Monday, July 15, 2013

Happy 2nd birthday, my boy Rayyan


Buat kek ni pada 10 May 2013 yang lepas sempena birthday my lil boy, Rayyan. Recipe based on Dayangjack's recipe. Mrs K buat half recipe je.

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Sumber: Dayangjack 
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 3/4 cawan air sejuk peti ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil Nescafe + air panas
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil cuka

Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170°C. Sediakan loyang kek (Mrs. K guna silicone mould kecil). Griskan dengan butter.

Ayak tepung dengan baking powder, soda bicarbonate dan serbuk koko ke dalam bekas yang besar. Masukkan juga susu tepung, garam dan gula perang. Kacau rata.

Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan bancuhan Nescafe. Kacau perlahan-lahan dengan whisk dan pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka dan kacau rata hingga sebati tetapi jangan lama.

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum diletakkan ganache.


Ganache:
1/2 cawan non-dairy whipped cream
1/2 bar coklat masakan – dicincang
1 sudu besar butter

Gunakan kaedah double-boiler (periuk yang lebih besar mengandungi air mendidih dan masukkan periuk yang lebih kecil di atasnya).

Panaskan whipped cream (tak perlu lama, cukup sekadar dihangatkan). Masukkan cincangan coklat masakan dan larutkan.

Setelah betul-betul larut dan cair, masukkan butter dan larutkan lagi.

Tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan di atas redai.

No comments: