Friday, July 18, 2014

Iftar Day 19 (Thursday, 17.7.14)

Ayam Bakar Sos Nando’s


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:

5 ketul ayam – dibersihkan
1/2 botol Sos Nando’s Extra Hot
1/4 botol Sos Nando’s Hot

Bahan-bahan lain:
2 sudu teh Italian Mixed Herbs (dalam botol)
3 kiub mentega (unsalted)
1 1/2 sudu teh garam halus
1/2 biji lemon – diambil jusnya
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1 biji kentang – dipotong 6
1/2 biji bawang besar – dipotong 2
1/2 biji lobak merah – dipotong kiub besar

Cara-cara:
  1. Perap ayam dengan kedua-dua sos selama 24 jam (semalaman). Atau paling kurang 2 – 3 jam.
  2. Semasa hendak memasak, sediakan casserole dish dan panaskan oven pada suhu 200°C selama 10 minit.
  3. Sementara itu, gaulkan ayam tadi dengan bahan-bahan lain kecuali mentega hingga mesra.
  4. Kemudian, susun di dalam casserole dan letakkan mentega.
  5. Bakar di dalam oven selama 1 1/4 jam, separuh masa terbalikkan ayam. 10 minit terakhir pula, tukarkan ke api atas supaya bahagian atas sedikit garing.
  6. Setelah masak, sedia dihidangkan.


Sambal Tumis Sotong


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 ekor sotong sederhana (kalau bertelur lagi bagus) – dibersihkan dan dibiarkan seekor-seekor
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 keping asam keping
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh gula merah
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan gula merah dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tumis sebentar lagi.
  4. Kemudian, masukkan sotong, bawang hiris dan asam keping. Masak sehingga keluar air sotong, tambah air jika perlu (selalunya tak perlu, sebab air sotong dah banyak).
  5. Masak lebih kurang 7 – 8  minit, perasakan dan masak sedikit lagi kemudian tutup api.
  6. Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama, nanti liat.
  7. Sedia dihidangkan.


Taugeh Tumis Kicap


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 cawan taugeh – dibersihkan
1 pokok daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1 ketul tauhu putih – dipotong dadu
Sedikit ikan bilis – dibersihkan
1 1/2 sudu besar kicap masin/manis
Minyak masak
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan 1 sudu minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  4. Kemudian, masukkan taugeh, kucai dan cili merah. Gaul rata dan masukkan pula kicap dan air.
  5. Gaul rata hingga sayur kelihatan masak. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tauhu. Gaul rata dan tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

No comments: