Resepi yang mudah, tanpa perlu guna mixer. Tapi Mrs K terlupa nak bubuh yogurt (plan nak bubuh thickened cream). Tapi hasilnya sedap juga.
Sumber: Yatie Memories
*Untuk resepi asal, sila refer blog Yatie Memories
Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega cair – dibiarkan sejuk
1 cawan gula halus (next time kena buat 3/4 cawan)
2 biji telur
2 sudu kecil esen pisang
1 1/2 cawan tepung superfine
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 cawan chocolate rice
1 cawan pisang yang sudah dilecek
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 175°C. Lengser loaf tin dengan sedikit mentega cair.
- Dalam mangkuk, satukan pisang, telur, mentega cair, gula dan esen pisang. Gunakan whisk dan pukul hingga sebati.
- Dalam mangkuk yang lain pula, ayak tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.
- Tuangkan adunan pisang dan chocolate rice ke dalam tepung dan gaul sehingga rata sahaja.
- Tuangkan ke dalam loaf tin dan bakar selama 45 – 50 minit. Uji jika sudah masak, keluarkan, sejukkan di dalam loaf tin selama 5 minit barulah dikeluarkan dan sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment