Tuesday, March 25, 2014

Ayam Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

AYAM MASAK KICAP



Bahan-bahan:
8 ketul ayam kampung
Serbuk kunyit
Garam
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
3 sudu besar kicap pekat manis + masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
4 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
Sedikit air
Minyak untuk menumis
3 tangkai daun bawang – dipotong 4 cm

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar. Tumis cili kisar hingga mendidih, masukkan sos tiram dan sos tomato. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air, lada hitam dan kicap. Kacau dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ayam dan renihkan hingga kuah menjadi sedikit pekat.
  4. Kemudian, masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau rata hingga bawang layu. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan gaul rata. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

No comments: