembutkan
1 pokok daun ketumbar – dicincang kasar
Garam dan MCR secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga agak garing dan wangi.
  2. Masukkan sotong dan daging kisar. Kacau rata.
  3. Masukkan spaghetti, daun ketumbar, chilli flakes, garam dan MCR. Kacau rata beberapa minit dan tutup api.

Menu dinner 20.2.2018

Salmon Grill Yogurt dan Kari

Bahan-bahan:

2 keping salmon – dilembutkan
1/2 tub kecil Nestle Greek Yogurt (Plain)
Serbuk lada hitam
Mixed herbs
1 peket serbuk kari ikan Baba’s
1 sudu teh unsalted butter

Cara-cara:

  1. Perap kesemua bahan kecuali butter selama beberapa jam/semalaman.
  2. Panaskan non-stick pan, letakkan butter dan grill ikan hingga sedikit garing dan masak.
  3. Angkat dan hidangkan.




Sotong Masak Sos dan Kari

Bahan-bahan:

8 ekor sotong sederhana – dibuang kulit luar dan dihiris bulat
1 sudu teh halba campur
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 biji bawang Holland – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
2 tangkai daun kari
1 pokok daun ketumbar – dihiris kasar
1 peket serbuk kari ikan Baba’s – dibancuh dengan air menjadi pes
3 sudu besar sos cili Life
1 sudu besar sos tiram Kimball
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan non-stick wok. Masukkan sotong untuk keluarkan airnya. Setelah sotong sedikit mengecut, keluarkan sotong dan toskan.
  2. Buang air tadi, basuh sedikit wok. Panaskan semula dan masukkan minyak.
  3. Tumis halba campur, bawang putih, bawang Holland dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram dan sos cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sotong dan gaul rata. Boleh tambah air jika suka berkuah.
  7. Setelah mendidih, masukkan garam, MCR dan daun ketumbar.
  8. Gaul rata dan tutup api.



Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan:

1 ikat kangkung – diasingkan batang dan daun, dibasuh bersih
1 biji cili merah*
3 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inc belacan bakar*
1/2 genggam ikan bilis (direndam sebentar)*
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, tumbuk bahan bertanda*, tidak perlu terlalu halus.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan batang kangkung dan tumis sebentar diikuti dengan daun kangkung.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Masukkan sos tiram dan garam. Kacau rata hingga sayur sedikit layu dan tutup api.

Breakfast 21.2.2018

Mihun Goreng My Style

Bahan-bahan:

1/2 peket mihun – direndam hingga lembut, ditoskan
1 pokok daun bawang – dipotong 3 cm panjang
1 biji telur
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili Life
1 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk halus:

Segenggam ikan bilis – direndam sebentar dan ditoskan
3 ulas bawang putih


Cili padi potong + kicap

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan garam, MCR, sos tiram dan sos cili. Tumis sebentar dan masukkan air.
  3. Masukkan mihun dan kacau rata hingga mihun lembut dan warna sekata.
  4. Buatkan lubang di bahagian tengah, pecahkan telur. Biarkan sebentar sebelum dikacau bersama mihun.
  5. Setelah lembut tutup api. Hidangkan dengan cili potong dan kicap.

Lunch 21.2.2018



Ayam Masak Kicap dengan Kentang

Bahan-bahan:

10 ketul ayam
1 biji kentang – dikupas, dibelah 6
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
Kicap Masin Tamin secukupnya
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Air, garam dan Maggi Cukup Rasa
1 biji cili merah – dibelah 4
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Sementara itu, gaul ayam dan kentang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 4 sudu besar sahaja. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata, masukkan air (lebih jika suka berkuah).
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam, kentang, cili merah dan bawang Holland. Kacau rata, masukkan garam dan MCR. Setelah mendidih, tutup api.









Dinner 22.2.2018


Peria goreng telur, ikan merah masak pedas, ikan kerisi sambal hijau



Ikan Kerisi Sambal Hijau

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kerisi
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kering/ditumbuk:

15 biji cili padi merah + hijau
5 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3 sudu besar sahaja. Tumis bahan kisar hingga layu dan sedikit garing. Masukkan garam dan MCR. Kacau rata dan tuangkan ke atas ikan goreng.



Ikan Merah Masak Pedas

Bahan-bahan:

2 keping ikan merah
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan MCR

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 3 sudu besar sahaja. Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram dan tumis lagi.
  3. Masukkan air, garam dan MCR. Kacau rata hingga mendidih. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan merah goreng tadi.


Peria Goreng Telur

Bahan-bahan:

2 biji peria katak – dibelah 2, dibuang biji dan dihiris, rendam di dalam air bergaram 1/2 jam, toskan
1 biji telur
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Garam dan MCR secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
  2. Masukkan peria dan sedikit air. Masak sehingga agak lembut.
  3. Buatkan lubang di tengah dan pecahkan telur. Biarkan sebentar dan kacau bersama peria, jangan terlalu hancur.
  4. Masukkan garam dan MCR. Tumis rata dan tutup api.