Friday, July 26, 2013

Singgang Ikan Tongkol

Resepi ni dah lama dah buat sebenarnya, sebelum raya lagi. Tadi ternampak dalam album gambar, so sebelum terlupa, jom la update resepinya. Bukan apa, untuk Mrs K jugak kan.


SINGGANG IKAN TONGKOL
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:



Ikan tongkol

3 ketul ikan tongkol
2 inci kunyit hidup – dihiris nipis
2 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
2 inci lengkuas – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris nipis
1 batang serai – diketuk
3 keping asam gelugur
5 biji cili padi – diketuk
Garam secukup rasa



Cara-cara:

  1. Jerang air bersama ikan dan asam gelugur hingga menggelegak.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa sebelum diangkat.

Biskut Samperit

Haqimie dan Qayyum dan banyak kali dok request buatkan biskut samperit. Tapi Mrs K malas betul la nak buat. Tapi akhirnya, their wish were granted last Sunday. Google recipe, jumpa resipi from CMG. Tapi ada olahan la sikit, ikut kesesuaian tekak kan. CMG guna banyak tepung gandum, tapi mak Mrs K kata, nanti keras, so mak suggestkan guna tepung ubi, tepung gandum masuk sikit je. Well, ok la. Turned out melt in your mouth dan sedap la jugak :). Kalau nak recipe original, boleh melawat blog CMG ya. Kat bawah ni, resipi olahan Mrs K. Btw, buat ni saja-saja je, utk kudapan. Bukan untuk raya pun. Tak larat kut nak buat untuk raya. Buat satu bancuhan ni pun sakit dah tangan.


BISKUT SAMPERIT



Sumber: CMG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

250 g mentega (Mrs K guna Buttercup)
140 g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
220 g tepung ubi*
20 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
100 g tepung kastad*
Pewarna merah


Tak payah pakai alas paper pun ok

Cara-cara:

  1. Ayak kesemua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Putar dan mentega hingga berkrim dan masukkan esen vanilla dan kuning telur (jangan lama sangat, nanti biskut kembang sangat).
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga doh menjadi lembut dan boleh ditekan.
  4. Panaskan oven pada suhu 175°C selama 15 minit.
  5. Lengserkan dulang pembakar dengan sedikit mentega/marjerin.
  6. Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan tekan. Buat sehingga memenuhi dulang.
  7. Gunakan cucuk sate dan celupkan ke dalam pewarna merah. Titikkan ke atas bahagian tengan kuih (untuk menggantikan ceri merah – Mrs K takde).
  8. Bakar selama 12 – 13 minit dan sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Nota:
Biskut resipi olahan Mrs K ni melt in ur mouth dan ringan teksturnya.

Iftar Day 12

Sahur:


KUEYTIOW GORENG
Olahan:

Bahan-bahan:

1 paket kuey tiow – dibilas dengan air untuk buang minyak
3 pokok daun kucai – dipotong 3 inci panjang
2 biji telur – digoreng hancur, ketepikan
3 ekor sotong – dipotong bulat
1/2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Tumis sebentar.
  3. Masukkan sotong dan tumis sebentar.
  4. Masukkan kuey tiow dan gaul rata. Masukkan kucai dan telur dan kacau rata lagi sebelum dihidangkan.


BERBUKA:

IKAN TERUBUK BAKAR DAN AIR ASAM
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1 ekor ikan terubuk sederhana – dibersihkan dan ditarik bahagian ekor (untuk meluruskan tulangnya)
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan panggang hingga masak. (Mrs K guna magic pan).

AIR ASAM
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 biji cili merah – dihiris nipis
5 biji cili padi – dihiris nipis
1 biji tomato – dipotong dadu
3/4 cawan air asam jawa pekat
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula perang
1 sudu besar cili kisar (bwg besar + bwg putih + cili kering)

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan dan perasakan secukupnya.


IKAN MAYONG MASAK TEMPOYAK
Sumber: Mak

Bahan-bahan:

3 ketul ikan mayong – dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa
1/2 batang bunga kantan
4 tangkai daun kesum
1 batang serai – diketuk
1/2 biji timun – dipotong besar
3 sudu besar tempoyak
Air
Garam secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk:

1 biji cili merah
5 biji cili padi
2 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Masukkan tempoyak dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Masukkan air (mengikut kepekatan yang dikehendaki).
  3. Masukkan serai dan jerang di atas api.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan mayong dan bunga kantan dan biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan daun kesum dan perasakan secukupnya sebelum diangkat.


RENDANG AYAM KAMPUNG TUA
Sumber: Mak
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam kampung tua – direbus dengan air dan sedikit cuka untuk melembutkannya
1 batang serai – dihiris nipis
3 biji bawang kecil – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris nipis
1 helai daun kunyit – dihiris nipis
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
20 tangkai cili kering – direbus dan dibuang biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci halia

Cara-cara:
  1. Setelah ayam agak empuk (jangan buang air), tuangkan bahan kisar, santan dan bahan hiris.
  2. Renihkan sehingga kuah memekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Setelah cukup pekat, bolehlah diangkat.

Thursday, July 25, 2013

Buka puasa berjemaah

Hari Sabtu minggu lepas, family Mrs K berbuka puasa beramai-ramai dengan few family members from En K's side. Yang datang masa tu, Mak Ndak, Salina, Sofea, MIL, Yus and family dan Along Salwa and family. Meriah. Pagi Sabtu tu kitorang pergi pasar borong beli stok yang memang kebetulan dah nak habis. Plannya nak masak nasi ketumbar, ayam/daging masak hitam, jelatah, ikan goreng dan kuih lapis. Tapi in the end, tak jadi nak buat kuih lapis sebabnya dah kepenatan.

Sampai aje kat rumah, terus siang dan bersihkan ikan, sotong, udang. Terus masuk dalam fridge. Baru la start masak, sedar tak sedar, duduk kat dapur tu almost 5 jam. No wonder la macam sakit pinggang. Ada tambahan menu, request by Mak. Mak nak dalca sayuran. Ok la, layan je.

NASI KETUMBAR
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

5 cawan (150 g) beras basmathi - dibasuh dan direndam beberapa jam, ditoskan airnya
1 batang serai - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
Maggi Cukup Rasa secukupnya
5 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar minyak masak
1/2 buku mentega
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan-bahan dikisar halus:
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 pokok daun ketumbar bersama akarnya - dicuci bersih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis serai seketika dan masukkan bahan kisar.
  2. Tumis hingga wangi dan pekat.
  3. Masukkan beras dan gaul rata. Tutup api dan pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Tuangkan air rebusan ayam, masukkan daun pandan dan Maggi Cukup Rasa, gaul rata.
  5. Tanak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, titikkan pewarna hijau, biarkan meresap seketika barulah dikaup perlahan-lahan (untuk mengelakkan nasi patah).

Nota:
Nasi ni sedap dimakan begitu sahaja. Memang favourite family Mrs K. Sesuai juga dimakan dengan ayam masak merah atau rendang.




DALCA SAYURAN DAN AYAM
Sumber: Mak

Bahan-bahan:

Ketulan kecil ayam (bahagian leher, pedal dihiris nipis, tulang-tulang ayam) - dibersihkan
1 cawan kacang dal (direndam 1 jam - direbus hingga kembang, ditoskan)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diracik halus
4 sudu besar rempah kari daging - tambah sedikit air supaya menjadi pes
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Sayur-sayuran:
1 biji kentang sederhana - dibelah 4
1 biji terung bulat sederhana - dibelah 4
2 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
10 urat kacang panjang - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah 4

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu.
  3. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan tumis sebentar. Masukkan santan cair dan kentang. Tutup periuk dan biarkan kentang empuk.
  5. Setelah empuk, masukkan terung bulat dan lobak merah. Renihkan sebentar.
  6. Masukkan kacang dal, bawang besar, kacang panjang, tomato dan santan pekat. Didihkan.
  7. Setelah mendidih, masukkan garam. Kalau terlalu pekat, bolehlah masukkan sedikit air.
  8. Didihkan sekali lagi dan tutup api.


DAGING MASAK HITAM
Sumber: Che Sue
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang (atau ketulan ayam) - direbus dan dihiris nipis
Cuka dan kicap manis secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 biji kentang - didadu besar dan digoreng
1 pokok daun ketumbar
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:

Segenggam cili kering - dipotong dan direbus, buang biji
1 inci halia
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan cuka dan kicap manis beberapa jam.
  2. Toskan daging (air perapan jangan dibuang). Panaskan minyak dan goreng daging seketika. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dan tumis bahan kisar bersama serai hingga betul-betul garing.
  4. Masukkan daging dan air perapan. Didihkan.
  5. Setelah kuah agak pekat, masukkan kentang dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.


JELATAH
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 biji nanas madu - dipotong kecil
1 biji timun Jepun - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan kesemua bahan dan hidangkan segera.

Tuesday, July 23, 2013

Projek frozen currypuffs

Minggu kedua bulan puasa, Mrs K ada buat 2 jenis kuih untuk difrozenkan. Popiah dan karipap, tapi buat dua hari berlainan. Bukan apa, takut tak sempat nak buat, so buat frozen. Bila takde idea nak buat kuih, keluarkan dan goreng je.

Untuk frozenkan karipap, lepas siap bubuh inti dan kelim, susun dalam dulang dan masukkan dalam icebox dan biarkan beku lebih kurang 1/2 jam. Lepas tu, keluarkan dan susun dalam bekas khas untuk frozen food (e.g., Freezermate Tupperware).

Cara lain pulak, goreng separuh masak dan bekukan. Lepas tu simpan dalam bekas juga.


KARIPAP KENTANG DAN DAGING
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan untuk kulit:
2 cawan tepung superfine/gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 ketul mentega
1 sudu besar shortening
Air sejuk + garam (agak-agak)

Bahan-bahan inti:
1 keping daging kisar Ramly
2 biji kentang (besar) – didadu
2 tangkai daun kari
1 pokok daun ketumbar – dihiris
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 biji bawang besar – didadu
1/2 cawan udang kering – direndam sebentar dan ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari daging + air – dijadikan pes
Gula pasir dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Inti:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis sebentar dan masukkan gula pasir. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan daging kisar, tumis sebentar. Kemudian, masukkan kentang, bawang besar dan daun ketumbar, gaul sebentar dan masukkan air secukupnya untuk mengempukkan kentang.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga kentang empuk, perasakan.
  5. Masak sehingga kuah pekat dan kering. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam kulit karipap.
Kulit:
  1. Panaskan minyak dan mentega.
  2. Sediakan bekas untuk menguli. Masukkan tepung dan shortening, lubangkan bahagian tengah dan tuangkan campuran minyak.
  3. Kalau takut panas, gunakan senduk kayu untuk menggaul (Mrs. K just guna tangan dan ramas-ramaskan hingga jadi macam serbuk roti).
  4. Tuangkan air sejuk bergaram sedikit demi sedikit dan uli hingga doh boleh dikepal.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis.
  6. Ambil satu doh yang sudah dibulat-bulatkan. Canaikan dalam bentuk bujur dan letakkan 1 sudu besar inti. Lipat 2 dan kelim hingga menutupi keseluruhan inti. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung (untuk mengelakkan karipap melekat). Buat sehingga habis.
  7. Panaskan minyak dan goreng karipap hingga kuning keemasan.

Iftar Day 10

AYAM KAMPUNG MASAK KICAP
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung – dipotong kecil, digaul dengan garam dan kunyit, digoreng separuh masak
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu besar sos tomato
2 – 3 sudu besar kicap manis/masin
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji bawang merah – dihiris
1 inci halia – diracik halus
1 biji bawang besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
Minyak untuk menumis
Air (jika perlu)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing/pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam dan lada hitam. Renihkan sehingga ayam masak.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Masak sebentar dan tutup api.


SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 biji telur puyuh – direbus dengan sedikit garam hingga masak
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + belacan)
1/2 sudu besar gula perang
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar – dihiris bulat
3 tangkai daun ketumbar – diracik kasar
Minyak untuk menumis
Air jika perlu
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kupas telur dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sebentar dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan tomato. Tumis seketika dan masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan telur dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan daun ketumbar. Masak sebentar dan tutup api.


SUP SAWI BUNGA DENGAN DAGING CINCANG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 pokok sawi bunga – diasing batang dan daunnya, dipotong kecil
1 biji cili merah – dihiris kasar
1/2 keping daging kisar – dilembutkan (brand Ramly)
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – diracik halus
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
  2. Masukkan daging dan batang sawi dan kacau sebentar, kemudian tuangkan air secukupnya.
  3. Setelah mendidih, masukkan daun sawi, cili merah dan lada hitam. Perasakan dan tutup api.

Iftar Day 9

ASAM PEDAS IKAN MERAH
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ketul ikan merah
1 sudu kecil halba
3 tangkai daun kesum
1/2 tangkai bunga kantan
Air asam jawa dan air secukupnya
Gula perang dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
Segenggam cili kering – direbus dan dibuang biji
1/2 labu bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 batang serai

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis halba sebentar, masukkan bahan kisar dan gula perang dan tumis lagi hingga betul-betul garing.
  2. Masukkan air asam jawa dan air, didihkan.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan bunga kantan.
  4. Didihkan sekali lagi, dan masukkan daun kesum dan garam. Tunggu sebentar barulah ditutup api.


SAMBAL BELACAN
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan ditumbuk lumat:
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh garam
1 inci belacan – dibakar

1 biji limau nipis/air asam jawa

Cara-cara:
Gaulkan kesemua bahan dan hidangkan.



SOTONG GORENG TEPUNG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
Hirisan sotong besar (dihiris bulat)
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh Italian Mixed Herb
1/2 sudu teh ground cinnamon (dalam botol)
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar baking powder

Cara-cara:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan rehatkan sebentar.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyaknya.


SUP PETOLA DAN SUHUN
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 batang petola – buang kulit luar dan dipotong bulat
1 paket suhun – direndam
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit minyak
Air
1 biji cili merah – dihiris kasar
Sedikit ikan bilis – dibasuh

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Setelah mendidih, masukkan petola.
  5. Setelah mendidih, masukkan cili merah, suhun dan perasa.
  6. Didihkan sekali lagi dan tutup api.


Thursday, July 18, 2013

Iftar Day 8

AYAM MASAK MERAH PANDAN
Sumber: My sis
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – dipotong ikut suka*
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit*
1/2 sudu teh garam*

* Gaul bersama dan goreng separuh masak, ketepikan.

1 helai daun pandan – disimpul
2 inci halia – diracik halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1 biji bawang besar – dipotong bulat
Air, minyak, garam secukup rasa
1 1/2 senduk cili kisar (cili kering + bwg besar + bwg putih)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, daun pandan dan halia hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili Thai dan tumis lagi.
  3. Masukkan sedikit air dan ayam, renihkan hingga ayam masak dan kuah agak pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan bawang besar. Ratakan. Setelah bawang agak layu, bolehlah diangkat.
Nota:
Daun pandan menambah aroma pada masakan.



TAUGEH TUMIS KICAP DENGAN TAUHU
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 genggam taugeh – dibersihkan
1 ketul tauhu – dipotong kiub dan digoreng garing
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji bawang merah – dihiris
1 ketul kecil ikan masin – dipotong kecil
1 biji cili merah – dihiris
1 pokok daun kucai – dipotong ikut suka
1 sudu besar kicap manis
Sedikit air
Minyak

Cara-cara:
  1. Gunakan minyak gorengan tauhu untuk menggoreng ikan masin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak (dalam 1 sudu besar), tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
  3. Masukkan taugeh, daun kucai dan ikan masin. Gaul rata dan masukkan kicap manis, tauhu dan cili merah. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat.
Nota:
Tak perlu tambahkan garam sebab dah ada kicap dan ikan masin.



CEKODOK PISANG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 biji pisang awak – dilenyek halus
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
Sedikit air (jika perlu)

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan dan perap beberapa jam.
  2. Panaskan minyak dan jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak.
  3. Goreng hingga kekuning-kuningan, angkat dan toskan minyak.

Wednesday, July 17, 2013

Asam Pedas Ikan Parang

Bulan 5 lepas kitorang ada pegi jalan-jalan kat PD dan Melaka. Tak ikut highway, ikut jalan kampung. Singgah makan kat sebuah gerai asam pedas, kecik je gerai tu kat area perumahan. Order la 2 set (sebab dia jual set). Tapi lamanya, sbb tak ada pembantu kedai, semua kakak tu yang kena buat, dari buat air, goreng kueytiow ada orang order, sediakan set asam pedas. Hampir sejam jugak la kot.

Tapi penantian tu berbaloi sebab asam pedas dia marvellous....sedap hirup-hirup kuah gitu. Haqimie pun suka betul. Yang 2 orang lagi tu biasalah payah nak makan sikit. En K pun kata sedap. Macam tak cukup tapi tak sanggup nak tunggu 1 jam lagi utk 2nd order pulak. Tapiiiii.........nasi dia ciput sangat, mangkuk nasi yang saiz kecik aje, dan ikan pari dia pon kecik2 je....nasib baik la sedap....set dia sekali dengan timun, sambal belacan dan telur masin sebelah.

Few months after that, beli ikan parang kat pasar borong, terus teringat nak google recipe asam pedas yang ada pakai lada hitam. Jumpa tapi dah tak ingat la ambik kat mana, so Mrs K tulis aje la ye, mintak halal la resepi tu dari sesiapa. TQ.

Bila try resepi ni, terus jatuh cinta. Buat cair pun sedap, pekat pun sedap, so terpulang nak macam mana. Kalau nak cair, serai just ketuk dan tumis sekali dgn bhn2 lain, kalau nak pekat, serai tu blend sekali dgn yg lain. The rest sama aje.


ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN PARANG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 keping ikan parang
1/2 batang bunga kantan – dibelah 2
3 tangkai daun kesum
1 batang serai (atau blend sekali dengan bhn kisar) – diketuk
Air asam jawa (ikut sukatan yang dikehendaki)
1 sudu teh halba
1 biji tomato – dibelah 2
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
15 tangkai cili kering – direndam dalam air panas, dibuang biji
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam






Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis halba sebentar.
  2. Masukkan bahan kisar dan serai dan tumis lagi hingga betul-betul garing.
  3. Setelah garing, masukkan air asam jawa, didihkan.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau sekali-sekala (berhati-hati takut ikan hancur).
  5. Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan tomato. Perasakan. Didihkan sekali lagi dan angkat.
Nota:
Boleh juga kalau nak tambah bendi atau terung bulat.

Second time

Well, ini gambar basi actually. Ini juga adalah second time buat kek ni – Buttermilk Marble Cake, original recipe from Taste Australia. Buat kek ni bawa balk Setiawan for my sis.

BUTTERMILK MARBLE CAKE
Source: Taste Australia
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

185 g mentega – dilembutkan
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kastor
3 biji telur – dipukul ringan
2 cawan tepung superfine
2/3 cawan buttermilk (Mrs K buat sendiri, 2/3 cawan susu segar + 1 sudu teh cuka)
Pewarna makanan – hijau, kuning dan merah (ikut suka)

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Griskan silicone mould (atau acuan yang sesuai).
  2. Gunakan mixer. Putar mentega, esen vanila dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan telur satu persatu, putar selepas setiap tambahan telur. Masukkan tepung dan buttermilk.
  3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, masukkan warna ke dalam bekas masing-masing.
  4. Ambil 1-2 senduk warna pilihan dan sendukkan ke dalam acuan. Kemudian, ambil warna lain pula dan selang-selikan kesemuanya.
  5. Setelah habis, ambil lidi sate dan lingkarkan adunan (untuk mendapat effect marble).
  6. Bakar selama 1 jam (atau hingga kek masak). Setelah masak, biarkan kek di dalam acuan selama 10 minit sebelum dipindahkan ke atas redai.





Ok, ini terlebih browning pulak tapi rasa masih sedap.

Iftar Day 7

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong kembang – direbus sekejap dan ditoskan
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula perang
1 inci belacan bakar
Air asam jawa, minyak dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Setelah sotong menyejuk, potong ikut suka dan cuci bersih untuk buang sisa air kapur yang digunakan untuk merendam sotong di pasar.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan belacan hingga pecah minyak. Masukkan gula perang dan tumis seketika.
  3. Masukkan sos tiram, tumis lagi barulah masukkan sotong dan sedikit air jika perlu (jangan banyak air, nanti kuah cair sebab sotong tu pun akan keluar air).
  4. Tambahkan garam, sesuaikan rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan didihkan sebentar sebelum siap untuk dihidangkan.



Ok, resepi kedua, Sambal Jawa ni jumpa dalam FB Majalah RASA. Terasa nak cuba, tapi bila check kat dapur, ada bahan yang tak ada, tapi takpe, don't worry, kita jadi kreatif sikit. Resepi asal memerlukan hati dan pedal ayam. Mrs K takde so ternampak pulak ada ayam goreng segera brand apa tak ingat ada seketul, terus Mrs K potong kecil-kecil dan goreng garing. Tauhu dan kentang ada tapi Mrs K tak letak sebab rasa dah banyak sangat, so omit. So resepi ni tak boleh la nak panggil Sambal Jawa (nanti marah pula orang Jawa Mrs K modified over sangat), so panggil sambal suhun dan tempe ala Mrs K je la. Mrs K bukan orang Jawa tapi suka sangat kalau dapat jumpa Sambal Jawa ni....sedap ratah. Walau pun dah kena modified, tapi end result dia sedap juga. Meratah juga la.


SAMBAL SUHUN DAN TEMPE ALA MRS K
Olahan: mrskojiwami
Sumber asal: FB Majalah Rasa (Sambal Jawa)

Bahan-bahan:
1/2 paket tempe – dihiris nipis dan goreng garing
3 keping fucuk – direndam hingga lembut dan dipotong kecil
1 keping suhun – direndam
1 ketul ayam goreng segera – dipotong kecil dan digoreng garing
4 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji cili merah – dihiris nipis
5 biji cili padi – dihiris nipis
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar cili kisar
1 inci belacan + 1/2 cawan air asam jawa + sedikit air – dibancuh
1/2 kotak santan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula perang secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga naik baunya.
  2. Masukkan bancuhan belacan dan santan.
  3. Setelah mendidih, masukkan kesemua bahan lain kecuali suhun dan garam dan renihkan.
  4. Setelah merenih, masukkan suhun dan sesuaikan rasa. Goreng hingga agak kering barulah diangkat.


POPIAH GORENG
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan inti:

1/2 biji sengkuang – disagat halus
1/2 biji carrot – disagat halus
2 pokok kucai – dipotong 2 inci
Minyak, air, Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk halus:

2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar lada hitam
Segenggam udang kering – direndam untuk melembutkannya

Kulit popia – dinyahbeku (thawed)
Bancuhan tepung gandum – untuk melekatkan finishing
Sos keropok lekor
Bawang goreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan inti. Masak sehingga agak kering dan angkat. Ketepikan. Boleh disimpan dalam peti ais.
  3. Ambil sekeping kulit popia, bubuh 1 sudu besar inti dan gulung. Hujung gulungan lekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Buat sehingga habis.
  4. Goreng hingga kekuningan.
  5. Atur dalam pinggan hidangan dan tuangkan sos keropok lekor, tabur bawang goreng.

Sahur Day 6

Untuk sahur puasa ke-6, Mrs K masakkan nasi goreng belacan, tambahkan sayur sawi so that ada la vege juga kan. Resepi ni turun-temurun dari mak Mrs K dan every members in the family love it.

NASI GORENG BELACAN
Sumber: Mak Mrskojiwami
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 cawan nasi sejuk – diramas supaya tidak berketul
2 biji telur
1 pokok sawi – dipotong kecil, asingkan batang dan daun
1 1/2 sudu teh garam (Mrs K gantikan dengan Maggi Cukup Rasa)

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
Segenggam ikan bilis – direndam sebentar untuk melembutkannya
1 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 inci belacan bakar

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis baham tumbuk hingga naik baunya.
  2. Masukkan Cukup Rasa dan pecahkan telur. Biarkan telur set sekejap barulah dipecah-pecahkan.
  3. Masukkan batang sawi dan nasi. Gaul sekejap barulah dimasukkan daun sawi. Gaul rata hingga sawi agak layu. Boleh dihidangkan.

Senang kan?

Happy advanced birthday Qayyum

Today (14th July 2013) is iftar day 5. Esok (15th July 2013) birthday Qayyum yang ke-6, tapi memandangkan bulan puasa, kita sambut a day earlier which fall on Sunday. He requested for a chocolate cake (what else if it's Qayyum anyway), so his wish was granted by his mummy, an amateur baker :). Malam sebelum tu, pi melawat my MIL yang datang lepak KL kat rumah anak bujang dia di KD tu, MIL bekalkan pisang awak (ke abu?) so tak nak la typical cekodok pisang, Mrs K pun google la, jumpa resipi apam pisang coklat urai by Azlita Masam Manis. Haqimie punya suka la, sedap dia kata. Qayyum dan Rayyan tetap setia ngan choc cake :).

Untuk lauk berbuka pulak, Mrs K masakkan untuk mak, sotong telur masin, then untuk the rest kari asam pedas ikan merah. Gabungan kari dan asam pedas.


SOTONG TELUR MASIN
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong panjang – dibuang kulit luar (purple) dan dihiris bulat
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji telur masin – ambil kuningnya sahaja, lenyek-lenyekkan
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih – dicincang
5 biji cili padi – dihiris nipis
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
Minyak

Cara-cara:

  1. Gaulkan sotong dengan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kunyit dan Cukup Rasa. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan dalam 1 sudu besar minyak dan tambah butter. Setelah butter mencair, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.
  4. Masukkan telur masin dan lenyekkan supaya hancur dan bertukar warna (masak).
  5. Masukkan susu cair dan kacau hingga agak pekat barulah dimasukkan sotong. Kacau rata hingga sotong masak.





KARI ASAM PEDAS IKAN MERAH
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 potong ikan merah – dibersihkan
1 sudu kecil halba campur
1 paket serbuk kari ikan – dibancuh dengan sedikit air
1/2 paket perencah Asam Pedas Maggi
2 tangkai daun kari
1 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji tomato – dibelah 2
5 biji bendi

Bahan-bahan ditumbuk:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari dan asam pedas. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, setelah mendidih, masukkan kepingan ikan. Biarkan merenih dan masukkan tomato dan bendi serta perasakan.
  4. Tutup api apabila kuah menjadi agak pekat.
  5. Sedap juga dimakan dengan roti.





CHOCOLATE CAKE
Diadaptasi dari: Devil's Food Chocolate Cake by Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami




Bahan-bahan:
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate (terpaksa omit sbb dah habis) so ganti dengan 1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
125 gm butter
2 biji telur (gred B) – Pn Azlita guna gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan buttermilk (ran out of fresh milk, so Mrs K gantikan dengan 2 scoop susu tepung + air sejuk + 1 sudu kecil cuka)
1 cawan air siam

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C selama 30 minit.
  2. Sediakan loyang (Mrs K salah guna loyang, so kek agak leper, tapi takpe boleh je, suka hati nak buat cemana pun kan). Lapikkan dengan kertas minyak dan gris dengan butter. Ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mixer, pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  5. Setelah sebati, masukkan campuran tepung berselang-seli dengan buttermilk dan air suam. Pukul rata setiap kali masukkan bahan-bahan tersebut. Ulang sehingga habis.
  6. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan pukul sebentar.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan di atas redai.


Ganache:
1/2 bar coklat masakan + 10 keping chocolate buttons (coklat masakan kehabisan :) – diparut
1 sudu besar butter
1/2 cawan whipping cream

Cara-cara:

  1. Gunakan kaedah double-boiler. Panaskan whipping cream, masukkan parutan coklat dan kacau hingga larut kesemuanya. Akhir sekali masukkan butter dan kacau rata.
  2. Tuangkan ke atas kek suam-suam bila kek telah sejuk sepenuhnya. Hiaskan ikut suka.




APAM PISANG COKLAT URAI

Sumber: Azlita Masam Manis
Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
5 biji pisang awak kecil – dilenyek
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh esen pisang
Secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh ovalette
1/4 bekas kecil chocolate rice

Cara-cara:

  1. Panaskan pengukus. Sementara itu sediakan acuan (Mrs K guna silicone mould). Gris acuan dengan sedikit marjerin.
  2. Tambahkan esen pisang dan soda bicarbonate ke dalam pisang yang dilenyek. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan baking powder. Ayak dan ketepikan.
  4. Gunakan mixer untuk memukul telur, ovallette, gula perang dan minyak.
  5. Pukul sehingga pekat dan berkrim.
  6. Masukkan pisang lenyek dan kacau sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan adunan rata.
  8. Akhir sekali, masukkan chocolate rice dan gaul rata.
  9. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan taburkan ke dalam silicone mould yang diletakkan di dalam loyang yang rata (untuk stabilkan kedudukan silicone mould). Padatkan.
  10. Tuangkan adunan pisang dan rata bahagian atas.
  11. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Tuesday, July 16, 2013

Iftar Day 4

Masih tak berkesempatan nak snap gambar makanan, walaupun hari ni hari Sabtu, keje 1/2 day... Keje je la hari ni sbb ingat nak cuti next week. Sama ngan En K kan. So disebabkan hari ni kira hari cuti weekend la, so Mrs K merajinkan diri nak masak something special, lain dari hari biasa. Mula-mula berhasrat nak masak nasi ayam, tapi pada hari kejadian, nasi ayam menjadi nasi ketumbar Che CT. Masakan ayam pulak hasil adaptasi dari daging masak hitam/dendeng Che Sue. Selain dari tu, Mrs K amat la rajinnya buat air soya homemade (actually kacang soya tu dah beli berbulan-bulan lamanya, nasib baik belum expired lagi :). Nasi ketumbar ni mmg recommended pada sesiapa yang nak try, even though kaler hijau tapi rasa sangat sedap. Dah beberapa kali juga Mrs K buat nasi ni. Family Mrs K pun suka sangat. Masak 4 cawan just tinggal 1/2 cawan je, selalu masak nasi 3 cawan aje. Mak Mrs K pun menambah-nambah, mmg favourite dia nasi berperisa ni.


NASI KETUMBAR
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi – dibasuh dan direndam beberapa jam supaya memanjang, toskan
4 cawan air rebusan ayam/air biasa
1 batang serai – diketuk
1 biji bawang kuning – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 inci halia – dicincang
2 pokok daun ketumbar dan akarnya – dikisar dengan sedikit air
3 sudu besar butter
1/2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau
1 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa/garam secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan butter dan minyak dalam kuali. Tumis bahan cincang dan serai hingga layu.
Masukkan kisaran ketumbar (tidak perlu ditapis). Tumis lagi hingga agak pekat dan masukkan beras. Gaul rata hingga menyaluti kesemuanya.
Pindahkan ke dalam rice cooker, tambah air rebusan ayam dan Cukup Rasa. Tanak nasi seperti biasa.
Bila nasi sudah masak, titikkan secara rawak (randomly) pewarna hijau, tunggu seketika kemudian kaup balik 2 – 3 kali (so dia akan jadi seperti nasi hujan panas).
Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan lauk sampingan yang bersesuaian. Mrs K sekeluarga makan dengan daun salad, hirisan tomato, hirisan timun dan ayam masak hitam.




AYAM MASAK HITAM
Sumber: Che Sue (asalnya daging dendeng)
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil (direbus sebentar untuk mendapatkan air rebusan – angkat dan toskan)
2 sudu besar cuka
Kicap manis secukupnya
Sedikit air rebusan ayam

Perap kesemua bahan di atas selama beberapa jam.

Bahan-bahan dikisar halus:
1 genggam cili kering – dipotong kecil dan direndam dalam air panas, toskan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan lain:
1 batang serai – diketuk
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar

Cara-cara:
Panaskan minyak. Toskan ayam dari perapan (jangan dibuang bahan perapan), dan goreng ayam sebentar. Angkat dan toskan, ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dan serai hingga betul-betul garing. Masukkan air perapan dan ayam, tambah sedikit air dan kicap manis. Renihkan. Perasakan jika perlu.

Setelah kuah agak pekat, masukkan daun ketumbar. Angkat dan hidangkan.





Untuk membuat air soya pula, Mrs K ikut je cara yang Mrs K jumpa masa dok google. Sepatutnya kena perah dalam kain bersih, tapi Mrs K agak malas, so Mrs K just tapis je air soya tu, hampas dia Mrs K blend 3 kali. Pastu didihkan, masukkan 1 helai daun pandan yang disimpul. Bila mendidih (kacau selalu), masukkan gula ikut manis yang kita kehendaki. Untuk berbuka, mak Mrs K tolong cincangkan cincau, so jadi la soya cincau.

Iftar Day 3

Menu untuk hari ketiga iftar ni: Kurma Daging, Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa, Donut Balls. Doh donut tu lepas sahur Mrs K uli. Gigih.... :). Lepas uli tutup dengan foil simpan dalam fridge. Risau juga doh ni naik ke tak (actually resepi asal kata tak perlu tunggu naik pun). Tapi kan nak goreng untuk berbuka puasa, takut balik kerja tak sempat nak uli, so uli la siap-siap kan. Alhamdulillah, doh naik **lega**.

KURMA DAGING
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging – direbus dan dipotong ikut suka
1 tangkai daun kari
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar kerisik
1 paket rempah kurma – dibancuh dengan air dan kerisik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 biji kentang – dipotong 4
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1 cawan santan cair (1/4 kotak santan + air)
1/2 cawan santan pekat (1/4 kotak santan)
1 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar.
Masukkan bahan tumbuk dan serai dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan bancuhan rempah kurma dan daun kari, tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, gaul rata dan tuangkan santan cair dan masukkan kentang.
Kacau dan tutup periuk, kacau sekali-sekala dan masak sehingga kentang empuk.
Kemudian, masukkan santan pekat dan cili merah.
Setelah mendidih, perisakan dan masukkan air asam jawa, didihkan lagi dan tutup api.




IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru saiz sederhana – dibelah belakang
Serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa

Gaulkan kesemua bahan dan ketepikan.

Bahan-bahan sambal kelapa:
1 genggam udang kering – direndam sebentar
2 biji cili merah
3 biji cili padi
1 batang serai - dihiris
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
2 senduk kelapa parut putih
1 sudu teh gula merah
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
Sumbatkan bahan inti ke dalam ikan padat-padat. Boleh digoreng atau dibakar. Mrs K panggang dalam magic pan je.



DONUT BALLS
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
500 g tepung superfine
1 paket (11 gm) yis kering
50 g marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir (sepatutnya kastor)
2 sudu besar susu pekat + 2 sudu besar susu tepung
1 biji telur – dipukul ringan
1/2 sudu teh garam halus
Air suam kuku – ikut kuantiti tepung yang digunakan

Hiasan:
Gula halus

Cara-cara:
Tuangkan air suam ke dalam bekas yang besar, masukkan gula, yis, shortening, marjerin dan campuran susu. Kacau sedikit dan biarkan sehingga berbuih, lebih kurang 8-10 minit.

Setelah berbuih, ayak separuh daripada tepung terus ke dalam bekas. Masukkan telur dan garam. Kacau adunan hingga sebati dan melekat pada sudu kayu.

Ayak lebihan tepung ke dalam bekas dan gaul dengan sudu seketika barulah uli dengan tangan pula.

Uli hingga doh tidak melekat pada tangan. Doh tidak perlu direhatkan (boleh juga – terpulang).

Panaskan minyak secukupnya. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Doh akan mengembang sementara itu. Boleh juga diterap dengan acuan donut.

Goreng donut balls dalam 3 - 4 biji sekaligus. Balik-balikkan hingga kuning keperangan. Angkat, toskan minyak dan terus golekkan ke dalam bekas berisi gula halus.

Pindahkan ke dalam pinggan hidangan.

Iftar Day 2

Sampai rumah pukul 5.45 pm. Terus bersilat kat dapur. :) Menu hari ni ikan siakap steam limau (dalam pemanggang ajaib/magic pan) dan sotong kembang masak paprik. Sebenarnya nak masak sotong kembang sambal je, tapi bila tgk takde sayur so dapat idea nak buat paprik, walaupun tak pernah pulak buat paprik pakai sotong kembang. Tapi ok la dapat diterima tekak semua orang dalam rumah ni. Seperti semalam, gambar tak sempat nak snap, dah bunyi azan. Disebabkan semalam buah melaka tu tak cukup, hari ni Mr K beli 2 paket tepung pulut dan suruh buat lagi. Aduh....punah plan nak buat kuih bakar pandan.


IKAN SIAKAP KUKUS MY STYLE
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana – disiang
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
4 ulas bawang putih – dicincang
3 inci halia – diracik halus
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 biji limau nipis – diperah jusnya
1/2 biji lemon – diperah jusnya
2 sudu besar sos tiram
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1/2 batang serai – dihiris halus
1 pokok daun ketumbar termasuk akarnya – dibersihkan dan diracik kasar
Cendawan hitam – direndam hingga kembang
Air secukupnya

Cara-cara:
Sediakan magic pan.
Gaul ikan dengan Cukup Rasa dan jus limau dan lemon rata-rata. Baki jus semasa menggaul jangan dibuang.
Letak separuh bawang kuning, bawang putih dan halia di dalam magic pan dan letakkan ikan di atasnya.
Tabur separuh lagi bawang kuning, bawang putih, halia bersama-sama cili padi, serai, akar ketumbar, separuh daun ketumbar, cendawan dan tuangkan sos tiram dan air secukupnya. Tuangkan juga baki jus limau untuk disapu pada ikan tadi.
Hidupkan api dan masak atas api sederhana selama 10-15 minit atau sehingga ikan masak. Hiaskan dengan baki daun ketumbar.

Nota:
Sebelum ni tak pernah pula gunakan magic pan untuk mengukus ikan, tapi ternampak kat Aziejaya, so try la kali ni. Ok, memang mudah, tak payah nak pakai pengukus bertingkat-tingkat kan. Sedap dan masakan ikan pun rata tanpa perlu terbalikkan pan sebabnya wap yang terperangkap dalam pan tu membuatkan ikan masak rata juga.




SOTONG KEMBANG MASAK PAPRIK
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong kembang saiz sederhana – dibersihkan dan direbus sekejap, toskan airnya dan potong ikut suka
1/2 batang carrot – dipotong ikut suka
1/2 paket kacang peas – dipotong 2
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang putih + bawang besar)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat manis
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1/4 cawan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Minyak

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang kuning dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Setelah garing, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat manis. Tumis sebentar.
Kemudian, masukkan sayur-sayuran, kacau sebentar, masukkan sotong, daun ketumbar dan cili padi. Masukkan juga sedikit air.
Setelah mendidih, masukkan Cukup Rasa dan bancuhan tepung jagung. Sesuaikan rasa dan tutup api.

Ramadhan 2013

Salam ramadhan, dah nak masuk hari ke-7 berpuasa hari ni. Niat nak berkongsi resepi tu ada tapi masa yang tak berapa nak ada nak berblogging. Lagi pulak, gambar memang tak sempat langsung nak ambik, balik keje sampai rumah dalam pukul 5.45 pm, terus start masak lauk. Itu pun nasib baik mak sekarang ada kat rumah, so mak tolong masak nasi dan keluarkan lauk untuk defrost, kalau tak jenuh. Dah siap masak, ngam-ngam time nak buka puasa, so bila azan, makan je terus tanpa sempat snap pixies pun. Tapi nak share juga, selain berkongsi, juga sebagai rujukan untuk diri sendiri.

Ok, start dengan sahur day 1. Tak masak apa pun, just goreng telur tuang kicap untuk yang lain-lain.

Iftar day 1 pulak: ikan terubuk goreng garing cicah air asam, cendawan (macam enoki tapi jenis besar) masak lemak cili padi dengan udang, air sirap bandung (mak buat), kurma. Kuih pula Mrs K buat buah melaka. Tapi ada tragedi sikit la, tak perasan pulak tepung pulut dah tinggal sikit rupanya. Dapat 1 cawan tepung je....so gentel2 dapat la berapa belas ketul je, makanya tak cukup la pulak. Haqimie tak dapat merasa sebab Qayyum belasah paling banyak.

AIR ASAM
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar – dicincang
1 biji cili merah – dicincang
5 biji cili padi – dihiris nipis
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang putih + bawang besar)
1 biji tomato – didadu
1 inci belacan – dibancuh dengan 3/4 cawan air asam jawa pekat
1 sudu kecil gula perang
1/2 sudu kecil garam

Gaulkan kesemua bahan. Sedap untuk dibuat cicahan ikan bakar dan ikan goreng garing.



CENDAWAN MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN UDANG
Sumber: mrskojiwami/mak mentua

Bahan-bahan:
1 paket cendawan (ala-ala enoki tapi besar sedikit) – dibersihkan dan ditoskan airnya
1 batang serai – diketuk
1/2 kotak santan
10 ekor udang tanpa kulit
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji cili merah

Jerangkan santan pekat dan sedikit air yang dicampur bersama dengan bahan-bahan tumbuk dan serai. Setelah mendidih sedikit, masukkan cendawan dan renihkan sebentar. Kemudian, masukkan udang diikuti dengan garam dan kacau hingga udang bertukar warna dan masak. Angkat dan hidangkan.



BUAH MELAKA (ONDE-ONDE)
Sumber: CT Delima

Bahan-bahan:
2 ketul gula melaka – dipotong kiub kecil
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
3 helai daun pandan – dikisar halus dan diperah airnya
1 1/4 cawan air + secubit garam halus
Sedikit pewarna hijau
Kelapa parut putih secukupnya – digaul dengan secubit garam halus

Cara-cara:
Panaskan air rebusan terlebih dahulu.
Sementara itu, satukan air garam, jus pandan dan pewarna hijau. Sediakan juga kelapa parut di dalam bekas yang leper.
Satukan kedua-dua jenis tepung dan tuangkan campuran air pandan sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dan boleh dikepal (adjust mana yang perlu ~ tambah air/tepung).
Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Leperkan dan masukkan 1-2 ketul kiub gula melaka dan balut dan bulat-bulatkan kembali. Pastikan gula dibalut sepenuhnya dan tidak terkeluar. Buat sepuluh-sepuluh, masukkan ke dalam air mendidih.
Buah melaka masak apabila ia timbul di permukaan air. Angkat dan toskan airnya kemudian golek-golekkan ke dalam kelapa parut tadi hingga bersalut sepenuhnya. Alihkan ke pinggan hidangan. Ulang sehingga habis.

Monday, July 15, 2013

Sambal Sardin


SAMBAL SARDIN
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 tin sedang sardin
1 biji bawang besar – dipotong bulat
7 biji cili padi – dibelah 2 tak putus
1 biji cili merah – dibelah 2 tak putus
1 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1 inci halia – diracik halus
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
1 biji tomato – dibelah 2
Garam
Minyak
Air

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan gula perang. Tumis seketika.
Masukkan sardin beserta kuahnya, asam gelugur dan air (ikut banyak mana kuah yang dikehendaki).
Setelah mendidih, masukkan bawang besar, tomato, cili padi dan cili merah. Didihkan sekali lagi dan perasakan.
Setelah mendidih, bolehlah diangkat.

Pajeri Terung



PAJERI TERUNG
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 biji terung – dibelah 2 tak putus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 paket serbuk kari ayam – dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar kerisik
2 tangkai daun kari
1 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
Gula pasir
Garam
Minyak

Bahan-bahan ditumbuk halus:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci belacan
1 genggam udang kering – direndam
1 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan tumis lagi hingga wangi.

Setelah agak garing, masukkan bancuhan serbuk kari, kerisik dan daun kari. Tumis hingga betul-betul garing barulah masukkan santan cair.

Setelah mendidih, masukkan pula terung dan renihkan hingga separuh empuk. Kemudian, masukkan santan pekat, gula pasir dan garam secukup rasa.

Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan masak hingga pecah minyak tetapi masih berkuah.

Sambal Telur Puyuh

Kalau masak sambal telur puyuh ni, rasanya memang tak cukup 1 paket 20 biji tu. Lain kali kena beli 2 paket la kot.



SAMBAL TELUR PUYUH
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
20 biji telur puyuh – direbus dengan sedikit garam, dikupas kulitnya
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula perang
1/2 pokok daun ketumbar – dihiris kasar
Air dan garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau rata kemudian masukkan air (agak-agak nak pekat mana).
Setelah mendidih, masukkan telur dan daun ketumbar. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
Didihkan sekali lagi dan boleh diangkat.

Sotong Goreng Tepung

Haqimie suka sangat kalau dapat sotong goreng tepung ni. Tetapi mama dia ni malas nak buat sebab tak ramai peminatnya, so kalau buat tu macam....err....tapi sekali-sekala boleh la layan request dia tu. Anyway, resepi ni hasil gabungan daripada bertanya few people, tanya officemate la, google la, idea sendiri la. Nasib baik sedap di tekak Haqimie. :)


SOTONG GORENG TEPUNG
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong panjang – dibuang kulit luar dan dipotong bulat sederhana nipis
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu kecil Italian Mixed Herb (dalam botol)
1 sudu besar baking powder
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan kecuali minyak dan perap beberapa jam atau semalaman.

Panaskan minyak dan goreng sotong hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.

Telur Dadar Mayonis

Terpengaruh dengan iklan la ni, terus rasa nak cuba. Anyway, sedap dan gebu.


TELUR DADAR MAYONIS
Sumber: Iklan
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 biji bawang besar – dicincang
1 biji cili merah – dicincang
3 biji cili padi – dihiris halus
3 tangkai daun ketumbar – dicincang
1 sudu besar mayonis
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Minyak

Cara-cara:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk sederhana besar bersama dengan mayonis dan pukul dengan whisk hingga gebu dan kembang.
Masukkan bahan-bahan lain dan kacau rata.
Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan dadarkan telur. Biarkan selama 1-2 minit sebelum diterbalikkan. Setelah perang dan masak, angkat dan hidangkan.

Kacang Buncis Goreng


KACANG BUNCIS GORENG
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 paket kacang buncis – disiang
1/2 genggam ikan bilis yang sudah disiang – digoreng garing
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang
1 biji bawang merah – dihiris
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
1 biji cili merah – dihiris
Air
Minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah hingga layu.
Masukkan kacang buncis dan goreng sebentar.
Masukkan sos tiram, kicap dan air. Masak sehingga kacang buncis lembut dan masukkan cili merah dan ikan bilis.
Gaul rata dan angkat.

Ikan Kembung Masak Merah

Selalu juga la Mrs K buat masak merah ni, tak kiralah untuk masakan ayam, daging, ikan atau udang, sebabnya my boys memang suka sangat masak merah, especially Haqimie. So, the other day, no idea nak masak apa dengan ikan kembung ni, so masak la Ikan Kembung Masak Merah. Resepinya sama aje macam ayam masak merah, just gantikan dengan ikan je. Jenis ikan terpulang la nak yang mana, Mrs K selalunya guna ikan kembung, ikan merah, ikan bawal atau ikan jenahak.


IKAN KEMBUNG MASAK MERAH
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung (saiz sederhana) – disiang dan dikelar-kelar
Serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa/garam

Gaulkan kesemua bahan dan goreng ikan hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan sos:
1 1/2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + halia)
1 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang
1 1/2 sudu besar sos cili Thai
1 pokok daun ketumbar
Air, garam, minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula perang dan tumis sebentar.
Masukkan sos tiram dan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng dan daun ketumbar.
Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Renihkan sehingga kuah menjadi agak pekat. Angkat dan hidangkan.

Happy 2nd birthday, my boy Rayyan


Buat kek ni pada 10 May 2013 yang lepas sempena birthday my lil boy, Rayyan. Recipe based on Dayangjack's recipe. Mrs K buat half recipe je.

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Sumber: Dayangjack 
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 3/4 cawan air sejuk peti ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil Nescafe + air panas
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil cuka

Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170°C. Sediakan loyang kek (Mrs. K guna silicone mould kecil). Griskan dengan butter.

Ayak tepung dengan baking powder, soda bicarbonate dan serbuk koko ke dalam bekas yang besar. Masukkan juga susu tepung, garam dan gula perang. Kacau rata.

Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan bancuhan Nescafe. Kacau perlahan-lahan dengan whisk dan pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka dan kacau rata hingga sebati tetapi jangan lama.

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum diletakkan ganache.


Ganache:
1/2 cawan non-dairy whipped cream
1/2 bar coklat masakan – dicincang
1 sudu besar butter

Gunakan kaedah double-boiler (periuk yang lebih besar mengandungi air mendidih dan masukkan periuk yang lebih kecil di atasnya).

Panaskan whipped cream (tak perlu lama, cukup sekadar dihangatkan). Masukkan cincangan coklat masakan dan larutkan.

Setelah betul-betul larut dan cair, masukkan butter dan larutkan lagi.

Tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan di atas redai.

Sambal Ikan Bilis dan Petai


SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 genggam ikan bilis yang sudah disiang – dibasuh dan ditoskan airnya
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula perang
1 cawan petai yang dikupas
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Air
Minyak

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar hingga garing dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga berkilat warnanya.
Masukkan sos tiram dan tumis lagi. Masukkan pula petai dan tumis sebentar sebelum dimasukkan air, asam gelugur dan bawang besar.
Setelah petai empuk, masukkan ikan bilis goreng dan garam secukup rasa.


Ayam Masak Merah


AYAM MASAK MERAH PANDAN
Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan A:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil
Serbuk kunyit dan garam

Lumurkan kesemua bahan dan goreng separuh masak.

Bahan-bahan B:
1 1/2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih + halia)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tomato
1 pokok daun ketumbar – dipotong kasar
1/2 biji bawang besar – dipotong bulat
1 helai daun pandan – disimpul
Garam dan gula perang secukup rasa
Air
Minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan daun pandan hingga pecah minyak. Masukkan gula perang dan tumis lagi hingga nampak berkilat.
Masukkan sos tiram, sos cili Thai dan sos tomato. Masukkan sedikit air dan renihkan.
Masukkan ayam dan kacau sekali sekata hingga ayam betul-betul masak dan empuk.
Setelah kuah agak pekat, perasakan garam dan masukkan bawang besar dan daun ketumbar.
Kacau sebentar, angkat dan hidangkan.

Nota:
Daun pandan membuatkan masakan berbau wangi.

Chicken Curry Buns


End of May hari tu agak boring sebab En K tak ada, pegi camping ngan officemates dia kat Endau-Rompin. Tapi hari En K balik terasa nak buat something untuk menyambut kepulangan dia nanti, hihi.

Google punya google, rasa nak try buat Curry Chicken Buns, resepi ambil di mana, sorry tak ingat dah. Anyway, thanx pada siapa yang share recipe tu ya. Ada la saya modified sikit, misalnya tambah bread improver dan bread softener. Inti pun ada modification sikit. Sedap, Haqimie sorang je nak dekat 4 biji buns dia telan. Untuk Qayyum dan Rayyan, saya buat inti chocolate buttons.

En K balik, terus hidangkan bun. Dia kata okey la (ayat typical En K).

CHICKEN CURRY BUNS
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan doh:
500 g tepung roti
1 paket (11 g) yis segera
50 g mentega tanpa garam – dilembutkan
[kena cari balik resepi ni)

Bahan-bahan inti:
2 biji kentang – dipotong dadu kecil-kecil
2 ketul isi ayam – dipotong dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu
4 ulas bawang putih – dipotong dadu
1 paket serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
1 sudu besar gula perang (atau lebih)
1 tangkai daun kari
4 tangkai daun ketumbar – dihiris halus
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara-cara (inti):
1               Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2               Masukkan pes kari dan tumis hingga garing.
3               Kemudian, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan kentang dan air (cukup sehingga menutupi kentang).
4               Masak sehingga kentang empuk, barulah masukkan bahan-bahan lain. Sesuaikan rasa.
Masak sehingga kuah agak pekat. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.