Wednesday, March 19, 2014

Koleksi Resepi #8

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Masakan Jawa

AYAM GORENG CIBIUK

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung - dipotong 4
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
3 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
10 ulas bawang putih
1 sudu teh biji ketumbar
3 batang serai
1/2 sudu kecil lada putih

Cara-cara:

  1. Lumurkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
  2. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
  3. Jerang air secukupnya dalam periuk. Rebus ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing. Angkat dan toskan airnya.
  5. Sedia dihidangkan dengan set nasi liwet.

No comments: