Nasi putih
Sotong masak pedas
Kailan ikan masin
Ikan goreng (cencaru dan kembung)
Sotong Masak Pedas
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
15 ekor sotong kecil – dipotong 2
1/2 biji bawang besar – dipotong baji
2 ulas bawang putih – dicincang
2 senduk cili kisar *
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
*Cili Kisar:
30 tangkai cili kering – digunting dan dibuang biji
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Kisar kesemua bahan dengan air yang secukupnya. Boleh disimpan dalam bekas yang bersih dan kering di dalam peti sejuk untuk future use.
Cara-cara:
- Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Masukkan cili kisar, tumis sekejap kemudian masukkan gula perang. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan sos tiram dan sos tomato dan tumis lagi hingga terbit minyak.
- Kemudian, masukkan sotong, kacau sebentar dan masukkan garam. Kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
- Sesuaikan rasa dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
Kailan Ikan Masin
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 paket baby kailan
1 potong ikan tenggiri masin – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/2 biji bawang besar – dihiris
4 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar minyak masak
Sedikit air
Cara-cara:
- Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi, tumis hingga layu.
- Masukkan kailan, sos tiram dan air. Setelah kailan masak, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment