Saturday, March 8, 2014

Breakfast 8.3.2014 (Sat)

Menu:
Bihun Goreng
Nasi Goreng Kicap


Bihun Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 paket bihun - direndam dalam air suam hingga lembut, toskan
1 pokok sawi bunga - asingkan batang dan daun, dipotong
5 ekor sotong kecil - dihiris bulat
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang kasar
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu besar kicap masin
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 4 sudu besar minyak, goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kisar. Tumis sebentar, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap masin. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sotong dan batang sawi, tumis lagi dan masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan bihun dan daun sawi. Kacau rata dan sesuaikan rasa, tambah kicap masin jika perlu.
  5. Setelah mesra kesemuanya, masukkan bawang goreng dan gaul rata.
  6. Sedia dihidangkan.


Nasi Goreng Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 cawan nasi sejuk
1/2 cawan frozen mixed vege
3 ulas bawang putih
1/4 cawan ikan bilis mata biru
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 1/2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang putih bersama ikan bilis hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan cili kisar. Tumis sebentar dan masukkan kicap pekat, Maggi Cukup Rasa dan 2 sudu besar air.
  3. Masukkan mixed vege, tumis sebentar dan masukkan nasi.
  4. Gaul hingga rata kesemuanya selama 3-5 minit.
  5. Sedia dihidangkan.

No comments: