Masih tak berkesempatan nak snap gambar makanan, walaupun hari ni hari Sabtu, keje 1/2 day... Keje je la hari ni sbb ingat nak cuti next week. Sama ngan En K kan. So disebabkan hari ni kira hari cuti weekend la, so Mrs K merajinkan diri nak masak something special, lain dari hari biasa. Mula-mula berhasrat nak masak nasi ayam, tapi pada hari kejadian, nasi ayam menjadi nasi ketumbar Che CT. Masakan ayam pulak hasil adaptasi dari daging masak hitam/dendeng Che Sue. Selain dari tu, Mrs K amat la rajinnya buat air soya homemade (actually kacang soya tu dah beli berbulan-bulan lamanya, nasib baik belum expired lagi :). Nasi ketumbar ni mmg recommended pada sesiapa yang nak try, even though kaler hijau tapi rasa sangat sedap. Dah beberapa kali juga Mrs K buat nasi ni. Family Mrs K pun suka sangat. Masak 4 cawan just tinggal 1/2 cawan je, selalu masak nasi 3 cawan aje. Mak Mrs K pun menambah-nambah, mmg favourite dia nasi berperisa ni.
NASI KETUMBAR
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi – dibasuh dan direndam beberapa jam supaya memanjang, toskan
4 cawan air rebusan ayam/air biasa
1 batang serai – diketuk
1 biji bawang kuning – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 inci halia – dicincang
2 pokok daun ketumbar dan akarnya – dikisar dengan sedikit air
3 sudu besar butter
1/2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau
1 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa/garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan butter dan minyak dalam kuali. Tumis bahan cincang dan serai hingga layu.
Masukkan kisaran ketumbar (tidak perlu ditapis). Tumis lagi hingga agak pekat dan masukkan beras. Gaul rata hingga menyaluti kesemuanya.
Pindahkan ke dalam rice cooker, tambah air rebusan ayam dan Cukup Rasa. Tanak nasi seperti biasa.
Bila nasi sudah masak, titikkan secara rawak (randomly) pewarna hijau, tunggu seketika kemudian kaup balik 2 – 3 kali (so dia akan jadi seperti nasi hujan panas).
Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan lauk sampingan yang bersesuaian. Mrs K sekeluarga makan dengan daun salad, hirisan tomato, hirisan timun dan ayam masak hitam.
AYAM MASAK HITAM
Sumber: Che Sue (asalnya daging dendeng)
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil (direbus sebentar untuk mendapatkan air rebusan – angkat dan toskan)
2 sudu besar cuka
Kicap manis secukupnya
Sedikit air rebusan ayam
Perap kesemua bahan di atas selama beberapa jam.
Bahan-bahan dikisar halus:
1 genggam cili kering – dipotong kecil dan direndam dalam air panas, toskan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan-bahan lain:
1 batang serai – diketuk
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
Cara-cara:
Panaskan minyak. Toskan ayam dari perapan (jangan dibuang bahan perapan), dan goreng ayam sebentar. Angkat dan toskan, ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dan serai hingga betul-betul garing. Masukkan air perapan dan ayam, tambah sedikit air dan kicap manis. Renihkan. Perasakan jika perlu.
Setelah kuah agak pekat, masukkan daun ketumbar. Angkat dan hidangkan.
Untuk membuat air soya pula, Mrs K ikut je cara yang Mrs K jumpa masa dok google. Sepatutnya kena perah dalam kain bersih, tapi Mrs K agak malas, so Mrs K just tapis je air soya tu, hampas dia Mrs K blend 3 kali. Pastu didihkan, masukkan 1 helai daun pandan yang disimpul. Bila mendidih (kacau selalu), masukkan gula ikut manis yang kita kehendaki. Untuk berbuka, mak Mrs K tolong cincangkan cincau, so jadi la soya cincau.
No comments:
Post a Comment