Tuesday, July 16, 2013

Iftar Day 2

Sampai rumah pukul 5.45 pm. Terus bersilat kat dapur. :) Menu hari ni ikan siakap steam limau (dalam pemanggang ajaib/magic pan) dan sotong kembang masak paprik. Sebenarnya nak masak sotong kembang sambal je, tapi bila tgk takde sayur so dapat idea nak buat paprik, walaupun tak pernah pulak buat paprik pakai sotong kembang. Tapi ok la dapat diterima tekak semua orang dalam rumah ni. Seperti semalam, gambar tak sempat nak snap, dah bunyi azan. Disebabkan semalam buah melaka tu tak cukup, hari ni Mr K beli 2 paket tepung pulut dan suruh buat lagi. Aduh....punah plan nak buat kuih bakar pandan.


IKAN SIAKAP KUKUS MY STYLE
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana – disiang
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
4 ulas bawang putih – dicincang
3 inci halia – diracik halus
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 biji limau nipis – diperah jusnya
1/2 biji lemon – diperah jusnya
2 sudu besar sos tiram
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1/2 batang serai – dihiris halus
1 pokok daun ketumbar termasuk akarnya – dibersihkan dan diracik kasar
Cendawan hitam – direndam hingga kembang
Air secukupnya

Cara-cara:
Sediakan magic pan.
Gaul ikan dengan Cukup Rasa dan jus limau dan lemon rata-rata. Baki jus semasa menggaul jangan dibuang.
Letak separuh bawang kuning, bawang putih dan halia di dalam magic pan dan letakkan ikan di atasnya.
Tabur separuh lagi bawang kuning, bawang putih, halia bersama-sama cili padi, serai, akar ketumbar, separuh daun ketumbar, cendawan dan tuangkan sos tiram dan air secukupnya. Tuangkan juga baki jus limau untuk disapu pada ikan tadi.
Hidupkan api dan masak atas api sederhana selama 10-15 minit atau sehingga ikan masak. Hiaskan dengan baki daun ketumbar.

Nota:
Sebelum ni tak pernah pula gunakan magic pan untuk mengukus ikan, tapi ternampak kat Aziejaya, so try la kali ni. Ok, memang mudah, tak payah nak pakai pengukus bertingkat-tingkat kan. Sedap dan masakan ikan pun rata tanpa perlu terbalikkan pan sebabnya wap yang terperangkap dalam pan tu membuatkan ikan masak rata juga.




SOTONG KEMBANG MASAK PAPRIK
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong kembang saiz sederhana – dibersihkan dan direbus sekejap, toskan airnya dan potong ikut suka
1/2 batang carrot – dipotong ikut suka
1/2 paket kacang peas – dipotong 2
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang putih + bawang besar)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat manis
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1/4 cawan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Minyak

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang kuning dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Setelah garing, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat manis. Tumis sebentar.
Kemudian, masukkan sayur-sayuran, kacau sebentar, masukkan sotong, daun ketumbar dan cili padi. Masukkan juga sedikit air.
Setelah mendidih, masukkan Cukup Rasa dan bancuhan tepung jagung. Sesuaikan rasa dan tutup api.

No comments: