Saturday, March 8, 2014

Dinner 8.3.2014 (Sat)

Pizza Sosej Ayam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 cawan tepung roti (high protein)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar fresh cream
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu kecil Italian mixed herbs
1 sudu kecil gula halus

1/2 paket yis kering
1 sudu kecil gula halus
1 1/4 cawan air suam

Topping:
2 batang sosej ayam jumbo - dihiris nipis
4 gegelang nanas dalam tin - dipotong kecil
1/2 biji bawang besar - dihiris halus dan dicerai-ceraikan
2 sudu besar puri tomato dalam tin
Parutan keju mozzarella
Parutan keju cheddar





Cara-cara:
  1. Satukan yis, gula halus dan air suam. Biarkan berbuih lebih kurang 10 minit.
  2. Satukan bahan-bahan kering di dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di bahagian tengah.
  3. Setelah yis berbuih, tuangkan ke lubang bersama-sama minyak zaitun dan fresh cream.
  4. Uli hingga tidak melekat pada tangan. Bulatkan doh dan tutup dengan cling film, biarkan doh naik selama 40 minit - 1 jam.
  5. Griskan loyang pizza dengan olive oil. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Ambil satu bahagian dan tekan-tekan hingga memenuhi loyang.
  7. Ambil sesudu puri tomato dan sapukan ke atas doh. Tinggalkan inci dari bahagian tepi.
  8. Taburkan keju mozzarella, bawang, sosej, nanas dan akhir sekali parutan keju cheddar.
  9. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, bakar selama 30 minit. 10 minit terakhir gunakan api atas.
  10. Sedia dihidangkan.

No comments: