Thursday, July 25, 2013

Buka puasa berjemaah

Hari Sabtu minggu lepas, family Mrs K berbuka puasa beramai-ramai dengan few family members from En K's side. Yang datang masa tu, Mak Ndak, Salina, Sofea, MIL, Yus and family dan Along Salwa and family. Meriah. Pagi Sabtu tu kitorang pergi pasar borong beli stok yang memang kebetulan dah nak habis. Plannya nak masak nasi ketumbar, ayam/daging masak hitam, jelatah, ikan goreng dan kuih lapis. Tapi in the end, tak jadi nak buat kuih lapis sebabnya dah kepenatan.

Sampai aje kat rumah, terus siang dan bersihkan ikan, sotong, udang. Terus masuk dalam fridge. Baru la start masak, sedar tak sedar, duduk kat dapur tu almost 5 jam. No wonder la macam sakit pinggang. Ada tambahan menu, request by Mak. Mak nak dalca sayuran. Ok la, layan je.

NASI KETUMBAR
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

5 cawan (150 g) beras basmathi - dibasuh dan direndam beberapa jam, ditoskan airnya
1 batang serai - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
Maggi Cukup Rasa secukupnya
5 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar minyak masak
1/2 buku mentega
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan-bahan dikisar halus:
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 pokok daun ketumbar bersama akarnya - dicuci bersih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis serai seketika dan masukkan bahan kisar.
  2. Tumis hingga wangi dan pekat.
  3. Masukkan beras dan gaul rata. Tutup api dan pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Tuangkan air rebusan ayam, masukkan daun pandan dan Maggi Cukup Rasa, gaul rata.
  5. Tanak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, titikkan pewarna hijau, biarkan meresap seketika barulah dikaup perlahan-lahan (untuk mengelakkan nasi patah).

Nota:
Nasi ni sedap dimakan begitu sahaja. Memang favourite family Mrs K. Sesuai juga dimakan dengan ayam masak merah atau rendang.




DALCA SAYURAN DAN AYAM
Sumber: Mak

Bahan-bahan:

Ketulan kecil ayam (bahagian leher, pedal dihiris nipis, tulang-tulang ayam) - dibersihkan
1 cawan kacang dal (direndam 1 jam - direbus hingga kembang, ditoskan)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diracik halus
4 sudu besar rempah kari daging - tambah sedikit air supaya menjadi pes
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Sayur-sayuran:
1 biji kentang sederhana - dibelah 4
1 biji terung bulat sederhana - dibelah 4
2 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
10 urat kacang panjang - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah 4

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu.
  3. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan tumis sebentar. Masukkan santan cair dan kentang. Tutup periuk dan biarkan kentang empuk.
  5. Setelah empuk, masukkan terung bulat dan lobak merah. Renihkan sebentar.
  6. Masukkan kacang dal, bawang besar, kacang panjang, tomato dan santan pekat. Didihkan.
  7. Setelah mendidih, masukkan garam. Kalau terlalu pekat, bolehlah masukkan sedikit air.
  8. Didihkan sekali lagi dan tutup api.


DAGING MASAK HITAM
Sumber: Che Sue
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang (atau ketulan ayam) - direbus dan dihiris nipis
Cuka dan kicap manis secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 biji kentang - didadu besar dan digoreng
1 pokok daun ketumbar
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:

Segenggam cili kering - dipotong dan direbus, buang biji
1 inci halia
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan cuka dan kicap manis beberapa jam.
  2. Toskan daging (air perapan jangan dibuang). Panaskan minyak dan goreng daging seketika. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dan tumis bahan kisar bersama serai hingga betul-betul garing.
  4. Masukkan daging dan air perapan. Didihkan.
  5. Setelah kuah agak pekat, masukkan kentang dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.


JELATAH
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 biji nanas madu - dipotong kecil
1 biji timun Jepun - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan kesemua bahan dan hidangkan segera.

No comments: