IKAN BILIS DAN PETAI BERLADA
Sumber: Kak Jee (Fauziah Samad)
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1/2 cawan petai yang dikupas – dibelah 2
1 keping asam keping
Minyak
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar kering:
2 biji cili merah – dipotong kecil
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
Cara-cara:
- Panaskan 1/2 cawan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama dan goreng petai separuh masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
- Masih gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga harum dan agak garing. Masukkan asam keping dan sedikit garam (tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah masin).
- Setelah agak mesra dan cukup rasa, tutup api.
- Masukkan ikan bilis dan petai. Gaul rata dan angkat. Sedia dihidangkan.
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN REBUNG
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
2 batang rebung muda – dipotong 5 cm dan dibelah 2
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik kasar
1 keping asam keping
1 biji bawang merah – dihiris
1/2 paket santan pekat + 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar kasar:
2 ketul kunyit – dikupas dan dipotong kecil
15 biji cili padi – dipotong kecil
1/2 biji cili merah – dipotong kecil
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk.
- Renihkan di atas api perlahan sambil dikacau selalu. Elakkan santan pecah.
- Renih sehingga ayam dan rebung empuk. Masukkan garam secukup rasa.
- Renihkan sebentar hingga betul-betul masak. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment