Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 paket bihun – direndam hingga lembut dan ditoskan
5 batang cocktail sausage – dihiris kasar
1/2 cawan udang yang telah dikupas
1 pokok sawi – diasingkan batang dan daun
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Kicap masin secukupnya
Air
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis cili kisar, sos tomato, sos cili dan sos tiram hingga terbit minyak.
- Masukkan kicap dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan sosej dan batang sawi. Tumis lagi sebentar.
- Masukkan air dan bihun, goreng rata-rata hingga agak kering dan masukkan udang. Goreng lagi hingga rata dan masukkan daun sawi. Goreng lagi, tambah kicap jika perlu sehingga udang betul-betul masak. Sesuaikan rasa dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment