Nama Kurimu Pan (Fresh Cream Bun)
Sambal Tumis Sardin
Nama Kurimu Pan (Fresh Cream Bun)
Sumber: Ros Jintan Manis
Bahan-bahan:
300 g tepung roti (high protein)
150 g tepung gandum
30 g susu tepung
110 ml fresh cream (krim segar)
1 biji telur - dipukul sedikit, tinggal anggaran 1 sudu besar untuk gliss pada roti
180 ml susu segar
6 g yis kering
40 g gula kastor
40 g mentega tulen
1 sudu kecil serbuk penaik
Colourful chocolate rice (jika suka)
Gliss:
Baki telur
2 titik madu
1 sudu besar susu segar
Cara-cara:
- Sediakan mangkuk yang besar. Satukan kesemua bahan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
- Kemudian, masukkan ke dalam plastik yang bersih, ramas selama 8 - 10 minit.
- Sediakan mangkuk yang lain, griskan dengan sedikit mentega/marjerin.
- Keluarkan doh tadi dan uli sebentar di dalam mangkuk yang pertama tadi. Kemudian, bulat-bulatkan, letakkan ke dalam mangkuk yang sudah digris. Tutup dengan cling film dan biarkan doh naik selama lebih kurang 40 minit - 1 jam.
- Sementara itu, sediakan 2 loyang yang sesuai dan griskan dengan mentega/marjerin.
- Selepas itu, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar. Asingkan 1/3 doh. Bahagikan baki 2/3 doh kepada beberapa bebola (saiz ikut suka). Susun di dalam loyang.
- Manakala, baki 1/3 doh ditabur dengan 2 sudu teh colourful chocolate rice dan uli rata. Kemudian, bahagikan kepada beberapa biji bebola. Tutup kedua-dua loyang dengan cling film dan biarkan doh naik sekali lagi selama 40 minit - 1 jam.
- Untuk menyediakan gliss, satukan kesemua bahan. Gliss apabila doh hendak dibakar sahaja.
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah C. Tutup permukaan doh dengan baking sheet (jika suka), untuk mengelakkan roti terlalu perang.
- Bakar selama 18 minit. Untuk 5 minit terakhir, alihkan baking sheet dan biarkan hingga roti masak sepenuhnya.
- Setelah masak, sejukkan roti di atas redai.
- Sedia dihidangkan dengan sambal tumis sardin.
P.S.
Kena improve lagi skill nak buat roti ni. Tekstur memang lembut tapi rupa tak cantik.
Sambal Tumis Sardin
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 tin sederhana sardin
4 biji cili padi - dibelah 2 tanpa putus
1 keping asam gelugur
1 tin sardin air
1 sudu besar sos tiram
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris halus
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
- Masukkan cili kisar dan tumis sebentar kemudian masukkan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan sardin, air dan asam gelugur.
- Setelah mendidih, masukkan cili padi dan garam. Sesuaikan rasa dan setelah mendidih, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment