Wednesday, March 19, 2014

Koleksi Resepi #5

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

KEPAH HIJAU BAKAR DISALUT KEJU BERSAMA SOS TARRAGON

Bahan-bahan:
500 g kepah hijau - dibersihkan (biarkan bercangkerang)
1/2 liter krim masakan
80 g tarragon segar - dihiris
150 g keju parmesan
20 g bawang putih - dicincang
20 g bawang merah - dicincang
5 g garam
5 g lada sulah
Minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian, masukkan tarragon. Gaul rata.
  2. Masukkan pula krim dan keju. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat.
  3. Susun kepah di dalam bekas tahan panas, tuangkan sos keju. Taburkan pula dengan sedikit parutan keju parmesan.
  4. Bakar kepah hingga keemasan.
  5. Sedia dihidangkan.

No comments: