Friday, March 7, 2014

Dinner 6.3.14 (Thurs)

Menu:
Nasi putih
Ayam masak kicap
Sup sawi bunga dan telur

Ayam Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
7 ketul ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
Sedikit air
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan kuali yang sama, tinggalkan 3 sudu besar minyak. Tumis cili kisar hingga agak garing, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis dan kicap masin.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air dan serbuk lada hitam.
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam, cili merah dan bawang besar. Masak hingga kuah agak pekat.
  5. Sedia dihidangkan.

Sup Sawi Bunga dengan Telur

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 pokok baby sawi bunga – asingkan batang dan daun
1 biji cili merah – dihiris
1 biji telur
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris
2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Air secukupnya
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sekejap sahaja, terus tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan air dan serbuk lada hitam.
  3. Setelah mendidih, masukkan batang sawi dan Maggi Cukup Rasa.
  4. Setelah mendidih, masukkan daun sawi dan pecahkan telur ke dalamnya.
  5. Setelah telur masak, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

No comments: