Thursday, July 24, 2014

Iftar Day 25 (Wednesday 23.7.14)

Sambal Tumis Sotong Kering

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong kering – direndam semalaman dan dipotong kecil
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
2 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
4 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar selama 2 minit kemudian masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan air dan asam keping. Kacau rata.
  3. Setelah mendidih, masukkan sotong kering dan bawang besar. Kacau rata selama 4 – 5 minit atau sehingga bawang kelihatan layu dan sotong mengecut sedikit.
  4. Tambahkan garam dan gaul rata. Setelah mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


Sup Kubis Cina

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 keping fuchuk – direndam
1 cekak suhun – direndam
10 biji bebola ayam
5 helai kubis cina – dipotong
Garam secukup rasa
2 cawan air
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan air dan kacau rata. Biarkan mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan bebola ayam. Masak selama 3 – 4 minit.
  4. Kemudian, masukkan kubis cina, fuchuk dan suhun. Kacau rata sekali sekala hingga mendidih.
  5. Tambahkan garam dan didihkan sekali lagi.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Wednesday, July 23, 2014

Iftar Day 24 (22.7.14 Tuesday)

Daging Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
300 g daging batang pinang – dihiris nipis melawan urat
1/2 biji capsicum merah – dipotong dadu lebar-lebar
2 biji cili hijau – dipotong 3 dan dibelah 2, dibuang biji
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih dan masukkan sos tiram, sos cili, serbuk lada hitam dan kicap. Kacau rata hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak sehingga daging mengecut (keluar air) dan berkuah.
  3. Masukkan garam, capsicum, cili hijau dan bawang kuning. Gaul rata hingga sayur-sayuran 3/4 masak dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.


Masak Lemak Labu

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 biji labu saiz kecil – dibuang kulit dan dipotong dadu besar-besar
Sedikit ikan bilis – dibersihkan
1 biji bawang merah – dihiris
1 helai daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
1/2 paket santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Rebus labu bersama air selama 10 minit (1/2 masak).
  2. Masukkan bahan-bahan lain kecuali garam dan kacau rata perlahan-lahan.
  3. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.


Kuah Durian

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ulas durian
1 helai daun pandan – disimpul
5 sudu besar gula putih
Secubit garam
1/2 paket santan pekat
1/2 cawan air

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan jerang di atas api perlahan.
  2. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  3. Tutup api dan sedia dihidangkan dengan roti putih.

Tuesday, July 22, 2014

Iftar Day 23 (Monday 21.7.2014)

Sup Ekor

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg ekor lembu – dibersihkan
Air untuk merebus
1 sudu besar cuka putih
1 bungkus Sup Bunjut Adabi
3 pokok akar daun ketumbar – dibersihkan
3 inci halia – diketuk
2 biji bawang merah – dipotong 4
3 ulas bawang putih – diketuk
1 biji kentang – dipotong 4
1/2 biji tomato – dibelah 2
Air untuk kuah sup
Garam/Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1/2 biji lemon – diambil jusnya

Hiasan:
Daun ketumbar – diracik
Bawang goreng

Cara-cara:
  1. Rebus ekor lembu dengan air dan cuka selama beberapa jam (sekurang-kurangnya 2 jam). Tambah air jika nampak semakin kering. Tujuan cuka diletakkan adalah untuk melembutkan daging ekor lembu.
  2. Setelah ekor lembu empuk, buang air rebusan dan basuh dengan air biasa. Kemudian, masukkan ke dalam periuk sup dan tuangkan air lebih sedikit dari paras ekor lembu (atau lebih jika suka).
  3. Jerangkan di atas api sederhana, masukkan Sup Bunjut, akar ketumbar, halia, bawang merah, bawang putih dan kentang.
  4. Tutup periuk, biarkan mendidih sambil dikacau sekali-sekala. Tujuan menutup periuk supaya kentang cepat empuk.
  5. Setelah menggelegak dan kentang empuk, masukkan tomato dan garam. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan jus lemon. Kacau rata.
  6. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan dan tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Sedia dihidangkan.


Ayam Kampung Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 ketul ayam kampung
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 1/2 sudu besar kicap masin/manis/pekat
1/4 cawan air
1/2 biji bawang besar – dipotong bulat
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 2 sudu besar minyak. Tumis cili kisar sebentar, kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam. Tumis sebentar.
  3. Kemudian, masukkan kicap dan kacau. Tuangkan air dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ayam, bawang besar dan cili merah. Kacau rata.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.



Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis – dibersihkan
1/2 cawan petai yang dikupas
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh gula merah
1/4 cawan air
1 keping asam keping
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar sebentar. Kemudian, masukkan gula merah dan tumis lagi.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan petai dan air. Kacau sekali-sekala hingga petai separuh masak.
  4. Kemudian, masukkan ikan bilis dan asam keping.
  5. Gaul rata, akhir sekali masukkan garam.
  6. Gaul rata beberapa minit dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Iftar Day 22 (20.7.2014 Sunday)

Sup Ayam Kampung


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 ketul ayam kampung
1 biji kentang – dipotong 4
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 bungkus Sup Bunjut Adabi
2 biji bawang merah – dipotong 4
3 ulas bawang putih – diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali garam/perasa ke dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana.
  2. Tutup periuk supaya kentang cepat empuk.
  3. Selepas 10-15 minit, masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan. Tabur daun bawang/sup dan bawang goreng jika suka.

Iftar Day 21 (19.7.2014 Saturday)

Sambal Tumis Daging

Sumber: Peej Burhan
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
700 g daging batang pinang – dihiris sederhana nipis melawan urat
1 biji bawang besar – dihiris kasar
2 batang serai – diketuk
1 keping asam keping
4 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
1 senduk minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan serai hingga wangi dan mendidih.
  2. Masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging, bawang besar dan asam keping. Kacau sekali-sekala, masak sehingga daging mengecut dan menjadi berkuah.
  4. Masukkan garam dan kacau hingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.





Ikan Talapia Goreng Berlada


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia merah sederhana besar – dikelar di kedua-dua belah
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 keping asam keping
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Minyak masak

Bahan-bahan dikisar kasar/ditumbuk:
2 biji cili merah – dipotong kecil
30 biji cili padi – dipotong kecil
2 biji bawang besar – dipotong kecil
5 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata.
  2. Goreng hingga garing di kedua-dua belah. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  3. Tinggalkan 5 sudu besar minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan asam keping. Tumis selama 5-7 minit, tutup api dan sendukkan ke atas ikan goreng.
  5. Sedia dihidangkan.






Sayur Campur



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 biji straw mushrooms – dihiris kasar
1/2 batang carrot – dihiris bulat
10 biji kacang peas – dipotong 2
2 keping kubis Cina – dihiris lebar
1/2 biji cili merah – dihiris serong
6 ekor sotong – dipotong bulat
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sotong dan tumis sebentar, kemudian masukkan kacang peas dan carrot. Tumis sebentar hingga separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan air, kubis Cina, straw mushrooms, cili merah dan Maggi Cukup Rasa. Kacau sekali-sekala hingga mendidih dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.




Bubur Kacang Durian



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan kacang hijau – direbus hingga empuk dan ditoskan
10 ulas durian
1 helai daun pandan
5 sudu besar gula pasir/gula perang (agak-agak)
1/2 paket santan pekat
1 cawan air
Secubit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan kacang yang direbus ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain kecuali santan dan garam.
  2. Renihkan di atas api sederhana sambil dikacau sekali-sekala.
  3. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam dan masak hingga mendapat kepekatan yang diingini.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Sahur Day 21 (19.7.2014 Saturday)

Kueyteow Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 paket kueyteow – dibilas dengan air bersih dan ditoskan
2 pokok daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1/2 cawan taugeh – dibersihkan
2 biji telur
1/2 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat Jalen
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan jadikan scrambled eggs. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah sedikit minyak jika perlu. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sebentar.
  4. Masukkan pula sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan juga sedikit air (dalam 1/4 cawan). Kacau rata hingga mendidih.
  5. Masukkan kueyteow, taugeh dan kucai. Gaul rata, masukkan garam dan goreng hingga sebati, tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.
  6. Akhir sekali, masukkan scrambled eggs. Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.

Iftar Day 20 (18.7.14 Friday)

Ayam Masak Lemak dengan Rebung


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
2 batang rebung – dipotong 5 cm panjang dan dibelah dua jika besar
1 keping asam keping
1/2 paket santan pekat
1/4 cawan air
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar kasar/ditumbuk:
2 biji cili merah – dipotong kecil
15 biji cili padi – dipotong kecil
2 inci kunyit – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain kecuali garam dan masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah.
  3. Setelah ayam empuk dan masak, tambahkan garam secukup rasa. Didihkan sambil dikacau selama 5 minit dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.






Sambal Tumis Udang dengan Petai



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:

300 g udang sederhana – dibuang ekor dan kepala
1/2 cawan petai yang dikupas
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu teh gula merah
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam keping
Air
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga mendidih. Kemudian, masukkan gula merah dan tumis selama 3 minit sehingga nampak berkilat.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis selama 3 minit lagi.
  3. Setelah terbit minyak, masukkan petai dan tumis seketika hingga separuh masak.
  4. Masukkan pula udang, air, bawang besar dan asam keping. Kacau sekali sekala hingga mendidih dan kuah memekat.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan kacau seketika dan tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.







Taugeh Tumis Kicap



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji bawang merah – dihiris halus
1 ulas bawang putih – dihiris halus
Sedikit ikan bilis – dibasuh dan ditoskan
1 cawan taugeh – dibersihkan
1 pokok daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1/2 biji cili merah – dihiris serong
2 sudu besar kicap masin/manis
Sedikit air
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan taugeh, daun kucai dan cili merah. Kacau rata dan masukkan air dan kicap. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan.


TIPS:


  • Untuk memanjangkan jangka hayat petai yang tidak dimasak, kupas dan buang kulit (termasuk yang putih).
  • Basuh bersih, kemudian simpan di dalam bekas yang sesuai, tuangkan air masak sejuk.
  • Simpan di dalam peti sejuk. Petai akan mengembang dan kelihatan segar.
  • Tukar air setiap hari selagi belum dimasak.
  • Petai tidak akan mengecut apabila dimasak.

Friday, July 18, 2014

Sahur Day 20 (Friday, 18.7.14)

Masak Sardin


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
1 keping asam keping
5 biji cili padi – dibelah tidak putus
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1 tin sardin cap Ayam
1 tin sardin air
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan layu.
  2. Kemudian, masukkan sardin dan tumis sebentar. Masukkan air, sos tiram, asam keping, cili padi dan cili merah.
  3. Kacau sekali-sekala hingga mendidih, kemudian masukkan garam. Masak sebentar hingga kuah memekat dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.


Daging Pekasam Goreng


Bahan-bahan:
1/2 ketul daging pekasam – dibasuh dan dihiris nipis
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
1/2 biji cili merah – dihiris serong
3 biji cili padi – dipotong kecil
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng daging pekasam hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng bahan-bahan lain hingga wangi dan layu.
  3. Kemudian, letakkan di atas daging pekasam tadi.
  4. Sedia dihidangkan.

Iftar Day 19 (Thursday, 17.7.14)

Ayam Bakar Sos Nando’s


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:

5 ketul ayam – dibersihkan
1/2 botol Sos Nando’s Extra Hot
1/4 botol Sos Nando’s Hot

Bahan-bahan lain:
2 sudu teh Italian Mixed Herbs (dalam botol)
3 kiub mentega (unsalted)
1 1/2 sudu teh garam halus
1/2 biji lemon – diambil jusnya
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1 biji kentang – dipotong 6
1/2 biji bawang besar – dipotong 2
1/2 biji lobak merah – dipotong kiub besar

Cara-cara:
  1. Perap ayam dengan kedua-dua sos selama 24 jam (semalaman). Atau paling kurang 2 – 3 jam.
  2. Semasa hendak memasak, sediakan casserole dish dan panaskan oven pada suhu 200°C selama 10 minit.
  3. Sementara itu, gaulkan ayam tadi dengan bahan-bahan lain kecuali mentega hingga mesra.
  4. Kemudian, susun di dalam casserole dan letakkan mentega.
  5. Bakar di dalam oven selama 1 1/4 jam, separuh masa terbalikkan ayam. 10 minit terakhir pula, tukarkan ke api atas supaya bahagian atas sedikit garing.
  6. Setelah masak, sedia dihidangkan.


Sambal Tumis Sotong


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 ekor sotong sederhana (kalau bertelur lagi bagus) – dibersihkan dan dibiarkan seekor-seekor
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 keping asam keping
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh gula merah
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan gula merah dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tumis sebentar lagi.
  4. Kemudian, masukkan sotong, bawang hiris dan asam keping. Masak sehingga keluar air sotong, tambah air jika perlu (selalunya tak perlu, sebab air sotong dah banyak).
  5. Masak lebih kurang 7 – 8  minit, perasakan dan masak sedikit lagi kemudian tutup api.
  6. Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama, nanti liat.
  7. Sedia dihidangkan.


Taugeh Tumis Kicap


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 cawan taugeh – dibersihkan
1 pokok daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1 ketul tauhu putih – dipotong dadu
Sedikit ikan bilis – dibersihkan
1 1/2 sudu besar kicap masin/manis
Minyak masak
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan 1 sudu minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  4. Kemudian, masukkan taugeh, kucai dan cili merah. Gaul rata dan masukkan pula kicap dan air.
  5. Gaul rata hingga sayur kelihatan masak. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tauhu. Gaul rata dan tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

Thursday, July 17, 2014

Iftar Day 18 (Wed 16.7.14)

Daging Masak Hitam


Sumber: mrskojiwami

**Versi tak sempat nak rebus dan perap.

Bahan-bahan:
1/2 kg daging – dipotong melawan urat, terpulang sama ada hendak nipis atau kiub
1 sudu besar cuka putih
3 sudu teh gula merah
1 1/2 sudu besar kicap pekat Jalen
1 batang serai – diketuk
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1 sudu besar halia kisar
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 biji kentang – dipotong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit air (jika perlu)
4 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng kentang hingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis cili kering dan halia kisar hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan cuka, kicap dan serai. Tumis lagi hingga betul-betul garing dan wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau hingga air daging keluar. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Renihkan.
  5. Setelah merenih, masukkan daun ketumbar dan garam. Perasakan secukupnya di atas api sederhana.
  6. Setelah kuah memekat sedikit (terpulang hendak buat kering atau berkuah), masukkan kentang goreng dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis dan Petai


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1/2 cawan petai yang dikupas
1 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar/ditumbuk kasar:
2 biji cili merah – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dipotong kecil
1/2 biji bawang besar – dipotong kecil
10 biji cili padi – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng petai separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan 1 sudu besar minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan layu.
  4. Kemudian, masukkan asam keping, tempoyak, garam dan gula. Gaul rata hingga sebati. Tutup api.
  5. Masukkan petai dan ikan bilis. Gaul rata dan angkat.
  6. Sedia dihidangkan.

Sahur Day 18 (Wed 16.7.14)

Bihun Goreng Sotong Kering


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 paket Bihun Faiza – direndam hingga lembut dan ditoskan
1/2 mangkuk baki Sambal Tumis Sotong Kering
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 sudu besar kicap pekat Jalen
1 cawan taugeh – dibersihkan
2 pokok daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1 biji tauhu putih – dipotong dadu kecil
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
Air jika perlu

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan separuh layu.
  3. Masukkan Sambal Tumis Sotong Kering dan kicap pekat. Gaul rata. Tambah sedikit air dan garam. Gaul rata hingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan bihun, taugeh dan kucai. Gaul rata hingga bihun bersalut rata dengan bahan tumisan dan lembut.
  5. Akhir sekali, masukkan tauhu goreng dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Tuesday, July 15, 2014

Sahur Day 17 (15.7.14 Tuesday)

Sambal Tumis Sotong Kering


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ekor sotong kering – direndam semalaman
1 biji bawang besar – dipotong bulat
1 keping asam keping
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh gula merah
Sedikit air
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, potong sotong kering (cara potongan ikut suka). Toskan airnya dan ketepikan.
  2. Setelah minyak panas, tumis cili kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak (cili sedikit garing).
  3. Masukkan air dan asam keping. Setelah mendidih, masukkan sotong kering dan bawang besar.
  4. Masak selama 5-8 minit, kemudian masukkan garam secukup rasa.
  5. Masak lagi selama 2-3 minit, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

Iftar Day 16 (14.7.14 Monday)

Ikan Talapia Goreng Berlada


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia sederhana – dikelar tiga di kedua-dua belah
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar kasar (atau ditumbuk kasar):
2 1/2 biji cili merah – dipotong kecil
20 biji cili padi – dipotong kecil
3 biji bawang besar – dipotong kecil

2 sudu besar Maggi Cukup Rasa ATAU garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.
  2. Setelah minyak cukup panas, goreng ikan hingga garing di kedua-dua belah. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  3. Tinggalkan 1 senduk minyak di dalam kuali yang sama. Tumis bahan kisar hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan perasa, tumis lagi hingga separuh garing. Tuangkan ke atas ikan goreng tadi. Sedia dihidangkan.



Gulai Lemak Putih Tauge dan Tauhu


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan taugeh – dibersihkan
1 ketul tauhu putih – dipotong 6
1/2 cawan udang putih kecil – dibuang kepala
1 1/2 keping fuchuk – diracik kasar dan direndam
Sedikit suhun – direndam
1/2 biji cili merah – dihiris serong
2 tangkai daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1/2 cawan air
1/2 kotak santan
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan air dan santan di dalam periuk. Renihkan.
  2. Setelah merenih, masukkan tauhu dan udang, kacau sebentar perlahan-lahan supaya tauhu tidak hancur.
  3. Kemudian, masukkan fuchuk, suhun, daun kucai dan cili merah. Kacau perlahan-lahan selama beberapa minit.
  4. Akhir sekali, masukkan garam. Perasakan secukupnya. Setelah mendidih sambil dikacau, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Monday, July 14, 2014

Sahur Day 16 (Monday 14.7.14)

Hati Lembu Masak Hitam


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
250 g hati lembu – direbus hingga empuk, ditoskan airnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan – disimpul
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar cuka
1 1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Hati lembu yang telah direbus dipotong kiub (jangan terlalu nipis). Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak, goreng hati lembu separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tumis cili kisar, kerisik dan halia kisar bersama serai dan daun pandan hingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan kicap dan cuka. Tumis lagi hingga pekat.
  5. Masukkan air dan renihkan barulah masukkan hati lembu dan garam.
  6. Sesuaikan rasa dan setelah kuah agak pekat, tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

Iftar Day 15 (Sunday 13.7.14)

Fettucine Bolognaise


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 paket fettucine
2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
1/2 sudu besar garam halus
Air untuk merebus
2 sudu besar mentega

Bahan-bahan kuah:
1 tin sos spaghetti (Prego Mushroom)
3 kuntum cendawan straw – dihiris kasar
1 blok daging kisar Ramly – digemburkan
3 ulas bawang putih – dicincang
1 biji bawang besar – dicincang
1 mangkuk air rebusan daging/air
3 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan garam dan minyak. Setelah mendidih, masukkan fettucine dan rebus hingga al-dente (masak dan kenyal). Toskan airnya dan gaulkan dengan mentega. Letak di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Sediakan kuali. Panaskan kuali, tuangkan minyak zaitun. Jangan biarkan terlalu panas, agak-agak seminit terus masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga layu.
  3. Kemudian, masukkan daging cincang dan gaul hingga bertukar warna. Kemudian, masukkan cendawan, air rebusan dan sos spaghetti. Renihkan di atas api perlahan hingga kuah agak pekat.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan gaul hingga kuah memekat.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.
  6. Tuangkan ke atas fettucine tadi.

Sahur Day 15 (13.7.14)

Daging Kancil Goreng Kunyit


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging kancil – dipotong kecil dan dibasuh bersih
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
2 tangkai daun sup – dipotong 4 cm
1 biji cili merah – dihiris kasar
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Sementara itu, gaul daging kancil dengan serbuk kunyit dan garam.
  3. Setelah minyak panas, goreng daging kancil 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang kuning hingga separuh layu.
  5. Masukkan daging kancil, daun sup dan cili merah. Tambah garam jika perlu. Gaul rata hingga daging kancil masak sepenuhnya.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Iftar Day 13 (Friday 11.7.14)

Daging Goreng Kunyit


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
250 g daging batang pinang – dihiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – diketuk
1 biji cili merah – dihiris kasar
10 tangkai kacang buncis – dipotong 4 cm serong
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaulkan hirisan daging dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah minyak panas, goreng daging hingga keluar airnya dan separuh garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang kuning hingga agak layu. Kemudian masukkan daging, kacang buncis, cili merah dan garam (sekiranya perlu). Gaul rata dan tutup api.
  3. Sedia dihidangkan.

Friday, July 11, 2014

Iftar Day 12 (10.7.14 Thursday)

DAGING MASAK LADA HITAM


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/4 kg daging batang pinang – direbus hingga bertukar warna, air rebusan jangan buang
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar, dibahagi 2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/4 packet black pepper gravy (balance beli marinated lamb chop)*
2 senduk air rebusan daging
1 sudu besar tepung jagung
3 biji cili hijau – dipotong kasar dan dibuang biji**
1 biji cili merah – dipotong kasar dan dibuang biji**
3 sudu besar minyak
2 sudu kecil bawang putih kisar
3 sudu kecil bawang merah kisar
Garam secukup rasa

* Kalau tak ada balance black pepper gravy, boles gantikan dengan perencah lada hitam MAGGI atau tambahkan lagi serbuk lada hitam
**Seelok-eloknya gunakan bell pepper (capsicum) yang dipotong kasar

Cara-cara:

  1. Setelah daging sejuk, hiris nipis-nipis. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama separuh bawang besar yang dihiris kasar hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan daging dan tumis sehingga daging agak kecut (keluar air).
  3. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam, gravy, sos tiram dan sos cili. Gaul rata sehingga mendidih dan masukkan air rebusan daging. Renihkan selama lebih kurang 5 minit.
  4. Tambahkan tepung jagung dan kacau rata hingga mendapat kepekatan kuah yang diingini. Masukkan garam dan hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata sebentar dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


SAMBAL TUMIS SARDIN


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 tin sardin Cap Ayam
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
5 biji cili padi – dibelah tidak putus
1 keping asam keping
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar bawang merah kisar
1/2 sudu besar halia kisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 tin (sardin) air bertapis
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan pula sos tiram dan kacau rata. Kemudian, masukkan sardin, kacau sebentar, kemudian masukkan air, asam keping dan cili padi. Biarkan mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata beberapa minit hingga kuah agak pekat dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Thursday, July 10, 2014

Iftar Day 11 (9.7.14)

IKAN KERISI MASAK BERLADA


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi sederhana – dibersihkan, dikelar 3
Serbuk kunyit dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar kasar (tambah 1 sudu kecil air):
2 biji cili merah – dipotong kecil
10 biji cili padi – dipatah-patahkan
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil

Garam secukup rasa
1 keping asam keping

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata.
  2. Setelah minyak panas, masukkan ikan dan goreng hingga garing (kuning keemasan). Angkat dan toskan minyak di atas paper towel. Susun di dalam pinggan hidangan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 4 sudu besar. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan asam keping dan garam. Tumis lagi sehingga bawang kelihatan layu dan agak berminyak, tapi jangan sampai bertukar warna hitam (hangus). Tutup api.
  4. Sendukkan ke atas ikan goreng tadi rata-rata. Sedia dihidangkan.



KANGKUNG GORENG BELACAN


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 tangkai kangkung – diasingkan batang dan daun, batang dipotong 5 cm panjang dan dibelah 2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar kasar:
1/2 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
Sedikit ikan bilis – dibasuh bersih
2 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 biji bawang kecil – dipotong kecil
1/2 inci belacan

Cara-cara:
  1. Rendam kangkung di dalam air berisi sedikit cuka selama 5 minit. Ini untuk membuang kotoran pada sayur. Kemudian, bilas dengan air bersih. Toskan airnya.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit layu.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
  4. Masukkan kangkung dan sedikit air dan gaul rata menggunakan api besar (stir-fry) selama 2-3 minit. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.
  6. Garam tidak diperlukan sebab ada sos tiram.

Wednesday, July 9, 2014

Sahur Day 11 (9.7.14)

NASI GORENG KAMPUNG


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan nasi (lebihan berbuka) – dileraikan
10 batang kangkung – diasingkan daun dan batang, batang dibelah dua, direndam 5 minit di dalam air yang dicampur sedikit cuka untuk mengeluarkan kotoran, toskan dan basuh sekali lagi, toskan air
1 biji telur gred A
2 sudu besar perencah TUMIX
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar kasar:
1/4 cawan ikan bilis – dibersihkan
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 biji bawang kecil – dipotong kecil
1/2 inci belacan
10 biji cili padi

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan telur, hancur-hancurkan. Kemudian, angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama. Tumis bahan kisar hingga harum dan masukkan TUMIX. Tumis lagi hingga agak garing.
  3. Masukkan nasi dan kangkung bersama batangnya. Gaul rata dan masukkan telur. Gaul rata lagi selama 5 - 10 minit. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Iftar Day 10 (2014) 8/7/14

IKAN BILIS DAN PETAI BERLADA


Sumber: Kak Jee (Fauziah Samad)

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1/2 cawan petai yang dikupas – dibelah 2
1 keping asam keping
Minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar kering:
2 biji cili merah – dipotong kecil
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan 1/2 cawan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan goreng petai separuh masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  3. Masih gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga harum dan agak garing. Masukkan asam keping dan sedikit garam (tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah masin).
  4. Setelah agak mesra dan cukup rasa, tutup api.
  5. Masukkan ikan bilis dan petai. Gaul rata dan angkat. Sedia dihidangkan.


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN REBUNG


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
2 batang rebung muda – dipotong 5 cm dan dibelah 2
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik kasar
1 keping asam keping
1 biji bawang merah – dihiris
1/2 paket santan pekat + 1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar kasar:
2 ketul kunyit – dikupas dan dipotong kecil
15 biji cili padi – dipotong kecil
1/2 biji cili merah – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk.
  2. Renihkan di atas api perlahan sambil dikacau selalu. Elakkan santan pecah.
  3. Renih sehingga ayam dan rebung empuk. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Renihkan sebentar hingga betul-betul masak. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Thursday, July 3, 2014

Iftar Day 4

SAMBAL TUMIS UDANG DAN PETAI

Resepi : Click here



SUP SAWI DAN BEBOLA AYAM

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 paket sawi bunga jenis kecil – diasingkan batang dan daun
10 biji bebola ayam
1 sudu besar bawang besar kisar
1/2 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu kecil halia kisar
1 cawan air
2 sudu besar serbuk TUMIX
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan bebola ayam dan batang sawi. Gaul rata sebentar dan masukkan air.
  3. Setelah mendidih, masukkan daun sawi dan serbuk TUMIX. Biarkan mendidih, sesuaikan rasa dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.


Wednesday, July 2, 2014

Sahur Day 4

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 biji telur puyuh – dibersihkan
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
Minyak
Air

Cara-cara:

  1. Rebus telur puyuh bersama 1 sudu besar garam hingga masak. Buang air panas dan rendam di dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian, kupas kulit telur dan ketepikan. Tujuan garam dimasukkan adalah supaya telur yang direbus cantik apabila dikupas.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis cili kisar sebentar dan masukkan gula perang. Tumis sebentar dan masukkan pula sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air dan masak hingga mendidih, masukkan telur dan garam. Gaul rata selama 5 minit, tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Sahur Day 2

SAMBAL TUMIS SARDIN

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 tin sardin mackerel
5 biji cili padi
1 keping asam keping
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1/2 sudu besar halia kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula perang
Sedikit air


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar bersama gula perang hingga terbit bau dan minyak.
  2. Masukkan sardin bersama sosnya. Kacau rata dan masukkan sos tiram.
  3. Kacau hingga mendidih, masukkan sedikit air, asam keping dan cili padi.
  4. Setelah kuah agak pekat, masukkan garam dan kacau sebati hingga mendidih.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Tuesday, July 1, 2014

Iftar Day 2 (30.6.2014)

TIPS MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK DI BULAN PUASA


  • Rendam 30 tangkai cili kering yang dipotong kecil di dalam air panas selama 30 minit. Toskan air dan buang bijinya. Ketepikan. Kemudian, kupas 3 biji bawang besar dan 6 ulas bawang putih. Potong kecil-kecil, masukkan ke dalam blender bersama cili kering. Tambah air secukupnya. Kisar hingga halus dan simpan di dalam bekas bertutup yang bersih dan kering.
  • Kegunaan: untuk masak sambal tumis, rencah mi/bihun/kuey teow goreng, asam pedas/rendang (tambah halia, lengkuas, kunyit hidup, serai), masak kicap. Labelkan.
  • Kupas 5 biji bawang besar dan 5 biji bawang kecil dan kisar dengan air secukupnya. Simpan di dalam bekas bertutup dan labelkan.
  • Kupas 2 labu bawang putih dan kisar dengan air secukupnya. Simpan di dalam bekas bertutup dan labelkan.
  • Kupas 1 ketul besar halia dan kisar dengan air secukupnya. Simpan di dalam bekas bertutup dan labelkan.
  • Sesuai untuk menumis kari, sardin dll. Buat dalam kadar untuk kegunaan seminggu.





KARI SOTONG

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
12 ekor sotong sederhana – dibersihkan
1 peket serbuk kari ikan + 1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
1/2 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar dan masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan campuran serbuk kari (tanpa dibancuh dengan air). Kacau rata, tumis hingga terbit minyak dan garing.
  3. Masukkan 1/4 cawan air. Setelah mendidih, masukkan sotong dan gaul rata, tambah 1/2 cawan air lagi. Setelah mendidih, masukkan santan pekat dan gaul rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan garam. Perasakan secukupnya, setelah kuah agak pekat dan mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


SAMBAL BELACAN

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji cili merah – dipotong kecil
20 biji cili padi hijau/merah – dipotong kecil
1 inci belacan – dibakar
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu teh garam halus
3/4 cawan air asam jawa pekat (asam jawa + air masak bertapis)

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.
  2. Kisar, terpulang hendak hancur atau kasar-kasar sedikit.
  3. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  4. Sedia dihidangkan.


TAUGEH HIJAU TUMIS SOS TIRAM

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 peket taugeh hijau – dibasuh dan ditoskan
1/2 cawan udang kecil
3 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu besar bawang besar kisar
1/2 batang cili merah – dihiris serong
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Tuangkan sos tiram dan tumis sebentar. Masukkan udang dan tumis sebentar.
  3. Masukkan taugeh hijau dan gaul rata, tambah sedikit air dan cili merah.
  4. Setelah sayur agak empuk, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


Asam Pedas Lada Hitam Ikan Jenahak

ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN JENAHAK (Versi Cair)

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 keping ikan jenahak
1 biji terung kecil – dipotong 3 (atau bendi/tomato)
2 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dibelah 2
1 batang serai – diketuk
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh halba
3 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:
20 tangkai cili kering – direndam air panas, dibuang biji
5 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci halia – dipotong kecil
1 inci lengkuas – dipotong kecil
2 inci kunyit hidup – dipotong kecil
1 inci belacan – dibakar
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba dan serai hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar dan lada hitam. Tumis dan kacau selalu hingga betul-betul masak, terbit minyak dan sedikit garing.
  2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air + air asam jawa (ikut suka). Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan renihkan. Kacau sekali-sekala perlahan-lahan untuk mengelakkan ikan hancur. Setelah mendidih, masukkan terung, daun kesum dan bunga kantan.
  4. Setelah mendidih, masukkan garam dan perasakan secukupnya.
  5. Setelah mendidih sekali lagi, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

Nota:
Untuk versi pekat, tambahkan 2 batang serai yang dipotong kecil ke dalam bahan kisar dan kisar sehingga betul-betul halus. Kuah akan menjadi pekat.