[Also written few weeks ago – date forgotten)
Minggu lepas, Abby ada bagi seekor
lobster pada saya. Hmm…tak pernah lagi makan whole lobster ni. Setakat ada
sikit-sikit atas sushi yang beli di Jusco tu pernah la kan. Thanx to Abby sebab
bagi kitorang merasa lobster ni, tunang dia belikan di Sarawak ke Sabah ke.
Balik rumah, no idea nak masak apa
dengan lobster ni. Teringat masa tengok kat AFC dulu ada yang bakar dengan
cheese. So rasa-rasa nak try la.
Lobster ni kena pegang dengan
berhati-hati sebab sekelilingnya penuh duri-duri kecil. Saya belah bahagian
tengah part isi tu dengan gunting.
Lumur lobster dengan Maggi Cukup
Rasa dan tabur mixed herbs dalam botol. Susun 2 keping cheese dan bakar dalam
magic pan. Agak-agak dah masak, tutup api. Letak lagi sekeping cheese dan tutup
penutup pan (tanpa api).
Bila buka, tengok cheese dah
bersalut cantik je pada lobster.
Review:
Sedap tapi tak puas makan sebab isinya sikit je
pun, tapi alhamdulillah dapat juga merasa kan. Rayyan paling suka sekali so
memang bagi dia je ratah.
No comments:
Post a Comment