Tuesday, March 4, 2014

Rendang Pedas Ayam Kampung

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 keping asam gelugur
1 paket santan pekat
1/2 cawan air
1 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
15 tangkai cili kering – direndam air panas, dibuang biji
2 inci kunyit hidup


Cara-cara:

  1. Panaskan 4 sudu besar minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, daun kunyit, daun limau purut, asam gelugur, air dan santan. Gaul rata dan biarkan mendidih di atas api sederhana.
  3. Kacau sekali sekala hingga ayam empuk, tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah agak pekat dan berminyak.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments: