Untuk lauk berbuka pulak, Mrs K masakkan untuk mak, sotong telur masin, then untuk the rest kari asam pedas ikan merah. Gabungan kari dan asam pedas.
SOTONG TELUR MASIN
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 ekor sotong panjang – dibuang kulit luar (purple) dan dihiris bulat
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji telur masin – ambil kuningnya sahaja, lenyek-lenyekkan
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih – dicincang
5 biji cili padi – dihiris nipis
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
Minyak
Cara-cara:
- Gaulkan sotong dengan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kunyit dan Cukup Rasa. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan goreng sotong hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan dalam 1 sudu besar minyak dan tambah butter. Setelah butter mencair, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan telur masin dan lenyekkan supaya hancur dan bertukar warna (masak).
- Masukkan susu cair dan kacau hingga agak pekat barulah dimasukkan sotong. Kacau rata hingga sotong masak.
KARI ASAM PEDAS IKAN MERAH
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
5 potong ikan merah – dibersihkan
1 sudu kecil halba campur
1 paket serbuk kari ikan – dibancuh dengan sedikit air
1/2 paket perencah Asam Pedas Maggi
2 tangkai daun kari
1 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji tomato – dibelah 2
5 biji bendi
Bahan-bahan ditumbuk:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga wangi.
- Masukkan pes kari dan asam pedas. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan air, setelah mendidih, masukkan kepingan ikan. Biarkan merenih dan masukkan tomato dan bendi serta perasakan.
- Tutup api apabila kuah menjadi agak pekat.
- Sedap juga dimakan dengan roti.
CHOCOLATE CAKE
Diadaptasi dari: Devil's Food Chocolate Cake by Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate (terpaksa omit sbb dah habis) so ganti dengan 1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
125 gm butter
2 biji telur (gred B) – Pn Azlita guna gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan buttermilk (ran out of fresh milk, so Mrs K gantikan dengan 2 scoop susu tepung + air sejuk + 1 sudu kecil cuka)
1 cawan air siam
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 170°C selama 30 minit.
- Sediakan loyang (Mrs K salah guna loyang, so kek agak leper, tapi takpe boleh je, suka hati nak buat cemana pun kan). Lapikkan dengan kertas minyak dan gris dengan butter. Ketepikan.
- Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Ketepikan.
- Dalam mixer, pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
- Setelah sebati, masukkan campuran tepung berselang-seli dengan buttermilk dan air suam. Pukul rata setiap kali masukkan bahan-bahan tersebut. Ulang sehingga habis.
- Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan pukul sebentar.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan di atas redai.
Ganache:
1/2 bar coklat masakan + 10 keping chocolate buttons (coklat masakan kehabisan :) – diparut
1 sudu besar butter
1/2 cawan whipping cream
Cara-cara:
- Gunakan kaedah double-boiler. Panaskan whipping cream, masukkan parutan coklat dan kacau hingga larut kesemuanya. Akhir sekali masukkan butter dan kacau rata.
- Tuangkan ke atas kek suam-suam bila kek telah sejuk sepenuhnya. Hiaskan ikut suka.
APAM PISANG COKLAT URAI
Sumber: Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
5 biji pisang awak kecil – dilenyek
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh esen pisang
Secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh ovalette
1/4 bekas kecil chocolate rice
Cara-cara:
- Panaskan pengukus. Sementara itu sediakan acuan (Mrs K guna silicone mould). Gris acuan dengan sedikit marjerin.
- Tambahkan esen pisang dan soda bicarbonate ke dalam pisang yang dilenyek. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan baking powder. Ayak dan ketepikan.
- Gunakan mixer untuk memukul telur, ovallette, gula perang dan minyak.
- Pukul sehingga pekat dan berkrim.
- Masukkan pisang lenyek dan kacau sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan adunan rata.
- Akhir sekali, masukkan chocolate rice dan gaul rata.
- Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan taburkan ke dalam silicone mould yang diletakkan di dalam loyang yang rata (untuk stabilkan kedudukan silicone mould). Padatkan.
- Tuangkan adunan pisang dan rata bahagian atas.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment