BUTTERMILK MARBLE CAKE
Source: Taste Australia
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
185 g mentega – dilembutkan
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kastor
3 biji telur – dipukul ringan
2 cawan tepung superfine
2/3 cawan buttermilk (Mrs K buat sendiri, 2/3 cawan susu segar + 1 sudu teh cuka)
Pewarna makanan – hijau, kuning dan merah (ikut suka)
Cara-cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Griskan silicone mould (atau acuan yang sesuai).
- Gunakan mixer. Putar mentega, esen vanila dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan telur satu persatu, putar selepas setiap tambahan telur. Masukkan tepung dan buttermilk.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, masukkan warna ke dalam bekas masing-masing.
- Ambil 1-2 senduk warna pilihan dan sendukkan ke dalam acuan. Kemudian, ambil warna lain pula dan selang-selikan kesemuanya.
- Setelah habis, ambil lidi sate dan lingkarkan adunan (untuk mendapat effect marble).
- Bakar selama 1 jam (atau hingga kek masak). Setelah masak, biarkan kek di dalam acuan selama 10 minit sebelum dipindahkan ke atas redai.
Ok, ini terlebih browning pulak tapi rasa masih sedap.
No comments:
Post a Comment